BURUNG merpati, kamera tersembunyi, pistol penanda dan peranti kecil amat sinonim dengan watak ejen perisik rahsia yang ditayangkan menerusi filem aksi seperti James Bond dan Mission Impossible.
Bermula minggu ini, Muzium Jerman di Oberhausen, mengambil pendekatan itu dengan mempamerkan peralatan para perisik tulen di seluruh dunia bertajuk Top Secret.
Pameran menampilkan burung merpati tiruan dilengkapi kamera kecil pada dadanya dan ia pernah digunakan oleh Jabatan Perisikan Jerman sewaktu melakukan tinjauan udara sepanjang Perang Dua Pertama.
Satu lagi alat yang mungkin membuka mata pengunjung adalah mikrofon kecil disembunyikan di dalam buah ceri tiruan dan diletakkan di dalam segelas minuman beralkohol.
Muzium itu turut mempamerkan set pistol kecil yang digunakan untuk menandakan suspek dan objek bagi membolehkan si perisik mengesan mereka. Ia pernah digunakan oleh agen Perisikan Persekutuan Jerman, dipetik dari laporan MailOnline.
"Bermula Perang Dunia Pertama sehingga isu pembakaran pada abad ke-21, Top Secret mendedahkan sisi stereotaip dan gambaran sebenar dunia perisikan pada suatu masa dahulu," menurut laman web muzium.