Kereta elektrik
Kereta elektrik terpantas diuji di Elvington Airfield, Yorkshire, Britain.
PADA 1973, kereta lumba elektrik milik Battery Box General Elektric mencipta kejayaan selepas mencecah kelajuan 280 kilometer sejam (km/j).
Namun, baru-baru ini rekod itu dipadamkan Drayson Racing Technologies selepas kereta milik Lord Drayson, B12 69/EV electric Le Mans Prototype yang dicipta di Oxford meluncur sehingga 330 km/j.

Memiliki 850 kuasa kuda dan berat 1,000 kilogram, kereta itu diuji pada percubaan litar di Elvington Airfield, Yorkshire, Britain.

Dryson berkata yang dipetik Dailymail , pencapaian itu membuktikan kereta elektrik mampu mencecah kelajuan luar biasa berbanding penggunaan bahan bakar dan menyaksikan kepesatan industri automobil di Britain.