Pages

Wednesday, December 17, 2014

Remaja 15 Tahun Kahwini Kekasih 17 Tahun

Zulhelmi dan pasangannya Nurulain pada majlis persandingan mereka.


KLUANG: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mengakhiri zaman bujangnya selepas mengambil keputusan untuk mengahwini kekasihnya selepas hanya berkenalan selama dua bulan.
Muhd Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17 berkahwin pada 30 November lalu meraih perhatian di media sosial selepas pasangan itu memuat naik gambar-gambar dan video akad nikah mereka di Facebook.
Dalam kenyataannya, Muhd Muaz berkata, dia mahu mengahwini Nur Izzati kerana mahu menjadikan perhubungan mereka sah selepas mendapat restu daripada kedua-dua keluarga.
"Kahwin muda selalu dikatakan macam-macam daripada orang lain, tetapi saya sudah bersedia," tambahnya.
Muhd Muaz dipercayai sedang menunggu keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) berkata, dia memutuskan untuk tidak meneruskan pelajarannya pada tahun depan.
Rakaman video itu menunjukkan Muhd Muaz dan Nur Izzati diijab kabul dengan mas kahwin RM22.50.
Nur Izzati baharu sahaja menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bagi orang Islam, usia perkahwinan yang sah dari segi undang-undang adalah 18 tahun untuk lelaki dan 16 tahun buat perempuan.
Bagaimanapun, dengan kebenaran Mahkamah Syariah, mereka boleh berkahwin tanpa mengira usia.
Di Melaka, Nurulain Mohammad, 15, berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Zulhelmi Kaharudin, 21 pada majlis persandingan mereka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh di sini, Ahad lalu.
Perkahwinan Nurulain dan Zulhemi, mendapat restu daripada kedua-dua keluarga. Kisah cinta mereka juga bukan satu rahsia sejak mula berkenalan.
Zulhelmi yang mengusahakan perniagaan restoran berkata, dia dibesarkan dalam keluarga yang tegas.
'Tiada seorang pun daripada kami berjumpa secara senyap-senyap," katanya.
Dia yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik berkata, dia akan menyokong isterinya untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti.
"Hanya selepas itu baharulah kami akan menimang cahaya mata," katanya.
"Dia masih muda tetapi saya akan membimbingnya dengan nilai-nilai yang baik," katanya.
Pasangan itu mula mengenali sewaktu bersiar-siar di kawasan kejiranan. Zulhemi berkata, ia merupakan cinta pandang pertamanya.
"Dia (isteri) dalam perjalanan balik dari sekolah selepas saya beritahu 'Saya cintakan awak. Dia juga meluahkan perasaan yang sama kepada saya."
-mstar

Sayang dah terlambat

Beijing: Seorang remaja China yang dihukum bunuh kerana kesalahan rogol dan bunuh 18 tahun lalu akhirnya diisytiharkan tidak bersalah oleh mahkamah semalam.
Hugjiltu, 18, yang juga dikenali sebagai Qoysiletu, didapati bersalah dan dihukum bunuh di Inner Mongolia pada 1996, namun kes itu dibuka semula selepas seorang lelaki lain mengaku melakukannya pada 2005.
“Mahkamah Tinggi Rakyat Inner Mongolia mendapati sabitan asal terhadap Hugjiltu tidak konsisten dengan fakta kes selain kurang bukti.
“Sehubungan itu, dia tidak bersalah,” kata mahkamah dalam satu kenyataan.
Selain itu, imej yang disebarkan di media sosial menunjukkan timbalan presiden mahkamah memohon maaf kepada ibu bapa Hugjiltu dan memberi mereka pampasan berjumlah 30,000 yuan (RM17,000). Namun perkara itu tidak dapat disahkan.
Mahkamah mendapati pengakuan Hugjiltu tidak sepadan dengan laporan bedah siasat selain bertentangan dengan ‘bahan bukti lain.’
Selain itu, bukti DNA dikemukakan pada perbicaraan kesnya gagal mengaitkannya secara langsung dengan jenayah berkenaan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Disember 2014 @ 1:02 PM


TIMBALAN presiden mahkamah (kiri) memohon maaf kepada ibu bapa Hugjiltu dan menawarkan mereka pampasan di Hohhot, Inner Mongolia, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16612#sthash.EkJJILT1.dpuf

24 anak, 60 cucu belum cukup

Al Ain (UAE): Seorang lelaki berusia 70 tahun yang mempunyai 24 anak dengan yang tua berusia 47 tahun dan yang kecil hanya dua bulan masih berminat untuk memiliki cahaya mata lagi.
Mohammed Saeed yang juga memiliki 60 cucu sudah berkahwin 16 kali kini menanti anak yang ke-25 yang dijangka dilahirkan tujuh bulan lagi.
Saeed menceraikan kebanyakan isterinya dan buat masa ini hanya mempunyai dua isteri yang tinggal bersama-samanya.
Dia kahwin buat kali pertama ketika berusia 12 tahun dan berterusan sehingga 2005. Isterinya terdiri daripada wanita Arab dan juga bangsa asing.
Menurutnya, dia berkahwin beberapa kali kerana sentiasa menginginkan anak yang ramai.
Mengenang kembali zaman mudanya, Saeed berkata, dia mempunyai empat anak hasil daripada perkahwinannya dengan wanita tempatan. Dia kemudian berkahwin dengan wanita Britain yang menetap di UAE ketika itu. Mereka bagaimanapun bercerai tanpa mempunyai anak.
Saeed berkata, dia memandang berat dalam hal menyediakan keperluan untuk bekas isterinya dan memastikan semuanya lengkap, termasuk rumah untuk wanita berkenaan dan anak mereka.
Walaupun sudah memiliki 24 anak dan 60 cucu, lelaki itu berkata, dia merancang untuk berkahwin lagi dan menambah ahli keluarganya hingga 100 orang. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Disember 2014 @ 5:12 AM


SAEED bersama-sama sebahagian anak dan cucunya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16762#sthash.KuXWxFsw.dpuf

Pasangan remaja 15, 17 tahun kahwin


Gambar majlis akad nikah pasangan remaja, Muhd. Muaz Mislan dengan
Gambar majlis akad nikah pasangan remaja, Muhd. Muaz Mislan dengan Nur Izzati Amiera Ishak yang dimuat naik oleh pasangan itu di laman sosial Facebook mereka, semalam.
KLUANG 16 Dis. – Sepasang remaja masing-masing berusia 15 dan 17 tahun yang berasal dari daerah ini menarik perhatian ramai terutamanya pengguna media sosial apabila menamatkan zaman bujang mereka pada hujung bulan lalu.
Difahamkan, pasangan terbabit, Muhd. Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17, dinikahkan pada 30 November lalu selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
Muhd. Muaz dalam satu entri di laman sosial Facebook miliknya sehari selepas majlis tersebut menafikan perkahwinan pada usia muda itu disebabkan mahu menutup perkara-perkara negatif, sebaliknya atas dasar keluarga.
“Asal (apabila) kahwin muda sahaja mesti orang cakap macam-macam, benda itu Muaz dah ‘prepare’ awal sebenarnya. Perkahwinan Muhd. Muaz bukan atas dasar sebab bunting ke, dia nak mati ke (atau) apa benda semua la (lain-lain hal) tetapi atas dasar keluarga,” katanya seperti dipetik dalam entri Facebook milik­nya di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pasangan-remaja-15-17-tahun-kahwin-1.37390#sthash.MKAxS8hR.dpuf

Taj Mahal diancam pencemaran


Taj Mahal diancam pencemaran udara yang mengakibatkan bangunan
Taj Mahal diancam pencemaran udara yang mengakibatkan bangunan yang menjadi ikon India itu berubah warna daripada warna asal putih kepada coklat. – AGENSI
MUMBAI 16 Dis. – Monumen terke­nal di dunia, Taj Mahal dilaporkan menghadapi ancaman pencemaran udara yang mengakibatkan bangunan yang menjadi ikon India itu berubah warna daripada warna asalnya putih kepada coklat.
Menurut penyelidik dari Institut Teknologi Georgia di Atlanta, mereka mendapati Tapak Warisan Dunia UNESCO itu dicemari habuk-habuk kecil dan jelaga daripada pembakaran sampah, tahi lembu dan kayu yang dilakukan berhampiran monumen bersejarah itu.
Semasa pembakaran dilakukan, habuk-habuk yang melekat pada permukaan marmar yang meliputi Taj Mahal menyerap cahaya ultraungu mengakibatkan warna kubah bangunan itu berubah menjadi coklat.
Penyelidik juga mendapati habuk-habuk itu mengundang banyak masalah kerana ia tidak larut air dan tidak mudah dibersihkan, lapor Mail Online.
Pada masa ini pekerja-pekerja hanya menutup bahagian luar kubah itu dengan lapisan tanah liat setiap beberapa tahun sebelum mengopek tanah berkenaan bagi mengembalikan warna putih pada bangunan tersebut.
Namun, saintis berharap kajian yang sedang mereka jalankan akan dapat membantu pihak berkuasa yang menjaga monumen berusia 460 tahun di Agra itu bagi membersihkan bangunan tersebut.
Jurutera alam sekitar dari Institut Teknologi Georgia, Profesor Mike Bergin yang mengetuai kajian itu berkata, habuk-habuk itu amat kecil dan melekat pada permukaan marmar.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/taj-mahal-diancam-pencemaran-1.37244#sthash.QsRIqT8C.dpuf