Pages

Friday, May 27, 2011

Rahsia Dan Fakta Ayat Kursi


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjG-covO2fZ9he82cO7NbCjwxV-1Akaiff_LQBHmX6WjW1-Po2zKz3SGcxv_Obg8YTLIBj-rksClw_DEdwEh7eYPv38YmcbWuR5yF93uhRFsybSAZsUlCvzpW8R778somJdo01HytKi6rik/s400/ayat_kursi.gif

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengarjawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat
tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga
sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,
dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak
tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah
disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat
fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang
bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta
Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,
maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah
SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

sumber: http://jelajahunik.blogspot.com/2010/09/rahasia-dan-fakta-ayat-kursi.html

Bekas jeneral Bosnia-Serb ditahan




Ratko Mladic


BELGRADE 26 Mei - Pihak berkuasa Serbia mengesahkan telah menahan bekas jeneral Bosnia-Serb, Ratko Mladic, setelah melarikan diri sejak sekian lama atas dakwaan pembunuhan beramai-ramai semasa perang Serbia-Bosnia, kata Presiden Serbia, Boris Tadic.
"Bagi pihak Republik Serbia, saya mengumumkan penangkapan Ratko Mladic. Proses untuk mengekstradisinya sedang dijalankan.
"Penangkapan ini menghapuskan beban Serbia dan menutup sejarah hitam negara ini," katanya kepada pemberita.
Mladic, yang menjadi komander tentera Bosnia-Serb semasa perang Bosnia 1992-95, didakwa oleh mahkamah jenayah antarabangsa pada 1995 melakukan pembunuhan beramai-ramai lebih 8,000 umat Islam di Srebrenica dan melakukan pengepungan selama 48 bulan ke atas Sarajevo.
Penahanan tersebut sekali gus, membuka ruang kepada Serbia untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU).
Seorang rakan keluarga Mladic memberitahu Reuters, bekas jeneral itu telah dibawa ke ibu pejabat agensi perisikan Serbia selepas pegawai Kementerian Dalam Negeri memberitahu polis telah menahan seorang suspek yang disyaki Mladic dan telah mengesahkan identitinya.
Mladic telah ditahan di kampung Lazarevo, berhampiran bandar Zrenjanin kira-kira 100 kilometer dari ibu negara Belgrade awal pagi tadi, menurut pegawai polis. - REUTERS
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Sempadan Mesir-Gaza di Rafah dibuka esok




Gambar fail merakamkan beribu-ribu penyokong Hamas mengadakan tunjuk perasaan mendesak pihak berkuasa Mesir membuka sempadan Rafah kepada penduduk Palestin di Genting Gaza pada 25 April, 2008. Mesir kelmarin mengumumkan akan membuka sempadannya dengan Genting Gaza di Rafah mulai esok. - REUTERS


SEMENANJUNG GAZA 26 Mei - Pihak berkuasa Mesir membuat keputusan untuk membuka terus pintu sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir bermula minggu depan.
Dalam satu kenyataan pada Rabu lalu, seorang pegawai Mesir berkata, keputusan itu sebahagian daripada prosedur Mesir untuk memudahkan pergerakan penduduk Palestin keluar dan masuk ke Genting Gaza.
Pegawai itu berkata, pihak berkuasa akan menggunakan prosedur serupa yang dilaksanakan pada 2007 sebelum sekatan yang dikuatkuasakan oleh Israel di Gaza apabila wanita, kanak-kanak bawah 18 tahun dan lelaki 40 tahun ke atas tidak memerlukan visa untuk menyeberang ke Mesir.
Duta Palestin ke Mesir, Barakat Al-Fara mengesahkan bahawa mereka menerima pemberitahuan rasmi daripada pihak Mesir berhubung perkara itu.
Minggu lepas, Hamas yang mentadbir Gaza berkata, mereka mahu menutup sepenuhnya pintu sempadan itu sebagai membantah langkah yang dilaksanakan oleh Mesir berhubung pintu sempadan terbabit.
Sementara itu, Hamas, pemerintah Islam di Semenanjung Gaza, merakamkan penghargaan terhadap keputusan pihak berkuasa Mesir untuk membuka pintu sempadan itu.
"Kami menganggapnya sebagai satu keputusan yang berani dan bertanggungjawab yang menunjukkan peranan sebenar pihak berkuasa Mesir ke arah perjuangan penduduk Palestin," kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoom.
Pintu sempadan Rafah dikuasai oleh Israel tetapi selepas pengunduran Israel dari Gaza pada 2005, pintu sempadan itu dikendalikan oleh pihak berkuasa Palestin dan Mesir dengan kehadiran pemeriksa daripada Kesatuan Eropah, sebagai sebahagian daripada perjanjian di mana Amerika Syarikat menjadi orang tengah.
Perjanjian itu digantung selepas Hamas mengambil alih Semenanjung Gaza daripada seterunya, Fatah, pada 2007. Akibat daripada perbezaan pendapat warga Palestin itu, pemeriksa dari Eropah menggantung misi mereka dan pihak berkuasa Mesir memutuskan untuk membuka sebahagian daripada pintu sempadan itu dengan diselaraskan oleh pihak Palestin.
Menurut penganalisis Palestin, hubungan antara Palestin dan Mesir bertambah baik selepas revolusi secara aman oleh penduduk Mesir menentang Hosni Mubarak dan rejim beliau.
Penganalisis berkata, ketegangan antara Israel dan Mesir semakin memuncak ekoran pendirian terbaru terhadap perjuangan penduduk Palestin. - Bernama
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

AU akan desak Nato henti serang Libya

ADDIS ABABA: Pemimpin Afrika bersiap sedia untuk mendesak Nato menghentikan sama sekali serangan udara terhadap Libya.
Ketua Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Jean Ping menuduh Barat mengenepikan negara Afrika dalam usaha menamatkan sengketa di benua berkenaan. “Ada pihak yang kelihatan cuba menafikan hak Afrika dalam memainkan peranan penting untuk mencari jalan penyelesaian terhadap konflik di Libya. “Afrika tidak akan membenarkan dirinya hanya dijadikan pemerhati terhadap bencana yang berlaku di benuanya sendiri,” katanya kepada pemimpin Afrika yang hadir di Addis Ababa untuk menghadiri sidang kemuncak mengenai konflik di benua itu, khususnya Libya dan Sudan.

Menurutnya, AU akan menggesa Nato mengakhiri operasinya di Libya dan menuntut supaya pelan damai yang disediakannya dijadikan asas untuk menamatkan konflik berkenaan. - Reuters
myMetro | AU akan desak Nato henti serang Libya

Tanah runtuh sedalam 30 meter


 ANGGOTA Pertahanan Awam Cawangan Dang Wangi membuat pemeriksaan kali kedua untuk memastikan pergerakan tanah di bahagian kesan retak  berhampiran pencawang TNB di Jalan ST1 Off Jalan SG 8/11 Taman Seri Gombak.
ANGGOTA Pertahanan Awam Cawangan Dang Wangi membuat pemeriksaan kali kedua untuk memastikan pergerakan tanah di bahagian kesan retak berhampiran pencawang TNB di Jalan ST1 Off Jalan SG 8/11 Taman Seri Gombak.
52 keluarga di Town Villa dalam kebimbangan

GOMBAK: Lebih 52 keluarga yang tinggal di satu blok 'town house' dan dua buah banglo di Town Villa Jalan 8/11, Taman Seri Gombak di sini, hidup dalam kebimbangan sejak lebih setahun lalu akibat kawasan itu diancam tanah runtuh.
Keadaan semakin membimbangkan apabila hakisan tanah yang berlaku di kawasan cerun terletak tidak sampai 20 meter dari blok kediaman mereka semakin serius selepas satu runtuhan tanah besar berlaku lewat petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, satu cerun sedalam lebih 30 meter terbentuk akibat tanah di kawasan itu runtuh dipercayai berpunca daripada hakisan selepas hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Sebuah stesen pencawang TNB juga dikhuatiri akan roboh kerana ia terletak hanya kira-kira satu meter dari tempat kejadian.

Penduduk, Yusri Kamaruddin, 40, mendakwa penduduk sudah beberapa kali membuat aduan pada pihak berkenaan, namun tiada tindakan sewajarnya diambil sehingga kejadian hakisan besar berlaku sejak sebulan lalu.

“Sejak empat hari lalu, baru ada kerja penambakan dibuat, namun hujan lebat pada semalam dan kelmarin mungkin menyebabkan hakisan tanah semakin serius.
“Penduduk yang tinggal di unit rumah berhampiran terdengar bunyi kuat dari kawasan tanah yang runtuh dan terus menghubungi pihak berkuasa,” katanya yang sudah tinggal di kawasan perumahan itu sejak tiga tahun lalu.

Beliau mendakwa, masalah hakisan tanah bermula sejak saluran longkang yang dibina pemaju perumahan untuk menyalurkan limpahan air hujan ditutup oleh pemaju sebuah projek pembinaan lain 150 meter dari kawasan kediamannya.

Akibatnya air yang melimpah setiap kali hujan lebat beralih ke tanah lapang berhampiran stesen pencawang TNB terbabit.

Difahamkan, lebih 20 rumah di Kampung Sungai Chincin yang terletak di cerun bukit berkenaan turut diancam bahaya sekiranya runtuhan tanah yang lebih besar berlaku.

Sementara itu, seorang wakil kontraktor yang membuat kerja penambakan berkata kerja menambak sukar dilakukan kerana bimbang jentera berat yang digunakan akan memberi kesan kepada keadaan tanah. Berita Harian Online | Tanah runtuh sedalam 30 meter

Yaman kian kacau bilau


 KEPULAN asap dilihat di Sanaa selepas pertempuran  antara puak bersenjata dengan polis berhampiran rumah  Sadeq.
KEPULAN asap dilihat di Sanaa selepas pertempuran antara puak bersenjata dengan polis berhampiran rumah Sadeq.

Perang saudara mungkin meletus

SANAA: Perang saudara mungkin meletus di Yaman selepas pertempuran besar berlaku antara puak bersenjata dengan Pengawal Republikan yang memaksa Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa ditutup dan semua penerbangan dialihkan ke Aden di selatan negara itu, kelmarin.
Puak Arhab diketuai Abdul Majid Al-Zindani terbabit dalam pertempuran dengan tentera itu. Majid dikategorikan sebagai penyumbang kewangan pengganas oleh Amerika Syarikat dan sekatan dikenakan ke atasnya.
Akhbar Arab News turut melaporkan bahawa pertempuran turut meletus antara pasukan keselamatan dengan puak pembangkang yang setia kepada Sadeq Al-Ahmer sejak tiga hari lalu.

Saksi berkata, puluhan puak bersenjata itu terbunuh semalam dalam pertempuran dengan angkatan Pengawal Republikan yang terlatih di kawasan Al-Hasbah, berdekatan rumah Sadeq.

Kelmarin, penyokong Sadeq menawan bangunan Kementerian Perdagangan dan Pelancongan serta bangunan agensi berita kerajaan, Saba.

Beberapa ketua puak turut diserang ketika menguruskan gencatan senjata antara pasukan Sadeq dan kerajaan.
Pengawal Republikan bertindak menutup ibu negara itu dalam usaha menghalang puak bersenjata memasuki bandar itu.

Presiden Ali Abdullah Saleh berdepan desakan antarabangsa supaya berundur. Tetapi, pemimpin itu enggan bertolak ansur mahupun menerima sebarang tawaran.

“Kami akan berdepan dengan pihak menimbulkan kekacauan dengan apa saja cara,” katanya kepada wartawan asing. – Agensi Berita Harian Online | Yaman kian kacau bilau

Mesir henti sekatan Gaza


KAHERAH: Mesir akan membuka lintasan sempadan Rafah setiap hari mulai esok dalam usaha mengurangkan tekanan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang dikenakan sekatan Israel, kata agensi berita MENA, semalam.


Penduduk Palestin boleh membuat perjalanan pergi balik ke Gaza melalui Rafah, satu-satunya lintasan tidak melalui Israel, mengikut peraturan ditetapkan sebelum sekatan diperketat pada 2007.
“Mesir akan membuka sempadan setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang waktu tempatan, kecuali pada Jumaat dan cuti umum.
“Wanita semua peringkat umur dikecualikan daripada visa, begitu juga lelaki yang berusia kurang 18 tahun atau melebihi 40 tahun,” kata agensi itu. – AFP
Berita Harian Online | Mesir henti sekatan Gaza

Thai buru 75 pembunuh upahan


Abhisit Vejjajiva (kiri) dan Thaksin Shinawatra.
Abhisit Vejjajiva (kiri) dan Thaksin Shinawatra.

Ketua polis arah operasi perketat keselamatan sebelum pilihan raya umum

BANGKOK: Ketua polis Thailand semalam mengarahkan anggota keselamatan melancarkan operasi memburu besar-besaran seluruh negara itu bagi memberkas 75 orang yang disyaki pembunuh upahan profesional dalam usaha meningkatkan keselamatan menjelang pilihan raya umum Julai depan.
“Seramai 29 orang berada dalam kumpulan pertama kerana melakukan jenayah serius berulang kali dan sesiapa yang dapat memberi maklumat hingga mereka ditangkap akan menerima ganjaran 100,000 baht (RM10,000),” kata Ketua Polis, Wichean Potephosree kepada pemberita.
“Kumpulan kedua pula membabitkan 46 penembak upahan bersenjata dan penangkapan mereka membabitkan ganjaran wang 50,000 baht (RM5,000),” katanya.

Wichean juga memberi amaran sesiapa yang merosakkan poster pilihan raya akan berhadapan dengan dakwaan jenayah.

“Mereka yang melakukan kesalahan itu boleh didenda tiga bulan penjara, denda 6,000 baht (RM600) atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pilihan raya 3 Julai dilihat sebagai persaingan sengit antara parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, menentang sekutu bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang disingkirkan dalam rampasan kuasa 2006.
Adik perempuan Thaksin, Yingluck Shinawatra, adalah calon utama parti pembangkang, Puea Thai bagi jawatan Perdana Menteri.

Polis menekankan, mereka akan memberi tumpuan kepada operasi keselamatan prapilihan raya dengan merampas senjata api dan menahan penjenayah di 10 wilayah yang menjadi kawasan persaingan paling sengit.

Seorang ahli politik pembangkang ditembak dan mengalami kecederaan awal bulan ini ketika memandu keretanya apabila beliau diserang dalam kejadian dipercayai mempunyai motif politik.

Ahli politik berkenaan ialah bekas anggota parti Pheu Thai yang juga wakil daerah Samut Prakan, Pracha Prasopdee, yang cedera di belakang badan dan kepalanya.

“Saya tahu siapa yang mengupah supaya saya dibunuh. Seorang anak lelaki ahli politik pernah menghantar mesej menerusi pegawai kanan, dia akan menembak saya selepas saya tidak lagi menjadi ahli Parlimen.

“Tidak sampai dua hari selepas Parlimen dibubarkan, saya ditembak,” kata Pracha. – Agensi/AFP Berita Harian Online | Thai buru 75 pembunuh upahan

Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru



LAKONAN semula bagaimana Muhammad Noor Azim dipijak oleh sekumpulan enam guru dalam kedudukan bersujud.


HULU LANGAT – Seorang pelajar sebuah sekolah di Jelebu, Negeri Sembilan mendakwa dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki di sekolah itu pada Selasa lalu.
Muhammad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa, kejadian bermula ketika dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu sebelum seorang guru datang dan memintanya ke bengkel sekolah.
“Apabila tiba di bengkel, ada enam guru lelaki lain. Tiba-tiba mereka menumbuk, menendang dan memijak saya hampir setengah jam,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Jawa, Batu 18 di sini semalam.
Selain menjadi mangsa sepak terajang, dia juga mendakwa dipukul dengan objek keras pada kejadian pukul 8.30 pagi itu.
Akibat serangan itu, Muhammad Noor Azim terpaksa mengambil cuti sakit kerana cedera di muka, kepala dan badan serta tidak berupaya menduduki peperiksaan.
Dia mendakwa, kumpulan guru itu mengarahkan dia bersujud dengan kedua-dua tangan dilipat ke belakang sebelum dipijak dan ditendang.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Kosmo! Online - Negara

Anjing betina susukan anak kacukan harimau dan singa




SEEKOR anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China baru-baru ini.


BEIJING - Seekor anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dengan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China, lapor sebuah akhbar semalam.
Anak kacukan harimau dan singa itu tidak lagi diberikan minum susu oleh ibu haiwan tersebut selepas beberapa hari ia dilahirkan.
Ibu haiwan itu ialah seekor harimau Manchuria manakala bapa kedua-dua anak tersebut ialah seekor singa.
Kakitangan zoo berkenaan kemudian menjadikan anjing betina yang baru melahirkan anak sebagai ibu angkat untuk kedua-dua anak kacukan berkenaan.
Jurucakap zoo itu, Cong Wen berkata, kedua-dua anak haiwan itu mengalami masalah semasa mula meminum susu anjing tersebut tetapi kini ia sudah serasi dengan gembira minum bersama beberapa anak haiwan berkenaan. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Tuntut RM2.28j kerana Ferrari remuk




BADAN kereta Ferrari F30 retak selepas ia merempuh belukar dan pokok di tepi jalan raya di Lexington, Amerika Syarikat.


LEXINGTON - Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) disaman syarikat Motor Insurance bagi menuntut kerugian sebanyak AS$750,000 (RM2.28 juta) kerana menyebabkan sebuah kereta Ferrari miliknya retak dan remuk.
Kereta Ferrari F30 itu yang merupakan sebuah daripada 50 buah yang terdapat di AS remuk selepas ia terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Mei 2009.
Semasa kejadian, kereta itu dipandu oleh seorang ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Fred Kingston yang turut dinaiki Penolong Peguam Negeri AS, J, Hamilton Thompson.
Kereta itu kemudian terbabas semasa membelok selekoh menyebabkan ia merempuh belukar dan pokok di tepi jalan raya.
Ferrari tersebut terlibat dalam kemalangan semasa kereta itu dipindahkan dari sebuah garaj di Lexington, Kentucky.
Kepala Kingston dijahit kerana luka manakala Thompson tidak mengalami sebarang kecederaan dalam nahas itu.
Kereta itu disimpan dalam garaj FBI kerana ia dicuri dari pengedarnya di Rosemont pada 2003 sebelum ditemui semula pada 2008.
Ferrari itu kini menjadi milik syarikat Motor Insurance selepas ia menyelesaikan bayaran kepada pengedar kereta itu ekoran kehilangannya.
Namun, ia disimpan dalam sebuah garaj sehingga FBI selesai menjalankan siasatan berhubung kehilangan kereta itu.
Kes tuntutan ganti rugi itu akan didengar pada Jun depan di sebuah mahkamah selepas Jabatan Keadilan AS enggan membayar ganti rugi seperti dituntut syarikat Motor Insurance. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Doktor terkejut kembar luar biasa berkongsi minda




TATIANA (kiri) dan Krista bercantum di bahagian kepala tetapi berkongsi minda.


VICTORIA - Satu pasangan kembar, Tatiana dan Krista Hogan yang bercantum di bahagian kepala dan berusia empat tahun mengejutkan doktor di British Columbia kerana mereka berkongsi minda, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum doktor itu mengetahui mengenai perkongsian minda tersebut, ibunya terlebih dahulu mengetahuinya berdasarkan penelitian kelakuan mereka.
Ibu itu pernah melihat Krista berasa gembira memakan sos manakala Tatiana cuba untuk mengelak pergerakan lidahnya walaupun dia tidak menyentuh sos.
Para doktor percaya bahawa kembar berkenaan berkongsi sebahagian otak yang dikenali sebagai thalamus yang menghantar deria rasa ke bahagian cerebral cortex.
Dalam satu temu ramah dengan akhbar New York Times, ibu pasangan itu, Felicia Simms berkata, seorang kembar tersebut boleh mengetahui apa yang dilihat oleh kembar lain.
Menurutnya, salah seorang kembar itu akan memberikan reaksi 'whoa' jika perut saudaranya tersebut sudah dipenuhi dengan air jus.
Profesor Todd Feinberg yang bertugas dengan Kolej Perubatan Albert Einstein memberitahu akhbar itu: "Ia kelihatan seperti mereka sebenarnya seorang individu pada satu ketika." - Agensi
Kosmo! Online - Dunia