Pages

Monday, February 8, 2016

Bangunan 1,700 meter semua dalam satu

Tokyo: Jepun dikatakan merancang membina sebuah menara setinggi 1,700 meter di bandar mega yang digelar Next Tokyo.
Apabila siap kelak, menara itu akan dua kali lebih tinggi berbanding bangunan tertinggi dunia ketika ini, - Burj Khalifa di Dubai yang setinggi 828 meter.
Struktur itu yang dikenali sebagai ‘Sky Mile Tower’ akan menjadi bangunan utama di New Tokyo, bandar raya futuristik yang dirancang bagi menangani perubahan iklim.
Menara mega itu dijangka boleh didiami seramai 55,000 orang yang akan mempunyai akses kepada ‘lobi angkasa’, kawasan yang akan menempatkan pusat beli-belah, restoran, hotel, gym dan juga klinik kesihatan.
Ia akan dibina dengan bentuk heksagon kerana ia bentuk paling kalis angin, menurut majalah Architectural Digest.
Lifnya bukan sahaja boleh membawa penduduk secara menegak, tetapi juga secara horizontal ke apartmen masing-masing.
Arkitek juga mereka cara khusus untuk mengagihkan air kepada penduduk di tingkat atas dengan mencipta bangunan yang akan mengumpul, merawat dan menyimpan air di tingkat tertentu.
Pemaju Next Tokyo Kohn Pedersen Fox Associates dan Leslie E Robertson Associates percaya jualan hartanah itu juga boleh membantu membiayai pembinaan projek berkenaan jika ia diluluskan.
Bandar raya dalam bangunan itu dijangka siap menjelang 2045 dan menurut pemajunya, ia direka khas untuk tahan kesan bencana alam, termasuk gempa bumi dan taufan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 5:48 AM


GAMBAR lakaran artis menunjukkan bangunan yang akan menjadi menara tertinggi di dunia apabila siap pada 2046.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113346#sthash.NlBHJT3A.dpuf

Rancang pasang payung keliling Kaabah

Makkah: Jemaah yang melakukan tawaf di Masjidilharam atau yang menunaikan solat di sekeliling Kaabah boleh melakukan ibadah itu dengan lebih selesa apabila cadangan memasang payung gergasi di sekitar kawasan tawaf menjadi kenyataan.
Cadangan untuk memasang payung berkenaan seperti yang terdapat di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah dilapor masih dalam peringkat kajian.
Menurut laporan media tempatan, perkara itu dibincangkan selepas Ketua Majlis Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais berbincang dengan wakil Kementerian Kewangan dengan dihadiri jawatankuasa projek Masjidilharam di pejabatnya beberapa hari lalu.
Payung berbentuk bunga di Masjid Nabawi bukan sahaja amat berguna untuk melindungi jemaah daripada sinaran terik matahari, khususnya pada musim panas, malah ia juga menjadi tarikan.
Projek yang dibincangkan pada mesyuarat itu, termasuk membina perpustakaan di Masjidilharam. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 5:47 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113344#sthash.Jo6By4HF.dpuf

Khaled sudah boleh berjalan

Riyadh: Seorang remaja Saudi yang pernah dinobatkan remaja paling berat di dunia mula berjalan buat kali pertama.
Portal berita Ajel semalam menyiarkan video menunjukkan Khaled Mohsen Al Shaeri, 17, berjalan dengan bantuan tongkat di rumahnya di Jazan, wilayah di selatan Arab Saudi.
Doktor yang merawatnya di hospital di Riyadh berkata, Khaled sudah susut dua pertiga daripada berat badannya dan dia masih menjalani rawatan untuk turun lebih banyak lagi.
Berat badan remaja itu hampir mencecah 810 kilogram apabila dia dibawa dengan helikopter ke King Fahd Medical City di Riyadh untuk rawatan, selaras dengan arahan Almarhum Raja Abdullah pada 2013. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 5:56 AM


KHALED ketika dimasukkan ke hospital pada 2013.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113356#sthash.URqaEZK9.dpuf