Pages

Monday, March 23, 2015

Kisah Karamah Abdullah bin Umar



Abdullah bin umar ialah anak lelaki Umar al-Khattab, Khalifah islam yang kedua. Imam Subki meriwayatkan beberapa karamah Abdullah bin Umar diantaranya ialah kebolehannya menundukkan binatang buas supaya mematuhi arahannya.
Dalam kitab Tabaqatul Manawi, Ibnu Asakir meriwayatkan bahawa Abdullah bin Umar telah menemui seekor singa dipertengahan jalan. Singa itu dikatakan sering mengganggu para musafir yang lalu lalang dikawasan itu. Lalu Abdullah bin Umar pun turun dari kenderaannya dan berjalan menghampiri singa itu lalu bercakap sesuatu ditelinga singa itu, lalu singa itu pun pergi dari situ.

Kepada orang lain yang kehairanan melihat peristiwa ganjil itu, Abdullah bin Umar pun berkata:"Aku pernah mendengar Rasullulah saw bersabda,"Jika seseorang itu tidak takut kepada selain kepada Allah, pastilah tiada siapa yang dapat menguasainya selain daripada Allah."

Sumber: Siapakah Wali
http://mselim3.blogspot.com/2014/12/kisah-karamah-abdullah-bin-umar.html

NABI ISA AS MENGHIDUPKAN MAYAT TELAH MATI 4000 TAHUN



nabiisamenghidupkanmayatyangtelahmati


Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas izin Allah, maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas izin Allah juga. Itulah mukjizat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk menunjukkan kebesarannya.
Tapi dasar orang kafir, walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah mati, mereka masih menyangkalnya.

"Sesungguhnya engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan memang belum mati benar. Cuba kau hidupkan mayat-mayat terdahulu jika kau boleh." Ujar mereka. Merasa ditentang kaumnya, Nabi Isa lalu berkata : "Silakan pilih mayat sekehendakmu," jawabnya.

"Cuba hidupkan Sam dan Nuh," kata mereka.

Kemudian Nabi Isa pergi ke makam Sam dan Nuh. Setelah bersembahyang di atas kuburnya, Isa berdoa kepada Allah meminta Allah menghidupkan mayat itu. Atas kekuasaan Allah kedua mayat yang sudah lama meninggal itu bangkit kembali dari kuburnya. Rambut di kepala sudah memutih semuanya.


Begitu melihat keduanya hidup kembali, Isa bertanya, "Mengapa rambutmu sudah memutih semacam itu,". Keduanya lalu menjawab bahawa mendengar panggilan Isa, ia mengira hari kiamat sudah tiba. "Berapa lama kau sudah meninggal?" tanya Isa. "Empat ribu tahun, tetapi sampai sekarang belum hilang rasa sakit matiku." Jawabnya.Melihat mukjizat Allah, berimanlah semula orang-orang yang kafir itu.
sumber

Kisah Sufi : Syu'ib Al Maghribi terkenal dengan warak dan zahid

http://mselim3.blogspot.com/2015/01/kisah-sufi-syuib-al-maghribi-terkenal-dengan-warak-dan-zahid.html

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Syeikh Syuib Abu Madyan Al Maghribi adalah seorangg ahli sufi yang terkenal dengan warak dan zahid. Beliau juga seorang ahli kasyaf dan mempunyai banyak karamah. Ketika berlaku Perang Salib untuk merebut Baitul Maqdis, Syeikh Abu Madyan Al Maghribi dilihat turut berjuang walaupun beliau tidak hadir di medan perang itu sebenarnya. Pada masa itu, Syeikh Abu Madyan sedang berada di Maghribi (Moroko). Syeikh Abu Muhammad Salih meriwayatkan pada satu hari Syeikh Abu Madyan keluar bersama anak muridnya ke padang pasir. Di tengah padang pasir itu beliau berdiri sambil pedang terhunus di tangannya seolah-olah menunggu musuh.
Kemudian mereka lihat sekumpulan babi (khinzir) datang menemui daerah itu, Maka Syeikh Abu Madyan pun menyerang babi-babi itu dengan pedangnya sehingga banyak yang dapat dibunuhnya. Setelah babi-babi yang masih hidup melarikan diri lalu mereka meminta penjelasan daripadanya.

Beliau berkata:"Babi-babi itu adalah gambaran daripada barisan tentera Salib yang hendak menyerang Baitul Maqdis tetapi mereka telah dikalahkan oleh Allah SWT."

Murid-muridnya telah menulis beberapa orang panglima dari tentera Salib, datang ke rumah Abu Madyan. Mereka mencium tangan dan berkata:"Jika Syeikh Abu Madyan tidak membantu kami dalam pertempuran hari itu mungkin barisan kami tewas.

Kami melihat Abu Madyan membunuh seorang Panglima Salib dengan pedangnya. Melihat kejadian itu ramai tentera Salib telah lari, tetapi anehnya apabila pertempuran itu tamat kami melihat Abu Madyan tidak ada disitu."

Pada suatu hari, Abu Madyan sering mendaki bukit di Al Kawakib beliau merasa lapar dan dahaga. Biasanya seekor kijang sudah menunggu beliau di situ. Beliau kemudian memerah susu kijang itu untuk diminum, tetapi hari itu kijang itu bukan sahaja enggan susunya diperah malah melarikan diri daripada Abu Madyan.

Beliau cuba mengingat-ingat apa dosa yang telah dilakukannya. Akhirnya dia teringat di dalam sakunya ada wang sedinar yang belum disedekahkannya kepada fakir miskin . Lalu wang itu dicampakkannya ke tanah sebagai tanda wang itu bukan haknya lagi. Sesudah itu barulah kijang tadi datang dan membenarkan susunya diperah untuk diminum oleh Abu Madyan.
Syeikh Abu Madyan Al Maghribi wafat pada tahun 580H dan dimakamkan di Talmaan, Aljeria.
Sumber : Siapakah Wali

Puteri Syah Karman yang jelita

wanitasholehahPuteriSyahKarman
Mohd Selim Zainal Monday, October 27, 2014
PuteriSyahKarman


Puteri Syah Al-Karmani adalah seorang yang cantik jelita dan menjalani kehidupan sufi seperti ayahnya. Dia sangat zuhud,warak, dan qanaah berpuasa siang hari dan bangun berjaga di malam hari. suatu hari seorang raja Karman datang melamarnya, tetapi pinangannya ditolak.

Syah Karman pergi dari masjid ke masjid untuk mencarikan calon yang bersesuaian dan disukai oleh anaknya. Akhirnya berjumpalah Syah Karman dengan seorang pemuda yang sangat bagus solatnya dan tutur katanya.

"Wahai pemuda! Apakah engkau sudah beristeri?" tanya Karman
"Belum,"jawab pemuda itu.

"Maukah engkau berkahwin dengan seorang wanita yang sentiasa berpuasa di siang hari, bangun di malam hari, rajin membaca al-Quran,warak, zuhud dan qanaah. Yang penting dia sangat cantik."

"Siapakah yang mahu berkahwin dengan saya seorang pemuda yang tidak mempunyai apa-apa ini?" tanya si pemuda sufi itu.

"Aku akan mengahwinkan engkau dengan anakku sendiri."
Pemuda itu akhirnya bersetuju . Kemudian itu, Syah Karman pun memberitahu puterinya bahawa dia telah menjumpai calon yang bersesuaian dengan puterinya. Syah Karman menyatakan bahawa pemuda calon pilihannya itu adalah seorang ahli ibadah, zuhud, qanaah dan lain-lain sifat lelaki yang diingini oleh puterinya.
Selesai akad nikah, Syah Karman menghantarkan puterinya yang jelita itu ke rumah suaminya kemudian dia pun pulang.

Sebaik sahaja puteri Syah Karman memasuki pintu dan melihat sekeping roti di dalam rumah suaminya itu muka bertukar menjadi masam.

"Apakah itu?"tanya pengantin perempuan kepada suaminya.
'Sekeping roti kering sisa semalam sengaja aku tinggalkan untuk berbuka petang ini."jawab si suami.

Puteri itu terus berpaling dan melangkah pulang ke rumah bapanya.

"Aku sudah menduga bahawa puteri Syah Karman pasti tidak suka bersuamikan orang seperti aku yang fakir miskin ini. Dia tidak redha dengan kefakiranku dan kemiskinanku."

Ketahuilah wahai suamiku bahawa aku puteri Syah Karman keluar dari rumahmu bukan disebabkan kefakiran dan kemiskinanmu?"kata puteri Syah Karman.

"Jadi apa yang menyebabkan engkau keluar daripada rumahku,"tanya pemuda itu.

"Disebabkan oleh kelemahan keyakinanmu." kata puteri Syah Karman.

"Ayahku memberitahu bahawa calon suaminya adalah seorang pemuda yang zuhud. Bagaimana dia menyifatkan suaminya seorang yang bertawakal kepada Allah dan zuhud sedangkan di rumahnya ada masih menyimpan sekeping roti?"

"Kalaulah masalah ini berpunca daripada sekeping roti aku minta maaf wahai isteriku"kata pemuda itu.


Ketika itu, si pemuda itu pun mengeluarkan sebuku roti yang menjadi punca masalah dan menyedekahkannya kepada fakir miskin. Setelah itu barulah puteri Syah Karman yang zuhud dan jelita itu mahu masuk. Hiduplah mereka berdua sebagai pasangan suami isteri yang berbahagia dengan tujuan yang sama yakni menuju jalan Allah. 

MANDI-MANDA DI EMPANGAN


Sebahagian pengunjung mandi-manda di Empangan Wawa yang tidak
Sebahagian pengunjung mandi-manda di Empangan Wawa yang tidak lagi digunakan di Montalban, Manila, Filipina, semalam. AFP
SEBUAH kawasan tadahan air dikenali sebagai Empangan Wawa atau Montalban di Rodriguez, wilayah Rizal, Filipina, yang tidak lagi digunakan, kini menjadi satu daripada daya tarikan pelancongan apabila dijadikan taman tema.
Empangan Wawa yang dibina pada tahun 1909 semasa zaman penjajahan Amerika di Filipina, pada mulanya digunakan sebagai sumber air di Metro Manila, namun tidak lagi berfungsi selepas Empangan Angat dibina pada tahun 1967.
Menariknya, empangan itu kini turut menempatkan Taman Tema Montalban yang sentiasa dipenuhi pelancong dalam dan luar negara yang mahukan keunikan semasa percutian mereka.
Pengunjung berpeluang meluncur turun dari tebing tinggi empangan ke kawasan tadahan yang turut menempatkan pondok-pondok kecil dibina di atas air.
SEBAHAGIAN pengunjung mandi-manda di Empangan Wawa yang tidak lagi digunakan di Montalban, Manila, Filipina, semalam. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mandi-manda-di-empangan-1.72463#sthash.J7ZASQxO.dpuf

Gadis Maghribi tarik kereta guna rambut


Ikram SALHI berjaya menarik sebuah kereta Mercedes- Benz sejauh
Ikram SALHI berjaya menarik sebuah kereta Mercedes- Benz sejauh 9.7 meter melalui jalan rata dalam satu program realiti televisyen, Worlds Most Talented, di Rabat, Maghribi, baru-baru ini. AGENSI
RABAT 22 Mac – Seorang gadis dari Maghribi, mempamerkan kehebatannya apabila berjaya menarik sebuah kereta seberat 1.5 tan dengan hanya menggunakan rambut, baru-baru ini.
Mail Online melaporkan, Ikram Salhi berjaya menarik sebuah kereta Mercedes-Benz sejauh 9.7 meter melalui jalan rata dalam satu program realiti televisyen, World’s Most Talented.
Pengacara rancangan berkenaan, Jonathon Ross memberitahu para penonton, aksi menarik kenderaan merupakan perkara biasa di Maghribi terutamanya bagi kalangan kaum lelaki, tetapi jarang sekali kaum wanita terlibat dalam aksi berkenaan.
Ketika ditemubual Ikram berkata, dia tidak mengalami sebarang kesakitan ketika menarik kereta tersebut, walaupun rambutnya kelihatan ditarik kuat.
“Saya langsung tidak berasa sakit, malah bangga dapat mewakili negara saya dalam program ini. Apa yang saya lakukan adalah untuk negara dan kaum wanita di Maghribi.
“Saya mula melakukan aksi berani seperti ini sejak berusia sembilan tahun lagi dan barang yang paling berat saya tarik adalah sebuah kereta pacuan empat roda Range Rover,” jelasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gadis-maghribi-tarik-kereta-guna-rambut-1.72479#sthash.oQHmdxAa.dpuf

Nelayan ‘terjaring’ kapal selam Rusia


LONDON 22 Mac – Seorang nelayan terpaksa menanggung kerugian sebanyak 10,000 pound (RM55,611) selepas jaring untuk menangkap ikan miliknya ‘memerangkap’ kapal selam yang dipercayai milik Rusia, baru-baru ini.
Angus MACLEOD menanggung kerugian sebanyak RM55,611 selepas jaringnya memerangkap kapal selam yang dipercayai milik Rusia, baru-baru ini. AGENSI
Mail Online melaporkan, Angus Macleod, 46, berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia menjalankan aktiviti penangkapan ikan di Laut Utara, kawasan perairan Britain.
“Kapal selam itu betul-betul tersangkut di bawah bot saya. Jaring saya rosak apabila kapal selam berkenaan cuba melepasi jaring dan menarik bot saya sekali, namun usaha itu tidak berjaya.
“Bimbang kalau-kalau kapal selam itu turun lebih dalam yang boleh menyebabkan bot saya musnah, saya bertindak memutuskan tali jaring. Saya tidak pernah mengalami pengalaman seperti ini,” jelas Macleod.
Kata Macleod lagi yang sudah menjadi nelayan selama 30 tahun, kapal selam itu kemudiannya beredar ke perairan antarabangsa dengan membawa jaringnya sekali.
Kes Macleod itu kini disiasat oleh Lembaga Siasatan Kemalangan Marin terutamanya selepas pegawai pantai mendakwa, tiada sebarang aktiviti kapal selam NATO di kawasan berkenaan ketika kejadian berlaku.
Kementerian Pertahanan enggan memberi sebarang ulasan berhubung kejadian itu dengan Kementerian Luar Negara mahu menunggu keputusan siasatan yang dijalankan sebelum membuat sebarang bentuk tindakan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nelayan-8216-terjaring-8217-kapal-selam-rusia-1.72481#sthash.iOYVxMo6.dpuf