Pages

Showing posts with label syiling. Show all posts
Showing posts with label syiling. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

Yaacob miliki syiling lama berusia 128 tahun


Yaacob Ahmad menunjukkan koleksi 200 keping wang kertas dan syiling keluaran sebelum Merdeka di rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Kubang Pasu, baru-baru ini.



KUBANG PASU 2 Sept. - Seorang pengumpul barangan lama di Kampung Lubuk Batu, Jalan Wang Tepus, di sini mendakwa memiliki lebih 200 keping wang kertas dan syiling lama dari beberapa negara dan koleksi yang paling disayangi adalah syiling setengah sen Straits Settlements 1883.
Yaacob Ahmad, 67, berkata, dia tidak akan menjual koleksi syiling dan wang kertas lama yang disimpannya biarpun ditawarkan untuk menjualnya dengan harga ribuan ringgit.
"Syiling setengah sen itu yang paling lama iaitu berusia 128 tahun dan saya tidak pernah fikir untuk menjualnya.
"Semua koleksi wang kertas dan duit syiling lama yang disimpan ini saya cari sendiri sejak berusia 17 tahun," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurutnya, selain menyimpan syiling lama dia juga menyimpan syiling yang jarang ditemui seperti syiling Edward VII King & Emperor 1907, syiling dari China gambar naga dan pitih jawa dengan gambar wayang kulit etong dan ekau.
"Saya tidak akan menjual koleksi saya biarpun ada pihak yang berminat untuk membelinya dengan harga yang mahal kerana saya mahu anak cucu saya melihat koleksi ini.
"Anak-anak saya juga menunjukkan minat untuk menyimpan wang-wang lama ini, jadi saya akan terus menyimpan koleksi ini untuk mereka," ujarnya.
Dia juga menyimpan koleksi wang kertas bernilai sepuluh ringgit lama yang mempunyai ejaan sa-puluh ringgit.
"Memang ramai yang cari duit ini untuk tujuan menarik duit dari alam ghaib namun saya tidak akan beri duit ini kepada mereka yang berniat sebegitu.
"Duit ini untuk peminat yang ingin melihat koleksi wang ini sahaja," katanya.utusan

Tuesday, July 26, 2011

Duit syiling baru diperkenal tahun depan


KAKITANGAN Bank Negara, Zuraidah Abdul Malek bersama duit syiling peringatan untuk siri ketiga.
KAKITANGAN Bank Negara, Zuraidah Abdul Malek bersama duit syiling peringatan untuk siri ketiga.


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan duit syiling baru siri ketiga awal tahun depan bagi menggantikan siri semasa yang berusia lebih 20 tahun.

Dengan tema ‘Keunikan Malaysia’ duit syiling baru akan memaparkan motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna yang ada di negara ini.Berita Harian Online | Duit syiling baru diperkenal tahun depan

Friday, July 9, 2010

52,000 keping syiling lama Rom ditemui


09/07/2010 3:15am

LONDON 9 Julai - Pemburu harta karun, Dave Crisp telah menemui 52,500 keping duit syiling lama Rom yang disifatkan sebagai penemuan terbesar di Britain setakat ini.
Timbunan syiling itu dianggarkan bernilai AS$5 juta (RM16juta), termasuk beratus-ratus syiling memaparkan wajah Marcus Aurelius Carausius, yang melakukan rampasan kuasa di British dan Perancis Utara pada akhir abad ketiga serta mengisytiharkan dirinya maharaja. - AP