Pages

Thursday, December 20, 2012

700 RIBU TENTERA NAMRUD VS NYAMUK




Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan Allah SWT dengan tentera nyamuk.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Al-Muddatsir: 31) Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit.

Kemudian nyamuk bertanya:
“Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?”

Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz.”

Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya:

“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT. Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.

Kisah Rasulullah



Fudholah bin Umair mahu membunuh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Dia mengambil peluang ketika Baginda sedang tawaf ...di Ka'bah. Hampir sahaja dia berpeluang mengangkat senjatanya, dia terkejut kerana Baginda memandangnya.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertanya sambil tersenyum: "Apa yang kamu sedang bicarakan di dalam hatimu wahai Fudholah?."

Fudholah segera menjawab: "Eh, tak de apa² wahai Rasulullah. Saya sedang berzikir kepada Allah & sedang melakukan tawaf."

Rasulullah diam & meneruskan tawafnya. Fudholah pun mengikuti di belakang Baginda dari jarak dekat dengan tujuan asalnya iaitu MAHU MEMBUNUH BAGINDA صلى الله عليه وسلم.

Soalan & jawapan yang sama ini berlaku 3kali. Masuk kali ke 3, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menoleh kepada Fudholah dengan senyuman lagi & meletakkan tangannya yang mulia itu di atas dada Fudholah yang dipenuhi dengan kebencian & api kemarahan yang meluap².

Fudholah berkata: "Demi Allah di saat Rasulullah meletakkan tangannya di atas dadaku, tidak ada manusia yang PALING aku benci di atas muka bumi ini melebihi dirinya. Namun setelah tangan itu diangkat dari dadaku, tidak ada manusia yang PALING AKU CINTAI di atas muka bumi ini melebihi dirinya."

Allahu Allah, shollu a'la an-Nabiyy,
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Kisah wanita berpurdah membeli belah (Menarik)


Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis. Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar. Kebetulan cashier yang ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu td dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang
belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja.

Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi
wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang,
hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tidak dapat
lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan,

"Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di
sini, purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini
untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah.
Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah,
pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut...

Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit
putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata, "Aku adalah
wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah
Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama
kamu, sementara kami membelinya.

Subhanallah...

Allah Ta'ala berfirman, ertinya,
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah
Allah', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berdukacita."
(QS. Al-Ahqaaf: 13)
 

30 PESANAN IMAM SYAFIE



1- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

2- Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3- Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4- Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

5- Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.

6- Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7- Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

8- Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

9- Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.

10- Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

11- Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12- Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13- Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.

14- Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.

15- Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

16- Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

17- Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

18- Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

19-Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

20- Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.

21- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

22- Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

23- Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.

24- Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

25- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

26- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.

27- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.

28- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.

29- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."

30- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Semoga bermanfaat.

Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib
 

Seruan buat Bani Jawi


Sejarah mencatatkan, terdapat 3 bani keturunan Nabi Ibrahim AS iaitu Bani Arab, Bani Israel dan Bani Jawi. Bani Israel tahu bahawa riwayat Bani mereka akan ditamatkan oleh Bani Jawi. Pemimpin Bani Jawi adalah gabungan benih Bani Arab dan Bani Jawi iaitu al Mahdi. Justeru Bani Israel berusaha bermati-matian mencari al Mahdi.

Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Di bumi Jawi ini al Mahdi dilahirkan ke dunia dan membesar menanti hari untuk pulang ke tanah asal nenek moyangnya .

Peta dunia Ptolemy yang dicetak di Ulm, Jerman, 1482.

Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi@ kaum yang hilang. Kini Yahudi telah mengetahui di manakah “promised land” iaitu Bumi Malaysia@Tanah Melayu@Tanah Jawi. Sekarang Yahudi berusaha sedang menjejaki lokasi al Mahdi. Yahudi tahu al Mahdi ada di bumi Jawi ini.

Tetapi ketentuan Allah mengatasi segalanya. Sebagaimana Allah selamatkan Nabi Musa AS di dalam istana Firaun, sebagaimana Allah selamatkan Nabi Ibrahim di dalam api, sebagaimana Allah selamatkan Nabi Isa al Masih dari kepungan Yahudi , sebagaimana Allah selamatkan Nabi Muhammad SAW dari kepungan kafirin begitulah Allah akan selamatkan al Mahdi dari konspirasi Yahudi dan kuncu-kuncunya.

Bacalah catatan pengembaraan bani misteri ini mencari “promised land”untuk menunaikan misi suci wasiat Nabi Ibrahim AS.

BANI JAWI @ BANGSA JAWI /MELAYU

Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah.

Adakah Bangsa Melayu merupakan salah satu bangsa yang dicari-cari oleh Yahudi selama ini kerana menurut kitab Yahudi…di akhir zaman nanti bangsa Yahudi akan disembelih oleh saudara mereka yang lain… iaitu Bangsa Jawi !!!

Tanah Melayu yang sebenar

Siapakah Melayu ?

Dari manakah asal usulnya bangsa Melayu itu ?

Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog ,rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia,’di penghujung dunia’. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan ‘Di hujung dunia’, setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat…tidur dengan lenanya…senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri ini, tetapi dia juga kehilangan jejak mereka.

Di manakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka ?

Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka ?

Rupa-rupanya ‘Di hujung Dunia’ bangsa ini masih nyenyak bertapa !

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Ketahuilah bahawa kehadiran kita di bumi Jawi ini adalah ketentuan Ilahi yang diwahyukan kepada Nabi Ibrahim AS.

Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan zahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.

Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemahlembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.

Manakala kaum Yahudi sejak sekian lama, mencari merata-rata lokasi kaum yang hilang ini. Bani Jawi mesti dicari dan dihapuskan. Imam Mahadi adalah sasaran utama yang mesti dimusnahkan.

Mereka meracuni keturunan Rasulullah SAW supaya tiada zuriat akan diperturunkan pada generasi suci dan dengan itu al Mahdi tidak dilahirkan. Ketentuan Ilahi tiada siapa boleh menghalang. Al Mahdi tetap dizahirkan oleh Allah SWT.

Yahudi laknatullah tahu al Mahdi telah wujud dan zahir di tanah jawi ini tetapi di negeri mana, di daerah mana, di kampung mana dan di rumah mana ?

Untuk mencari al Mahdi, Yahudi telah membuat pengkalan di Singapura. Telah berapa puluh tahun Yahudi bertapak di Singapura. Dari situ berbagai rancangan dan teknik pencarian dijalankan.

Rancangan jangka panjang telah dan sedang dilaksanakan. Manakala di Israel, Yahudi telah mula membina di Baitul Maqdis untuk meyambut kedatangan Kuil Suci Dajjal.

Masjidil Aqsa yang sebenar, kiblat pertama umat Islam

Yahudi telah menanam pokok Gharqad untuk bersembunyi andai bala tentera al Mahdi menyerang. Yahudi diberitakan juga telah menempah pedang-pedang titanium dari United Kingdom untuk peperangan menentang tentera al Mahdi.

Masa sudah amat singkat pada perkiraan Yahudi.

Di mana al Mahdi ?

Al Mahdi mesti di jejaki walaupun ke lubang cacing. Terhapusnya al Mahdi maka akan selamatlah seluruh bangsa Yahudi di Israel. Jika tidak penyembelihan Yahudi tidak dapat dielak lagi.

Para pemikir Yahudi membuat perancangan yang amat licik. Sedarlah, bahawasanya mereka sudahpun menerobos jauh ke dalam negara kita.

Pelbagai teknologi dan perisian dibangunkan untuk memudahkan Yahudi menjejaki seorang bernama Muhammad bin Abdullah melalui sistem komputer bersepadu.

Setiap yang bernama Muhammad bin Abdullah pasti akan dijejaki satu persatu dan diselidiki latar belakangnya. Seorang Muhammad bin Abdullah mesti ditemui dan dihapuskan dengan apa cara jua pun.

Ini adalah kemuncak pencarian Yahudi di bumi Jawi ini.

Wahai bani Jawi, dibumi yang kita pijak ini TELAH zahir pemimpin Agung Akhir Zaman. Kita akan mendengar seruan dari langit untuk kita pulang ke tanah asal kita.

Kita ada tugas besar menghapuskan bangsa penderkaha iaitu Yahudi Laknatullah. Mereka pembunuh para Nabi. Kita akan menuntut bela.

Kita akan pulang membawa panji-panji hitam mengiringi al Mahdi al Muntazar. Jangan dirisaukan keselamatan al Mahdi. Baginda tetap dalam peliharaan Allah.

Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah memperkukuhkan iman dan meneguhkan amalan. Tingkatkan keyakinan kita kepada Allah dan sempurnakan sunnah Rasululah SAW dalam kehidupan seteliti mungkin.

Jadilah ahli sembahyang dan jangan ditinggal sembahyang malam dan pelajarilah ilmu fadhail dan masail.

Jangan pisahkan lagi nama Allah dari lidah-lidah dan hati kamu.

Jangan lalai berselawat ke atas Rasulullah SAW dan beristighfarlah belasan ribu kali setiap hari.

Murnikanlah lagi akhlak-akhlak kamu dan berakhlaklah dengan akhlak Allah.

Perbaikilah niat kamu sehari-hari semata-mata hidup ini mencari redha Ilahi.

Bersiap sedialah untuk satu perjalanan yang jauh.

Kita akan pulang ke tanah asal kita mengiringi pemimpin akhir zaman.

Kita akan melindungi al Mahdi dengan nyawa kita.

Dunia akan melihat kebangkitan semula kaum yang hilang ini.

Seruan dari langit pasti akan kedengaran.

Masanya sudah tersangat hampir untuk kita meninggalkan “promised land” ini. Bersiaplah untuk pulang ke tanah asalmu wahai Bani Jawi. Bersiaplah untuk pulang wahai bangsa mulia mengiringi al Mahdi pemimpin Agung akhir zaman. Bersiaplah untuk pulang ke tanah asal kita iaitu bumi suci nabi-nabi. Pertempuran Bani Jawi dengan Yahudi tidak dapat dielakkan lagi. Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi.
 

Hebatnya Hasan Al Banna…




Semasa berumur 9 tahun Hasan Al Banna sudah membiasakan dirinya dengan berpuasa sunat dan sembahyang tahajud pada tengah malam. Kehidupan hariannya dibahagikan kepada 4 bahagian. Pada waktu pagi beliau pergi sekolah, pulang dari sekolah menolong bapanya di kedai membaiki jam, pada waktu malam mengulangkaji pelajaran sekolah dan pada waktu pagi selepas subuh dia membaca dan menghafal Al Quran.
Ayahnya selalu berpesan membaca Quran itu ibarat berhutang dengan Tuhan mesti dijelaskan setiap hari. Ketika berumur 12 tahun Hasan Al Banna sudah dapat menghafal separuh Al Quran dan ketika berumur 14 tahun beliau sudah dapat menghafal seluruh kandungan al Quran. Hebatnya Hasan Al Banna…

Tokoh-tokoh Islam yang hebat seperti Salahuddin Al Ayubi, Sultan Muhamad Al Fateh dan ramai lagi, mereka mengamalkan solat tahajud, puasa sunat dan membaca al Quran.

Bagaimana pula dengan kita yang juga bercita-cita menjadi pejuang Islam?

[Abdul Latip Talib]


Ayah Hasan Al Banna, Syeikh Ahmad Abdul Rahman Al Banna.


Setelah Ikhwan Muslimin di haramkan Syeikh Ahmad Al Banna menyangka anaknya Hasan Al Banna turut ditangkap seperti kawan-kawannya yang lain. Dia tidak menyangka anaknya dibunuh dengan begitu kejam. Kematian anaknya dimaklumkan pada jam 1 pagi dan Syeikh Ahmad Al Banna diberi dua pilihan, dia sendiri yang akan menyempurnakan jenazah anaknya atau pihak polis yang akan mengebumikannya. Syeikh Ahmad Al Banna memilih untuk menyempurnakan jenazah anaknya sendiri.

Jenazah Hasan Al Banna dihantar ke rumahnya pada waktu dinihari supaya tidak dilihat sesiapa dan kawasan rumah itu dikepung anggota polis supaya orang ramai tidak dapat datang menziarahinya..

Syekh Ahmad Al Banna yang ketika itu berumur 90 tahun yang memandi dan mengkafan jenazah anaknya yang syahid itu. Setelah siap maka jenazah itu diletakkan di tempat pengusung. Syeikh Ahmad Al Banna meminta kebenaran pihak polis untuk mendapatkan beberapa orang lelaki tetapi tidak dibenarkan.

“Hanya orang perempuan saja dibenarkan mengusungnya,” beritahu pihak polis.

Syeikh Ahmad Al Banna yang dibantu tiga orang anak perempuannnya mengusung jenazah Hasan Al Banan menuju ke masjid Al Qaisun untuk disembahyangkan. Tetapi pihak polis telah mengepung masjid itu dan orang ramai tidak dibenarkan datang. Maka Syeikh Ahmad Al Banna seorang diri yang menyembahyangkan jenazah anaknya.

Kemudian jenazah itu dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Di situ menunggu seorang lelaki bernama Makram Abid yang ditugaskan menggali kubur. Syeikh Ahmad Al Banna sendiri yang memasukkan jenazah anaknya ke dalam kubur.

Tidak cukup dengan kekejaman yang dilakukan ke atas Hasan Al Banan maka keluarganya pula menjadi mangsa. Rumah mereka dikepung polis selama dua tahun. Dalam tempoh itu tidak siapapun dibenarkan melawat keluarga tersebut. Talian telefon juga dipotong dan pergerakan keluarga itu diawasi.

Akhirnya perintah dikeluarkan supaya rumah itu dirobohkan..

al fatihah.. - Abdul Latip Talib | Penulis Novel Sejarah

Kenapa Hasan Al Banna di bunuh



Pada 14 Mei 1948 David Ben-Gurion telah mengisytiharkan wujudnya Negara Israel yang merdeka lalu diiktiraf oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat.

IKhwan Muslimin telah mengadakan mesyuarat dan mereka telah mendesak Mesir dan negara-negara Arab lain supaya mengisytihar jihad terhadap Israel serta menggunakan apa sahaja cara yang mungkin untuk menyelamatkan Palestindaripada kehancuran. Ekoran dari itu berlaku Perang Arab-Israel1948.

Ikhwan Muslimin telah menghantar 10,000 mujahidin, kemudian diikuti beberapa Negara Arab yang lain antaranya Mesir, Syria, Iraq, Jordan,Lubnan dan beberapa Negara arab lagi sehingga jumlah mereka seramai 47500 orang.

Mujahidin yang dihantar Ikhwan Muslimin berjuang di barisan hadapan dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Hasan Al Banna. Mereka berjuang dengan gagah berani sehingga setiap kali pertempuran mereka beroleh kemenangan. Mereka terus mara sehingga sampai ke pinggir Tel Aviv.

British, Amerika Syarikat dan sekutunya yang menyokong Israel berasa bimbang jika Negara haram yahudi itu dikalahkan tentera Arab. Mereka mendesak kedutaan masing-masing yang berada di Mesir mendesak Perdana Menteri Mesir Nuqrasyi Pasya bertindak ke atas Ikhwan Muslimin. Mereka mendakwa kononnya pertubuhan itu sedang merancang hendak merampas kuasa.

Perdana Menteri Mesir memanggil pulang tentera Mesir dan mujahidin Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestin. Kepulangan mereka bukan disambut sebagai pahlawan tetapi mereka ditangkap, dipenjarakan malah ramai yang dibunuh.

Pada 10 Jun 1948 diadakan gencatan senjata. Tetapi itu hanya helah Israel untuk memusnahkan tentera Arab. Apabila tentera Mesir dan Mujahidin Ikhwan Muslimin pulang maka tentera Arab yang lain berasa lemah semangat untuk berperang.

Gencatan senjata itu hanya helah Israel dan sekutunya. Semasa gencatan senjata Israel menerima senjata dari Amerika, Britain dan sekutunya. Kemudian Israel menyerang semula lalu mengalahkan pasukan Arab.

Hasan Al Banna dibunuh kerana menghantar 10 ribu pejuang ke Palestin dan berjaya menyatukan Negara Arab supaya menentang Israel. Mereka tidak mahu wujud tokoh yang mengikut jejak Salahuddin Al Ayubi yang berjaya menyatukan Negara Arab sebelum menakluk Jerusalem. - Abdul Latip Talib

Konflik Syria sudah ragut 44,000 nyawa



BEIRUT: Lebih 44,000 terbunuh di Syria sejak tercetusnya pemberontakan menentang rejim pemerintahan kerajaan pada Mac 2011, demikian lapor badan hak asasi manusia hari ini.

“Sekurang-kurangnya 44,063 orang terbunuh dalam tempoh 21 bulan lalu," kata Pengarah Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 30,819 membabitkan orang awam, 1,482 pemberontak, 10,978 tentera dan 784 orang lagi yang identitinya gagal dikenal pati.

Badan itu mendawa, ramai orang awam menjadi pemberontak mengangkat senjata api untuk menentang rejim pemerintahan sekarang.

Angka sebenar mereka yang terbunuh adalah lebih tinggi daripada anggaran yang dikeluarkan," katanya. - AFP

Filem Nabi Muhammad bernilai RM3.05b



Ahmed Al-Hashemi
DOHA 19 Dis. - Sebuah syarikat yang beribu pejabat di Qatar, Alnoor Holding mengumumkan akan menambah peruntukan untuk penerbitan siri filem Nabi Muhammad SAW kepada AS$1 bilion (RM3.05 bilion) daripada AS$1.5 juta (RM4.6 juta) yang diumumkan tiga tahun lalu.
Pengerusi Alnoor Holding, Ahmed Al-Hashemi dalam satu kenyataan berkata, filem tentang riwayat hidup Nabi Muhammad SAW itu akan diterbitkan sebanyak tujuh siri berbanding tiga siri seperti yang dirancang sebelum ini.
Menurut syarikat itu, sekumpulan pakar di syarikat itu telah menyiapkan skrip filem tersebut selepas mengatasi pelbagai cabaran seni dan dramatik.
Alnoor pada 2009 mengumumkan berusaha mendapatkan dana untuk membikin filem itu yang akan diterbitkan oleh Barrie Osborne, seorang veteran Hollywood yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dan terkenal dengan filem Lord of the Rings dan The Matrix.
Nabi Muhammad SAW bagaimanapun tidak akan muncul dalam filem itu sebagai menghormati ajaran Islam yang mengharamkan penayangan imej beliau.
Ulama Qatar, Sheikh Yusuf Qaradawi yang juga ketua Persatuan Cendekiawan Islam akan mengetuai penyelidikan filem itu dan menjadi penasihat teknikal.
Menurut syarikat itu, filem yang akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan diterjemah kepada beberapa bahasa itu bertujuan untuk memperbetulkan imej Barat terhadap masyarakat Islam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121220/lu_01/Filem-Nabi-Muhammad-bernilai-RM305b#ixzz2FZ1gTFB8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

RM360,000 ditemui dalam longgokan sampah





         
TOKYO: Seorang pekerja di pusat pelupusan sampah di Jepun menemui wang bernilai lebih RM360,000 dalam longgokan bahan buangan, kata polis semalam.

Jurucakap polis Asaminami di Hiroshima berkata, wang berkenaan tidak terjejas selepas melalui mesin pengisar sampah.


“Pekerja terbabit juga menemui kira-kira 2,300 cebisan wang kertas yang musnah akibat dikisar mesin berkenaan,” katanya.

Jurucakap itu berkata, kemudahan di pusat pelupusan sampah itu memproses bahan buangan seperti almari dan tilam - yang tidak boleh dipungut kenderaan pembuang sampah biasa. “Polis percaya pemilik wang itu mungkin terlupa wang berkenaan apabila membuang perabot berkenan.


“Polis juga menolak kemungkinan ada unsur jenayah berkaitan penemuan wang ini,” katanya. - AFP

Bakso tidak ditanggung halal





         
JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) sukar menentukan status halal bakso di pasaran negara itu kerana urusan jual beli daging di pasar terdedah kepada percampuran daging lembu dan babi.

Ketua Hariannya, Maruf Amin, berkata kemungkinan itu berlaku kerana tidak semua pasar menyediakan lot khas yang memisahkan daging halal dan haram. “Kami sukar menentukan status halal itu kerana aliran proses daging lembu tidak dikawal.


“Peralatan digunakan peniaga juga tidak boleh dipastikan sama ada benar-benar terpisah atau tidak,” katanya.

Turut menjadi pertimbangan, kata Maruf, adalah mesin pengisar yang digunakan untuk semua jenis daging.


“Keadaan itu menyebabkan ada kemungkinan berlaku percampuran antara daging lembu dan babi,” katanya. Menurut Maruf, isu percampuran daging lembu dan babi memang merugikan peniaga.


Bagaimanapun, katanya, tanggungjawab memisahkan jual beli daging halal dan haram di pasar terletak pada pihak berkuasa tempatan.

Justeru, kata Maruf, pihak berkenaan sepatutnya mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi isu berkenaan.


“MUI tidak ada kuasa mengatur urusan jual beli daging di pasar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Penyelidikan Makanan, Ubat-ubatan dan Kosmetik MUI, Lukmanul Hakim, berkata daripada kira-kira 50,000 produk bakso, hanya 100 mendapat sijil halal daripada badan itu. Katanya, sijil dikeluarkan selepas seluruh proses pengeluaran berkenaan diselidik.


Menurut Lukmanul Hakim, banyak yang tidak lulus kerana diberi makanan yang mungkin terdedah kepada percampuran daging lembu dan babi.


“Daging babi juga direndam dengan darah lembu bagi mengurangkan warna pucat, sekali gus menjadikan ia kelihatan seperti daging lembu,” katanya. - Kompas.com

Produk wajib lawat di dunia




LANGKAWI SkyCab menjadi tumpuan pelancong kerana pemandangan sekitarnya yang menakjubkan.


LANGKAWI - Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) mahu menjadikan Langkawi SkyCab atau kereta kabel Langkawi sebagai antara kereta kabel terunggul di dunia dan 10 produk wajib dilawati masyarakat dunia menjelang 2015.
Dengan sasaran 1.3 juta pelawat, Lada mengunjurkan perolehan RM32.5 juta dengan keuntungan RM4.5 juta pada 2015, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Khalid Ramli .
"Hasil itu bukan hanya kutipan jualan tiket, tetapi juga hasil non-fare," katanya selepas melancarkan Pelan Perniagaan SkyCab Langkawi 2013-2015 di sini semalam.
Menurutnya, bagi tahun ini, Lada berusaha mencapai sejuta pengunjung selepas sasaran awal 850,000 orang berjaya dicapai.
Langkawi SkyCab kini menerima 950,000 pelawat setakat semalam.
Khalid berkata, kereta kabel Langkawi dianggap paling unik di dunia kerana kedudukannya dalam kawasan ekosistem hutan berbanding kereta kabel lain yang terletak di bandar.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2FXU3U09j 
Hakcipta terpelihara 

Tengkorak 'makhluk asing' ditemui di Mexico



GAMBAR yang dirakamkan di laman YouTube semalam menunjukkan tengkorak manusia berbentuk lonjong yang ditemui di Kampung Onavas, Mexico.


BANDAR RAYA MEXICO - Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat Kampung Onavas di Mexico, menurut akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin.
Tengkorak itu dipercayai berusia 1,000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem-filem keluaran Hollywood.
Ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia.
Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico.
Penduduk tersebut mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan pelbagai kaedah.
Antara kaedah itu ialah dengan menggunakan dua kepingan kayu yang diikat di bahagian kepala.
Ia dilakukan ketika tengkorak tersebut masih di peringkat kanak-kanak.
Seorang ahli arkeologi, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan upacara keagamaan.
Moreno mengetuai projek penyelidikan tersebut bagi pihak Universiti Negeri Arizona, Amerika Syarikat.
Projek itu mendapat kelulusan Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2FXSY9top 
Hakcipta terpelihara 

Rumah perlindungan untuk hari kiamat dijual




BENTUK rumah perlindungan yang dibina Seyfried di Salt Lake Utara, Utah pada 12 Disember lalu.


WASHINGTON - Syarikat Utah Shelter System yang dikendalikan Paul Seyfried menghasilkan beberapa buah rumah perlindungan untuk kegunaan orang ramai menghadapi pelbagai bencana seperti peperangan nuklear, kimia, biologi, bencana alam dan hari kiamat.
Harga rumah itu adalah antara AS$51,000 (RM155,738) hingga AS$64,000 (RM195,471).
Seyfried menghasilkan rumah tersebut dengan menggunakan keluli di Salt Lake Utara, Utah.
Rumah itu turut dilengkapi dengan tandas. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2FXRzDtZm 
Hakcipta terpelihara