Thursday, April 15, 2010
SEBUAH KISAH BENAR
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya.
Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya.
Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya.
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
"Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
(i). Solat sunat ( ii). Puasa sunat ( iii). Berzikir (iv). Bersedekah (v).Mengusap rambut anak yatim (vi). Mendengar cerita2 kesusahan orang lain vii). Membantu orang susah
Kaabah yang Enggan Bergerak
Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi..
Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah.. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.
Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak
menuju ke syurga..
Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir...
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.
Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....
Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....
Subhanallah
Allahuakbar
Betapa pengampun dan penyayangnya Allah kepada kita semua hamba-Nya
Keampunan Allah tidak mengenal siapa..... semua yang layak akan dapat pengampunan- NYA.... Semoga ALLAh mengampunkan kita semua sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Amiin.

Hari Yang Menakutkan
“Kak,kita nak duduk di mana sekarang nie ?,”tanya Alan kepada kakaknya,Mashita.“Entah la dik,kita sudah tiada tempat tinggal lagi.Makcik sudah halau kita dari rumah,”balas Mashita.Ibu dan ayah mereka sudah meninggal dalam kemalangan jalan raya dan sekarang makcik mereka sudah menghalau mereka dari rumah yang didiami oleh mereka selama ini.Umur Alan 8 tahun dan Mashita 6 tahun lebih tua dari Alan.Tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali.Petir sambung menyambung,Alan dan Mashita berlari menuju ke tempat perhentian bas.Malam semakin larut,Alan dan Mashita terpaksa tidur disitu.
Tiba-tiba dengan tidak sengaja Mashita ternampak satu lembaga memakai pakaian serba putih memandangnya dengan matanya yang merah menyala. Mashita yang dalam ketakutan itu terkejut apabila lembaga tadi ketawa mengilai-ngilai menuju ke arah satu pondok usang di dalam hutan.Alan yang sudah tidur itu terjaga dan bertanyakan apa yang berlaku.Mashita menyuruh adiknya tidur kerana hari sudah lewat malam.
Mashita sebenarnya tidak mahu adiknya takut membayangkan lembaga itu.Setelah memejamkan mata untuk beberapa ketika,mereka pun mula terlelap.
Pada keesokan hari, Mashita mengejutkan adiknya pada pukul 6 pagi untuk solat Subuh di surau berdekatan.Setelah selesai solat Subuh,Mashita dan Alan berjalan tiada arah tuju.Tiba di satu lorong,mereka terserempak dengan soerang nenek tua yang berumur 89 tahun terjatuh di tepi jalan.Mereka menolong nenek itu dan memimpinnya pulang.
“Anak nie duduk mana ?,”tanya nenek itu kepada Alan dan Mashita.Alan dan Mashita saling berpandangan.Mereka pun memberitahu peristiwa yang menimpa diri mereka. “Kamu mahu tinggal dengan nenek ?,”tanya nenek itu lagi.
“Boleh juga sambil itu kita boleh jaga nenek,kan Akan Ita ?,”jawab Alan. “Betul tu nek,”balas Mashita pula.
Pada malam itu,semasa Alan dan Mashita baru merebahkan badan diatas tilam masing-masing,mereka terdengar suara seorang perempuan ketawa mengilai-ngilai di luar rumah.Tiba-tiba elektrik terputus,hujan lebat mula turun,Alan dan Mashita mula ketakutan,tingkap di bilik mereka terbuka dengan sendiri.Mereka menjerit apabila terlihat satu lembaga memakai pakaian serba putih menuju ke arah mereka.Seorang jiran yang terdengar jeritan mereka datang ke rumah usang itu.Tiba-tiba makhluk yang berpakaian serba putih itu hilang entah ke mana.Jiran itu bertanya bagaimana Alan dan Mashita boleh berada di rumah usang itu.
Alan dan Mashita menceritakan peristiwa yang berlaku.Tersentak Alan dan Mashita apabila mereka diberitahu bahawa nenek yang mereka jumpa terjatuh di tepi jalan pagi tadi sudah meninggal 3 bulan yang lalu.Mereka juga diberitahu bahawa nenek itu pernah membela hantu dirumah itu dan selepas nenek itu meninggal hantu itu tiada hala tuju.Hantu itu selalu mengganggu orang yang keluar lewat malam dengan menukarkan rupanya seperti wajah nenek itu.Akhirnya jiran itu mengajak Alan dan Mashita tinggal dirumahnya supaya lebih selamat.Jiran itu juga telah mengambil Alan dan Mashita menjadi anak angkat mereka

Mayat yang keluar ulat hidup
Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya. Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup 'istimewa' sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.
Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya. Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak. Kawan saya kata, "Cubalah tanya dia sendiri." Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.
Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan...takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju. Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. "Lain macam saja ni", fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.
Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, "Inilah ujian Allah kepada kita". Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi meraka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah....suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.
Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, "Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini". Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.
Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kerata jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, "Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya". Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi - takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup....na'uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.
Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata 'TIDAK'. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

Bahana Ilmu Kebal
Malam itu merupakan malam ke tiga bagi Zainal bertugas. Zainal yang bertugas sebagai seorang Atendan kesihatan di hospital memulakan tugasnya pada malam itu seperti biasa. namun tepat pada jam pukul 12.00 tengah malam, dia diminta untuk membantu Pembantu Perubatan yang bernama Azli untuk pergi mengambil seorang mangsa kemalangan jalan raya di simpang 3 laluan ke Bandar utama, suasana malam itu agak suram disertai dengan cahaya kilat di langit yang kadang kala menyuluh kesepian malam itu. Setibanya Zainal di tempat kejadian, orang ramai sudah mula berpusu-pusu dan mengerumuni kawasan kemalangan tersebut, Zainal membantu Azli untuk mengangkat dan mengusung mangsa ke dalam ambulan, mangsa dalam lingkungan 50an itu tidak dapat dicam dengan jelas oleh Zainal kerana wajahnya penuh dilumuri darah yang keluar membuak-buak dari hidung dan mulutnya. Mangsa dilihat beberapa kali mengelupor dan mengeletik menahan kesakitan yang amat sangat, tetapi apa yang menghairankan zainal ialah tiada sebarang luka yang dilihatnya, bahkan hanya terdapat garisan putih di atas permukaan kulit seperti digesel dengan sesuatu yang tumpul. Memang tiada langsung luka besar dilihatnya kecuali perdarahan yang banyak keluar dari mulut dan hidung mangsa sehingga membasahi lantai ambulan. Kalau mengikutkan kemalangan yang berlaku, sudah pasti mangsa akan patah riuk atau mengalami kecedaraan luaran yang serius, kerana motorsikal yang dinaiki mangsa bukan sahaja merempuh belakang lori treler yang sarat dengan muatan berat, tetapi juga mangsa dan motorsikalnya juga terpelosok di bawah perut lori tersebut, biasanya dari pengalaman yang Zainal tempuhi selama hampir 25 tahun bertugas sebagai atendan kesihatan, mangsa begini jarang hidup lama, kalau tidak mati ditempat kejadian, mangsa biasanya akan meninggal di hospital.
Setibanya mereka di hospital, Dr Amen dan Paramedik yang lain bertungkus lumus memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa kemalangan yang diambil oleh mereka tadi, Azli cuba mengeluarkan perdarahan beku yang masih berada di ruang pernafasan mangsa dengan melakukan sedutan. Beberapa kesan bengkak dapat dilihat di kawasan peha kiri mangsa yang menunjukkan ada tanda-tanda kepatahan. Setelah mangsa di berikan bantuan pernafasan, JuruX-ray di minta untuk melakukan x-ray di kawasan yang disyaki mengalami kepatahan tulang, setelah siap filem X-ray diproses, Dr Amen melihat filem-filem X-ray mangsa untuk menyiasat kawasan kepatahan yang terlibat pada mangsa, tetapi Dr Amen kehairanan melihat tulang peha kirinya di dalam filem x-ray yang menunjukkan tulang tersebut tidak menembusi kulit peha mangsa sedangkan kalau berdasarkan teori dan pengalamannya, kepatahan jenis ini akan mengakibatkan luka pada kulit terlibat yang dikenali sebagai kepatahan tulang terbuka. Mungkin impak kepatahan tidak kuat, namun di fikiran Dr Amen ianya masih menjadi tanda tanya.
Tepat Jam 1.00 pagi, mangsa yang dalam keadaan nazak itu akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya kerana komplikasi penafasan dan kecederaan dalaman di ruang pernafasannya. Zainal sekali lagi ditugaskan untuk melakukan "last Office" ke atas jenazah mangsa sebelum mangsa di bawa ke bilik mayat untuk dibedah siasat.
Ketika dalam perjalanan ke bilik mayat, Zainal terasa seolah-olah diekori dan diperhatikan oleh seseorang dari belakang, namun ianya sudah lumrah bagi Zainal kerana mangsa yang mati akibat kemalangan jalan raya memang akan menimbulkan sedikit rasa seram ditambah pula jam pada ketika itu menunjukkan Pukul 1.30 pagi, tiba-tiba terdengar satu suara nyaring mengilai dari atas bumbung bilik mayat dan ketika itulah Zainal terlihat satu susuk tubuh berambut panjang dan berpakaian putih terbang dari atas bumbung bilik mayat terus meuju ke hutan berhampiran hospital dalam keadaan hujan yang turun dengan lebatnya pada ketika itu. Terasa longlai lutut Zainal seketika, namun Zainal kuatkan juga semangatnya agar mayat yang dibawanya tadi dapat disimpan di dalam bilik simpanan mayat dengan selamat agar proses bedah siasat dapat dilaksanakan dengan sempurna pada keesokan harinya.
Setelah segalanya selesai, Zainal pulang semula ke jabatan kecemasan dengan langkah yang cepat dan wajahnya yang pucat tanpa bicara sepatah perkataan apabila disapa oleh Azli. Azli mengusik Zainal dengan mengatakan dia mungkin disampuk hantu semasa pergi ke bilik mayat tadi, Ejekan dan usikan Azli itu turut disertai dengan gelak tawa dari rakan-rakan yang lain, namun gelak tawa mereka terhenti apabila tiba muncul suara garuk yang turut sama-sama ketawa ketika mereka ketawa. Bunyi ketawa itu semakin lama semakin kuat dan nyaring, pada ketika itu bukan sahaja Zainal sahaja yang berubah wajah dan pucat, namun Azli dan rakan-rakan yang lain juga turut pucat mendengar suara ghaib yang tiba-tiba muncul itu. Mereka cuba mengamati suara ghaib itu, jelas sekali suara itu datang dari ambulan yang mereka gunakan semasa mengambil mangsa kemalangan jalan raya yang baru meninggal sebentar tadi. Apa yang menghairankan mereka sebaik sahaja Zainal dan Azli pergi ke ambulan tersebut, suara ghaib itu tiba-tiba hilang dan apabila ambulan dibuka, tiada apa mereka lihat melainkan peralatan perubatan dan lantai di dalam ambulan yang dipenuhi dengan darah dari mangsa kemalangan tersebut. Sebaik mereka meninggalkan ambulan tersebut sekali lagi mereka terdengar sesuatu dari ambulan. Namun kali ini bukanlah bunyi orang mengilai atau atu suara orang merintih menangis, tetapi bunyi kali ini mirip kepada bunyi seperti seseorang menjilat sesuatu dari lantai ruang ambulan tersebut, dalam keadaan panik tersebut Azli tidak sanggup lagi untuk melihat apa yang sedang berlaku di dalam ambulan tersebut, Cuma Zainal sahaja cuba memberanikan dirinya untuk melihat apakah disebalik bunyi yang didengarinya itu. sebaik sahaja pintu ambulan dibuka, alangkah terkejutnya Zainal apabila melihat lambaga yang berwarna hitam sedang tunduk menjilat darah di lantai ambulan yang masih belum mereka bersihkan itu. Hanya perkataan "Allahuakbar" sahaja yang mampu di tempik oleh Zainal ketika itu, dan pada saat itu jugalah lembaga tersebut hilang dari pandangan Zainal. Mereka yang bertugas pada malam itu tidak dapat tidur lena kerana sering di ganggu oleh jelmaan-jelmaan yang muncul di setiap penjuru ruang di bilik rawatan dan juga berhampiran garaj ambulan. Bukan sahaja Azli dan Zainal, bahkan Dr Amen juga merasa "panas badan" semasa bertugas malam itu. Sehinggalah kedengaran laungan azan menandakan masuknya waktu subuh, barulah gangguan-gangguan dari jelmaan tersebut tiba-tiba hilang.
BEDAH SIASAT
Pada keesokkan harinya, bermulalah satu lagi kisah misteri disebalik kejadian semalam, mayat mangsa kemalangan malam tadi dikeluarkan sekali lagi dari bilik simpanan mayat untuk dibedah siasat bagi mencari apakah punca disebalik kematian mangsa. Setelah mendapati mangsa tiada saudara mara atau waris terdekat, atas permintaan pihak polis yang mahukan siasatan dan laporan terperinci tentang punca kematian mangsa, maka bedah siasat terpaksa dilakukan tanpa perlu mendapatkan keizinan dari waris mangsa demi mencari kebenaran apakah kematian mangsa boleh dikaitkan dengan unsur-unsur jenayah atau sekadar kemalangan biasa sahaja. Dr Amen di panggil sekali lagi untuk melakukan bedah siasat tersebut sambil diringi seorang pegawai polis dan diselia oleh seorang pakar forensik. Selain itu Azli dan Zainal juga turut dipanggil untuk membantu Dr Amen semasa melakukan bedah siasat ke atas mangsa. Dr Amen mengambil "scapule blade" yang biasa digunakan untuk melakukan bedah siasat, namun Dr Amen meminta sekali lagi dihulurkan kepadanya satu scapule blade baru kerana scapule blade yang digunakan tadi tidak lut ke atas kulit mangsa, namun setelah kali ketiga Zainal menghulurkan scapule blade yang baru kepada Dr Amen, ternyata ianya masih juga tidak lut dan sedikitpun torehan ke atas kulit mangsa tidak terbuka, bahkan hanya sekadar menjadi garisan putih sahaja, melihat keadaan begitu, suasana di bilik mayat mula menjadi kecoh seketika, dan dalam keadaan panik begitu mereka berpendapat hanya seorang sahaja yang boleh membantu mereka mencari jalan penyelesaian di atas kebuntuan mereka itu, iaitu Hj Lamin, Hj Lamin adalah seorang tokoh ulamak yang cukup disegani kerana kebolehan beliau dalam merawat mangsa-mangsa yang terkena gangguan makhluk halus dan juga melibatkan masalah-masalah yang melibatkan alam ghaib. Bedah siasat terpaksa ditangguhkan kerana menunggu kehadiran Hj Lamin bagi membantu mereka menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi itu. Kira-kira 15 minit kemudian Hj Laminpun tiba di bilik mayat, Hj Lamin sekadar mengambil segelas air kosong lalu dibacakannya sesuatu dan ditiup ke air tersebut sebelum merenjiskan air itu ke atas jenazah tersebut. Ternyata selepas itu mayat mangsa dapat di toreh hanya dengan beberapa kali torehan sahaja, akhirnya Dr Amen dapat menjelaskan punca kematian sebenar mangsa yang mati akibat tusukan tulang rusuk ke atas paru-paru dan juga jantungnya. Setelah segalanya selesai, Hj Lamin menjelaskan tentang mengapa mayat ini tidak boleh dibedah siasat dan peristiwa –peristiwa yang pelik berlaku semalam.
Hj Lamin memberitahu, arwah berasal dari tanah seberang yang datang berhijrah ke Malaysia suatu ketika dahulu, mangsa tinggal agak jauh di pendalaman kampung, mangsa tersebut bukan sahaja mahir dalam ilmu persilatan dan juga dunia perubatan tradisional, bahkan mangsa juga memiliki ilmu kebal yang tidak lut dari apa jua senjata yang diperbuat daripada besi. "Mungkin sebab itulah mengapa tulang peha kirinya tidak dapat menembusi kulitnya kerana mangsa memiliki ilmu kebal" celah Dr Amen yang berpuas hati dengan kemusykilan yang muncul setelah melihat filem X-ray mangsa malam tadi. Menurut Hj Lamin lagi, apa yang staff hospital lihat malam tadi adalah jelmaan penunggu yang di miliki oleh arwah semasa hidupnya dahulu, penunggu tersebut diberikan makanan dari darah arwah sendiri. Kini penunggu tersebut hilang arah tujuan kerana tuannya sudah tiada lagi, Hj Lamin sekali lagi diminta untuk menghalau makhluk yang tidak bertuan itu agar tidak lagi menganggu ketenteraman para petugas di hospital tersebut. Ambulan yang mengambil mangsa yang pada mula tidak boleh dihidupkan pada pagi tersebut juga sudah boleh berfungsi seperti sediakala. Darah-darah dari sisa kemalangan semalam juga dibersihkan. Mayat mangsa juga selamat disempurnakan mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh agama islam. Cukuplah sekali kata Zainal dengan harapan agar tiada lagi gangguan yang menakutkan begini berulang lagi di masa akan datang....
~ Mohd Faisal Bin Hj Ishak~

Bekas Mufti Sesat di Masjidil Haram
SOLAT Isyak sudah saya tunaikan. Saya terus bersiap siap, kemudian bergegas keluar dari hotel lalu berjalan kaki ke Masjidilharam. Memang sejak petang tadi saya sudah memasang niat, malam ini saya mahu beribadah di Masjidilharam.
Saya tiba di sana lebih kurang pukul 10.00 malam dan terus lakukan solat sunat, solat hajat serta membaca al-Quran. Inilah nikmatnya bila berada di Tanah Suci. Setiap orang berebut untuk beribadah kerana dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda daripada tempat-tempat biasa.
Ini bukanlah kali pertama saya ke Tanah Suci Mekah. Saya belajar di sini.Waktu itu, kita belum lagi merdeka. Saya pula baru berumur 18 tahun. Jadi, atas galakan keluarga, saya merantau melanjutkan pelajaran di Tanah Suci yang penuh berkat ini. Lebih daripada lima tahun saya belajar di Mekah.
Malam itu, kira-kira pukul 11.00, selepas selesai beribadah, saya pun berjaIan-jalan di sekitar kawasan Masjidilharam. Saya melihat beberapa tempat yang menjadi kenangan ketika zaman belajar.
Saya pergi ke multazam, perigi zamzam dan melihat pintu-pintu dan tiang yang memenuhi masjid, sambil itu mengenang kembali zaman indah sewaktu belajar dahulu.
Dulu saya sering ke sini. Ada kalanya saya datang bersendirian, ada waktunya pula bersama kawan-kawan. Tapi semuanya sudah berubah. Tidak seperti dulu semasa Mekah belum dilanda arus kemodenan dan Masjidilharam belum diperbesarkan.
Tiba-tiba terdetik di hati saya, Mekah bukanlah asing bagi saya. Ini tempat tinggal saya selama beberapa tahun. Saya tahu semua laluan serta selok-belok di Masjidilharam dan kota Mekah. Semuanya ada dalam kepala saya. Apa perlu saya risau.
Kira-kira 15 minit berkeliling di sekitar masjid, saya pun mengorak langkah ke luar. Saya mahu pulang ke hotel semula dan berehat. Namun, sebaik tiba di jalan keluar, tiba-tiba saya jadi bingung sendiri.
"Eh... mana pula lorong yang aku ikut masa datang tadi?" hati saya mula tertanya-tanya.
Pandangan saya jadi keliru. Ketiga tiga lorong di hadapan saya seakan-akan sama. Puas saya cuba mengingati lorong mana yang saya lalui sewaktu mahu ke sini, tapi gagal. Keadaan di lorong itu nampak janggal di mata saya.
Akhirnya, saya membuat keputusan melalui lorong pertama yang betul-betul berada di hadapan saya. Saya menyusuri lorong tersebut dan di akhir jalan, saya dapati ia tidak menuju ke hotel tempat saya menginap.
Saya pun berpatah balik dan cuba menyusur lorong kedua pula. Saya mula rasa ada sesuatu yang tidak kena bila lorong kedua itu juga jalannya tidak menghala ke hotel penginapan saya.
"Lorong mana pula yang aku ikut tadi?" saya bertanya-tanya di dalam hati.
Kaki sudah lenguh, tapi lorong yang diikut tidak membawa saya ke tempat yang dicari. Saya menggaru-garu kepala, bingung melihat bangunan-bangunan di sekeliling. Mana perginya hotel tempat saya menginap?
Sekali lagi saya berpatah balik. Saya cuba pula lorong yang ketiga, pun gagal juga menemui hotel tersebut. Akhirnya, saya kembali ke tempat mula-mula saya berdiri tadi. Lenguhnya kaki usah diceritakan lagi.
Saya betul-betul tidak faham. Tidak mungkin saya tersalah jalan. Saya yakin, inilah lorong yang saya lalui ketika mahu ke Masjidilharam tadi. Tapi bila disusuri, mengapa ketiga-tiganya tidak membawa saya ke hotel?
Kira-kira lima minit saya memikir mikir apa sebenarnya yang terjadi, tiba tiba saya teringat tentang perasaan saya ketika mengimbau kenangan lama sewaktu masih belajar di sini dulu.
Baru saya tersedar, mungkin tadi ada terdetik di hati saya rasa bangga atau ujub apabila menyangka bahawa segala selok-belok jalan di Mekah ini saya ketahui. Mungkin tadi saya riak dengan diri sendiri.
Bila saya renung-renungkan, saya yakin itulah sebabnya Allah sesatkan saya. Mungkin di dalam hati saya tadi sudah mula timbul bibit-bibit perasaan membangga diri kerana merasakan saya tahu segala selok-belok jalan di sini. Kononnya saya belajar di Mekah, sedangkan orang lain tidak.
Saya mula tersedar, bila menjadi tetamu Allah s.w.t. di tempat yang di muliakan-Nya, kita mesti bersihkan hati. Kita kena buang segala perasaan tinggi diri, sombong, bongkak, angkuh dan sifat-sifat tercela yang lainnya.
Tanga bertangguh, saya kembali ke Masjidilharam. Saya tunaikan solat dua rakaat memohon ampun kepada Allah s.w.t. atas kesilapan yang saya lakukan tadi. Sungguh saya insaf, biarpun ia hanya terdetik di hati, namun sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Saya beristighfar memohon Allah menerima kekesalan saya ini. Hati saya benar-benar tersentuh. Sesungguhnya, Allah Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
Sepanjang beristighfar, air mata saya tidak putus-putus mengalir. Kira-kira pukul 2.00 pagi, barulah saya beredar dari kawasan Masjidilharam. Sebaik saja sampai lorong keluar tadi, saya ternampak seorang tentera sedang berkawal di sekitar kawasan itu.
Lantas saya pergi mendapatkan tentera itu dan bertanyakan yang mana satukah lorong yang betul untuk pulang ke hotel tempat saya menginap. Saya sebutkan nama hotelnya. Tentera itu menghalakan tangannya betul-betul di hadapan saya.
Subhanallah! Hati saya tidak putus putus bertasbih apabila tentera itu menunjukkan lorong untuk ke hotel adalah lorong pertama yang mula-mula saya masuki tadi.
Lorong itulah tadinya saya lalui dari hotel ke sini. Saya mengucapkan terima kasih kepada tentera tersebut dan terus melangkah pulang. Sepanjang berjalan, saya tidak henti-henti bertasbih dan memohon keampunan daripada Allah.
Biarpun sudah hampir 15 tahun berlalu, tetapi setiap kali saya teringatkan peristiwa itu, hati saya pasti akan berada sebak. Di Masjidilharam, sekiranya kita tersilap dan tersalah, Allah pasti menegur kita secara on the spot terhadap hamba-hamba yang Dia kehendaki.
Bagi saya, kejadian itu adalah satu petunjuk secara langsung daripada Allah terhadap diri saya sebagai hamba-Nya.
Sebenarnya Sepanjang pengalaman saya ketika di Mekah sama ada sewaktu belajar, menunaikan haji atau bertugas sebagai pegawai agama untuk Tabung Haji, banyak pengalaman pelik yang saya dengari.
Kejadian-kejadian itu adalah petunjuk daripada Allah untuk menegur hamba-hamba-Nya yang melakukan kesilapan ketika berada di Tanah Suci atau dosa-dosa yang lampau.
Masih juga segar di ingatan saya suatu peristiwa ketika membawa satu rombongan jemaah menunaikan haji beberapa tahun lalu. Pagi itu, kami bertolak dari Mekah ke Mina menggunakan empat buah kereta. Perjalanan ke sana tidaklah sejauh mana. Hanya kira kira 20 ke 30 minit saja.
Ketika dalam perjalanan, seorang daripada jemaah kami mengajuk perbuatan yang selalu dilakukan oleh tourist guide ketika membawa pelancong melawat kawasan bersejarah.
Apabila melalui sesuatu tempat di dalam perjalanan Mekah ke Mina, dia akan membuat pengumuman, "Tuan tuan dan puan-puan sekalian, sekarang kita baru saja keluar dari kota Mekah. Cuba tuan-tuan dan puan-puan pandang ke kanan, nampak tak bukit di sana tu? Itulah bukit tempat..."
Kami tergelak melihat gelagat jemaah tersebut. Memang lucu. Boleh dikatakan sampai saja di suatu tempat, pasti dia akan membuat pengumuman memberitahu nama tempat itu dan sejarahnya, siap dengan gayanya sekali.
Kereta kami terus meluncur dan jemaah berkenaan terus meneruskan tugas tidak rasminya itu. Semasa membuat pengumuman, tangannya diletakkan di mulut seolah-olah sedang memegang mikrofon. Memang kelakar.
Apabila kami hampir sampai ke Mina, tiba-tiba kami dapati jalan menuju Mina ditutup. Polis tidak membenarkan kami memasuki jalan tersebut dan meminta kami mencari jalan lain.Kami terpaksa berpatah balik dan mencari jalan alternatif. Apabila kami tiba di satu persimpangan jalan lain untuk menuju ke bandar itu, jalan tersebut juga ditutup kerana sedang dibaiki.
"Aii... jalan ni pun tutup juga?" hati saya mula berbisik. Takkan semua jalan ditutup? Kalau begini, macam mana hendak ke Mina?" Saya mula rasa tidak sedap hati. Kami pun berpusing lalu mencari jalan lain.
Dalam waktu mencari jalan lain itu, kami mula berpusing-pusing tanpa arah. Sedar tak sedar, kami sudah tersesat jalan. Langsung tidak jumpa jalan menuju ke Mina.
Saya mula pelik sebab kebanyakan penumpang termasuk pemandu kereta itu bukanlah pertama kali menjejak kaki ke Tanah Suci. Ini mesti ada sesuatu yang tidak kena. Masing-masing di dalam kereta sudah senyap. Mulut bagaikan terkunci. Begitu juga dengan 'tourist guide' tadi. Kami tidak dengar lagi pengumumannya yang lucu itu. Agaknya masing-masing sedar, pasti ada sikap kurang elok yang mereka lakukan tanpa sengaja.
Apa yang berlaku pada kami memang tidak masuk akal. Sudahlah jalan jalan menuju ke Mina semuanya ditutup, sesat-barat pula. Kesudahannya hampir empat jam kami berpusing-pusing di sekitar kawasan itu. Akhirnya, kami ambil keputusan pulang semula ke hotel.
Apabila terkenang peristiwa itu, saya cuma dapat mengagak, mungkin tindakan salah seorang jemaah yang mengajuk lagak seorang tourist guide itu sebenarnya tidak kena pada tempatnya.
Tanah Suci adalah untuk ibadah. Ibadah bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main. Apatah lagi di Tanah Suci. Jika tersilap baik dari segi perbuatan mahupun niat di hati, mungkin Allah akan tunjuk secara kifarahnya pada ketika itu juga.
Peristiwa demi peristiwa yang saya saksikan itu membuktikan, Allah tidak memandang status seseorang hambaNya. Biarpun dia seorang hamba sahaya, seorang ulama, rakyat biasa, mahupun seorang pemimpin, semuanya setaraf di sisi Allah.
Bagi saya, teguran atau sebarang kejadian pelik yang berlaku kepada seseorang ketika di sana merupakan satu rahmat. Ini menunjukkan bahawa Allah masih sayangkan hamba-Nya dan masih memberi peluang kepada mereka untuk bertaubat.
- Hafiz Hamzah. Sumber: Mastika 11,2007

Bisu Selepas Dihidupkan Semula
Seperti yang diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Pengalaman itu ialah mayat yang sedang disembahyangkan tiba-tiba hidup semula. Malangnya setelah hidup semula, dia menjadi bisu. Keadaan itu berterusan sehinggalah dia meninggal dunia beberapa tahun kemudian.
Peristiwa itu berlaku beberapa tahun lalu di sebuah kampung di Pantai Timur. Ketika itu saya masih remaja dan mengaji di pondok dengan beberapa orang rakan. Orang yang meninggal dunia itu pula adalah seorang lelaki dalam lingkungan 60-an dan sudah berkeluarga. Punca kematiannya tidak saya ketahui.
Pada hari tersebut, bapa angkat saya mengajak saya pergi menziarahi seorang penduduk kampung yang meninggal dunia dan sama-sama tolong menguruskan jenazahnya. Saya pun ikutlah. Apabila sampai, jenazah itupun diuruskan seperti jenazah-jenazah lain. Dimandikan dan dikafankan. Tidak ada apa-apa yang luar biasa ketika itu. Keadaan mayatnya pun macam mayat-mayat lain. Jumlah orang yang melawat pun boleh tahan juga.
Selepas Zuhur, kami beramai-ramai menyembahyangkan jenazah berkenaan dengan diimamkan oleh bapa angkat saya tadi. Saya berada di saf yang paling depan, betul-betul di belakang bapa angkat saya.
Tapi, dengan kehendak Allah, sewaktu takbir yang kedua, suasana tiba-tiba menjadi gempar. Jenazah yang sedang disembahyangkan itu bergerak-gerak. Cara mayat itu bergerak adalah seperti orang yang baru bangun dari tidur dan cuba melepaskan diri daripada selimut putih yang membungkusnya. Mungkin panas ke, atau pun lemas. Yang menyaksikan kejadian itu semuanya terkejut.
Melihat mayat berkenaan bergerak-gerak, sembahyang jenazah sekaligus dihentikan. Saya pun menjengukkan kepala untuk melihat mayat itu. Aneh, inilah kali pertama saya melihat mayat hidup semula.
"Pergilah tengok, buka kain kafannya," kata bapa angkat saya. Saya pun pergi dekat mayat itu dan bukalah. Maha Suci Allah, apabila saja dibuka kain kafan itu, saya nampak matanya terkebil-kebil. Dia masih hidup. Lepas itu hamba Allah ini duduk dalam kehairanan dan terpinga-pinga. Anehnya, dia tidak dapat berkata walau sepatahpun. Kenapa? Hanya Allah sahaja yang tahu.
Apa reaksi orang ramai yang nampak kejadian itu? Mereka semua lari lintang-pukang. Tinggallah saya berdua dengan bapa angkat saya. Lucupun ada, kecewapun ada. Yelah, sepatutnya apabila hamba Allah ini hidup semula, kita membantunya. Ini tidak, lari lintang pukang.
Kalau ditanya pula perasaan saya bila nampak mayat itu hidup semula, memang saya tak rasa takut walau sedikit pun. Buat apa takut sebab sepanjang hidup saya tak pernah pula saya dengar orang mati kena cekik dengan mayat. Tapi itulah hakikatnya. Kebanyakan kita lebih takutkan manusia, jin, syaitan... lebih daripada takutkan Allah.
Selepas kejadian itu, lelaki berkenaan menjadi bisu. Mulutnya yang dahulu lantang bercakap kini terkunci terus. Lebih mengejutkan, dia mengubah terus cara hidupnya. Mulai saat itu, lelaki tersebut hanya menumpukan penghidupan keduanya dengan mengerjakan ibadah sembahyang. Dia juga tidak pernah meninggalkan sembahyang secara berjemaah. Kesungguhannya menunaikan amal ibadat sangat luar biasa dan mengagumkan.
Keadaan ini jauh berbeza dengan kehidupannya sebelum itu yang bergelumang dengan dosa dan maksiat. Masa hidup dulu, lelaki itu bolehlah saya katakan sebagai 'semua boleh jadi... ke darat boleh, ke laut pun boleh'. Senang cakap, lelaki itu suka berbuat dosa tapi apabila masyarakat tegur, dia tak ambil peduli. Hendak pergi ke masjid jauh sekali.
Sepatutnya apabila lelaki ini sudah berubah sikap, orang ramai perlulah menerimanya dengan baik. Tetapi apa yang saya kesalkan, dia telah disisihkan oleh keluarganya sendiri. Tidak tahulah saya kenapa keluarga lelaki itu menyisihnya. Tapi soalnya, itukah balasan anak isteri dan keluarganya? Pada hal semasa hidup dia sudah bina rumah, kumpul harta dan sebagainya untuk keluarganya. Tetapi bila dia mati dan kemudian hidup semula, anak-anaknya tak mahu menerimanya. Sedih saya memikirkan cara penerimaan mereka itu. Maka atas sifat ihsan bapa angkat saya tadi, dibuatkanlah sebuah rumah di kawasan masjid. Tinggallah lelaki tadi di rumah berkenaan hingga ke akhir hayatnya. Apa yang menggembirakan kami ialah setiap kali bila lelaki itu hendak ke masjid, dia akan mengajak sesiapa saja, tak kira yang ada di jalan, tembok, padang atau sebagainya, supaya segera pergi ke masjid.
Lelaki berkenaan meninggal dunia beberapa tahun kemudian. Saya tidak tahu pula punca kematiannya. Bagaimanapun, sebelum akhir hayatnya, dia telah meminta maaf kepada para penduduk kampung itu di atas segala kesilapannya yang lalu.
Urusan pengkebumian jenazahnya pun berjalan dengan lancar. Menurut orang yang membawa jenazahnya itu, mayatnya ringan dan mudah dibawa. Satu lagi, masa dahulu orang-orang membawa jenazah dengan menggunakan empat buah basikal. Caranya ialah diletakkan empat batang kayu/buluh di basikal-basikal itu. Kemudian keranda diletakkan atas kayu berkenaan dan di tutup dengan daun kelapa secara berselang seli.
Kata orang yang mengusung jenazah tersebut, mereka tak menghadapi sebarang masalah. Mayatnya ringan dan orang yang menolak basikal pun tak ada masalah sebab menolak basikal dengan cara begitu bukannya kerja senang.
Pengajaran daripada kejadian di atas:
Apakah yang dialaminya semasa 'mati' hingga menyebabkan dia bertaubat? Wallahuallam, saya tak tahu. Yang tahu cuma Allah dan dia sahaja. Yang pasti, dia telah melalui satu pengalaman yang sangat berharga, untuk dirinya dan untuk kita semua.
Lelaki itu bertuah kerana telah melihat kebenaran Allah dan Allah telah memilihnya untuk diberi kesempatan bertaubat sebelum dicabut semula nyawanya. Hanya segelintir saja orang yang dipilih oleh Allah untuk diberi peringatan itu.
Sayangnya dia tidak dapat beritahu kepada masyarakat apa yang dilaluinya semasa dimatikan itu. Mungkin Allah tidak mengizinkannya. Cukuplah untuk pengajaran diri lelaki itu dan juga masyarakat (yang memahaminya).
Tapi saya sedih, orang Melayu kita ini cepat lupa pada sejarah. Mereka insaf sekejap saja, lepas itu lupa balik, buat kerja-kerja mungkar. Orang-orang kampung itu cuma insaf sekejap saja, lepas itu buat lagi amalan-amalan buruk. Lebih mengecewakan ialah keluarga lelaki itu yang menyisihkannya.
Peristiwa itu cukup memberi kesan dalam hidup saya. Ada orang berkata, cerita-cerita sebegini tidak elok didedahkan kerana memberi aib pada orang yang terlibat. Saya tak beranggapan begitu. Bagi saya, ia bukan bertujuan untuk mengaibkan seseorang tetapi untuk dijadikan peringatan kepada masyarakat. Malah saya selalu berdoa supaya Allah selalu memberikan contoh-contoh seperti ini kepada kita semua agar kita semua menjadi umat yang taat kepada-Nya.
Kita semua akan mati, sudah cukupkah bekalan kita untuk bertemu Allah?
Sumber: Mastika

Isteri curang
Minta tunjukkan kebenaran dalam rumah tangga
Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.
Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.
“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.
Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:
“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.
Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.
Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.
Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.
Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.
Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.
Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.
Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.
Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.
Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.
Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.
Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.
Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.
Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.
Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.
Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.
Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.
Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.
Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan tidak berbaju, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.
Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?
Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.
Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.
Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.
Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.
Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.
Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.
Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.
Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.
Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

Harga Sekeping Duit Syiling
Pada satu zaman dahulu, hidup sebuah keluarga yang mewah, tinggal di pinggir bandar. Keluarga tersebut terdiri dari seorang lelaki, Mansur dengan isterinya , Mardiah juga lima orang anak kesayangan mereka. Mansur bekerja sebagai pedagang yang berjaya. Dulunya beliau hanyalah seorang pekerja bawahan, tetapi hasil usahanya, menyimpan serba sedikit gaji yang didapatinya, juga hasil kepercayaan majikannya terhadap sikap amanahnya, majikan mansur meletakkan kepercayaannya pada mansur untuk memperdagangkan barangannya.
Hasilnya, keuntungan yang diperolehi Mansur sangat banyak, lebih dari kebiasaan yang didapati oleh majikannya sendiri. Bermula dari situ, banyak ekpedisi dagangan diletakkan dibahu Mansur, sehinggalah Mansur berjaya membuka sendiri syarikat perdagangannya sendiri.
Setelah beberapa lama, anak-anak Mansur hasil pernikahannya dengan Mardiah, semakin membesar. Dari hari ke hari, Mansur mendapati anaknya yang pertama tidak menunjukkan minat untuk meneruskan usahanya selama ini. Hanya anak-anaknya yang lain yang menunjukkan minta sama ada pada pengajian atau meneruskan usahanya selama ini. Anaknya yang pertama hanya duduk bersantai sahaja sambil menghabiskan masa-masa yang ada.
Suatu hari, Mansur ingin mengajar anaknya harga sebenar sekeping duit syiling yang didapatinya hasil dari titik peluhnya itu. Ketika itu, matahari sudah mencapai segalah, Mansur menghias laman rumahnya dengan pokok-pokok bunga yang baru dibelinya.
Ketika sedang ralit pada kerja-kerja itu, anaknya yang pertama, khairul , keluar dari pintu rumahnya memakai kasut ingin berjalan-jalan keliling kampungnya.
Mansur tersedar seraya memanggil anaknya itu kesisinya.
” khairul, ayah mahu esok petang kamu memberikan ayah syiling yang paling berharga bagi kamu ” ujar Mansur dengan nada agak tegas.
”ek..ek… duit syiling apa ayah?…emas?..perak?..” khairul agak terkejut dengan perintah ayahnya.
”ikut suka kamu , asalkan duit itu kamu rasa ianya paling berharga bagi kamu” kata Mansur sambil meneruskan kerjanya.
keesokannya, Khairul menceritakan kepada ibunya tentang apa yang diperintahkan ayahnya, sambil meminta ibunya agar membantunya.
Mardiah mengeluarkan syiling emas yang disimpannya, lalu diberikan pada anaknya.
Petang itu, Mansur mencari ayahnya di taman rumahnya, sambil membaca sekeping syiling emas yang diberikan ibunya pada sebelah pagi tadi.
”Ayah, ini duit syiling yang ayah maksudkan” sambil menghulurkan duit syiling emas pada ayahnya.
Mansur mengambil duit syiling emas yang diberikan anaknya, terus dicampakkan duit tersebut ke dalam kolam yang berada berhampiran tempat istirehatnya.
”Ayah tidak percaya ini duit syiling yang kamu rasa ianya paling berharga. Kamu perlu bagi ayah duit syiling yang paling berharga bagi kamu”
Keesokan paginya, ketika bersarapan pagi, khairul bangun seperti kebiasaannya, lebih lewat berbanding adik-adiknya. Menuju ke dapur untuk bersarapan sambil menceritakan apa yang terjadi semalam pada ibunya.
Ibunya, Mardiah memberikan duit syiling perak pula pada anaknya.
Petang itu, Khairul menuju ke taman di halaman rumahnya, tempat kebiasaan istirehat ayahnya.
”ayah, ini duitnya ”
Mansur mengambil duit syiling perak dari tangan anaknya, melihat-lihat duit syiling tersebut sambil terus melemparkan duit syiling itu ke dalam kolam di hadapannya.
”Ayah masih tidak percaya ini duit syiling yang paling berharga bagi kamu ”
Buat kali kedua, khairul merasa kecewa. Bingung dengan apa yang dikehendaki ayahnya.
Keesokan paginya, ketika bersarapan, kahirul menceritakan apa yang terjadi semalam pada ibunya.
” Mungkin rasanya, ayah kamu mahu duit syiling gangsa rasanya. tapi duit syiling itu tiada dalam simpanan ibu ”
”Jadi, macam mana ibu? khairul mahu cari dimana duit syiling tu? ” khairul baingung juga takut jika tidak berjaya mendapatkan duit syiling gangsa seperti yang diaktakan ibunya.
” ibu tidak tahu, tapi mungkin jika kamu berjalan di bandar kamu akan jumpa ”
Khairul terus keluar pagi itu menuju ke bandar. Sedang dalam jalan-jalan, dia melihat satu papar tanda , mengatakan :
”’Pekerja diperlukan , upah tiga syiling gangsa satu hari ” Lorong siku tiga, Bangunan No 2.
Setelah dicari bangunan yang dicari, dan berjumpa dengan tuan punya iklan yang dimaksudkan, khairul mendapat kerja. Dia bekerja sungguh-sungguh, agar petang itu dia boleh memberikan duit itu pada ayahnya. Fikir khairul, mungkin ayahnya mahu dia memberikan duit gangsa.
Petang itu, khairul pulang , dicari ayahnya ditamannya, dan diberikan pada ayahnya.
”Ayahnya tanpa berbicara apa, mengambil duit tersebut seraya terus dibuangnya ke dalam kolam lagi, seperti hari-hari sebelumnya.
Khairul merasa tindakan ayahnya pada petang itu melampau , kerana duit syiling gangsa yang diberikannya hari itu, adalah hasil titik peluhnya membanting tulang sepanjang hari. Terus tanpa berfikir panjang, kahirul terjun ke dalam kolam tersebut, mencari-cari duit syiling gangsa yang dilempar ayahnya dengan mengusap-ngusap dasar kolam itu.
Sambil khairul terus mencari-cari duit syiling gangsa itu, ayahnya , Mansur berkata :
” Sekarang baru ayah percaya bahawa duit syiling yang kamu berikan itu adalah duit yang paling berharga bagi kamu. Ayah tidak pernah menyimpan duit syiling gangsa. Dan ayah percaya duit itu kamu dapat dengan bekerja. Itulah harga sebenar duit syiling yang selalu kamu gunakan sebelum ini. ”
Ketika itu, khairul baru tersedar, apakah niat sebenar ayahnya menyuruhnya mencari duit syiling . Dia juga sedar bahawa betapa sukarnya ayahnya mencari kekayaan sehingga hari itu, dan ayahnya mahu dia menghargai apa yang dimiliki ayahnya itu. Betapa berharga duit syiling gangsa itu sehinggakan dia sanggup masuk terjun ke dalam kolam , yang tidak dibuatnya ketika duit syiling emas dan perak dilemparkan ke dalam kolam itu.
Sejak dari hari itu, khairul mula berubah sikap dan tabiat. Dia mula rajin bekerja untuk meneruskan usaha yang dilakukan ayahnya selama ini.
Nilai sekeping duit sangat berharga, dia sudah mula menghargai duit ketika sudah merasa susahnya mengapai sekeping syiling gangsa.

Derita yang mengundang bahagia
Kisah ini berlaku di sebuah kampung yang terletak di daerah Muar, Johor. Puan Salmah (bukan nama sebenar), kalau sekali pandang pada raut wajah yang tenang dan lembut itu, tentu kita tidak sangka beliau pernah menanggung penderitaan yang amat hebat.
Segalanya bermula selepas dia dikahwinkan dengan seorang pemuda pilihan orang tuanya di kampung tersebut. Pada awal perkahwinan mereka, rumahtangganya aman dan harmoni. Tetapi sejak kelahiran anak sulung, suaminya mula berubah sikap.
Suaminya itu menjadi seorang penagih dadah dan banyak menghabiskan masanya bermain judi. Bila kalah berjudi, dia akan pulang ke rumah dan meminta duit daripada isterinya. Kalau tak diberikan, dia akan dipukul, disepak dan diterajang tanpa rasa belas kasihan walau sedikit pun. Begitulah setiap hari dilaluinya dengan perasaan takut, cemas dan menderita mengenangkan nasib diri serta keluarganya.
Akhirnya kerana tak tahan melihat penderitaan Salmah, ibunya menyuruh suami Salmah menceraikannya. Salmah pun diceraikan dan pulanglah dia ke rumah ibunya. Tidak lama selepas penceraian itu, datang pula seorang pemuda melamarnya. Kalau diikutkan rasa hati, dia sudah serik untuk berkahwin lagi. Tapi memikirkan masa depan anaknya, dia bersetuju.
Bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Lelaki yang diharapkan dapat membela nasibnya, rupa-rupanya menjadi pengikis hartanya pula. Nasibnya tak ubah seperti keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Suami keduanya juga panas baran dan suka main perempuan. Seringkali dia menjadi mangsa sepak terajang kerana tak mahu memberinya duit. Sehingga lembik tubuh dikerjakan, barulah dilepaskannya.
Saban hari begitulah nasib yang akan diterimanya. Badannya semakin kurus, matanya cengkung, mukanya pucat dan badannya sudah tak bermaya lagi. Tubuhnya calar-balar dipukul dengan kayu ataupun penyangkut baju. Tak terkata betapa hancur hatinya ketika itu. Namun dia sendiri pun takut untuk mengadu kepada sesiapa. Pernah dia mengadu pada jirannya, bila suaminya dapat tahu, lagi teruk dia dibelasah. Sejak hari itu dia takberani lagi mengadu pada sesiapa pun.
Tetapi dia masih ada tempat pergantungan. Di sanalah dia mencurahkan segala penderitaan batin yang ditanggungnya selama ini. Seringkali dibisik-bisikkan pada dirinya; walau berat mana pun penderitaan yang ditanggungnya, masih ada lagi orang di dunia yang nasibnya lebih buruk lagi. Itulah saja yang diulang-ulangkan demi memujuk hati yang remuk itu.
Pasti Allah tidak sezalim itu untuk membiarkannya sebegitu. Tentu ada sesuatu yang berharga di sebalik penderitaan yang ditanggung selama ini. Saban malam sewaktu suaminya keluar berfoya-foya dengan perempuan lain, Salmah sujud mencurahkan rasa hati pada Allah s.w.t.. Dia rasa tenang, dapat berbisik-bisik dengan ‘Kekasih’nya tanpa diganggu. Tidak pernah dirasakan ketenangan yang sebegitu rupa dalam hidupnya. Tenang kerana dapat tempat yang sewajarnya. Dia dapat rasakan cintanya berbalas.
Kini barulah dia memahami apa erti di sebalik kisah hidupnya yang terlalu tragis itu. Mengapa dua kali dia dipertemukan dengan suami yang panas baran? Rupanya, Allah mahu dia meletakkan rasa cinta dan tempat pergantungannya pada Dia. Bukan pada makhluk yang serba lemah itu (suaminya). Kepada isteri-isteri yang sedang menghadapi masalah seperti puan Salmah ini ataupun menderita akibat dimadukan oleh suami, jadikanlah penderitaan puan Salmah ini sebagai iktibar.
Sejak hari itulah puan Salmah mula berjinak-jinak dengan ceramah agama. Selama ini dia terlalu jahil dalam selok-belok agama. Mungkin kerana kegagalan memikat hati suami menyebabkan suaminya mencari perempuan lain.
Setiap kali belajar agama, dia cuba mengamalkannya. Setiap kali suaminya pulang ke rumah, dia sudah bersiap dengan pakaian yang mengghairahkan, senyuman yang manis dan bersedia untuk memenuhi hajat suaminya. Suaminya terkejut besar melihatkan perubahan pada isterinya itu. Macam-macam dikata pada isterinya. Buang tabiatlah, sengaja nak gunakan ilmu sihirlah dan berbagai-bagai lagi dikatanya. Tapi Salmah tetap melayani suaminya seperti mana yang dipelajarinya.
Walaupun dia telah berusaha memujuk suaminya, namun suaminya masih tergila-gilakan perempuan jalanan yang mengikis poketnya dari melayani isterinya di rumah. Bagi Puan Salmah memanglah tidak semudah itu seseorang boleh berubah. Walau bagaimanapun dia masih tetap bersabar dan memberi masa untuk suaminya berubah. Dia yakin suaminya juga sedang membuat perubahan diri. Buktinya suaminya sudah kurang memukul, menerajang mahupun menamparnya sejak kebelakangan ini. Kalaupun dia marah, dia akan terus keluar rumah dan tak balik-balik sampai dua tiga hari.
Walaupun puan Salmah mengetahui suaminya masih "main perempuan", tapi bila tiap kali suaminya pulang ke rumah, dia akan berhias untuk suminya, berwangi-wangi dan melayan suaminya dengan manis muka. Sampaikan ibunya turut memprotes, "Kau ni dah gilakah? Apalah yang engkau layan sangat suami yang curang begitu. Dia bukan sayangkan engkau lagi. Dia tak heran dengan layanan engkau tu. Di luar pun dia boleh dapat lebih dari itu."
"Biarlah dia buat begitu. Dia kan masih suami saya. Saya wajib melayaninya dan taat padanya. Dosa yang dibuat tu, itu antara dia dengan Allah."
Begitulah saban hari dilayani suaminya sehinggalah akhirnya suaminya berubah hasil kesabaran dan akhlaknya itu. Sewaktu pihak kami menziarahinya, masih kelihatan parut-parut di tangannya, tapi dia cuba melindunginya kerana tidak mahu kami melihatnya. Dia juga tidak mahu gambarnya diambil.
Bila ditanya apakah rahsianya boleh melayani suaminya walaupun mengetahui perangai buruknya itu, dengan selamba dia menjawab, "Saya terhutang budi padanya. Kerana sikapnya itulah saya mendapat hidayah dari Allah."
Begitulah sebuah kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Masih ada lagi wanita yang berjiwa besar seperti Siti Asiah, sanggup bersabar menghadapi suami yang zalim. Walaupun mungkin penderitaannya tidak seberat penderitaan yang ditanggung oleh Siti Asiah yang berhadapan dengan kejahatan Firaun yang menghukum bunuh sesiapa yang tidak sujud padanya. Bagaimana dengan wanita-wanita hari ini yang bergelar isteri-isteri? Ramai wanita yang bertuah dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Sepatutnya setiap wanita mensyukurinya, jangan pula hanya pandai merungut, memendam rasa dan sering bermasam muka bila berdepan dengan suami. Tepuk dada, tanya iman.
Wallahu a’lam.

Kaabah terbalik!
Diceritakan oleh
Datuk Ustaz Haji Ismail Kamus
KIRA-KIRA tiga tahun lalu, semasa mengerjakan ibadat umrah saya bertemu dengan seorang jemaah perempuan. Wajahnya memang cantik dan masih muda orangnya. Dia datang mengerjakan umrah bersama suaminya. Wajah suaminya nampak agak tua tapi daripada air mukanya yang lembut memang nampak baik orangnya. Manakala si isteri kelihatan agak garang. Wajahnya serius dan tegas.
Apabila sampai di Makkah, wanita tersebut tetap dengan caranya yang sentiasa hendak mengawal suami. Yang anehnya si suami jadi semacam khadam - suruh duduk dia duduk, suruh makan dia makan, suruh mandi dia mandi ... macam lagu P. Ramlee. Dia tidak membantah barang sedikit pun kata-kata isterinya. Daripada gelagat mereka itu, boleh diringkaskan bahawa si isteri adalah ibarat 'nyawa' kepada suaminya cuma dengan ekor mata sahaja wanita tersebut boleh mengarahkan suaminya. Atau dengan hanya menjeling saja suaminya sudah faham arahan isteri.
Kami cuma dapat memerhatikan saja perangai wanita tersebut. Hendak dinasihatkan khuatir akan berlaku pertelingkahan kerana sifat wanita itu nampak garang. Kalau dinasihat tentu sekali dia menolaknya. Tapi Tuhan Maha Kaya. Jika perbuatan kita menyalahi hukum agama maka lambat-laun akan ditunjukkan juga oleh Allah S.W.T. Selepas beberapa hari berada di Makkah, wanita berkenaan asyik termenung sahaja. Dia lebih banyak mendiamkan diri dan melayan perasaan.
Perubahan pada diri wanita tersebut disedari para jemaah lain tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan ibadat masing-masing, mereka tidak mahu campur tangan atau bertanya kepadanya kalau-kalau dia menghadapi masalah. Akhirnya kisah pasangan itu hilang begitu sahaja.
Namun selepas bersama-sama mengerjakan sai dan mula mengerjakan tawaf, bermulalah kejadian yang tidak disangka-sangka. Hari itu wanita tersebut mengajak suaminya melakukan tawaf berjalanlah mereka beriringan, tetapi sebaik menoleh ke arah kiblat, tiba-tiba wanita itu ini minta suaminya berhenti.
"Bang! Berhenti bang! Ke tepi! Ke tepi!"
"Apa kena dengan awak ni?" tanya suaminya kehairanan.
"Cuba abang tengok Kaabah tu. Eee takutnya! Saya takut bang, saya takut!" kata wanita itu sambil memaling muka ke arah lain dan menutup mata dengan kedua-dua belah tapak tangan.
"Nak takutkan apa, inikan Kaabah yang mulia," nasihat suaminya supaya isterinya tidak takut dan mencuba lagi untuk tawaf.
"Dahlah tu ... tak ada apa-apa. Mari kita tawaf lagi," kata lelaki berkenaan.
Wanita itu melangkah semula untuk tawaf, tapi baru beberapa langkah, dia berhenti semula.
'Ya Allah," teriaknya sambil berlari ke tepi kerana ketakutan.
'Kenapa dengan awak ni?' tanya suaminya. Dia kelihatan cemas.
"Abang ... Kaabah terbalik! Nak hempap saya! " jawab si isteri.
"Ahh awak ni. Mana ada, elok aja Kaabah tu. Jangan mengarutlah. Itu perasaan awak saja," kata suamimya. Begitulah yang berlaku beberapa kali hingga akhimya wanita berkenaan menjerit - jerit ketakutan. Jemaah lain tercengang melihat dirinya. Apabila menyedari sesuatu yang tidak kena dengan isterinya, si suami menasihatkannya supaya duduk di barisan jemaah untuk berehat seketika.
"Tunggu sini sampai saya selesai tawaf," kata suaminya.
Akibat masalah itu, terlepas peluang wanita tersebut untuk mengerjakan tawaf. Begitulah seterusnya selepas beberapa hari perempuan itu masih gagal melakukan tawaf dengan sempurna kerana setiap kali melihat Kaabah, dia melihat Kaabah terbalik dan hendak menghempapnya.
Semasa berada di Makkah, lelaki tersebut bertungkus lumus menenangkan perasaan isterinya. Tetapi oleh kerana ketakutan yang dialami wanita itu gagal disembunyikan lagi, lama-kelamaan ramai jemaah yang tahu kegagalannya untuk tawaf
Akhirnya pada suatu hari wanita tersebut datang menemui saya sambil menceritakan masalah yang dihadapinya sejak datang mengerjakan umrah tiga hari lalu.
"Begini ustaz, dah tiga hari saya berada di mekah tapi masalahnya saya gagal, nak tawaf ustaz", katanya dengan keluhan yang memberat di dada.
"Setiap kali saya nak tawaf saya nampak terbalik. Kenapa ustaz? Apa salah saya ustaz? Cerita perempuan berkenaan.
Saya berkata: "Agaknya awak ni ada menuntut ilmu salah (hitam)." Sengaja saya berkata demikian untuk menduganya. Pada agakan saya, mungkin Kaabah itu terbalik sebab dia mengamalkan ilmu yang songsang, Kemudian ilmu songsang itu yang membawa mudarat kepada diri pengamalnya. Tapi itu agakan saya saja.
Namun apabila saya berkata demikian, wanita tersebut termenung lalu tunduk seketika. Setelah beberapa lama terdiam akhirmya dia mengaku tentang perbuatannya yang lampau mengamalkan ilmu hitam bertujuan menundukkan suaminya.
"Saya memang bersalah ustaz. Sebelum ini memang saya ada menuntut ilmu untuk menundukkan suami daripada seorang bomoh," katanya dengan linangan air mata.
Wanita itu seterusnya bercerita: Ini semua gara-gara dorongan hawa nafsu semata-mata supaya sentiasa dipandang cantik oleh suami."
Katanya lagi, ilmu hitam yang diamalkan sejak mula - mula berkahwin dulu memang mujarab. Oleh kerana suaminya kacak dan lawa orangnya dia khuatir wanita lain terpikat dengannya. Melalul ilmu penunduk daripada seorang bomoh handalan dia berharap suaminya dapat dimiliki sepenuhnya. Sejak itu suaminya sentiasa menuruti segala telunjuknya. Akibat sihir itu, lelaki berkenaan yang dahulunya ramah-tamah kini diam menikus. Hitam kata isteri maka hitamlah katanya. Kalau putili katanya maka putihIah akhlmya. Tidak dibantah walau sedikit pun.
Dengan sihir itu wanita tersebut mula menghambakan suaminya pula. Disuruhnya suaminya memasak, membasuh, menyidal pakaian, menyiram pokok bunga, basuh najis anak dan macam-macam lagi. Tidak ubah suaminya itu dibuat seperti pembantu rumah.
"Dulu memang saya queen control. Tapi ustaz, sekarang saya dah insaf. Saya menyesal sungguh-sungguh dengan perbuatan saya dulu. Saya jahil hukum agama, ustaz," katanya dengan sedih. Saya lihat wanita ini menyesal sungguh-sungguh. Beruntung juga kerana dia bertaubat semasa berada di tanah suci buktinya Allah masih sayangkannya.
"Kalau begitu awak kenalah mohon ampun kepada Tuhan atas perbuatan menganiaya suami awak. Awak juga kena minta ampun dengan suami awak," balas saya.
Saya lihat wajah wanita itu berkerut. Dia menitiskan air mata di atas kekesalannya. Ketika itu juga dia mengucup tangan suaminya sambil memohon ampun di atas perbuatannya yang Ialu. Bagaimanapun lelaki berkenaan seorang yang baik lantas memaafkan kesalahan isterinya itu seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum ini.
"Tak usah menangislah. Tak guna. Yang dah lepas tu biarlah. Usah diungkitkan lagi. Semua orang berdosa, abang pun ada buat dosa pada awak," kata suaminya.
Beberapa hari kemudian barulah perempuan itu dapat mengerjakan tawaf dengan sempurna. Dia datang semula menemui saya.
"Terima kaslh ustaz, saya dah boleh buat tawaf", katanya.
"Baguslah," kata saya sambil tersenyum melihat gelagat pasangan berkenaan. Saya lihat wanita itu kelihatan begitu terharu sekali.
Malah dia semakin tekun beribadat. Hasil keinsafan itu, suaminya dilayan seperti raja. Tiada lagi arah-mengarah seperti mula-mula tiba dahulu. Hubungan mereka berdua juga begitu bersopan santun dan lemah lembut setelah mendapat hidayah di tanah suci.
"Dalam pada itu ada juga orang mempelajari daripada mereka ilmu sihir yang boleh menceraikan antara suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat dengan sihir itu seseorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka pilib untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui." Surah al-Baqarah 2: 102

Akibat derhaka pada ibu
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Haqim menceritakan, pada zaman dahulu di sebuah negeri Arab ada seroang pemuda yang sangat terhormat kerana ketinggian ilmunya.Dia sangat disukai oleh orang ramai kerana budi dan amalnya.Imunya yang tinggi menyebabkan namanya harum di serata negeri itu.Ibunya sangat berbangga kerana mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang.Di mana-mana sahaja namanya pasti menjadi perbualan orang
Pada suatu hari, pemuda tersebut bercadang hendak pergi ke Mekah kerana ingin menuntut ilmu dengan lebih tinggi.Dia merasakan bahawa ilmu yang ada padanya masih belum mencukupi.Lantas dia cuba memujuk ibunya agar membenarkan dia pergi.Dengan deraian air mata ibunya berkata,”Anakku, engkau adalah mutiara hatiku, ibu akan menderita jika engkau pergi ke Mekah.Ibu sudah tua, ibu tidak sanggup berpisah dengan engkau apatah lagi engkau berada di sana bertahun-tahun lamanya.Batalkanlah sahaja niatmu itu nak”,rayu ibunya menasihatinya
Pemuda itu berasa amat kecewa dengan kata-kata ibunya, tetapi semangatnya untuk menuntut ilmu agama di negeri Mekah itu tidak luntur dar hatinya.Malah dia akan tetap pergi kerana tekadnya sudah tidak dapat dibendung lagi.Pada keesokan harinya selepas dia mengerjakan sembahyang subuh, diapun berangkat ke Mekah, dia tidak menghiraukan nasihat ibunya lagi.
Kini tinggallah ibunya yang sudah tua bersendirian dengan deraian air mata.Hatinya begitu sakit apabila mengenangkan anaknya yang tidak mempedulikan nasihatnya lagi.
“Ya,Allah” kata ibunya merintih. “ Sesungguhnya anakku telah membakar hatiku dengan permergiannya.Maka engkau turunkanlah seksa kepada anakku itu, Ya Allah”.
Setiap kali selepas sembahyang ibunya berdoa seperti itu. Akhirnya anaknya sampai di Mekah dan giat mencari ilmu dan beribadat.
Pada suatu malam yang gelap gelita, berlakulah suatu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri memasuki rumah saudagar yang kaya. Tetapi disedari oleh tuan rumah tersebut lalu pencuri itu lari lintang pukang menyelamatkan diri. Tuan rumah itu terus mengejarnya sehingga sampai di sebuah masjid untuk berlindung.Kebetulan pada masa itu, terdapat seorang permuda yang sedang khusyuk berzikir, Sebagai helah untuk menyelamatkan diri, pencuri itu terus berteriak sambil menunding-nundingkan jarinya ke arah pemuda yang sedang berzikir itu. “Pencuri!!Pencuri!! teriaknya.
Mendengar teriakan itu tuan rumah tersebut terus berlari masuk ke dalam masjid dan menangkap pemuda itu.Pemuda itu terpinga-pinga apabila dirinya ditangkap,berbagai-bagai penafian dibuat namun tuan rumah itu terus menyeretnya keluar dari masjid.Kemudian tuan rumah itu mengikat tangannya lalu membawa dia mengadap raja.Dengan perasan marah tuan rumah itu terus menceritakan kesalahan pemuda tersebut.Tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya serta soal selidik yang terperinci, maka raja itu menjatuhkan hukuman ke atas pemuda itu dengan memotong kedua kaki dan tangannya serta biji matanya dicungkil.Dengan perasan yang amat hiba pemuda itu menerima hukuman raja itu dengan tenang.
Setelah hukuman itu dilaksanakan, raja memerintahkan pula supaya pemuda itu diarak di khalayak ramai.Disepanjang jalan, pegawai-pegawai raja berkata kepada orang ramai.Di sepanjang jalan, pegawai-pegawai raja berkata kepada orang ramai.” Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang” Sewaktu perarakan itu sampai di sebuah pasar, maka pemuda yang dituduh mencuri itu berkata kepada pegawai-pegawai raja yang membawanya.”Wahai pegawai janganlah engkau berkata bergitu tetapi sebaliknya katakanlah, inilah balasannya kalau orang yang derhaka kepada ibunya.”
Para pegawai itu menjadi hairan mendengar saranan pemuda itu.Hati mereka ragu-ragu, apakah ucapan pemuda itu betul ataupun berpura-pura.Akhirnya para pegawai itu menyelidiki latar belakang pemuda yang dituduh mencuri itu.Setelah selidik ternyatalah pemuda itu bukanlah pencuri yang sebenar.Dengan perasaan kasihan para pegawai raja itu membebaskannnya lalu dihantar pulang ke rumah ibunya.
Ketika sampai di perkarangan rumah ibunya, para pegawai itu terus meletakkannya di muka pintu rumah ibunya.Keadaannya yang cacat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memanggil-manggil ibunya dai luar, dari dalam rumah terdengar ibunya berdoa , “Ya, Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya aku dapat melihatnya.”
Oleh kerana dia tidak tahan mendengar doa ibunya itu, tanpa disedarinya air matanya jatuh bercucuran.Lantas dia berpura-pura menjadi pengemis.
“Ya tuan, berilah hamba sedekah.”
“Datanglah ke sini.” Terdengar suara dari dalam.
“Bagaimana saya hendak masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki.”Jawab anaknya.
“Kalau bergitu hulurkanlah tanganmu.”Jawab si ibu dari dalam yang masih belum mengetahui bawawa itu adalah anaknya.
“Tuan, maafkanlah saya kerana saya tidak mempunyai tangan, kerana tangan hamba telah dipotong.”
“Kalau begitu bagaimana aku dapat memberimu makanan, sedangkan aku bukan muhrammu.”Jawab ibunya.
“Tuan, janganlah bimbang, kerana kedua belah mata saya telah buta,”jawab anaknya.
Ibunya yang masih belum mengetahui bahawa di luar itu adalah anaknya terpaksa keluar membawa sekeping roti untuk disuapkan ke mulut anaknya.Sebaik sahaja roti itu hendak disuapkan ke dalam mulutnya, pengemis itu terus merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis.
“Ibu maafkanlah saya ibu.Sebenarnya saya adalah anak ibu yang telah mengalami nasib seperti ini.Ibu, saya telah bedosa terhadap ibu, maafkanlah saya ibu.”
Setelah dia mengetahui bahawa pengemis itu adalah anaknya, dia terus memeluk anaknya sambil menangis meraung-raung kerana melihat anaknya yang mengerikan .Oleh kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya dia terus menadahkan tangan sambil berdoa.”Ya tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah aku maafkan, tetapi seksa anakku sungguh mengerikan .Aku tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa.Ya tuhan, kau akhirilah hidupku bersama anakku ini agar kami tidak menanggung malu.”
Dengan kehendak Allah yang Maha Esa, doa ibu itu telah dimakbulkan. Akhirnya dia dan anaknya mati bersama-sama.Bergitulah nasib anak tidak menuruti perintah orang tua dan orang tua yang tidak redha di dalam mencari ilmu.

Diserbu wanita bogel
Untuk tatapan umun , dan khas untuk yang mempunyai masaalah.....yang suka melihat gambar lucah...... Sebagai pengajaran dan peringatan bersama ..
Seorang lelaki jemaah haji dari negara ini medakwa dia diserbu oleh sekumpulan wanita bogel di tepi Kaabah. Pendakwah Ustaz Hj Safuan Fathy berkata, berikutan itu lelaki tersebut lari tidak tentu arah hingga ramai yang menyangkanya tidak siuman. "Dia juga menangis teresak-esak seperti budak kecil ketakutan," kata Ustaz Safuan.
Menurut beliau, peristiwa membabitkan lelaki berusia 40-an itu diceritakan kepadanya oleh seorang rakanya yang kebetulan menguruskan jemaah haji pada tahun itu. Rakan saya bertanya kepada lelaki berkenaan apa yg menyebabkan dia berkelakuan begitu secara tiba-tiba.
Pada mulanya lelaki tersebut enggan berterus-terang tetapi setelah didesak, katanya dia diserbu dan disekat oleh sekumpulan wanita bogel semasa hendak memulakan tawaf. Menurut lelaki itu, kesemua wanita tersebut berbogel dan dia juga tidak nampak lelaki atau wanita yg berpakaian melainkan kumpulan wanita berbogel itu sahaja.
Katanya, mereka halang dia dari masuk ke kawasan Kaabah. banyak kali juga dia cuba merempuh tetapi gagal. akhirnya dia rasa tidak bermaya hingga menangis ketakutan," kata ustaz safuan. menyedari mungkin ada dosa berat yang dibawanya, lelaki itu turut memohon ampun kepada Allah banyak-banyak hingga kelakuanya menarik perhatian anggota jemaah lain.
Rakan saya yg juga seorang ustaz bertanya kepada lelaki itu, apa yang dia agak jadi punca. seperti mula lelaki itu agak keberatan. sungguhpun begitu, dia kemudian mengakui dirinya adalah pengemar gambar atau video lucah." ustaz safuan seterusnya berkata, petanda kegilaan lelaki terbabit terhadap bahan-bahan lucah ialah dia banyak menyimpan sama ada gambar, buku, VCD, serta sering melayari laman web bogel untuk memuaskan nafsu.
"Menurut lelaki itu, dia gemar benda-benda lucah itu sejak bujang lagi. setelah berbelas tahun kahwin pun hobi itu masih tidak dapat ditinggalkan. Dia sudah jadi seperti penagih;" katanya.
Menurut Ustaz safuan, dari pengakuanya, lelaki itu mendakwa isterinya juga sudah tidak mampu berbuat apa-apa untuk mempengaruhi dia tinggalkan tabiat buruk itu. "Yang peliknya, pada malam sejurus sebelum dia keluar ke lapangan terbang untuk ke tanah suci, dia masih lagi sempat tonton video lucah sebelum berlepas. sebelum itu, dia menghubungi seorang kawanya yang hendak berangkat ke jepun agar belikan dia beberapa majalah lucah untuk koleksinya," katanya.
Lelaki itu menceritakan demikian di hadapan rakan Ustaz Safuan sambil menangis sesal. Sehubungan itu, dia dinasihati agar bertaubat nasuha dan bertekad tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi. "lelaki itu bersetuju. Dihadapan rakan saya itu juga, dia menelefon isterinya di tanah air agar minta bakar semua bahan lucah yg ada dalam simpanannya.
Dia kemudian menghubungi rakanya di jepun minta jangan beli majalah porno yg dia pesan sebelum itu. Atas kehendak Allah, Ustaz Safuan, lelaki berkenaan akhirnya kembali bersemangat dan berjaya menyempurnakan ibadah hajinya hingga selesai tanpa sebarang gangguan. Kumpulan wanita bogel itu juga tidak muncul-muncul lagi selepas itu"
"He encompasses all things in knowledge."
(At-Talaq: 12)
- mingguan perdana 18 Mac 2001

Pembalasan Isteri Curang
Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya,
Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi
wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.
“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Razali sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.
Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Razali sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.
Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Razali itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.
Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Razali menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.
Bagi Razali, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.
Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Razali dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.
” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Razali.
Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Razali akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Razali. Itulah yang menghairankan Halim.
Lama-kelamaan, Razali terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Razali menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu.
Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.
Sejak Normah meninggalkannya, hidup Razali tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur , tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.
Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.
Memang hidupnya sukar, tapi Razali belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.
Razali juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wanita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Razali ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.
Ternyata tanpa Normah, Razali mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Razali yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.
Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Razali. Tambahan pula Razali mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.
“Tempat awk di sana !” kata Razali menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana , bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Razali, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.
Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh
barang-barang. Sementara Razali tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.
Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Razali meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.
Ternyata telahan Razali tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut
Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua. “Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan ? Nak jadikan aku pak sanggup?” Razali melepaskan paku buah keras.
“Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah
menghabiskan cakap, Razali memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?”
Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.
Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.
Tidak ada jalan lain, Normah meminta Razali menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Razali tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.
“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Razali buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.
Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.
Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.
Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal.. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.
Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.
“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik.. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana ,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.
Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya..
“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya? ” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.
” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni.. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.
“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung. “Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.
“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”
Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu. “Yang sudah tu sudahlah Zali, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.
” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik,
mengandung.. .suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Razali melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.
” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Razali tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.
Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Razali supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.
Lalu saya baca ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Razali
sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya
tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.
Sampailah hari Normah di bedah , Razali langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka.
Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian.
Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.
Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Razali dan anak-anak.
Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.
“Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.
Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.
“Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak
nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi
sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.
Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.
Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Razali. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri..
Haji Shafie sekali lagi menemui saya. “Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat airmata .
” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Razali,” kata saya. Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di beri, akhirnya Razali bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti
terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.
” Sudahlah Zali, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya, ” kata saya semasa Razali hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.
Demi terpandang saja Razali datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.
“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar
dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat
tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat
membantu. “Yalah…”jawab Razali perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.
Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Razali semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.
Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Zali, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.
” Terima kasih ustaz,” balas Razali.
Seminggu kemudian Razali datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.
“Ustaz,” Razali memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”
“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”
Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik
dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”
“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”
“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.” “Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka ‘.”
Cukup menginsafkan, kan ? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain.
Wallahualam

Subscribe to:
Posts (Atom)