Pages

Tuesday, February 28, 2012

Kucupan perpisahan

myMetro | Kucupan perpisahan: RAWAT...petugas Hospital Miri berusaha memulihkan mangsa.
RAWAT...petugas Hospital Miri berusaha memulihkan mangsa.

BARAM: “Rupa-rupanya ciuman pagi tadi (semalam) adalah yang terakhir. Patutlah hati saya berat untuk turun ke sawah,” kata bapa kepada budak perempuan berusia tiga tahun mati dalam keadaan ngeri selepas ditikam bertalu-talu di dada menggunakan gunting oleh abang angkatnya.

Kejadian berlaku jam 6.30 pagi di rumah pekerja ladang sawit di Sejat, Long Bunyut, di sini, dan mangsa, Evelyn Irene meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Miri selepas mengalami pendarahan teruk akibat tikaman di dada. Bapa mangsa, Laman Banau, 31, berkata pada hari kejadian hatinya terlalu berat keluar bekerja di sawah selepas memberi ciuman kepada anak bongsunya.


“Patutlah saya cukup berat hati untuk ke sawah. Rupa-rupanya, ia petunjuk akan kehilangan seorang daripada dua anak buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Rumah Mayat Hospital Miri, semalam.

Tragedi berdarah itu berlaku ketika mangsa berada di rumah bersama neneknya berusia 45 tahun, sebelum suspek berusia 27 tahun dipercayai menghidap masalah mental, menyerang mangsa menggunakan gunting.


Seorang anak lelaki jiran keluarga mangsa berusia 14 tahun turut cedera di tengkuk dan kepala apabila diserang lelaki terbabit ketika cuba menghalang suspek menikam mangsa.


Difahamkan, suspek anak angkat kepada ibu mangsa sejak kecil dan menetap bersama di ladang berkenaan, sejak beberapa tahun lalu.

Laman berkata, seperti kebiasaan dia dan isterinya mengejutkan anak mereka sebelum ke sawah berhampiran rumah pekerja berkenaan.


“Pada pagi kejadian, saya mengejutkan mendiang kerana perlu ke sawah bersama isteri. Saya sempat menciumnya, namun berat hati untuk meninggalkannya.

“Setengah jam kemudian, saya menerima panggilan telefon seorang pekerja ladang memaklumkan ada orang mengamuk di rumah.


“Saya terbayangkan wajah anak bongsu saya dan memecut motosikal pulang ke rumah bersama isteri. Sebaik tiba di rumah, luluh hati apabila diberitahu anak kesayangan ditikam bertalu-talu dengan gunting,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Abu Bakar Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata suspek ditahan untuk siasatan lanjut.


Katanya, setakat ini, polis belum mengenal pasti punca dan motif serangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.


'via Blog this'

Angkara rokok

myMetro | Angkara rokok: BANTU...Nadia membetulkan rambut suaminya, Hazil yang cedera dibelasah.
BANTU...Nadia membetulkan rambut suaminya, Hazil yang cedera dibelasah.

KUALA LUMPUR: Penerbit filem, Hazil Izham Ismail, 38, patah tulang pipi kanan dan terseliuh bahu kiri akibat dipukul sekumpulan 20 lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan botol kaca dan kayu dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, awal pagi kelmarin.

Hazil yang juga suami kepada pelakon Nadia Mustafar, diserang kumpulan yang dipercayai petugas keselamatan premis berkenaan kerana mereka dikatakan berselisih faham mengenai zon larangan merokok.


Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Hazil mendakwa baru tiba di premis berkenaan untuk menemui empat kru penerbitannya bagi membincangkan urusan penggambaran.

Menurutnya, mereka kemudian didatangi kumpulan terbabit yang tidak puas hati apabila seorang daripada kru penerbitannya merokok di kawasan larangan sebelum berlaku pertengkaran.


“Saya pada mulanya cuba meleraikan mereka dan mengajak mereka berbincang. Namun, seorang daripada lelaki itu memukul belakang saya menggunakan botol manakala rakan-rakannya pula memukul kru saya yang lain.


“Lelaki itu sekali lagi menghentak kepala saya menggunakan botol biarpun saya cuba menenangkannya,” katanya yang kini dirawat di sebuah hospital pakar di Bangsar. Hazil berkata, dia hanya mampu menutup muka dan kepala menggunakan tangan sehinggalah dibawa pulang ke rumah oleh kru penerbitannya sebelum isteri membawa ke hospital.

Menurutnya, dia tidak mengetahui motif sebenar kejadian berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi melakukan siasatan selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini.


Hazil berkata, dia mengalami patah tulang pipi kanan dan terseliuh di bahu kiri selain perlu melakukan pemeriksaan lanjut di kepalanya.


'via Blog this'

Gempa 5.6 magnitud landa Pulau Ryukyu, Jepun

Berita Harian Online | Gempa 5.6 magnitud landa Pulau Ryukyu, Jepun: "TOKYO: Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 magnitud melanda selatan Pulau Ryukyu hari ini namun tiada amaran tsunami atau laporan mengenai kerosakan dikeluarkan setakat ini.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata Gempa berkenaan berlaku pada jam 4.31 pagi (waktu tempatan) pada kedudukan 83 kilometer barat daya bandar Naha.
Pada Mac tahun lalu, gempa bumi 9.0 magnitud menyebabkan tsunami yang mengorbankan lebih 19,000 orang dan melumpuhkan sistem pendingin loji nuklear Fukushima. - AFP"

'via Blog this'

Pendirian sinis Barat ke atas Syria dikecam

myMetro | Pendirian sinis Barat ke atas Syria dikecam: "MOSCOW: Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin, semalam mengecam pendirian “sinis” Barat berhubung konflik Syria, sambil memberi amaran keras terhadap sebarang serangan ke atas Iran.

Kenyataan itu dibuat beberapa hari sebelum dia diyakini dipilih menjadi Presiden Russia selepas 4 Mac ini.


Menurut Putin, rantaian perang yang dihalalkan atas alasan kemanusiaan kini mengetepikan prinsip kedaulatan sesebuah negara yang diterima sejak berkurun lalu.

“Satu lagi ruang kosong wujud dalam hubungan antarabangsa. Kali ini ruang kosong moral,” katanya dalam rencana terakhirnya dalam akhbar menjelang pilihan raya Ahad ini.


Rencana itu juga digunakannya untuk menggariskan tujuh wawasannya bagi Russia jika terpilih sekali lagi sebagai presiden untuk menggantikan Dmitry Medvedev. - AFP"

'via Blog this'

Taliban serang pangkalan tentera: 9 maut

myMetro | Taliban serang pangkalan tentera: 9 maut: "KABUL: Seorang pengebom berani mati Taliban menyasarkan tentera Nato di sebuah lapangan terbang di timur Afghanistan, semalam, dan membunuh sembilan orang.

Ia adalah insiden keganasan hari ketujuh selepas tentera Amerika Syarikat membakar al-Quran di pangkalan mereka minggu lalu.


Dalam kejadian semalam, enam orang awam, seorang tentera Afghanistan dan dua pengawal tempatan terbunuh akibat letupan bom di pangkalan tentera di Jalalabad.

Bagaimanapun, tiada seorang pun tentera Nato cedera.


Pemberontak juga mengaku mendalangi cubaan meracun tentera asing di negara itu ketika jumlah korban meningkat kepada 40 orang, Menurut jurucakap Taliban, serangan itu adalah tindakan balas dendam terhadap kebiadapan AS membakar al-Quran. - AFP"

'via Blog this'

EU tingkat tekanan ke atas Damsyik

BRUSSELS: Menteri Luar Eropah meningkatkan tekanan ke atas regim Syria semalam dalam usaha mereka menamatkan keganasan ke atas pemberontak negara itu.

Pakatan Kesatuan Eropah kini membekukan aset beberapa pegawai kerajaan, mengenakan sekatan ke atas Bank Pusat Syria dan melarang pembelian emas serta berlian dari negara itu.


EU turut melarang penerbangan kargo dari Eropah ke Syria. Sebelum ini, EU mengenakan beberapa kali sekatan ke atas Syria, membekukan aset 100 individu dan 38 pertubuhan, selain cuba memotong bekalan peralatan untuk industri minyak dan gas negara terbabit.

Bagaimanapun, sekatan itu setakat ini tidak memberi kesan ketara. - APmyMetro | EU tingkat tekanan ke atas Damsyik:

'via Blog this'

Televisyen Iran isytihar menang ke atas Israel

Kosmo! Online - Dunia:



AP
DUA orang penduduk Yahudi menunggu untuk menonton filem A Separation di sebuah pawagam di Baitulmuqaddis kelmarin.


TEHERAN - Televisyen milik pemerintah Iran mengisytiharkan kemenangan pertama ke atas Israel semalam apabila filem A Separation arahan pengarah negara ini memenangi kategori filem berbahasa asing terbaik pada Anugerah Academy yang turut dikenali sebagai Oscar Kali Ke-84 di Los Angeles, Amerika Syarikat kelmarin.

Filem itu yang dibintangi oleh aktres Iran, Leila Hatami mengalahkan filem Footnote dari Israel yang merupakan musuh ketat Iran.

Ia diarahkan oleh Asghar Farhadi yang mengisahkan satu pasangan yang berkahwin dan berdepan dengan dilema sama ada untuk meninggalkan Iran demi keluarga mereka.

Israel dan AS tidak menolak kemungkinan akan melakukan serangan ketenteraan ke atas kemudahan nuklear Iran.

Kedua-dua negara itu mendakwa kemudahan nuklear itu dibina dengan tujuan untuk membangunkan teknologi senjata.

Kejayaan filem itu turut dikongsi penduduk Iran.

"Saya bangun awal untuk menonton Oscar dan saya berasa gembira bahawa kami menang.

"Saya berharap terdapat lebih banyak kebebasan untuk pengarah Iran menyuarakan idea bijak mereka," kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sara. - Agensi


'via Blog this'

Taliban balas dendam

Kosmo! Online - Dunia:



BEBERAPA askar Afghanistan mengawal
lokasi serangan pengebom berani mati
di pintu masuk Lapangan Terbang Jalalabad, timur Kabul semalam. - AP


KABUL, Afghanistan - Seorang pengebom berani mati Taliban meletupkan bom di sebuah pangkalan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Lapangan Terbang Jalalabad menyebabkan sembilan orang terbunuh semalam.

Serangan itu dibuat sebagai tindak balas terhadap perbuatan askar Amerika Syarikat (AS) membakar kitab al-Quran di sebuah pangkalan tentera AS di sini.

Menurut polis, mereka yang terbunuh termasuk enam orang awam, seorang askar Afghanistan dan dua pengawal tempatan.

Namun, seorang jurucakap Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa yang diketuai AS berkata, tiada laporan mengenai kematian askar-askar asing.

Sementara itu, Taliban mengaku bertanggungjawab melakukan letupan tersebut.

Pergerakan itu menyatakan ia merupakan satu serangan balas selepas kitab al-Quran dibakar.

Kematian terbaharu itu menjadikan kira-kira 40 orang maut dalam tempoh enam hari tunjuk perasaan ganas berlangsung di negara ini.

"Askar-askar asing telah menghina agama kami dan serangan ini merupakan satu perbuatan balas dendam," kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid.

Menurut polis, tujuh askar AS cedera dalam satu letupan bom tangan kelmarin ketika satu tunjuk perasaan anti-AS diadakan di sebuah pangkalan tentera AS di utara wilayah Kunduz.

Pada Sabtu lalu, dua penasihat AS ditembak mati. - AFP


'via Blog this'

Tiga maut letupan bom di Kathmandu

Kosmo! Online - Dunia:



BEBERAPA anggota polis memeriksa lokasi kejadian letupan bom di luar ibu pejabat Perbadanan Minyak Nepal di Kathmandu semalam.


KATHMANDU - Seramai tiga orang mati dalam letupan bom yang berlaku di luar ibu pejabat Perbadanan Minyak Nepal di sini semalam.

Bom itu meletup di depan ibu pejabat perbadanan tersebut menyebabkan lima orang turut cedera, kata polis.

Ia merupakan kejadian letupan bom yang pertama melibatkan kematian yang ramai dalam tempoh lima tahun di sini.

Pemerintah Nepal bertindak mengetatkan lagi kawalan keselamatan selepas letupan bom tersebut berlaku. - Agensi


'via Blog this'

Calon Presiden AS mahu Obama tarik balik permohonan maaf isu al-Quran

Kosmo! Online - Dunia:



RICK SANTORUM


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang anggota Parti Republikan yang bertanding untuk menjadi calon Presiden AS, Rick Santorum menuduh rakyat Afghanistan kelmarin 'bertindak keterlaluan' ekoran isu kitab al-Quran dibakar di sebuah pangkalan tentera AS di negara itu.

Santorum turut mengkritik Presiden AS, Barack Obama kerana meminta maaf ekoran insiden itu.

Menurut beliau, tiada keperluan untuk Obama meminta maaf.

"Saya menganggap permohonan maaf perlu dibuat oleh Presiden, Hamid Karzai dan rakyat Afghanistan kerana menyerang dan membunuh askar kita serta bertindak keterlaluan terhadap kesilapan yang tidak disengajakan," katanya.

Beliau merujuk perbuatan membakar al-Quran itu sebagai perbuatan yang tidak disengajakan. - AFP


'via Blog this'

Abu Bakar Bashir dipenjara 15 tahun

Kosmo! Online - Dunia:




JAKARTA - Mahkamah Agung Indonesia semalam mengesahkan hukuman penjara selama 15 tahun dikenakan terhadap seorang guru agama, Abu Bakar Bashir (gambar) kerana melakukan keganasan.

Dia dianggap sebagai pemimpin kerohanian militan Islam di Indonesia dan penyokong jihad kumpulan Al-Qaeda.

Bagaimanapun, Abu Bakar yang berusia 73 tahun menafikan dia merupakan seorang pengganas.

Pada Jun tahun lalu, sebuah mahkamah yang lebih rendah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadapnya.

Namun, disebabkan rayuan, Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman kepada sembilan tahun penjara dengan menyebut kekurangan bukti dan umur sebagai faktor keputusan itu dibuat.

Hukuman itu kemudian kembali kepada asal apabila Mahkamah Agung menyatakan dalam keputusannya semalam bahawa Abu Bakar terbukti bersalah melakukan perbuatan pengganas.

Abu Bakar Bashir yang merupakan pengasas kumpulan Jemaah Islamiah (JI) bertanggungjawab berhubung satu siri serangan termasuk kejadian letupan bom di Bali pada 2001 yang menyebabkan 202 orang terbunuh kebanyakannya warga asing. - AFP


'via Blog this'