27 Mac 2015 12:51 AM
Dua peserta acara maraton, sempat bergambar bersama Long Keyi di Chongqing, baru-baru ini. AGENSI |
Itulah yang berlaku di bandar Chongqing, China apabila seorang polis lelaki menarik perhatian ramai pelari wanita ketiga ditugaskan mengawal acara maraton di bandar tersebut.
Menurut laporan portal Mail Online, polis berkenaan, Long Keyi dikerumuni beratus-ratus wanita yang mahu mengambil gambar bersama disebabkan paras rupanya yang seiras bintang filem Hong Kong, Wallace Chung.
Malah kegilaan ratusan wanita itu terhadap kekacakan Keyi, menyebabkan acara maraton terbabit terganggu kerana mereka tidak lagi mahu meneruskan larian selain menyebabkan kesesakan trafik.
Jumlah wanita yang semakin ramai mengelilingi kereta yang dipandu anggota polis berusia 29 tahun itu juga menyebabkan dia sukar meninggalkan kawasan maraton.
Seorang peserta, Chyou Teng, 26, berkata, orang ramai terutamanya wanita tidak lagi tertarik untuk mengetahui pemenang larian maraton itu, sebaliknya lebih berminat untuk bergambar dengan Keyi.
Bagaimanapun, rakan setugas Keyi, Dewei Fu berkata, kegembiraan semua wanita terbabit mungkin tidak lama apabila mengetahui status rakannya yang telah berkahwin baru-baru ini.
“Dia baru bertugas semula selepas melangsungkan perkahwinan, jadi isterinya mungkin tidak terkejut dengan tarikan yang dimiliki oleh suaminya.
“Tetapi, disebabkan kejadian tersebut, Keyi mengambil cuti dan tugasnya digantikan dengan anggota polis lain yang kurang kacak,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/polis-kacak-cetus-kegilaan-1.73981#sthash.wLId6B8L.dpuf