Pages

Sunday, February 23, 2014

Selamat datang ke hotel buaya


Namun, ia sebenarnya sebuah hotel unik yang dibina membentuk reptilia yang di- geruni itu, terletak di tengah Taman Warisan Dunia.
Gagudju Crocodile Holiday Inn, hotel milik warga tempatan di Taman Negara Kakadu, berada kira-kira dua jam perjalanan dari Darwin.

Kakadu adalah taman negara terbesar di Australia meliputi kawasan seluas 19,000 kilometer persegi -sama dengan saiz Republik Slovenia - dan menawarkan semua pengalaman menarik di negara ‘Crocodile Dundee’ itu.
Foto

Reka bentuk hotel yang unik itu melambangkan ‘penduduk’ terkenal di Kakadu, buaya air masin.

Terletak di bandar Jabiru, hotel itu menjadi pilihan pelancong yang ingin meneroka kawasan utara Kakadu.

Taman negara itu menjadi habitat kepada lebih 10,000 buaya, bersamaan dengan 10 peratus daripada keseluruhan populasi reptilia itu di Wilayah Utara.

Lebih separuh kawasan di Kakadu yang diisytiharkan sebagai taman negara dalam tiga peringkat antara 1979 hingga 1991 adalah tanah masyarakat orang asli Australia.

Pemilik warga tempatan menguruskan perjalanan taman berkenaan bersama Parks Australia.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/23

Telur tiruan daripada tumbuhan

Telur tiruan daripada tumbuhanSan Francisco: Sejenis telur tiruan diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan bakal menembusi pasaran global selepas firma Amerika Syarikat (AS) yang dibiayai lelaki terkaya di Asia mendedahkan perkara itu.

Ia bakal menggantikan telur dalam semua termasuk pembuatan kek hingga mayonis tanpa memerlukan seekor ayam untuk menghasilkan pengeluarannya.

Produk keluaran Hampton Creek itu sudah dijual di Whole Foods di California dan kini firma yang dibiayai oleh lelaki terkaya Asia, Li Ka-shing serta pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang, merancang untuk menembusi pasaran dunia.


Perjanjian dengan 500 syarikat

Malah syarikat terbabit dikatakan sudah menandatangani perjanjian kerjasama dengan 500 syarikat termasuk pengeluar dan peruncit makanan terbesar dunia.

“Teknologi membolehkan semua untuk mendapat lebih banyak pilihan untuk masa depan bersama yang lebih baik,” katanya.

“Untuk memenuhi semua permintaan penduduk dunia yang semakin bertambah, kita perlu lebih efisyen, lebih mesra alam sekitar dan lebih berkualiti serta banyak pilihan.
Ketua pegawai eksekutif, Hampton Creek dan pengasas, Josh Tetrick berkata, kita hidup ketika pilihan tidak sihat adalah murah dan mudah, manakala pilihan sihat adalah mahal dan sukar.

“Sasaran kami sentiasa untuk membina sebuah syarikat yang menghasilkan makanan sihat dan mudah didapati kepada sesiapa saja.

“Menyelesaikan masalah itu bermakna menyelesaikan masalah kebanyakan orang ramai bukan hanya mereka yang mampu untuk membayar AS$5.99 bagi telur organik,” katanya.

Idea Tetrick adalah untuk mencari campuran tumbuh-tumbuhan yang senang tumbuh, apabila dicampur bersama dengan betul, meniru rasa, nilai khasiat dan kegunaan memasak bagi sebiji telur.
AGENSI

Melancong di Maldives


Putera Mahkota Salman bin Abdulaziz al-Saud dilapor menempah kesemua tiga pusat peranginan di pulau Maldives. - AGENSI
Salman
MALE 22 Feb. - Para pelancong yang berhasrat untuk bercuti di Maldives perlu melupakan rancangan tersebut selepas Putera Mahkota Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz al-Saud dilapor menempah kesemua tiga pusat peranginan di pulau tersebut hanya untuk dirinya.
DailyMail Online difahamkan, Salman menempah pusat perangingan bertaraf lima bintang itu selama sebulan bermula 19 Februari lalu hingga 15 Mac ini.
Putera berusia 78 tahun itu juga dilapor membayar sebanyak AS$30 juta (RM99 juta) bagi penginapan di Anantara Veli, Naladhu dan Anantara Dighu.
Salman dijangka tiba di Maldives dengan menaiki sebuah kapal layar mewah dengan dikawal lebih 100 pengawal peribadi.
Kementerian Luar Arab Saudi pada awal bulan ini mengesahkan, Salman akan mengadakan lawatan rasmi ke pulau tersebut atas jemputan Presiden Republik Maldives, Abdulla Yameen.
Bagaimanapun tindakan Salman menempah kesemua hotel tersebut di Maldives pada saa-saat akhir membangkitkan kemarahan segelintir pelancong yang berhasrat untuk bercuti di pulau tersebut, setelah tempahan mereka terpaksa dibatalkan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140223/lu_09/Melancong-di-Maldives#ixzz2u61IVKt2
© Utusan Melayu (M) Bhd