Pages

Saturday, September 5, 2015

Lelaki Paling Pendek Di Dunia Mati Semasa Pembedahan


Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 2:30 PM
Chandra Bahadur Dang (kiri) ketika lawatannya ke i-City pada 2013. Bersama beliau adalah Pengerusi Eksekutif i-Bhd Tan Sri Lim Kim Hong. -foto THE STAR

KATHMANDU: Seorang warga Nepal, Chandra Bahadur Dangi yang telah disahkan oleh Guinness Book of World Records sebagai lelaki paling pendek di dunia, meninggal dunia di Kepulauan Samoa, wilayah Amerika di Pasifik Selatan pada Jumaat.

Guinness World Records mengiktiraf Dangi sebagai lelaki terpendek di dunia pada 26 Feb 2012.

Beliau berukuran 54.6 sm (21.5 inci) tinggi, dan ketika  pengesahan oleh pasukan Guinness itu dilakukan, beliau berumur 72 tahun.

Dangi yang berasal dari Dang, daerah di sebelah barat Nepal berada di Amerika untuk lawatan singkat, meninggal dunia semasa menjalani rawatan fenomena di hospital, kata pengurusnya Thaneshwar Guragain, yang juga pemegang rekod dunia Guinness.

Dangi berumur 75 tahun.

Selepas jatuh sakit, Dangi dimasukkan ke Lyndon B. Johnson Tropical Medical Centre di Pago Pago, kepulauan Samoa dan menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Jumaat, kata Guragain.

"Saya amat sedih dengan kematiannya," kata Guragain.

Pihak hospital berkenaan sedang menyediakan sijil kematian sebelum menyerahkan mayat Dangi kepada keluarga atau wakil mereka, katanya.

Selain menjadi lelaki terpendek, Dangi juga memegang rekod orang dewasa terpendek dunia yang pernah diukur.

KISAH PENDEK PENUH INSPIRASI DI MALAM HARI

Khas buat suami isteri




Ini adalah Sebuah kisah di jeddah, ketika ada sepasang suami istri yg sedang bertengkar, tiba2 suami mengangkat tangannya tinggi2 dan menampar sang istri.. istripun menangis, makhluk yg lembut, yg terlarang untuk di sakiti...
Dalam keadaan berantakan,Tiba2 terdengar ketukan pintu, sang istri masih terisak tangisannya...

Diintipnya di lubang pintu oleh sang suami, ternyata mertua dan keluarga istrinya yg datang. Dengan bingungnya dia membukakan pintu dan sang istri dengan cepat lari ke belakan dan mencuci mukanya supaya tdk tetlihat dia sedang menangis...

Akan tetapi sang ibu tetap menangkap putrinya habis menangis, dan bertanyalah sang ibu, apa engkau habis menangis duhai putriku? Kenapa engkau menangis?,

sang putri menjawab, "iya ibu, aku menangis, karena rinduku pada ibu, dan akhirnya Allah mengirimkan juga ibu datang ke sini, hingga tersampaikanlah rinduku ini, sembari memeluk ibunya dlm keadaan masih menangis..
Sang suami tdk menduga istrinya akan ber ucap seperti itu, dia fikir, habislah rumah tangganya dgn sang istri mengadukan perbuatannya pada ibunya, ternyata justru sebaliknya..

Dan setelah itu, sang suami keluar rumah menuju kepasar, membeli makanan untuk tamu yg datang, dan dia membeli sebuah perhiasan emas bernilai 1000 real ( sekitar 33 juta). Sesampainya di rumah, dia menjamu tamunya... dan setelah tamunya pulang, dia mendatangi istrinya dan memberikan perhiasan tsb,,
Sang istri berkata, "subhanallah, ini kan terlalu mahal untukku wahai suamiku,"
sang suami mnjawab, "engkau telah menyelamatkan rumah tanggaku, engkau sungguh2 wanita sholihah, engkau wahai istriku, bahkan engkaupun berhak mendapatkan nyawaku...

Pesan moral :
- Di perintahkannya merahasiakan permasalahan rumah tangga kpd orang tua, karena itu akan menjadi beban orang tua, setelah seumur hidup kita sudah membebani orangtua
- Di anjurkan, hargailah setiap kebaikan yg sudah di lakukan oleh pasangan kita.,
- Dianjurkannya sesekali memberikan hadiah kepada sang istri, sebagai tanda terima kasih kita atas perjuangannya, jerih payahnya,...mengurus keluarganya,
Di sadur dari Kajian ust syafiq riza hafizhahullah...

Semoga yang menuliskan Aamiin di kotak komentar dibawah ini diberikan keluarga sakinah mawaddah warahmah dan dikaruniai putra-putri yang shaleh dan shalehah. Aamiin

Makan Makanan Mesin Layan Diri Setelah Dipindahkan Majlis Perbandaran


Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 10:40 AM
Keluarga tanpa tempat tinggal berkata mereka terpaksa makan makanan ringan di Travelodge ini setelah diusir keluar dari kediaman tiga bilik mereka. -foto SWNS

SEBUAH keluarga yang kehilangan tempat tinggal berkata, mereka terpaksa bergantung dengan mesin makanan layan diri selama sembilan hari selepas dipindahkan ke sebuah hotel bajet oleh majlis perbandaran.

Gina dan Peter Dougan serta tiga anak mereka yang berusia 11, tujuh dan lima tahun, dipindahkan ke hotel bajet selepas diusir dari rumah tiga bilik tidur mereka.

Pasangan itu merayu kepada Majlis Perbandaran Milton Keynes untuk meletakkan mereka di kawasan tempatan tetapi mereka sebaliknya telah dipindahkan ke sebuah Travelodge di pinggir Cambridge, sejauh 45 batu.

Mereka berkata kedai makanan yang terdekat adalah lapan batu dari tempat mereka dan kerana tidak mempunyai pengangkutan dan tidak mampu membayar teksi, mereka hanya makan makanan ringan dari mesin layan diri.

Kini mereka diberitahu bahawa mereka akan dipindahkan lagi ke sebuah Travelodge lain di Lapangan Terbang Birmingham, 70 batu dari Cambridge.

Isteri Dougan berkata: "Saya tidak berhenti menangis. Belanja untuk perjalanan ke stesen perkhidmatan di A14 dengan teksi adalah £33 jadi kami terpaksa makan makanan yang ada di mesin layan diri.

"Anak-anak saya jatuh sakit kerana mereka begitu lapar. Ini adalah keterlaluan."


Katanya anak-anaknya terpaksa tinggal dengan rakan-rakan pada hujung minggu supaya mereka mempunyai tempat untuk berteduh sebelum perpindahan seterusnya.

Dia menambah: "Majlis perbandaran seolah-olah tidak mempunyai sebarang belas kasihan - mereka berkeras.

"Sekarang kami perlu pergi ke Birmingham tetapi anak-anak perlu kembali ke sekolah. Bagaimana kami mahu berdepan dengan keadaan ini?

Majlis Perbandaran Milton Keynes  menghadapi krisis perumahan dengan 148 keluarga (kira-kira 400 orang) kini menginap di hotel-hotel bajet, asrama yang terletak dikawasan jauh seperti Stansted, Reading dan Cambridge.

Jurucakap Majlis menjelaskan: "Kami sedang bercakap dengan Ms Dougan dan sedang berusaha untuk meletakkan keluarganya di tempat dekat secepat yang mungkin.

"Kami menghargai dan memahami keadaan dan ini bukanlah keadaan yang kita mahu untuk penduduk di Milton Keynes.

"Kami mahu meletakkan mereka di penempatan tempatan dan mengalu-alukan mana-mana tuan-tuan tanah yang ingin tampil dan bekerjasama dengan kami untuk menawarkan penginapan tempatan."

Pendapatan Lebih £16.4 juta Setahun Jual Barang Di eBay


Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 10:00 AM
Linda bersama barangan yang akan dijual di ebay. (foto Linda Lightman)

LINDA Lightman, 53, adalah seorang penjual di laman lelong eBay dari Philadelphia yang pada asalnya menjual barangan terpakai tetapi kemudiannya berjaya menjadikan perniagaannya itu bernilai jutaan pound.

Dia menjalankan perniagaan ini sejak 15 tahun lalu dan kini masih lagi menjual pakaian kasut, beg tangan, aksesori yang ingin dibuang oleh orang lain melalui butik eBay 'Linda's stuff'.

Katanya, dia memperoleh kira-kira £16.4 juta pendapatan setiap tahun.

Dia memberitahu MailOnline bahawa dia memulakan perniagaan dengan menjual permainan video lama anaknya di laman lelong itu pada tahun 2000 dan kini mempunyai satu pasukan yang bekerja di ruang pejabat berkeluasan 5,000 kaki persegi.

"Kami menyenaraikan lebih kurang 5,000 item sehari di laman web dengan kira-kira 140,000 barangan unik," katanya yang merupakan bekas peguam.

Dia menganggap semua orang boleh melakukan pekerjaan ini.

"Kebanyakan orang tidak tahu bahawa purata isi rumah mempunyai lebih 52 barangan bernilai lebih £2,000 hanya terletak di sekeliling rumah mereka dan sedia untuk dijual," katanya.

"Tetapi anda tidak perlu dihadkan dengan apa yang di rumah anda. Jadikan ia bercabang. Anda boleh mendapat wang dengan menjual barang-barang lain di eBay."

Tertelan sudu ketika hirup sup


Tertelan sudu ketika hirup sup

4 SEPTEMBER 2015
Tertelan sudu ketika hirup sup Imbasan Xray

JIANGSU - CHINA. Sekumpulan doktor di Yangzhou baru-baru ini berjaya mengeluarkan sudu berukuran 15 sentimeter dari perut seorang wanita.

Wanita berusia 27 tahun yang hanya dikenali sebagai Wang secara tidak sengaja tertelan sudu berkenaan ketika menghirup sup mee segera yang dinikmatinya ketika makan tengahari, 30 Ogos lalu, lapor  agensi berita Xinhua.

Pihak hospital pada mulanya tidak mempercayai dakwaaan wanita itu, namun, selepas membuat imbasan Xray, sudu besi tersebut didapati terperangkap di perut wanita itu.

Doktor terpaksa mengeluarkan sudu berkenaan melalui mulut dengan menggunakan peralatan endoscopy secepat mungkin bagi mengelakkan sudu berkenaan bergerak ke usus yang boleh mengakibatkan kecederaan yang lebih teruk.

Sudu berkenaan hanya berjaya dikeluarkan selepas dua jam.

Tiga teman wanita perkara biasa

Dongguan, China: Lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang teman wanita mungkin situasi yang jarang dilihat lebih-lebih lagi si jejaka biasanya terpaksa merahsiakan hubungan berkenaan.
Bagaimanapun, lain pula situasinya di bandar Dongguan di wilayah Guangdong, lelaki yang mempunyai tiga teman wanita pada satu-satu masa dianggap perkara normal.
Lebih menarik lagi wanita di bandar ini merestui dan mengenali teman wanita kekasih mereka tanpa timbul sebarang konflik.
Sikap penduduk di sini yang menerima hubungan lelaki dengan lebih seorang wanita disebabkan perbezaan terlalu besar antara jantina.
Perbezaan populasi di bandar itu adalah 89 lelaki berbanding 100 wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:34 AM


MEMILIKI lebih daripada seorang teman wanita adalah perkara biasa di Dongguan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75404#sthash.wsmBbbBI.dpuf

Doktor jahit tangan pesakit dalam kulit perut

Houston (Amerika Syarikat): Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini terpaksa menjahit tangan seorang lelaki ke dalam kulit perutnya selepas anggota badan itu cedera parah akibat terkena besi panas.
Tangan kiri Haley Hernandes, 70, melecur teruk akibat dihempap besi panas ketika menggantikan tayar lorinya pada bulan lalu.
Hernandes berkata, besi berkenaan yang berada di atas lorinya sangat panas selepas seharian berjemur di tengah panas terik matahari.
“Besi itu menghempap tangan saya seperti seterika panas menyebabkan kulit dan daging saya melecur teruk,” katanya.
Menurutnya, ketika sampai di hospital doktor memberitahu tangannya sukar untuk diselamatkan kerana kecederaannya terlalu parah.
Doktor di Hospital Methodist Houston, Anthony Echo memberitahu, sebagai langkah terakhir pihaknya memilih untuk menjahit tangan lelaki itu di bawah kulit perutnya.
Katanya, teknik itu bukannya asing dalam dunia perubatan, tetapi sangat jarang dilakukan.
“Teknik ini membolehkan tangan yang cedera teruk ini mendapat bekalan darah dari kulit bagi membantunya sembuh.
“Tangan pesakit itu dibiarkan dalam kulit perutnya selama beberapa minggu sebelum dikeluarkan,” katanya.
Menurutnya, prosedur itu berjaya menyelamatkan tangan Hernandes daripada dipotong dan lelaki berkenaan kini menjalani pemulihan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:12 AM


KEADAAN tangan Hernandes yang dijahit di dalam kulit perutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75292#sthash.A9axHdmO.dpuf

Jutawan dermawan


Mahu beli pulau, wujudkan negara untuk pelarian
05 September 2015 1:18 AM



KAHERAH 4 Sept. - Seorang jutawan Mesir, Naguib Sawiris menawarkan untuk membeli sebuah pulau di Greece atau Itali dan membangunkannya bagi membantu beratus-ratus ribu pelarian dari Syria dan konflik lain.
Hartawan telekomunikasi itu mengumumkan inisiatif tersebut di Twitter.
“Greece atau Itali menjual sebuah pulau kepada saya. Kemudian, saya akan membangunkan pulau tersebut dan memberikan pekerjaan kepada pelarian.
“Negara baharu akan diwujudkan untuk mereka,” katanya.
Lebih 2,300 orang terkorban di laut ketika mahu ke Eropah sejak Januari lalu, kebanyakannya penduduk Syria yang melarikan diri dari negara mereka yang me­ngalami konflik sejak empat tahun setengah lepas.
Sawiris dalam satu wawancara televisyen berkata, beliau akan berbincang dengan kerajaan Greece dan Itali tentang rancangannya.
Ditanya oleh AFP sama ada tentang keberkesanan perancangannya, Sawaris berkata, sudah tentu perkara itu boleh dilaksanakan.
“Mereka mempunyai berpuluh-puluh buah pulau yang tidak berpenduduk dan itu sudah boleh menampung ratusan ribu pelarian,” jelasnya.
Sawiris berkata, sebuah pulau di Greece atau Itali bernilai antara AS$10 juta (RM42.5 juta) dan AS$100 juta (RM425 juta).
Bagaimanapun, perkara utama adalah pelaburan dalam infrastruktur di pulau berkenaan.
Sawiri sebelum ini pernah membangunkan sebuah pulau di pantai Laut Merah, yang kini dikenali sebagai Pusat Peranginan El Guona. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jutawan-dermawan-1.131817#sthash.zdovyjoD.dpuf