Pages

Wednesday, January 21, 2015

Nelayan tertangkap ikan pra-sejarah ada 300 gigi


Ikan yu pra-sejarah yang berjaya dibawa naik ke darat
Ikan yu pra-sejarah yang berjaya dibawa naik ke darat
VICTORIA - AUSTRALIA. Sejenis ikan yu yang dikategorikan sebagai ikan pra-sejarah telah dibawa ke darat oleh seorang nelayan.

Ikan yu tersebut atau frilled shark mempunyai badan seperti belut dan mempunyai 300 batang gigi.

Menurut ABC News, ikan tersebut yang wujud semenjak 80 juta tahun lampau dan boleh dijumpai pada ke dalaman laut 1,500 meter.

Ikan tersebut pada mulanya diberikan kepada Organisasi Penyelidikan Industri dan Saintifik (CSIRO) namun CSIRO memberitahu mereka sudah mempunyai spesimen ikan tersebut.

Ikan tersebut dipercayai sudah dijual.

UAE terkejut, teruja negara 'bersalji'

Koleksi gambar yang diambil orang ramai di Arab Saudi. - Foto sumber Twitter
Koleksi gambar yang diambil orang ramai di Arab Saudi. - Foto sumber Twitter
ABU DHABI - EMIRIYAH ARAB BERSATU. Penduduk Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terkejut dan sebilangan yang lain teruja apabila hujan air batu atau hail stormmelanda Sweiham, Shahama dan Al Taweela.
 
Menurut India Today, keadaan unik berkenaan disebabkan cuaca yang tidak stabil dan dijangka berterusan sehingga 24 jam.
 
Beberapa penduduk sekitar mengganggap hujan air batu tersebut sebagai 'salji'.
 
Sementara itu, pihak berkuasa menasihati orang ramai supaya berhati-hati kerana ribut taufan dan angin kencang akan berterusan.

Saudi risau ramai wanita tak kahwin

Manama: Penduduk Arab Saudi menggesa diadakan penyelesaian radikal bagi menangani fenomena wanita negara itu yang tidak berkahwin yang jumlahnya semakin meningkat.
Kembimbangan terbaru itu disuarakan oleh pengerusi Persatuan Penjagaan Keluarga Wiam, Mohammad Al Abdul Qadir.
Sekurang-kurangnya 1.5 juta wanita Saudi berusia lebih 30 tahun masih tidak berkahwin ketika ini.
Jumlah itu mewakili 33.4 peratus bilangan wanita negara itu, katanya.
“Kita perlu merangka wawasan baru untuk keluarga Saudi bagi 10 tahun akan datang. Kita perlu mencari penyelesaian berdasarkan penggabungan nilai perpaduan keluarga bagi menghadapi beberapa fenomena khususnya anak dara tua,” katanya.
Beberapa aktivis wanita berkata, jumlah wanita tidak berkahwin itu lebih tinggi, dua juta orang.
“Jumlahnya amat besar dan membimbangkan. Ia membayangkan bencana sosial boleh berlaku jika tiada penyelesaian radikal untuk mengatasi fenomena ini,” kata aktivis berkenaan.
Beberapa wanita Saudi bagaimanapun enggan mengkategorikan anak dara tua sebagai fenomena bahaya dengan berkata ramai wanita memilih untuk tidak berkahwin kerana mereka memang ingin membujang.
“Terdapat dalam kalangan mereka yang enggan berkahwin kerana sebab tertentu dan ada yang memilih untuk berjaya dalam hidup daripada mendirikan rumah tangga,” kata mereka.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 5:08 AM


SEBAHAGIAN wanita Saudi sengaja memilih untuk hidup membujang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25185#sthash.0FFDieWv.dpuf

TERBAKAR TIBA-TIBA

Chennai
Seorang bayi berusia enam hari yang dikatakan terbakar tiba-tiba kini diperiksa oleh doktor di India.
Bayi itu dimasukkan ke Kolej Perubatan dan Hospital Kilpauk di Chennai selepas didakwa terbakar sendiri. Dia kini dipantau sepanjang masa oleh petugas perubatan.
Ibu bayi itu, K Rajeswari berkata, kaki anaknya tiba-tiba terbakar Khamis lalu, enam hari selepas dilahirkan.
Sekumpulan doktor di hospital itu, termasuk pakar kanak-kanak, psikiatri dan pakar bedah plastik menjalankan pemeriksaan terhadak kanak-kanak berkenaan.
Dekan hospital Dr N Gunasekaran berkata: “Kami sudah mengambil sampel kecederaan untuk ujian makmal. Keputusannya diketahui beberapa hari lagi.”
Sementara itu, Rajeswari, 22, berkata, ini bukan kali pertama dia melalui pengalaman itu. Pada 2013, anak sulungnya yang berusia tiga bulan ketika itu, juga terbakar tiba-tiba.
Dia mendakwa anaknya mengalami kejadian itu empat kali.
Bagaimanapun, doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap anak sulung Rajeswari merumuskan, dia tidak terbakar tiba-tiba.
Mereka sebaliknya berkata, kanak-kanak itu mungkin didera atau melecur akibat kebakaran yang tidak disengajakan.
Dalam pada itu, beberapa saintis berkata, elektrik statik mungkin menjadi punca kejadian seumpama itu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 5:12 AM


SEORANG doktor memeriksa bayi yang dikatakan terbakar tiba-tiba itu di hospital di Chennai, India.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25200#sthash.rW48p3Zp.dpuf