Pages

Tuesday, January 19, 2016

Kunci cawat besi hilang

Padua (Itali): Seorang wanita terpaksa menempuh saat memalukan apabila terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk membuka cawat besi yang dipakainya.
Wanita pertengahan umur itu terpaksa meminta pertolongan selepas kunci cawat besi itu hilang.
Pada mulanya, pegawai bomba menyangka dia kehilangan kunci rumah dan bertanya alamat kediamannya.
Mereka hanya mengetahui dan memahami insiden memalukan itu selepas wanita berkenaan mengangkat baju pinafo untuk menunjukkan cawat berkenaan.
Wanita yang tidak boleh didedahkan namanya itu kerana undang-undang privasi Itali memberitahu bomba: “Saya kehilangan kunci dan tidak boleh membukanya.”
Apabila ditanya sama ada dia dipaksa memakai cawat itu atau dia menjadi mangsa keganasan domestik, wanita berkenaan memberitahu, dia memakainya untuk menghalang dirinya daripada terbabit dalam hubungan seks.
Cawat besi popular ketika era Renaissance dan sejarah menunjukkan ia digunakan untuk menahan si pemakai melakukan seks atau melindungi diri daripada diperkosa.
Cawat besi dipercayai pertama kali digunakan ketika Perang Salib apabila suami yang keluar berperang mengarahkan isteri mereka memakainya untuk menghalang mereka curang.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 9:25 AM


GAMBAR hiasan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108445#sthash.oQMZTyP9.dpuf

Kejamnya kamu wahai suami

Kabul: Gambar seorang wanita yang dipotong hidung oleh suaminya selepas mereka bergaduh mencetuskan kemarahan banyak pihak di negara itu dengan aktivis menuntut hukuman berat dikenakan untuk perbuatan yang dianggap tidak bertamadun itu.
Menurut NBCNEWS, hidung wanita itu, Reza Gul, 20, dipotong suaminya di rumah mereka di utara wilayah Faryab semalam, dan dia dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya.
Menurut Ketua Polis Afghanistan, Jeneral Sayed Aqa, suami wanita itu melarikan diri dan polis sedang memburunya.
Suruhanjaya Hak Asasi Afghanistan yang menyebarkan gambar Reza Gul melalui Twitter (https://twitter.com/afghanistanihrc) mengutuk perbuatan itu sebagai kejam dan mendesak kerajaan menangkap suami wanita berkenaan.
Di beberapa wilayah di Afghanistan, memotong hidung bermaksud mahu memalukan mangsa serta menunjukkan mangsa kononnya membawa malu besar kepada keluarga atau suku kaum.
AFP melaporkan, menurut Ahmad Javed Bedar iaitu jurucakap Gabenor Faryab, suami wanita itu, Mohammad Khan, memotong hidung isterinya menggunakan pisau lipat dan dia kini melarikan ke kawasan dikuasai Taliban.
Ahmad Javed berkata, Reza Gul memerlukan pembedahan mencantum atau membentuk semula hidungnya yang tidak mungkin dapat dilakukan di Afghanistan.
Pasangan itu sudah lima tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Pada 2010, seorang wanita, Bibi Aisha, 18, juga dipotong hidungnya oleh suaminya kerana melarikan diri dari rumah selepas tidak tahan didera lelaki berkenaan.
Majalah Time menyiarkan gambarnya di muka depan yang menarik perhatian serta simpati seluruh dunia. Bibi Aisha kemudian dibawa ke Amerika Syarikat dan dipasang hidung palsu sebelum menjalani pembedahan pembentukan semua hidungnya. - Agensi.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 7:09 PM

Bibi Aisha yang juga dipotong hidungnya oleh suaminya ketika dia berusia 18 tahun pada 2010. Gambar tengah Aisha memakai hidung palsu ketika menghadiri satu majlis manakala gambar kiri, Aisha selepas pembedahan pembentukan semua hidung pada 2013.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108537#sthash.zdrt1TJo.dpuf

‘Doktor jalanan’ cabut gigi cuma guna playar



AGENSI - SEORANG lelaki menggunakan playar mencabut gigi Greg.


ADELAIDE, Australia – Satu rakaman video menunjukkan seorang ‘doktor gigi’ jalanan di sini dilihat hanya menggunakan satu playar untuk mencabut dua batang gigi bawah seorang lelaki.
Aksi berani itu dirakam oleh seorang jurugambar, Thomas Bell dari Republik Czech semasa melawat seorang rakan bapanya yang merupakan bekas pelombong batu permata pada Januari tahun lalu.
Bell kebetulan menemui seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Greg selepas dia mengadu sakit gigi kepada rakan bapanya.
“Rakan bapa saya menawarkan kepadanya untuk mencabut giginya dengan menggunakan playar. Malah, dia turut bersetuju memandangkan tidak mampu untuk berjumpa dengan doktor gigi kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.
“Rakan bapa saya itu menjadi seorang doktor gigi apabila dia mencabut gigi lelaki itu hanya dengan menggunakan playar, kadbod dan sebatang kayu,” katanya.
Klip video yang dimuat naik di laman perkongsian video, YouTube pada Sabtu lalu itu dirakam di daerah Coober Pedi di selatan Australia.
Bagaimanapun, Greg dilihat tidak berasa sakit walaupun tidak menggunakan ubat bius untuk mencabut giginya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3xgtaHEMF 
Hakcipta terpelihara