Pages

Tuesday, July 15, 2014

Marah hendak dicerai, potong kemaluan suami


15 Julai 2014


KUALA LUMPUR - Gara-gara marah kerana mahu diceraikan, seorang wanita warga Myanmar nekad memotong kemaluan suaminya di rumah lelaki itu di Taman Wilayah, Selayang, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, wanita berusia 40 tahun yang telah tinggal berasingan pergi ke rumah suaminya yang juga warga Myanmar untuk berbincang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, setelah suaminya membenarkan wanita itu masuk dan beliau terus tidur di ruang tamu, wanita itu secara tiba-tiba bertindak memotong kemaluan suaminya dengan pisau.

"Mangsa berusia 40 tahun itu yang telah tertidur berasa sakit di bahagian kemaluannya dan dia terkejut apabila kemaluannya berlumuran darah.

Mangsa melihat isterinya memegang pisau dan dia terus melarikan diri dari rumah itu. Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil," katanya di sini hari ini.

Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan usaha untuk mengesan suspek masih dipergiatkan. - Bernama

Setelah 16 tahun diculik, ratu cantik ini kini kembali kepada keluarga

Daily Mail Olga Romanovich (20 tahun), dulu diculik dari tangan ibunya, Tamara, di Moldova ketika masih berusia empat tahun. Namun kini, 16 tahun kemudian, dia telah bersatu lagi dengan keluarga kandungnya di Belarus .

MINSK,   Seorang ratu  cantik  berusia 20 tahun, yang dulu diculik dan dijual kepada orang gipsi  dengan harga sepasang anting emas ketika dia masih kecil, kini telah bersatu kembali dengan keluarganya, 16 tahun setelah tragedi itu.

Olga Romanovich baru berusia empat tahun ketika dia diculik secara kejam dari ibunya, Tamara, oleh sekelompok orang gipsi. Kelompok itu menculik gadis cilik tersebut setelah memujuk ibunya, yang pindah dari Belarus ke Moldova setelah bercerai dengan suaminya, untuk pergi ke kedai untuk membeli sebungkus rokok.

Gadis cilik tersebut kemudian dijual kepada orang gipsi lain di kota Soroki, dekat perbatasan Ukraine, dengan harga sepasang anting emas.

Sekarang, Romanovich, yang dulu namanya diubah menjadi Maria Preyda oleh keluarga yang mengadopsinya, bersatu kembali dengan keluarga kandungnya di Belarus setelah Interpol membantunya untuk melacak mereka.

Kes mengejutkan itu akan memberi harapan bagi para orangtua yang kehilangan anaknya. Namun, hal tersebut juga meningkatkan kebimbangan tentang berapa banyak orang lain yang mungkin telah diperdagangkan oleh kaum gipsi.

Ketika  berbicara setelah bersatu kembali dengan keluarganya, gadis itu mengatakan kepada harianKomsomolskaya Pravda, "Saya dicintai dalam keluarga gipsi itu, mereka membesarkan saya sebaik yang mereka boleh, bahkan lebih. Namun, perasaan muncul ketika anda menyedari bahawa itu bukan hidup anda. Anda bukan salah satu dari mereka sebagaimana orang-orang lainnya. Anda berbeda."

Romanovich, yang menang pertandingan ratu  cantik  sebelum dirinya kembali ke Belarus, mengatakan,   dia diberi kebahagiaan, masa kecil yang normal, oleh keluarga yang mengadopsinya. Dia terutama dibesarkan oleh neneknya dalam keluarga adopsi itu. Dia mengatakan kepada akhbar itu, "Saya mendapat nama baru, Maria, yang tidak biasa buat saya kerana saya sebenarnya dipanggil Olga. Saya punya nama marga, Preyda. Putera nenek saya, Igor Preyda, mengadopsi saya. Nenek saya merupakan seorang ibu kedua bagi saya. Saya membesar sebagai anak normal."

Namun, dia mengatakan, selalu ada bahagian dari dirinya yang "tersiksa" terkait keinginan untuk menemui keluarga kandungnya. Dia berkata, "Seiring waktu, saya belajar bahasa gipsi dan secara bertahap bahasa Moldova. Saya pergi ke sekolah bahasa Rusia, masuk universiti, belajar sebagai juru masak dan penata rambut. Ya, anda hidup dengan kebiasaan mereka, berbicara, berperilaku. Namun, saya selalu menanyakan satu pertanyaan, "Siapakah saya? Dari mana asalku? Bagaimana saya boleh berada di sini?"

"Pertanyaan-pertanyaan itu selalu mendera dan menyiksa. Saya ingin tahu yang sebenarnya. Siapa orangtua saya, bahkan jika mereka memang menjual saya. Saya ingin tahu siapa saya, darah siapa yang mengalir dalam diri saya."

"Saya tidak pernah berbicara tentang hal itu dengan siapa pun. Semua itu tersembunyi dalam diri saya. Sepanjang hidup, saya ingin tahu orangtua saya dan keluarga mereka."

Ketika neneknya jatuh sakit sebelum kematiannya pada usia 73, Romanovich memutuskan untuk melacak orangtuanya. Nenek angkatnya itu mendorong dia untuk melakukan hal itu. Romanovich mengatakan, "Dia (nenek) mengatakan kepadaku, 'Carilah keluargamu. Kalau saya tahu tentang ibu kandungmu, saya akan memberitahumu'."

Romanovich akhirnya menggunakan jasa seorang psikolog untuk berhubungan dengan kolonel polis  Valery Rogozhine yang menghubungi Interpol.

Ketika dia diculik, ibu kandung Romanovich, yang kini sakit parah, melaporkan kehilangan puterinya itu kepada polis  di Minsk, tetapi tidak ada penyiasatan yang dilakukan. Sekarang tes DNA membuktikan bahawa Maria Preyda sebenarnya adalah Olga Romanovich. Dia kini tinggal bersama seorang bibinya dan diterima kembali ke dalam keluarga kandungnya.

Ketika berbicara tentang pertemuannya dengan sang ibu, Romanovich berkata, "Saya menangis. Ibu saya sakit parah. Dia tidak hidup, dia hanya masih ada. Dia tinggal di pojok dunianya sendiri dan saya tidak ingin menyakitinya. Saya tidak membenci apa yang telah terjadi. Dia juga mengalami banyak hal. Saya tidak dapat menghakimi dia. Dia tidak boleh disalahkan atas apa yang terjadi, itu hanya nasib."

Kini Romanovich memandang ke depan untuk bertemu tiga saudara kandungnya. Setelah penculikan dirinya, ibunya punya tiga anak lagi, tetapi akhirnya tidak dia mampu untuk merawat mereka. Ketiga saudaranya itu diadopsi oleh satu pasangan kaya, yang juga menuntut polis  untuk menyiasat hilangnya Romanovich, tetapi tidak ada kemajuan.

Dari Minsk, Romanovich mengatakan, "Saya telah diterima kembali dengan sangat baik di sini." Dia mengatakan, dirinya bertekad untuk mulai belajar menjadi seorang doktor.
 disunting dari KOMPAS.COM
Editor: Egidius Patnistik
SumberDaily Mail

Ramadan hiba

Sekadar gambar hiasan.
Sekadar gambar hiasan.
LEBIH sejuta umat Islam di 64 negara di seluruh dunia menyambut ketibaan Ramadan bermula 29 Jun lalu.

Ibadah puasa pada kali ini dikatakan paling mencabar dan menguji kesabaran orang Islam kerana berhadapan dengan Ramadan paling panas.

Selain itu, penduduk Islam di hemisfera utara pula terpaksa berpuasa sehingga 20 jam manakala umat Islam di hemisfera selatan menjalani ibadah puasa selama 10 jam.

Bagi penduduk negara bergolak di rantau Arab, Ramadan pada kali ini sememangnya suram buat mereka.

Namun, mereka tetap tabah menjalani Rukun Islam Ketiga itu walaupun serba kekurangan dan kedaifan dari segi tempat tinggal, makanan mahupun keperluan asas.


Hanya tinggal kenangan

Bagi bekas guru, Mahmoud al-Amine, kemeriahan Ramadan tidak lagi dapat dirasai selepas kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) menawan utara Syria sejak beberapa bulan lalu.

“Acara berkumpul bersama keluarga ketika berbuka puasa hanya tinggal kenangan. Sebelum perang saudara tercetus, kami sering menikmati pelbagai juadah tradisi ketika iftar.

“Bagaimanapun, segalanya telah berubah kini. Kebanyakan penduduk mengalami masalah kekurangan bekalan makanan,” katanya.


Penduduk Gaza diselubungi ketakutan

Penduduk di Gaza juga berdepan cabaran paling getir kerana mereka terpaksa menjalani ibadah puasa dalam suasana diselubungi ketakutan selepas roket Israel kembali menghujani wilayah itu.

Menurut Abu Amin Abu Shawish, keluarganya terpaksa mencari perlindungan di tenggara Genting Gaza selepas keadaan semakin meruncing akibat serangan terbaharu berkenaan.
"Ramadan pada kali ini paling mencabar berbanding sebelum ini. Kami terpaksa menjamah makanan yang disimpan selama berhari-hari tanpa memikirkan risiko kepada kesihatan.

"Kebanyakan penduduk juga tidak dapat beribadat di masjid sepanjang malam kerana serangan menggila rejim Zionis sejak beberapa hari lalu," katanya.


Penduduk Mesir berbuka dalam gelap
Berada di bawah kepimpinan baharu Presiden Abdel Fattah al-Sisi seakan tidak membawa sebarang perubahan kepada penduduk Mesir.

Kebanyakan penduduk mula merungut selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga tarif elektrik menjelang Ramadan.

Khaled Hinnawi di Kaherah berkata, kenaikan terbaharu harga gas asli dan minyak telah memberi kesan besar kepada 94 juta penduduk di negara itu.

"Kebiasaannya, kami akan menggantung pelbagai jenis lampu dan hiasan untuk menyambut Ramadan, namun amalan tradisi itu terpaksa dihentikan akibat krisis bekalan kuasa elektrik di seluruh negara.

"Saya terpaksa berbuka puasa dalam keadaan gelap ketika awal Ramadan lalu dan ia berlarutan hingga kini," menurutnya.

Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana dapat menyambut Ramadan dengan meriah dalam suasana yang aman damai berbanding masyarakat yang kurang bernasib baik di negara Islam lain.

Kucing katik

Kucing katik yang diberi nama Pixel.
Kucing katik yang diberi nama Pixel.
PIXEL, seekor kucing dengan ketinggian tidak lebih daripada 13 sentimeter (sm) dari Potrero, California ini akan memegang rekod dunia Guinness terbaharu sebagai kucing terpendek di dunia.

Walaupun belum disahkan, pemiliknya Tiffani Kjeldergaard yakin, Pixel bakal merampas gelaran yang sebelum ini dipegang Cye, kucing jenis Napoleon Munchkin dari Kanada yang mempunyai ketinggian 14 sm.

"Kucing ini dari baka Munchkin," katanya.

Kjeldergaard turut mengakui memiliki kucing pendek mendatangkan masalah kerana ia selalu tersepit dipintu atau peti ais.

Jika Pixel diiktiraf sebagai kucing terpendek di dunia, ia akan mewarisi tradisi keluarganya di mana sebelum ini, ibunya Fizz Girl juga memegang gelaran itu dua tahun lalu dengan ketinggian 15 sm. - Mail Online

Kontraktor kudung

Li Shuangt idak pernah menjadikannya alasan untuk tidak bekerja dan keluar mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarganya.
Li Shuangt idak pernah menjadikannya alasan untuk tidak bekerja dan keluar mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarganya.
WALAUPUN tanpa fizikal sempurna, Li Shuang, 39, dari Chunchang, China tidak pernah menjadikannya alasan untuk tidak bekerja dan keluar mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarganya.

Di kalangan masyarakat tempatan, Li atau atau lebih dikenali sebagai Hoppy kini boleh dikatakan seperti selebriti tempatan selepas berjaya membina kerjaya sebagai pelukis dan juruhias walaupun dengan sebelah kaki.

Li, kehilangan dua per tiga daripada kakinya akibat kanser pada 2005. Pada awalnya dia menyangka kecacatan dialami akan menyukarkannya mendapat pekerjaan sekali gus menjadi beban kepada keluarga.

Namun, dia bangun dan mula mencipta nama setelah menawarkan perkhidmatan secara percuma. Kini, kehidupannya berubah dan mempunyai hampir 40 orang pekerja yang juga terdiri daripada orang kurang upaya.

"Walaupun sedih kerana kaki terpaksa dipotong, namun saya tidak akan meratapi keadaan itu kerana ia buka gaya saya. Jadi saya buat keputusan sama ada dengan satu kaki atau tiada kaki sekali pun, saya akan terus tabah dan menjalani kehidupan harian seperti biasa," katanya.

Menurutnya, dia ingin mengubah pandangan masyarakat tentang orang kurang upaya dan menganggap golongan itu berhak mendapat peluang kedua sama seperti apa yang dicapainya hari ini.

"Impian saya adalah untuk terus mengembangkan perniagaan dan terus mengambil pekerja kurang upaya yang tidak boleh bekerja di tempat lain. Ini merupakan cara positif untuk tunjukkan kami juga mampu menyumbang kepada komuniti," katanya, laporan dipetik dari Mail Online.

Singapura bandar keempat termahal dunia

Singapura

SINGAPURA - Singapura kini menjadi bandar keempat termahal di dunia bagi golongan ekspatriat dan kedua termahal di Asia, menurut kaji selidik kos sara hidup terbaharu, Mercer.

Negara itu naik satu tangga berbanding tahun lalu untuk berada di belakang Luanda di Angola, N'Djamena di Chad serta Hong Kong.

Ketua Global Mobiliti Mercer, Ed Hannibal berkata, kedudukan negara di kebanyakan rantau terjejas oleh situasi semasa dunia termasuk pergolakan ekonomi dan politik telah menyebabkan turun naik mata wang, inflasi kos untuk barangan, perkhidmatan serta turun naik dalam harga penginapan.

"Walaupun Luanda dan N'Djamena bukan kota metropolitan, namun ia boleh dikategorikan sebagai bandar termahal berikutan barangan import terhad.

"Di samping itu, keperluan mencari tempat penginapan yang selamat juga menjadi cabaran buat golongan itu,"katanya, laporan dipetik dari CNA.

Angkara buaya pesawat terhempas

Keadaan pesawat yang terhempas. Gambar kecil: Buaya.
Keadaan pesawat yang terhempas. Gambar kecil: Buaya.
JURUTERBANG, Danny Philemotte dan pembantunya Chris Wilson serta 18 penumpang lain maut serta-merta dalam nahas pesawat domestik Let-410 di Republik Demokratik Congo, Afrika.

Nahas itu dipercayai berpunca daripada seekor buaya bersaiz dua meter yang dikatakan terlepas ke dalam pesawat dari bahagian kargo.

Pegawai inkues memberitahu, buaya itu dipercayai memanjat keluar dari koper bahagian tengah pesawat menyebabkan juruterbang dan pembantunya panik termasuk krew yang lain.

Suasana panik itu gagal dikawal hingga menyebabkan pesawat berkenaan menjunam ke sebuah kawasan penempatan di Congo.

Bagaimanapun penumpang menyangkal dakwaan bahawa buaya yang disimpan di dalam satu beg sukan adalah punca nahas berkenaan.

Kenyataan itu disuarakan oleh Penolong Koroner David Dooley selepas diberitahu oleh seorang penumpang Rob Wilson.

“Rakaman video menunjukkan terdapat seekor buaya keluar dari pesawat selepas ianya terhempas. Sebelum kejadian, krew dan penumpang dipercayai berlari kebahagiaan hadapan kabin menyebabkan pesawat itu tidak stabil,” katanya.

Difahamkan, pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Kinshasa untuk menuju ke Bandundu, laporan dipetik dari Mirror Daily.

‘Mati’ hidup semula


Manila: Seorang budak perempuan berusia tiga tahun yang diisytiharkan mati secara klinikal mengejutkan ahli keluarganya apabila terjaga ketika upacara pengebumiannya selepas ibu saudaranya kebetulan memeriksa keranda kanak-kanak itu.

Kanak-kanak dari Zamboanga del Sur, selatan Filipina itu sepatutnya dikebumikan pagi keesokannya selepas majlis keagamaan diadakan di Aurora.


Bagaimanapun, bapa saudaranya yang membuka keranda berkenaan untuk melihat wajahnya terkejut apabila melihat kepala budak itu bergerak.

Kanak-kanak yang namanya dirahsiakan itu didapati mempunyai denyutan nadi dan bernafas walaupun baru diisytiharkan mati oleh pihak hospital pada pagi sama.


Kejadian itu sempat dirakam anggota keluarga menggunakan kamera telefon bimbit sebelum dimuat naik ke Internet.


Jurucakap polis Inspektor Heidil Teelan berkata, kanak-kanak berkenaan mengalami demam panas yang teruk selama beberapa hari sebelum dibawa ke klinik, Jumaat lalu.

“Ketika itu doktor dan kakitangan hospital mengesahkan dia meninggal dunia apabila nadinya tidak lagi berdenyut. Dia diisytiharkan mati secara klinikal pada jam 9 pagi,” katanya.

Menurut laporan Philippine Star, pihak hospital menyerahkan kanak-kanak itu kepada keluarganya untuk dikebumikan.

“Kami tidak dapat mengesahkan status sebenar budak berkenaan, namun berdasarkan pemeriksaan awal pihak polis yang diarahkan menyiasat, memang nyata kanak-kanak itu masih dalam keadaan koma.

“Dia kini berada di hospital untuk rawatan lanjut,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

Van jenazah ‘tertinggal’ mayat


Feasterville, Pennsylvania: Kegagalan pintu van jenazah berfungsi dengan baik menyebabkan satu mayat yang diletakkan atas pengusung beroda terkeluar dari kenderaan itu sebelum menggelungsur di tengah jalan raya.

Laporan media semalam menyatakan kejadian berlaku berdekatan kompleks beli-belah Feasterville, kelmarin.


Gambar disiarkan laman sesawang berita dalam talian menunjukkan mayat berbalut kain putih berada betul-betul di atas jalan raya yang sibuk dengan kenderaan.

Namun mayat itu mungkin bernasib baik kerana tiada mana-mana kenderaan melanggarnya.


Menurut Pejabat Koroner Bucks County, pemandu van menyedari pintu belakang kenderaannya terbuka lalu menyelamatkan mayat berkenaan.


Pihak pengurusan mayat pula meminta maaf kepada waris si mati dan menyatakan kekesalan atas kejadian yang tidak diduga itu.

Seorang pejalan kaki yang melintas di jalan raya pula menganggap itu sebagai satu usikan dan menganggap ia “perkara paling aneh” yang pernah berlaku. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Apabila jiwa wanita bergelora


Harare: Seorang wanita Bikita yang tertekan kerana dinafikan hak dan nafkahnya sejak beberapa lama dituduh memulakan kebakaran sebuah rumah ketika suami dan madunya tidur lena.

Shingai Mandivengerei, 34, bagaimanapun menafikan dakwaan itu ketika tuduhan dibacakan di depan majistret Judith Zuyu.


Media semalam melaporkan, mahkamah mengarahkan Shingai direman sehingga 21 Julai ini untuk siasatan lanjut.



Shingari ialah isteri pertama kepada Tasara Zima, 39, sebelum dia berpoligami dengan mengahwini Mary Dzingai, 28, baru-baru ini. Kata Shingai, dia mengaku memulakan kebakaran rumah berkenaan namun mengaku tidak bersalah atas dakwaan mahu membunuh.


Sumber polis semalam berkata, Shingai bertindak nekad kerana terlalu cemburu terhadap layanan yang diberikan suaminya ke atas madunya. Kata Shingai, ketika dia menghidupkan api, pintu pondok tidak dikunci.


“Saya membakarnya kerana terlalu marah,” katanya. Pendakwa Moreblessing Rusere berkata, suspek yang dipercayai tertekan kerana tidak mendapat nafkah batin dan tidak dapat melelapkan mata. Tanpa berfikir panjang, katanya, Shingai membakar bilik tempat Zima dan Mary tidur.

“Kira-kira jam 8 malam, Zima dan Mary masuk ke bilik tidur tetapi terkejut lima jam kemudian apabila mendapati bilik itu dijilat api,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Bapa terkurung 31 jam dalam penjara


Chicago: Lawatan biasa seorang bapa ke penjara yang menempatkan anaknya bertukar menjadi pengalaman sukar dilupakan apabila dia dikurung secara tidak sengaja selama 31 jam.

Farad Polk pergi ke Penjara Daerah Cook untuk melawat anaknya selepas dia ditahan sementara menunggu dakwaan terhadap kes berkaitan dadah. Namun, ketika Polk berada di sana, dia diberitahu anaknya dipindahkan ke blok berlainan.


Untuk sampai ke situ Polk perlu melalui dua pintu besi untuk menuju balai pelawat.



Bagaimanapun tidak lama kemudian pintu besi di blok itu tertutup secara tidak sengaja dan Polk terkurung di dalamnya. Pegawai penjara berkata, mereka amat kesal dengan kejadian berkenaan tetapi ia gagal menyejukkan hati Polk.


Justeru, semalam dia memfailkan dakwaan ke atas penjara itu untuk mendapat ganti rugi. Dalam petisyennya, Polk menuntut penjara menyerahkan rakaman kamera litar tertutup di situ untuk mendapat penjelasan sebenar bagaimana dia ‘dipenjara.’ Polk juga mendakwa dia “tidak mendapat makanan, minuman, kemudahan tandas dan sebarang hubungan dengan dunia luar” selama 31 jam walaupun berusaha bersungguh-sungguh untuk keluar.


Polk bernasib baik apabila diselamatkan pada jam 1 pagi selepas dia memecahkan alat penggera kebakaran yang mendorong anggota bomba datang. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Si dungu tidak takut ambil ‘selfie’


Bagaimanapun, seorang lelaki seolah-olah tidak mempedulikan bahaya di belakangnya apabila sempat mengambil gambarnya dalam jarak terlalu dekat dengan haiwan berkenaan ketika pesta larian lembu, baru-baru ini.
Menurut sumber, lelaki terbabit dipercayai mengambil gambar itu ketika bahagian terakhir hari kelima larian lembu di Pamplona, Jumaat lalu.

Menurut jurucakap polis, lelaki berjambang itu kini diburu polis Sepanyol dan boleh didenda sehingga £2,400 (RM13,072) kerana melanggar undang-undang tempatan yang melarang perbuatan seperti itu ketika menyertai larian berkenaan.
Foto
LELAKI (berjambang) yang sempat merakam ‘selfie’ menyertai larian lembu di Pamplona, Sepanyol, baru-baru ini.

Gambar itu disiarkan di laman media sosial dan lelaki berkenaan diselar sebagai ‘bodoh’ kerana tindakannya itu turut mampu membahayakan peserta lain. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

Iklan antijudi dirombak selepas Jerman muncul juara



SEORANG lelaki berjalan melintasi sebuah papan iklan antiperjudian di Singapura pada 9 Julai lalu.


SINGAPURA - Pemerintah Singapura terpaksa mengemas kini sebuah iklan antiperjudian yang memaparkan seorang kanak-kanak bernama Andy dengan nada sedih memberitahu kawan-kawannya bahawa bapanya telah menggunakan semua wang simpanan keluarga kerana bertaruh bahawa pasu- kan Jerman akan memenangi Piala Dunia 2014.
Iklan terbitan Majlis Kebangsaan bagi Menangani Perjudian itu mula disindir di seluruh dunia selepas Jerman membenam Brazil 7-1 pada separuh akhir Piala Dunia baru-baru ini.
Orang ramai secara berjenaka memberitahu, iklan tersebut akan menggalakkan lebih ramai orang ber- judi berbanding sebaliknya berikutan kemenangan Jerman.
Ejekan terhadap iklan itu semakin lantang selepas Jerman menewaskan Argentina 1-0 awal semalam, sekali gus menepati ramalan bapa Andy dalam iklan itu.
Orang ramai kemudian memuat naik status di laman sosial untuk mengucapkan tahniah kepada Andy kerana bapanya menjadi kaya hasil pertaruhan tersebut.
"Andy, anda boleh meminta semula wang simpa- nan itu daripada bapa anda. Beritahunya supaya tidak berjudi lagi," kata Menteri di Kementerian Per- dagangan dan Industri, Teo Ser Luck di laman Facebooknya.
Iklan itu sebelum ini disiarkan untuk menasihati orang ramai supaya tidak bertaruh dalam perlawa- nan bola sepak menjelang Piala Dunia di Brazil. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz37UGvtqPg 
Hakcipta terpelihara 

Buka negara baharu penuhi impian anak jadi puteri



HEATON dan anaknya, Emily bersama bendera Kerajaan Utara Sudan yang bakal menjadi sebuah negara di bawah pemerintahan Emily.


VIRGIA - Seorang bapa yang telah berjanji kepada anak perempuannya berusia tujuh tahun untuk menjadikannya seorang puteri telah mengembara sehingga ke Afrika bagi membuka sebuah negara baharu.
Lelaki itu, Jeremiah Heaton kemudian menemui sebuah kawasan yang dipanggil Bir Tawil, seluas 2,071 kilometer persegi yang terletak di sempadan antara Sudan dan Mesir bagi membina sebuah negara untuk anaknya yang kini dipanggil Puteri Emily.
"Emily telah bertanyakan kepada saya tentang keinginannya untuk menjadi seorang puteri," kata Heaton yang telah menjalankan beberapa kajian sebelum menemui Bir Tawil.
Heaton telah memacakkan bendera yang dipilih oleh anaknya di kawasan tersebut sebagai tanda kawasan itu adalah milik keluarganya dan telah membelikan Emily mahkota.
Heaton kini menamakan kawasan itu dengan gelaran Kerajaan Utara Sudan (Kingdom of North Sudan) dan telah menulis surat kepada kerajaan-kerajaan Afrika untuk mendapatkan pengiktirafan.
"Ia satu kawasan yang cantik, hanya dikunjungi oleh masyarakat Badawi dan tanpa seorang penduduk," katanya.
- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz37UGfnkEw 
Hakcipta terpelihara 

Costa Concordia kembali diapung



KAPAL penumpang Costa Concordia dilihat di pelabuhan Giglio, Pulau Giglio, Itali kelmarin.


PULAU GIGLIO - Satu operasi besar-besaran untuk mengapungkan semula kapal penumpang Costa Concordia bermula di Itali semalam.
Sejumlah pekerja cuba menaikkan kapal itu dari tempat persemadiannya di pinggir pantai pulau ini dengan bantuan beberapa kren gergasi.
"Saya agak gementar," kata ketua operasi tersebut, Nick Sloane.
Kapal Costa Concordia yang sekali ganda lebih besar daripada kapal Titanic akan diapungkan dalam masa enam hingga tujuh hari.
Kapal tersebut kemudian akan ditunda untuk dileraikan di sebuah pelabuhan di Genoa, Itali.
Consta Concordia yang miliki berat 114,500 tan akan diapung pada jarak dua meter semalam dari sebuah plat- form tempat kapal itu disandarkan selepas ia ditegakkan pada September 2012.
Kapal tersebut karam di perairan pulau ini pada malam 13 Januari 2012 sekali gus memaksa sebahagian besar daripada 4,229 penumpang dan krunya terjun ke dalam laut selepas bot penyelamat gagal diturunkan.
- AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz37UFHBwkt 
Hakcipta terpelihara 

Motosikal terbang di pasaran 2016


MOTOSIKAL terbang dikenali sebagai Helicycle yang boleh digunakan di darat dan juga boleh terbang akan mula dipasarkan pada 2016. - AGENSI
AMSTERDAM 14 Julai - Sebuah syarikat permotoran Belanda membuka era baharu dalam dunia pengangkutan apabila mengeluarkan motosikal terbang pertama di dunia yang akan dijual di pasaran pada 2016.
Portal berita Mail Online melaporkan motosikal yang diberi nama Pal-V One Helicycle atau The Helicycle dihasilkan selama bertahun-tahun oleh syarikat Pal-V dan berkeupayaan untuk digunakan di darat atau di udara.
Malah penggunaan motosikal dwifungsi itu adalah sah di sisi undang-undang dan pemiliknya perlu mendapatkan lesen khas iaitu Sijil Penerbangan Sukan.
MOTOSIKAL Helicycle keluaran firma Pal-V memerlukan landasan kira-kira 150 meter untuk berlepas dan boleh mencapai kelajuan sehingga 180 kilometer sejam di udara. - AGENSI
Menurut firma Pal-V, The Helicycle boleh mencecah kelajuan sehingga 180 kilometer sejam dan mampu mencapai kelajuan 0 hingga 96 kilometer sejam di bawah lapan saat apabila bergerak di darat.
Jelasnya, kenderaan tersebut mempunyai dua tempat duduk dan reka bentuknya kelihatan seperti helikopter serta memerlukan landasan sejauh 164 meter untuk berlepas.
"The Helicycle menggunakan enjin 230 kuasa kuda yang dijana oleh petrol dan pemandunya boleh terbang sejauh 354 kilometer pada ketinggian 1,219 meter atau dipandu sejauh 1,207 kilometer di darat.
"Tidak seperti kereta terbang, The Helicycle perlu mengambil masa 10 minit untuk proses mengeluarkan kipas secara automatik sebelum terbang," kata firma tersebut.
The Helicycle akan dijual di pasaran pada harga 230,000 pound (RM1.2 juta) seunit.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140715/lu_11/Motosikal-terbang-di-pasaran-2016#ixzz37UBum6nb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

4,000 pembesar suara di Masjidil Haram


SEBANYAK 4,000 pembesar suara dipasang dalam Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya bagi membolehkan azan didengari sejauh 9 kilometer di Mekah. - AGENSI
MEKAH 14 Julai - Sebanyak 4,000 pembesar suara dipasang di seluruh kawasan Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya bagi memastikan bunyi berkualiti semasa waktu puncak pada bulan Ramadan dan musim haji.
Menurut pengarah operasi Masjidil Haram, Faras Al-Saadi, pembesar suara turut dipasang di koridor dan dataran luar masjid, lapor laman web, arabnews.com, semalam.
"Sebanyak 656 pembesar suara dipasang di koridor timur masjid dan di aras baharu yang dibuka untuk tawaf ketika bulan Ramadan.
"Satu jawatankuasa teknikal telah memilih pembesar suara yang paling berkualiti selepas meneliti sistem pembesar suara dari seluruh dunia," katanya.
Tambah Faras, dengan menggunakan pembesar suara berkualiti, azan boleh didengari dalam jarak sehingga sembilan kilometer dari Gaza Street hingga ke Ibrahim Khalil Street.
"Pembesar suara yang dipasang di luar juga bercirikan tahan angin, bermaksud bunyi akan jelas kedengaran walaupun dalam cuaca buruk.
Pembesar suara yang dipasang di bahagian puncak Menara Jam Mekah membolehkan azan didengari sejauh tujuh kilometer, manakala lampu berwarna hijau serta putih turut dipasang ketika azan berkumandang yang boleh dilihat dalam jarak sehingga 30 kilometer untuk jemaah yang mengalami cacat pendengaran.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140715/lu_07/4000-pembesar-suara-di-Masjidil-Haram#ixzz37UB6zt1L
© Utusan Melayu (M) Bhd