Pages

Monday, September 1, 2014

Beri pil tidur untuk halang anak berkahwin


Sanaa (Yaman): Seorang wanita bertindak memberi anaknya makan pil tidur dan mengurungnya untuk menghalang dia melangsungkan perkahwinan selepas dia bergaduh dengan bakal besannya.

Wanita itu menyuruh anaknya sejurus sebelum dia berlepas untuk melangsungkan perkahwinan itu bahawa dia perlu memakan pil itu dengan mendakwa ia pil peransang sebelum mereka bertolak ke rumah pengantin perempuan.


Wanita itu kemudian mengarah anaknya masuk ke bilik untuk mengambil barang kemas yang kononnya hendak dihadiahkan kepada pengantin perempuan.

“Sebaik anaknya masuk, dia mengunci pintu.


“Dia kemudian ke majlis perkahwinan itu, berpura-pura mencari anaknya,” menurut laporan akhbar tempatan.


Bapa pengantin perempuan membatalkan majlis perkahwinan itu selepas menanti selama beberapa jam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01

2kg rambut dalam perut

1409254080178835600.jpg
Asir (Arab Saudi): Pasukan perubatan di sini berjaya mengeluarkan gumpalan rambut seberat dua kilogram (kg) dari perut seorang pesakit berusia 20 tahun.

Jurucakap Jabatan Kesihatan daerah, Saeed al-Naqeer berkata, pesakit datang ke Hospital Muhayil, mengadu sakit perut dan hilang berat badan dalam masa yang singkat.


“Selepas diperiksa dan menjalani ujian imbasan-X, doktor mendapati ada benda asing di bahagian atas perutnya.

“Kami menjalankan pembedahan dan mendapati ia gumpalan rambut.


“Menurut keluarganya, pesakit sering mencabut rambut dan memasukkannya ke dalam mulut,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01

RM31,800 untuk bebaskan ikan sturgeon


Ikan itu, spesies yang diancam kepupusan ditangkap seorang nelayan, Bai Weijie. 
“Ikan itu sungguh kuat. Saya tidak pernah tangkap ikan sebesar itu,” kata Bai Weijie. 

Ikan berkenan berukuran dua meter panjang dan berat 537 kilogram.
Foto
IKAN sturgeon yang dibebaskan Dai.
Foto
Dai Hongjuan

Kakitangan perikanan yang dimaklumkan mengenai penangkapan itu berkata, ia ikan betina sturgeon jenis Huso Dauricius yang boleh hidup sehingga 38 tahun.

Sebaik mendengar mengenainya, wanita berkenaan Dai Hongjuan, membeli ikan itu dari Bai dengan harga 60,000 yuan dan melepaskannya di sungai berhampiran. 

“Saya tidak pernah melihat ikan sebesar itu. Saya melakukannya hanya untuk membantu menyeimbangkan ekologi dan melindungi hidupan liar. Saya tak minta sebarang ganjaran,” katanya. 

Huso Dauricus juga digelar ‘panda gergasi dalam air’ dan dikatakan ikan air tawar terbesar di dunia. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01

Sorok jam Rolex dalam kemaluan


Las Vegas: Tiga wanita ditahan di sini selepas mereka mencuri dua jam Rolex dan menyorokkannya di dalam kemaluan mereka.

Polis berkata, ketiga-tiga wanita itu mulanya memasuki bilik dua tetamu sebuah hotel di Las Vegas, memberi arak dan melakukan aksi seks dengan mangsa sebelum cuba melarikan diri bersama-sama jam mahal itu.
Bagaimanapun, Bryanna Warren, 23, Trinity Kennard, 23 dan Charmella Triggs ditangkap selepas CCTV dalam lif di hotel kasino Encore merakam dua wanita itu menyembunyikan jam berkenaan di dalam kemaluan masing-masing.

Menurut laporan polis, kejadian bermula dengan Bryanna dan Charmella berfoya-foya bersama-sama seorang pelancong warga India di bar hotel berkenaan.


Mereka kemudian minum di biliknya apabila disertai seorang lagi rakan lelaki terbabit.


Wanita itu kemudian mempelawa rakan mereka, Trinit ke bilik itu.

Polis berkata, seorang wanita itu menanggalkan pakaian seorang lelaki berkenaan dan melakukan aksi seks padanya di bilik berasingan menyebabkan lelaki berkenaan menanggalkan jam Rolexnya yang berharga £7,500 (RM39,240).

Pada masa sama, seorang lagi wanita melayan tetamu lain, menyebabkan dia juga menanggalkan jam Rolexnya yang berharga £2,500 (RM13,000).

Menurut polis, seorang mangsa itu menyedari jamnya diambil dan ketiga-tiga wanita itu melarikan diri ke arah lif dengan lelaki berkenaan mengejar mereka.

Seorang wanita itu mengeluarkan pistol dan mengancam menembaknya.

Ketika berada di dalam lif, dua wanita itu dirakam menyelak baju mereka, mencangkung dan memasukkan jam ke dalam kemaluan masing-masing.

Polis menahan wanita itu di luar lif selepas pengawal keselamatan dimaklumkan oleh mangsa.

Jam itu ditemui ketika pemeriksaan menyeluruh dilakukan ke atas mereka.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01

Leandra manusia paling tua di dunia


Peminat coklat, Leandra Becerra Lumbreas dilahirkan pada 31 Ogos 1887, berusia 27 tahun apabila Perang Dunia Kedua meletus dan 82 tahun apabila lelaki pertama di dunia menjejakkan kaki di bulan.
Rahsia Leandra hidup lama ialah dengan amalan pemakanan yang baik, mengunyah coklat dan tidur selama beberapa hari ketika sudah lanjut usia, kata keluarganya.

Leandra dilapor menyertai perang ketika Revolusi Mexico pada 1910-1917 dan menjadi pemimpin Adelitas, kumpulan bersenjata wanita.
Foto
LEANDRA

Bekas tukang jahit yang berasal dari Zapopan, barat Mexico, sudah kehilangan lima anak dan beberapa daripada 20 cucunya - yang terbaru pada 2013 apabila anaknya 90 tahun meninggal dunia.

Dia juga memiliki 73 cicit dan 55 piut.

Leandra 12 tahun lebih tua daripada Misao Okawa, orang yang diiktiraf paling tua hidup di dunia ketika ini, menurut Buku Rekod Dunia Guinness.

Pihak berkuasa Mexico kini berusaha menyediakan sijil kelahiran baru selepas wanita itu hilang sijil asal 50 tahun lalu ketika berpindah rumah.

Cucunya, Miriam Alvear memberitahu akhbar tempatan El Horizonte, walaupun sudah pekak dan rabun, Leandra masih menghiburkan keluarganya dengan cerita seperti yang terdapat dalam buku sejarah. 

Satu-satu barangan yang boleh mengingatkannya mengenai kisah lampau ialah sudu perak yang dibuat pada 1847, sepasang subang emas, cincin dan jam saku yang dilakar dengan gambar kereta api.

“Dia sentiasa berjuang. Dia masih menjahit sehingga dua tahun lalu. Dia tidak pernah berhenti melakukan kerja. Mungkin itu yang menyebabkan dia hidup lama,” kata Miriam. -Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01

Sempat berselfie selepas ditetak


GREENSLADE (terbaring) sempat mengambil gambar selfie bersama dua rakannya ketika menunggu untuk dirawat di sebuah hospital di bandar Marrakesh, Maghribi baru-baru ini.


MARRAKECH, Maghribi - Seorang jururawat warga Britain yang cedera selepas ditetak oleh seorang peragut di bandar ini sempat mengambil gambar selfie ketika menunggu untuk menerima rawatan, lapor MailOnline kelmarin.
Jururawat tersebut, Naomie Greenslade, 22, berkata, ketika kejadian dia berjalan pulang ke rumah sebelum dihampiri tiga lelaki yang kemudiannya meminta dia menyerahkan beg tangan miliknya.
Katanya, dia enggan menurut permintaan lelaki berkenaan menyebabkan salah seorang suspek berang dan terus menetak kaki dan pahanya dengan sebilah pisau pemotong daging.
"Luka akibat tetakan tersebut sangat besar dan saya ingat mungkin saya akan mati tetapi ada beberapa kawan saya datang dan membawa saya ke hospital.
"Kami mengambil gambar selfie ketika menunggu sebelum dirawat bagi menaikkan semangat saya," katanya.
Menurutnya, dia terpaksa menerima lebih 20 jahitan pada luka di kaki dan pehanya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3C0U4Ie71 
Hakcipta terpelihara 

Ratu cantik Myanmar larikan tiara bernilai RM315,200

MYAT NOE memakai tiara selepas dia diumumkan sebagai pemenang
pertandingan ratu cantik Miss Asia Pacific World pada Mei lalu.
SEOUL - Seorang peserta ratu cantik dari Myanmar enggan memulangkan semula tiara berlian bernilai AS$100,000 (RM315,200) selepas kemenangannya dalam pertandingan ratu cantik Miss Asia Pacific World pada Mei lalu ditarik balik.
Jurucakap pertandingan tersebut, David Kim berkata, sebelum itu kemenangan May Myat Noe yang berusia 18 tahun ditarik balik kerana sikapnya yang kurang sopan dan tidak jujur.
Kata David, pihak penganjur telah membiayai pembedahan membesarkan payudara Myat Noe berjumlah AS$10,000 (RM31,520) selepas kemenangan tersebut.
"Bagaimanapun, Myat Noe bersifat tidak jujur dan tidak menghargai kami yang banyak membantu menaikkan namanya. Dia dan ibunya tinggal di Seoul hampir tiga bulan walaupun sebenarnya mereka dibayar untuk tinggal di bandar itu selama 10 hari sahaja," katanya.
Menurutnya, Myat Noe kini menghilangkan diri bersama tiara yang dimenanginya dan para pegawai pertandingan tersebut sedang mengesan peserta berkenaan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3C0Ttezp8 
Hakcipta terpelihara 

Gaun pengantin Puteri Diana dipulangkan kepada William, Harry



MENDIANG Puteri Diana bergambar dengan gaun pengantin ketika majlis perkahwinannya dengan Putera Charles.


LONDON - Sehelai gaun putih yang dipakai mendiang Puteri Diana ketika majlis perkahwinan dengan bekas suaminya yang juga pewaris pertama takhta diraja Britain, Putera Charles bakal dipulangkan semula kepada dua anak mendiang, lapor MailOnline kelmarin.
Gaun yang dihiasi beribu-ribu berlian tersebut dianggap sebagai pakaian pengantin paling terkenal di dunia dan telah dipamerkan di seluruh dunia.
Pakaian tersebut yang kini dimiliki oleh adik Diana, Earl Spencer bakal dipulangkan semula bersama beberapa barangan lain kepada dua anak lelaki mendiang iaitu Putera William dan Putera Harry.
Difahamkan, pakaian tersebut bersama beberapa barangan lain milik Diana dijaga oleh Spencer dan beliau mesti memulangkan barangan berkenaan kepada dua putera berkenaan apabila kedua-dua mereka berusia 30 tahun.
William kini berusia 32 tahun, manakala Harry pula akan berusia 30 tahun pada 15 September ini.
Pakaian pengantin tersebut direka oleh dua beradik, David dan Elizabeth Emanuel untuk majlis perkahwinan Diana dan Charles pada 29 Julai 1981.
Pasangan berkenaan kemudiannya disahkan bercerai pada 28 Ogos 1996.
Diana meninggal dunia dalam satu nahas jalan raya di Paris pada tahun 1997. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3C0TiOP2E 
Hakcipta terpelihara 

Bayi miliki dua muka

BAYI yang dilahirkan pada 22 Ogos lalu mempunyai dua muka, dua hidung dan empat mata pada satu kepala di Hospital Awam Khatav, India. - AGENSI
NEW DELHI 31 Ogos - Sekumpulan doktor pakar kanak-kanak di India bergelut untuk menyelamatkan nyawa seorang bayi 'ajaib' yang dilahirkan dengan mempunyai dua muka, kes yang hanya berlaku sekali dalam 100,000 kelahiran baharu.
Menurut laporan portal berita Metro, bayi yang tidak dinamakan itu dilahirkan pada 22 Ogos lalu di Hospital Awam Khatav, mengalami tahap kecacatan pelik yang dikenali sebagai 'craniofacial duplication' atau pertindihan muka.
Tambah laporan tersebut, tahap kesihatan bayi berkenaan sangat serius dan memerlukan rawatan lanjut bagi menyelamatkan nyawanya.
Rakaman video yang merakamkan kecacatan bayi itu menunjukkan, kanak-kanak terbabit mempunyai dua mulut, dua hidung dan empat mata pada satu kepala.
Pakar bedah di hospital itu, Dr. Suresh Sirsat berkata, unit pediatrik yang diketuai beliau berdepan kes yang sangat serius dan peluang untuk bayi berkenaan terus hidup sangat rendah.
Jelasnya, sebanyak 36 kes yang sama dilaporkan di seluruh dunia sebelum ini, tetapi tiada seorang bayi pun terselamat apabila dilahirkan dalam keadaan cacat sedemikian.
"Kami juga masih belum menemukan cara rawatan yang paling sesuai untuk menangani kes yang jarang berlaku ini, namun kami akan cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan nyawa bayi malang ini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140901/lu_08/Bayi-miliki-dua-muka#ixzz3C0RFz6w2
© Utusan Melayu (M) Bhd