Pages

Thursday, January 22, 2015

Daniel Streich , Dahulu Pembenci Masjid, Kini Ia Pencinta Al Quran



Daniel Streich, anggota Partai Rakyat Swiss (SVP) menjadi sosok terkenal. Bukan saja awalnya dia sangat menentang keras pembangunan masjid di negaranya, melainkan dirinya secara mengejutkan berpindah haluan menjadi seorang Muslim.

Situs islamicbulettin.com melaporkan Streich penganut kristen taat. Dia dibesarkan dengan ajaran Kristiani dan semasa kecil pernah bercita-cita menjadi pastur. Namun ketika remaja niatnya berubah. Ia mulai gemar berpolitik dan tanpa ragu terjun langsung menjadi anggota partai ternama di Swiss.

SVP bukan partai sembarangan. Di dalamnya terdiri dari cendekia, ilmuwan, pelajar, dan pegiat bukan dari kalangan Muslim. Partai ini menjadi penentang nomor wahid penyebaran Islam di Swiss. Dan Streich adalah sosok yang paling vokal menyerukan penutupan masjid di seantero Negeri Cokelat ini.

Streich mempropagandakan anti-Islam ke seluruh negaranya. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemoohan bagi umat Islam di Swiss. Ia merasa mimbar dan kubah masjid tidak cocok dengan budaya negara itu. Ia juga menuding Islam sebagai agama teroris, pembuat onar, dan kekerasan.

Dalam usahanya menyingkirkan Islam dari Swiss, lelaki ini malah mempelajari Al-Qur’an dan Islam. Ia berharap dengan memahami ajaran Nabi Muhammad itu, dia mampu meruntuhkan iman kaum Muslimin. Yang terjadi, ia malah terpesona dengan ajaran rahmatan lil ‘alamin ini.

Semakin jauh Streich belajar Islam, semakin tenggelam dia dalam keindahan ad-Din samawi itu. “Banyak perbedaan saya dapatkan ketika mempelajari Islam. Ajaran Islam memberikan saya jawaban logis atas pertanyaan hidup penting, dan tidak saya temukan di agama saya,” katanya.

Presiden Organisasi Konferensi Islam (OKI) Abdul Majid Aldai mengatakan, orang Eropa sebenarnya memiliki keinginan besar mengetahui Islam dan hubungan antara Islam dengan terorisme, sama halnya dengan Streich.

Dulu, Streich sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan pergi ke gereja, tapi sekarang ia membaca Al-Qur’an dan melakukan shalat lima waktu setiap hari.

Dia keluar dari SVP dan mengumumkan status Muslimnya. Streich bilang, dia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam yang tidak dapat ia temukan dalam ajaran/keyakinan sebelumnya.

IslamIsLogic.wordpress.com
sumber

'Cetak' rumah guna pencetak 3D


Apartmen 5 tingkat yang dibina menggunakan pencetak 3D. - Foto CNet.
Apartmen 5 tingkat yang dibina menggunakan pencetak 3D. - Foto CNet.
SEBUAH syarikat di China mungkin berjaya mencari alternatif dalam membina penempatan murah dan pantas.

Syarikat WinSun mengaku berjaya 'mencetak' 10 buah rumah kurang dari 24 jam pada Mac, tahun lalu menggunakan teknologi pencetak 3D, lapor portal CNet.

Pencetak 3D atau 3D Printer berkenaan menggunakan bahan binaan dan buangan dan simen yang kering dengan pantas, dicampur bersama unsur pengeras yang kuat.

Terbaru, WinSun membuat demostrasi kecekapan teknologi tersebut dengan mencetak apartmen 5 tingkat dan sebuah villa.

Villa bersaiz 11,840 kaki persegi tersebut cuma menelan belanja sebanyak RM582,000.00.

Apartmen dan villa tersebut dipamerkan di Taman Industri Suzhou.

Menurut laporan CNet, percetakan bahan binaan menjimatkan antara 30 hingga 60 peratus dan mempercepatkan proses pembinaan sebanyak 50 hingga 80 peratus.

Disebabkan bahan yang digunakan melibatkan unsur kitar semula yang banyak, proses pembinaan ini terbukti mesra alam dan melibatkan kos kecil.

'Phantom' foto berharga RM23.5 juta


Foto 'Phantom'. Sumber www.lik.com
Foto 'Phantom'. Sumber www.lik.com
JURUGAMBAR landskap, Peter Lik mencipta rekod baru apabila seorang pengumpul persendirian (private collector) telah membeli foto beliau dengan harga USD6.5 juta atau RM23.5 juta.

Menurut The Guardian. foto tersebut, dinamakan 'Phantom' telah diambil di jurang gaung Arizona, Antelope Canyon. Sebelum ini, gambar termahal di dunia merupakan 'Thebes II' yang terjual pada harga USD4.3 juta, pada 2011.

Kanak-Kanak Lelaki Guna Pankreas Tiruan Pertama Di Dunia


Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 4:16 PM
Xavier Hames (tengah) menjadi kanak-kanak pertama menggunakan pankreas tiruan seabagai kaedah rawatan diabetes.

SYDNEY: Seorang kanak-kanak lelaki dari Australia yang berusia empat tahun dipasang dengan pankreas tiruan yang dikatakan sebagai kaedah rawatan pertama seumpamanya di dunia bagi penyakit diabetes ketegori pertama.

Xavier Hames menjadi pesakit pertama selepas menjalani ujian klinikal untuk menggunakan peranti baru itu yang kelihatan seperti pemain mp3 yang dilekatkan pada tubuhnya menggunakan beberapa tiub dan dimasukkan di bawah kulit.

Sistem pam insulin itu berfungsi untuk menggantikan keperluan menguruskan kesan penyakit ini - yang berlaku apabila seseorang itu tidak menghasilkan insulin iaitu hormon yang mengawal gula darah - seperti melalui suntikan setiap hari.

"Teknologi ini meniru fungsi biologi pankreas untuk meramalkan paras glukosa rendah dan menghentikan penghantaran insulin," kata jabatan kesihatan di Australia Barat dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Remaja 13 Tahun Miliki Syarikat di Lembah Silikon AS


Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 2:56 PM
Shubham dikagumi ramai kerana keupayaannya menghasilkan mesin cetak Braille pada harga lebih murah.

REMAJA lelaki kacukan India dan Amerika menggemparkan dunia apabila membangunkan syarikat miliknya, Braigo Labs untuk menghasilkan mesin kos rendah bagi mencetak bahan Braille.
Usaha Shubham Banerjee yang baru berusia 13 tahun ini untuk mengeluarkan sistem bertulis untuk golongan cacat penglihatan.
Ianya bermula hanya dengan membentuk pencetak Braille menggunakan kit robotik Lego untuk projek sains sekolahnya tahun lalu selepas bertanyakan soalan mudah kepada ibu bapanya: "Bagaimana orang buta membaca? dan jawab mereka: "Cuba Google."
Shubham bersama ibunya, Malini (kirit), adik perempuan, 8 (tengah kanan), dan bapa, Niloy (kanak) di kediaman mereka di Santa Clara. 
Selepas melakukan penyelidikan secara dalam talian, dia terkejut apabila mendapat tahu mesin cetak Braille bernilai AS$2,000 dan menganggap ianya terlalu mahal untuk golongan istimewa itu terutama di negara membangun.
"Saya percaya harganya tak sepatutnya mahal dan tentu ada cara untuk menurunkan harganya," katanya yang akhirnya berjaya menghasilkan mesin cetak Braille berharga AS$350.
"Matlamat saya mungkin lebih ramai orang cacat penglihatan akan menggunakan mesin Braille saya," katanya yang menetap di Lembah Silikon berdekatan Santa Clara.
Anak kepada jurutera yang bekerja di ibu pejabat Intel, Niloy Banerjee ini bernasib baik apabila memperoleh peruntukan AS$35,000 daripada bapanya untuk menubuhkan syarikat berkenaan.
Peruntukan yang diterima digunakan Shubham untuk membangunkan mesin cetak berasaskan Lego yang lebih canggih dan kini bekerjasama dengan Intel menghasilkan model baharu, Braigo 2.0 yang boleh menterjemah teks elektronik kepada Braille sebelum dicetak.
Pencapaian Shubham juga membolehkan dia disenaraikan sebagai usahawan paling muda yang memperoleh modal niaga pada Sidang Kemuncak Modal Intel 2014.