Pages

Monday, June 10, 2013

Si kerdil hanya makan pasta, telur

Foto
NICK (tengah) memeluk abangnya Travis
 (kiri) dan adik lelakinya, Levis.
Glasgow: Si kerdil Nick Smith sering didukung adik dan abangnya yang dua kali lebih tinggi berbanding dirinya.
Nick, 21, yang berketinggian 0.93 meter mengalami sakit kekerdilan yang hanya dialami 100 orang di seluruh dunia.
Bagaimanapun, adik lelakinya, Levis, 18 dan abangnya Travis, 24, kedua-duanya berketinggian 1.94 meter.

Travis berkata: “Kami selalu berjenaka mengatakan kami mencuri genetik ketinggiannya.”


Levis juga menambah: “Saya masih menghormatinya sebagai abang saya.”

Orang yang berkeadaan seperti Nick jarang dapat hidup melebihi 20 tahun. Dia telah menjalani lapan pembedahan, termasuk memindahkan empat aneurisme otak.

Buah pinggangnya gagal berfungsi sebanyak 30 peratus, dan dia hanya makan pasta dan telur putih.

Ibunya, Shelley, 48, berkata: “Dia seorang yang ceria. Dia pandai mengambil hati wanita.

“Bagi saya, ia bagaikan mempunyai anak yang tidak membesar. Apa lagi yang boleh menggembirakan seorang ibu?” katanya.

Kejohanan sedut tembakau di Jerman




SEBAHAGIAN peserta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.- AP


FREIHUNG - Sejumlah peserta mengambil bahagian dalam Kejohanan Menyedut Tembakau Jerman bertempat di sini kelmarin.
Para peserta diberikan lima gram tembakau untuk disebut ke dalam hidung dalam acara tersebut.
Pertandingan itu diadakan untuk melihat kebolehan peserta menyedut seberapa banyak tembakau dalam tempoh 60 saat.
Menurut pihak penganjur, jumlah itu bersamaan amaun tembakau yang boleh dimuatkan ke dalam sekotak mancis.
Peserta yang meninggalkan jumlah tembakau paling sedikit akan dipilih oleh juri sebagai pemenang. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2Vl79lN6E 
Hakcipta terpelihara 

Ribuan biri-biri diarak di tengah bandar



SEORANG wanita berdiri di atas seekor kuda semasa mengetuai perarakan tersebut.- AFP


MARSEILLE - Orang ramai membanjiri bandar ini, selatan Perancis untuk menyaksikan acara memindahkan haiwan ternakan melibatkan beribu-ribu ekor biri-biri.
Dinamakan TransHumance, acara tersebut dikendalikan oleh pasukan berkuda tempatan, Teater Centaur.
Pasukan berkuda itu diketuai oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Camille.
Lebih 4,000 ekor haiwan ternakan termasuk kuda, lembu dan 3,000 ekor biri-biri dari sebuah ladang dipindahkan oleh 200 penunggang kuda tersebut ke kawasan pelabuhan lama di sini.
Acara tersebut diadakan bagi menarik kehadiran pelancong di bandar ini.
Pada zaman dahulu, penternak-penternak di Perancis membawa ternakan mereka di laluan sejauh 600 kilometer bagi mencari padang ragut menurut perubahan musim di negara itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2Vl6L3xxJ 
Hakcipta terpelihara