Pages

Wednesday, January 28, 2015

Kucing pemarah


Kucing pemarah

KEBIASAANYA , kucing adalah seekor haiwan yang comel, manja dan jinak. Namun, berbeza bagi seekor kucing di Amerika Syarikat ini, ia memiliki raut wajah yang masam dan pemarah.

Keunikan yang dimiliki membuatkan pemiliknya, Tabatha Bundesen, 28, dari Arizona, memuat naik video Grumpy di Youtube dua tahun lalu dan telah dilihat oleh lebih 15.7 juta orang di seluruh dunia.

Kemasyhuran yang dikecapi itu memberinya peluang tampil dalam filem Grumpy Cat’s Worst Christmas Ever. Kini, ia menjadi haiwan pertama memiliki kekayaan kira-kira 64 juta pound (RM348 juta), lebih daripada manusia biasa.

“Apa yang ia capai dalam masa singkat ini sangat mengagumkan dan sukar dipercayai. Saya berhenti kerja sebagai pelayan beberapa hari selepas penampilan pertamanya di sosial media dan telefon tidak pernah berhenti berbunyi sejak itu.

Terbaharu, Grumpy bakal tampil dengan jenama kopi ais sendiri yang diberi nama Grumppuccino. – Express

Ketagih penyegar udara

Ketagih penyegar udara

EVELYN,  27, dari Cape Girardeau, Missouri, di Amerika Syarikat mempunyai tabiat pelik iaitu gemar minum penyegar udara setiap hari.
“Saya amat gemarkan rasa penyegar udara. Ramai yang memberi reaksi jijik ketika saya menyemburnya di khalayak ramai, namun itu tidak sedikit pun mengurangkan ketagih saya,” katanya.

Evelyn mengaku telah menyembur sehingga 50 kali penyegar udara sehari atau 20  botol seminggu, selama tiga tahun. Malah, dia juga hanya gemarkan penyegar udara dengan perasa semula jadi yang segar.

Tunangnya, Ricky berkata, meskipun dia tidak memahami minat Evelyn, tetapi dia tetap membelikan sebotol penyegar udara untuk tunangnya itu.

“Kadang-kadang apabila terjaga pada tengah malam, saya lihat dia sedang sembur penyegar udara itu ke dalam mulutnya. Memang ia menjijikkan, tetapi disebabkan itu minatnya jadi saya ikutkan sahaja,” katanya. – Mail Online

Iqbal El-Assaad doktor termuda di dunia

Iqbal El-Assaad
Iqbal El-Assaad
PADA  usia 20 tahun, Iqbal El-Assaad kini bergelar doktor termuda di dunia selepas berjaya menamatkan pengajiannya dari Kolej Perubatan Weill Cornell (WCMC-Q) di Qatar.
Ketika berusia 12 tahun, beliau lulus dengan cemerlang dari sekolah tinggi dan berada di kedudukan teratas di dalam kelas. Bukan itu sahaja, beliau juga telah menguasai subjek biokimia dan matematik yang merupakan antara pelajaran penting untuk ke sekolah perubatan.

Melangkah ke usia 13 tahun, Iqbal bukan  hanya belajar memandu, malah kebijaksanaannya telah menarik perhatian Menteri Pelajaran Lubnan yang membantu beliau mendapatkan biasiswa perubatan di Qatar.

Baginya, kekurangan penjagaan kesihatan di kalangan rakyat Palestin adalah antara faktor utama beliau ingin menjadi seorang doktor.

Kehidupan peribadi

Iqbal dibesarkan di Bar Elias, iaitu sebuah perkampungan kecil di Lembah Beeka, selepas ibu bapanya tiba di Lubnan. Di sana, beliau berpeluang melawat saudara maranya yang tinggal di kem pelarian dan kemiskinan yang membelenggu pelarian di situ benar-benar menyentuh hatinya walaupun ketika itu beliau masih seorang kanak-kanak.

“Saya adalah paling muda dalam keluarga dan bapa mula perasan minat saya untuk belajar dengan abang ketika masih berusia dua setengah tahun. Bagi bapa, pendidikan adalah paling penting terutamanya bagi anak perempuan.

“Katanya, lelaki akan keluar mencari kerja tetapi pendidikan adalah senjata bagi wanita di masa hadapan. Kami dibesarkan dengan diajar betapa pentingnya pelajaran dan ibu bapa saya sentiasa membantu anak-anak mereka belajar,” katanya.

Pendidikan awal

Iqbal bersekolah di sebuah sekolah swasta di Lubnan yang berdasarkan kurikulum di negara itu. Selepas dua tahun, pihak sekolah memberinya biasiswa penuh. Beliau juga kerap melangkau gred dan selalu menjadi pelajar paling muda dalam kelas.

Selepas habis sekolah tinggi, Menteri Pelajaran Lubnan ketika itu, Khaled Qabbani mengiktirafnya sebagai pelajar termuda yang pernah menamatkan sekolah tinggi.

Iqbal memberitahu Khaled tentang cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Khaled berjanji untuk mendapatkannya biasiswa dan kemudian bertemu Pengerusi Yayasan Qatar Sheikha Mozah bint Nasser Al Missned.

Nyata, rezeki berpihak kepada Iqbal apabila Qatar menawarkan beliau biasiswa penuh di (WCMC-Q), sebahagian daripada kumpulan cawangan kampus elit Amerika di Bandar Pendidikan.

Iqbal memulakan pengajian dalam bidang yang diminatinya itu dikelilingi mereka yang kebanyakan berusia sekurang-kurangnya lima tahun lebih tua daripadanya.

Cabaran jadi pelajar termuda


Menjadi pelajar paling muda di sesebuah tempat pengajian bukan perkara mudah. Bagi Iqbal, waktu paling sukar dihadapi adalah ketika mula-mula tiba di Qatar.

Biasiswa penuh diterima dari Qatar Foundation dirasakan menambahkan lagi tekanan, kerana baginya dia perlu membuktikan kepada diri sendiri bahawa amanah yang diberikan kepadanya tidak akan sesekali disia-siakan.

“Saya membesar dengan pelajar lebih tua daripada saya, jadi saya sudah biasa berurusan dengan mereka yang lebih berusia dan saya juga cukup matang untuk bekerja dengan mereka. Interaksi antara dua golongan berbeza umur turut membantu meningkatkan cara saya berfikir,” katanya.

Selepas menghabiskan pengajian, Iqbal akan kembali ke Timur Tengah dan bekerja di antara Qatar dan Lubnan sebagai membalas jasa kerana telah menaja pengajiannya selama enam tahun.

Selain itu, beliau juga ingin kembali ke Lubnan untuk membantu rakyat Palestin kerana mereka sebenarnya adalah inspirasi utama beliau menjadi doktor selain mahu memenuhi impian zaman kanak-kanaknya yang ingin membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat di wilayah bergolak itu.

Inspirasi sebagai doktor

Menurut Iqbal, beliau membuat keputusan untuk menjadi doktor ketika berusia 12 tahun. Membesar sebagai seorang Palestin yang tinggal di Lubnan, beliau melihat banyak penderitaan dalam kalangan Palestin Lubnan memandangkan mereka tidak mempunyai insurans
kesihatan.

“Lawatan ke kem pelarian menyedarkan saya ramai ibu bapa di sana yang melihat anak-anak mereka menderita tetapi mereka tidak dapat membantu kerana tidak mempunyai wang untuk berbuat demikian," katanya.

 Kini, Iqbal berkhidmat di bahagian pediatrik di Hospital Kanak-kanak di Cleveland,  Amerika Syarikat selama tiga tahun dan bakal menyambung pengajian dalam bidang kardiologi pediatrik selepas tamat tempoh tiga tahun tersebut.

Hebat, Petani India ‘Sulap’ Coca-Cola dan Pepsi jadi Pestisida!

colapep

MINUMAN ringan sudah sangat populer di dunia. Berbagai merk minuman ringan telah banyak beredar dan menjadi tren tersendiri di masyarakat, meskipun diketahui minuman ini tidak baik untuk kesehatan. Uniknya, para petani di wilayah Chhattisgarh, India, berhasil ‘menyulap’ dua merk minuman ringan terkenal menjadi pembasmi hama bagi tanaman mereka!
Padahal, dari pihak Pepsi dan Coca-Cola telah mengatakan bahwa tidak benar jika produknya dapat digunakan sebagai pestisida, karena selama ini tidak ada minuman ringan yang dapat digunakan untuk membunuh hama.
Penggunaan minuman ringan pun langsung menjadi tren di wilayah tersebut, meskipun itu bukan untuk dikonsumsi. menurut pengakuan petani setempat, penggunaan minuman ringan dibanding pestisida bsa menghemat biaya 10 kali lipat. Begitupun penjualan minuman ringan telah meningkat secara dramatis di banyak desa.
Sebagai perbandingan, jika mereka mencampur sebotol Pepsi atau Coca-Cola dengan air dan disemprotkan pada tanaman, mereka hanya memerlukan biaya sekitar 138-150 rupee/hektar (sekitar Rp 30.000). Jadi para petani melihat perubahan yang signifikan dalam pendapatan saat panen dan pada saat yang sama juga mengurangi penggunaan pestisida, menjaga tanah mereka tetap subur.
Salah satu ahli pertanian India, Devendra Sharma, mengatakan bahwa beberapa petani memang benar-benar berpikir bahwa minuman ringan sama dengan pestisida. Namun, ahli pertanian tersebut menjelaskan kemungkinan besar karena sirup gula yang disemprotkan pada tanaman mereka, berhasil menarik semut yang pada gilirannya memakan larva serangga.
Sementara ahli pertanian lain, Sanket Thakur mengatakan “Semua yang terjadi adalah bahwa tanaman mendapatkan pasokan langsung karbohidrat dan gula yang pada gilirannya meningkatkan kekebalan tanaman.”
Berminat untuk mencoba? [sm/islampos/smartison]

Enam tahun simpan burger, kentang goreng



KENTANG goreng ini masih lagi dalam keadaan segar walaupun sudah berusia enam tahun.


REYKJAVIK, Iceland – Seorang lelaki terkejut apabila mendapati burger dan kentang goreng yang dibelinya dari sebuah restoran makanan segera McDonald’s kira-kira enam tahun lalu masih kelihatan segar dan tidak berkulat.
Lelaki berkenaan, Hjortur Smarason, 28, membeli hidangan burger dan kentang goreng pada hari terakhir sebuah restoran McDonald’s beroperasi di bandar ini pada Oktober 2009 sebagai kenangan sebelum menyerahkan makanan tersebut kepada sebuah muzium.

BURGER yang dibeli oleh Smarason enam tahun lalu ini masih tidak ditumbuhi kulat.


Katanya, selepas tiga tahun muzium berkenaan menyerahkan semula hidangan berkenaan kepadanya dengan alasan makanan itu tidak sesuai untuk dipamerkan.
“Ketika menerima hidangan itu, burger dan kentang goreng berkenaan dilihat masih segar serta tidak berkulat sebelum saya menyimpannya semula ke dalam satu bekas plastik.
“Baru-baru ini saya membuka semula bekas plastik berkenaan dan terkejut apabila mendapati hidangan itu masih lagi kelihatan segar seperti baru dimasak,” katanya.
Menurutnya, makanan tersebut merupakan salah satu sejarah Iceland kerana negara itu merupakan antara beberapa negara di dunia yang tidak mempunyai cawangan restoran McDonald’s. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3Q4KzXyOv 
Hakcipta terpelihara