Pages

Friday, November 18, 2011

3 Perkara yang sentiasa ditulis oleh orang-orang soleh


by peribadirasulullah


Aun bin Abdullah telah berkata : Orang-orang solehin sentiasa menulis surat pada sahabatnya dengan 3 perkara ,

1- Sesiapa beramal untuk Akhirat, nescaya Allah SWT akan mencukupkan segala urusan dunianya.

2- Sesiapa memperbaiki niatnya, maka Allah SWT akan memperbaiki zahirnya.

3- Sesiapa memperbaiki hubungan dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan memperbaiki hubungannya sesama manusia.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 736.

4 Nasihat yang mampu menghancurkan sifat Takabbur


by peribadirasulullah

https://lh4.googleusercontent.com/-hiTJ_lqtQCI/ThLyi7vq9TI/AAAAAAAAB4A/t1nuLKa2Ogw/500X361.jpg

1- Mengingati bahawa taufik hidayah untuk beramal adalah datang daripada Allah SWT, maka dia akan bersyukur kepada Allah SWT.

2- Mengingati bahawa semua nikmat yang diterima adalah daripada Allah SWT, maka dia akan sibuk mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT tanpa merasaka ujub dan bangga diri.

3- Takut amalannya tidak diterima oleh Allah SWT, maka dia akan sentiasa bimbang amal ibadatnya tidak diterima oleh Allah SWT.

4- Mengingati segala dosa yang telah dilakukannya sehingga dia bimbang dosa-dosanya melebihi daripada amal soleh yang telah dilakukannya.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 747.

Sekumpulan merpati putih membongkar tempat rahsia kubur Gadafi




by peribadirasulullah

http://images.alwatanvoice.com/news/large/9998308705.jpg
Sekumpulan merpati putih membongkar rahsia kedudukan kubur Gadafi, pihak kawalan udara NATO  mengesahkan sekumpulan merpati putih singgah pada kubur Gadafi pada awal pagi. Berita ini membimbangkan pihak Nato yang berusaha merahsiakan kedudukan kubur tersebut. Pihak penyokong Gadafi berikrar akan memindahkan jasad Gadafi ke tanah perkuburan yang menyimpan pemimpin Jihad Islam As-Syahid Omar Mokhtar.
Jika pihak penyokong Gadafi dapat memindahkan jasad Gadafi ke tanah perkuburan Omar Mokhtar, pihak Nato bimbang keamanan Libya akan terancam.

5 Hikmah dan Keistimewaan Umat Nabi Muhmmad SAW


by peribadirasulullah

http://www.kasnazan.com/up/502792arw.gif

1- Allah SWT menjadikan mereka lemah supaya tidak sombong.

2- Mereka dijadikan kecil supaya tidak membazir dari segi makanan dan pakaian.

3- Umur mereka dijadikan endek supaya tidak banyak melakukan dosa.

4- Mereka dijadikan fakir supaya ringan hisab mereka di Akhirat kelak.

5- Mereka dijadikan umat terakhir supaya tidak lama berada dalam kubur.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 785.

Halau pencabul

myMetro | Halau pencabul: KAJANG: Helah seorang lelaki yang pura-pura tidur selepas cuba mencabul seorang pelajar perempuan di dalam bas ekspres gagal apabila dihalau keluar selepas mangsa memaklumkan perbuatan kejinya kepada pemandu bas berkenaan, 11 November lalu.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa berusia 19 tahun menaiki bas yang dalam perjalanan dari Melaka ke ibu kota dan pada mulanya curiga apabila mendapati tangan penumpang yang duduk di sebelahnya diletakkan berhampiran pinggangnya.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pada mulanya mangsa menyangka lelaki itu ingin mengambil beg yang diletakkan di sebelahnya tanpa mempedulikan tindakan suspek.

Katanya, sangkaan mangsa meleset apabila suspek tiba-tiba memegang bahu mangsa beberapa minit.


“Suspek yang beranggapan mangsa tidak menyedari perbuatan itu kemudian semakin berani apabila meramas payu dara mangsa menyebabkan mangsa tersentak dengan perbuatan suspek.


“Mangsa yang bengang diperlakukan sedemikian kemudian menoleh mukanya untuk memandang suspek tetapi sebaik ditoleh, suspek berpura-pura tidur,” katanya.

Ab Rashid berkata, mangsa yang tidak berpuas hati kemudian mempersoalkan tindakan suspek yang cuba mencabul kehormatannya.


Bagaimanapun, suspek yang bijak berlakon kemudian pura-pura tersedar dari tidurnya selepas mangsa memanggilnya beberapa kali tetapi menafikan memegang payu dara mangsa.

“Mangsa yang tidak berpuas hati dengan lakonan dan alasan diberikan segera mendapatkan pemandu bas untuk melaporkan kejadian itu.


“Terkejut dengan aduan mangsa, pemandu bas berkenaan memberhentikan basnya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Serdang dan mengarahkan suspek keluar dari bas berkenaan,” katanya.


Sebelum suspek beredar, pemandu berkenaan sempat mengambil butiran peribadi suspek untuk diberikan kepada pihak berkuasa. Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut. Suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesannya sedang dijalankan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.


'via Blog this'

Jual maruah rebut RM600

myMetro | Jual maruah rebut RM600: SEKSI...seorang peserta melakukan aksi ghairah bagi meraih undian penonton.
SEKSI...seorang peserta melakukan aksi ghairah bagi meraih undian penonton.

KUANTAN: Hadiah ditawarkan selaku juara hanya RM600 serta sebotol minuman keras, tetapi sudah cukup membuatkan 20 gadis sebahagian besarnya Melayu, tampil menyertai pertandingan separuh bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Beserah, awal pagi semalam.

Sambil mengenakan pakaian seksi, sebahagian besar peserta berusia antara 15 hingga 18 tahun dan berasal dari Maran, Kemaman dan Kuantan itu sanggup menayangkan coli dan seluar dalam jenis G-string dipakai semata-mata mahu meraih sorakan penonton yang bakal menentukan sama ada mereka menang atau sebaliknya.


Difahamkan, acara itu pertama kali dianjurkan di pusat hiburan berkenaan sempena ‘Lady’s Nite’ dan setiap peserta dikenakan bayaran RM50.

Peserta yang meraih sorakan paling kuat daripada penonton dan pengunjung pusat hiburan berkenaan berpeluang memenangi pertandingan yang dimulakan jam 12 tengah malam itu.


Peserta juga bebas menari dengan gaya tersendiri, tetapi perlu dalam keadaan seksi dan ghairah sambil diiringi muzik tekno yang dimainkan DJ. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dan hanya dibenarkan membuat persembahan selama dua minit.


'via Blog this'

Tubuh panas dengar azan

myMetro | Tubuh panas dengar azan: KESAL...Zaki kesal dengan perbuatannya.
KESAL...Zaki kesal dengan perbuatannya.

KUALA LUMPUR: “Niat saya hanya untuk mendalami agama dan melakukan ibadat. Tidak sangka pula jalan yang saya ambil bukan cara yang sebenarnya, sebaliknya memesongkan akidah,” kata Zaki, 34, yang memakai ‘susuk kuat sembahyang’ kira-kira setahun lalu, diperoleh daripada seorang individu mendakwa sebagai ustaz di Kelantan.

Menurutnya, dia ditemukan dengan lelaki itu oleh seorang rakan selepas mendengar cadangan daripada sahabatnya itu yang didakwa turut menggunakan susuk berkenaan.

Tambahnya, ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa.

Katanya, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat.


Zaki berkata, susuk itu juga mempunyai larangan tertentu yang perlu dipatuhi sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.


'via Blog this'

Halau ibu

myMetro | Halau ibu: KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak memberi wang RM10, sepasang suami isteri warga emas dihalau anak lelakinya yang berusia 32 tahun dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Merali, di sini, kelmarin.

Menurut sumber polis, dalam kejadian jam 3 petang itu, anak mangsa yang baru pulang melepak bersama rakannya meminta wang RM10 daripada ibu bapanya untuk berjudi sebelum dinasihatkan tidak melakukan perkara itu.


Katanya, nasihat itu menyebabkan anak lelaki mangsa marah dan mengamuk sebelum memecahkan barangan berharga.

“Sebelum itu, mangsa sudah memberi RM5 ketika anaknya mahu keluar melepak. Sejam kemudian, anak lelakinya pulang semula dan kali ini, meminta tambahan wang RM10 untuk berjudi.


“Permintaan itu tidak dihiraukan menyebabkan anaknya mengamuk,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, anak lelaki mangsa juga mengugut mahu mencederakan ibu bapanya, namun tidak sempat apabila mangsa mengelak dan mengugut mahu keluar rumah sekiranya perangai anaknya tidak berubah.

Katanya, ugutan itu menambahkan kemarahan anaknya yang menghalau kedua-dua orang tuanya itu.


“Tidak tahan dengan perangai anaknya yang suka meminta wang, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak sejurus kejadian,” katanya.


'via Blog this'

Pelajar AS tertidur dalam kereta api Dubai kena denda

myMetro | Pelajar AS tertidur dalam kereta api Dubai kena denda: "DUBAI: Sekiranya anda tertidur dalam kereta api laju Dubai Metro, anda mungkin dikejutkan dengan bayaran denda.

Itulah yang berlaku ke atas seorang pelajar Amerika Syarikat yang menziarahi ibu bapanya di Dubai, baru-baru ini. Ketika menaiki kereta api dari Stesen Khalid Bin Waleed, dia tertidur dan melepasi Stesen Ibn Battuta, tempat dia seharusnya turun.


Inspektor tiket mengejutkan pelajar itu di Stesen Jebel Ali, stesen terakhir arah ke selatan. Sebelum dia sempat bangun, dia sudah diserahkan resit denda sebanyak 300 dirham (RM257).

“Dia tidak tahu peraturan di sini. Dia tidak melakukan kesalahan tetapi hanya tertidur,” kata seorang temannya.


Ramai orang tidak tahu jika kita tertidur di dalam kereta api di Dubai, maka kita akan didenda."

'via Blog this'

Korban depoh peluru Iran meningkat 36

myMetro | Korban depoh peluru Iran meningkat 36: "TEHERAN: Jumlah kematian Pengawal Revolusi Iran yang terbabit dalam letupan di pangkalan tentera di luar Teheran Sabtu lalu meningkat kepada sekurang-kurangnya 36 orang, lapor media tempatan, semalam.

Jumlah itu - berdasarkan kepada laporan berita semasa - dua kali lebih tinggi berbanding diumum Teheran pada hari kejadian.


Jurucakap pasukan tentera elit Iran itu mendakwa, 17 anggotanya terbunuh dan 23 cedera apabila berlaku letupan ketika mereka didakwa melakukan penyelidikan senjata.

Antara yang terbunuh di Bid Ganeh itu ialah tokoh penting dalam program peluru berpandu Pengawal Revolusi Iran, Jeneral Hassan Moqaddam.


Pegawai kanan tentera berkata, pangkalan itu menjadi pusat penghasilan “produk eksperimen” bagi “menghukum” musuh Iran - Amerika Syarikat dan Israel. - AFP"

'via Blog this'

Syria hampiri perang saudara: Menteri Luar Russia

myMetro | Syria hampiri perang saudara: Menteri Luar Russia: "MOSCOW: Menteri Luar Russia berkata, serangan tentera berpaling tadah ke atas Kompleks Perisikan Tentera Udara Syria kelmarin membawa negara itu semakin hampir kepada perang saudara.

Justeru, menurut Sergei Lavrov, semua pihak yang mahukan keamanan perlu menuntut Damsyik dan pemberontak menghentikan keganasan serta memulakan rundingan.


“Ia sepatutnya diadakan di Ibu Pejabat Liga Arab,” katanya, semalam.

Penyerang terbabit - dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria melancarkan serangan ke atas Kompleks Perisikan Tentera Udara dengan roket dan mesingan. Menurut Lavrov, kewujudan kumpulan bersenjata baru itu menjadikan Syria “benar-benar berada dalam perang saudara.” - Reuters"

'via Blog this'

Bashar diberi tempoh 3 hari

myMetro | Bashar diberi tempoh 3 hari: RABAT: Pemimpin Arab semalam memberi Syria tempoh tiga hari untuk menamatkan pertumpahan darah terhadap kempen antikerajaan.

Dilaporkan sehingga kini mengorbankan lebih 3,500 nyawa, konflik di Syria juga mendorong Maghribi memanggil pulang diplomatnya selepas kedutaan negara itu dan Emiriah Arab Bersatu diserang penyokong Presiden Bashar al-Assad.


Amaran berkenaan dikeluarkan ketika tentera yang berpaling tadah menyerang pangkalan tentera, sekali gus membayangkan kebangkitan rakyat Syria menentang Bashar semakin meluas.

Liga Arab menyatakan rasa hilang sabar mereka dan memberi tempoh Bashar tiga hari bagi menamatkan kempen berdarah di negaranya.


Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassem al-Thani, berkata jika Damsyik gagal bekerjasama, sekatan akan dikenakan ke atas Syria.



Katanya, pemimpin Arab kini hampir hilang sabar dengan sikap Damsyik.

“Kerajaan Syria mesti menerima keputusan Liga Arab dan menamatkan pertumpahan darah di negara itu.


“Kami bukan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Syria, tetapi keganasan itu mesti ditamatkan,” katanya.

Dalam kenyataan dikeluarkan selepas forum kerjasama Turki - Arab, menteri Liga Arab juga menyatakan penegasan “menentang sebarang campur tangan asing” tetapi kini adalah masa untuk mengenakan langkah segera.


“Forum mengisytiharkan betapa perlunya nyawa orang awam Syria dilindungi daripada keganasan dan pembunuhan,” kata kenyataan itu. - AFP


'via Blog this'

Majlis perkahwinan anak Susilo cecah RM4.2 juta

myMetro | Majlis perkahwinan anak Susilo cecah RM4.2 juta: "JAKARTA: Perkahwinan berprofil tinggi anak lelaki Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Edhie “Ibas” Baskoro dan Aliya Rajasa, anak Menteri Penyelaras Ekonomi, Hataja Rajasa, menelan belanja Rp 12 bilion (RM4.2 juta) menurut organisasi Bendera.

Penyelaras Bendera, Mustar Bona Ventura berkata,“Sangat ironis untuk mengadakan majlis perkahwinan yang mewah oleh dua orang pegawai kerajaan yang gaji mereka dibayar menggunakan wang cukai rakyat yang kebanyakan hidup dalam kemiskinan.”
Katanya lagi, jumlah wang yang dibelanjakan itu boleh digunakan untuk membina kira-kira 120 sekolah rendah dan membantu memberi pendidikan kepada 6,000 kanak-kanak setiap tahun.

Sebelum ini, Bendera telah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan senarai orang terkenal yang dikatakan menerima sejumlah wang daripada wang jaminan Bank Century. - Agensi"

'via Blog this'

Guru matematik mengaku beronani dalam kelas sejak 10 tahun lalu

myMetro | Guru matematik mengaku beronani dalam kelas sejak 10 tahun lalu: CHICAGO: Seorang guru matematik yang mengaku melakukan onani dalam kelas sejak 10 tahun lalu bakal didakwa di mahkamah selepas dia ditangkap ketika melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah Kristian, kata pendakwa semalam.
Paul LaDuke, 75, bertugas di Sekolah Kristian Schaumburg sejak 26 tahun lalu sehinggalah Jumaat lalu apabila seorang pelajar melihat telatahnya di sebalik podium digunakan guru sekolah berkenaan.

Jurucakap Pejabat Pendakwa Daerah Cook berkata, pelajar terbabit kemudian melarikan diri untuk meminta pertolongan.

“Ketika mengajar kelas algebra pada jam 10 pagi, LaDuke memakai apron dan duduk di belakang podium sambil melihat pelajarnya menyiapkan tugasan.

“Dia membuka seluar dan mula melancap,” katanya.


Ketika itu ada 13 pelajar dalam kelas LaDuke dan sembilan daripadanya berusia 16 tahun, manakala empat lagi sekurang-kurangnya 17 tahun.

Selepas disoal siasat, LaDuke membuat pengakuan bertulis bahawa dia melakukan perbuatan itu sejak 10 tahun lalu.

Pihak berkuasa berkata, lelaki terbabit juga mengaku berfantasi mengenai pelajar perempuannya ketika beronani.

Hakim membenarkan LaDuke dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000, tetapi pada masa sama melarangnya berhubung dengan mana-mana pelajar atau kakitangan di sekolahnya. - AFP

'via Blog this'

Vatican berang Pope dipersenda

myMetro | Vatican berang Pope dipersenda: CETUS MARAH...antara imej dimanipulasi (dari atas kiri), Obama bersama Chavez, Angela dan Sarkozy, Ahmed dan Benedict serta Hu dan Obama.
CETUS MARAH...antara imej dimanipulasi (dari atas kiri), Obama bersama Chavez, Angela dan Sarkozy, Ahmed dan Benedict serta Hu dan Obama.

ROME: Vatican semalam mengeluarkan kecaman terhadap kempen global syarikat pakaian Benetton kerana turut memaparkan imej Pope Benedict XVI bercium dengan Imam Masjid al-Azhar, Sheikh Ahmed el-Tayyeb.

“Kita mesti menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap penggunaan melampau imej ketua paderi yang dimanipulasi dan dieksploit secara terbuka demi memenuhi kehendak kempen komersial,” kata kenyataan itu dibuat jurucakap Vatican, Federico Lombardi.


Menurut Lombardi, kempen komersial berkenaan menunjukkan rasa tidak hormat syarikat terbabit kepada pemimpin tertinggi Kristian serta menghina perasaan penganut agama itu.

Katanya, ia menunjukkan bagaimana sesuatu publisiti boleh dibuat secara provokatif tanpa menghormati orang lain yang menjadi peraturan asas demi menarik perhatian awam.


“Vatican mengkaji apa langkah sewajarnya perlu diambil bagi menjamin pembelaan adil terhadap imej Pope,” katanya.



Melalui iklan itu, Benedict dipaparkan berkucupan dengan Ahmed - seorang imam di Kaherah, Mesir, serta pemimpin Sunnah disegani.

Selain itu, Benetton juga menerbitkan imej lain yang turut memberi kejutan, membabitkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkucupan dengan Presiden China, Hu Jintao.


Turut dimanipulasi, imej pemimpin Venezuela, Hugo Chavez.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pula dipaparkan berkucupan dengan pemimpin Fatah Palestin, Mahmoud Abbas, manakala Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, berpasangan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel.


Imej bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, mengucup Angela ditarik di saat-saat akhir selepas bilionair kaki perempuan itu mengemukakan surat peletakan jawatan minggu lalu.


Poster itu adalah sebahagian daripada kempen pengiklanan Benetton berjudul UNHATE dan dipaparkan di kedai di seluruh dunia, media cetak dan Internet.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi Benetton, Alessandro Benetton, berkata iklan itu adalah “provokasi membina” untuk mempromosi sikap toleransi.


“Kami memilih isu sosial dan aktif mempromosi isu kemanusiaan ke seluruh dunia,” katanya. - AFP


'via Blog this'

Rakyat Kuwait gempur Parlimen

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



DUA lelaki mahu membaling kerusi di Dewan Abdullah al-Salem di Dewan Perhimpunan Kebangsaan Kuwait, kelmarin. - AFP


KUWAIT CITY 17 Nov. - Beribu-ribu rakyat Kuwait menyerbu bangunan Parlimen semalam selepas polis dan pasukan tentera elit memukul penunjuk perasaan yang berarak ke kediaman Perdana Menteri, Sheikh Nasser Mohammad al-Ahmad Al-Sabah bagi mendesaknya meletak jawatan.

Penunjuk perasaan memecah masuk pagar bangunan Parlimen dan memasuki ruang utamanya lalu menyanyikan lagu kebangsaan negara.

“Kami kini berada dalam Parlimen,” kata Mussallam al-Barrak yang mengetuai protes tersebut bersama beberapa orang Ahli Parlimen dan aktivis-aktivis remaja yang menyeru pembubaran Parlimen yang didakwa terlibat dengan rasuah.

Kumpulan tersebut meninggalkan bangunan Parlimen beberapa minit kemudian.

Polis sebelum itu menggunakan belantan bagi menghalang penunjuk perasaan yang berteriak berulang-ulang “orang ramai mahu menyingkirkan Perdana Menteri” daripada terus berarak ke kediaman Sheikh Nasser.

Saksi menyatakan sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan tercedera dan dirawat di tempat kejadian.

Beberapa aktivis berkata, mereka akan terus berkhemah di luar Parlimen sehingga ketua negara itu disingkirkan.

Ia merupakan kekejaman politik pertama di negara Teluk yang kaya dengan minyak itu sejak Disember lalu apabila pasukan tentera elit memukul penunjuk perasaan dan beberapa Ahli Parlimen dalam sebuah perhimpunan awam.

Ketegangan semakin menjadi-jadi di Kuwait sejak tiga bulan lalu selepas 16 orang Ahli Parlimen didakwa menerima rasuah bernilai kira-kira AS$350 juta (RM1.1 juta) untuk undian di Parlimen.

Sementara itu, kira-kira 20 Ahli Parlimen pembangkang hari ini memboikot sesi Parlimen sehari selepas kerajaan dan penyokongnya menolak permintaan pembangkang untuk menyoal siasat Perdana Menteri berhubung dakwaan rasuah. – AFP


'via Blog this'

Mayat bayi dalam longkang

Utusan Malaysia Online - Jenayah:



MAYAT bayi lelaki yang dibuang di dalam longkang di Jalan Kolam Ikan di Bayan Lepas Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 17 Nov. - Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di dalam longkang di Jalan Kolam Ikan, Bayan Lepas di sini.

Mayat bayi itu dijumpai oleh orang ramai dalam keadaan terapung dan dihurungi lalat kira-kira pukul 1 petang hari ini.

Difahamkan, mayat bayi yang masih bertali pusat itu dibuang sejak tiga hari lalu.

Dipercayai mayat tersebut dihanyutkan arus sungai sehingga masuk ke dalam longkang.

Mayat dihantar ke Hospital Besar Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Mohd. Hatta Mohd. Zain ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi tersebut.

Beliau merayu orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," ujarnya.


'via Blog this'

Obama kepada China: AS adalah kuasa Pasifik

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


CANBERRA 17 Nov. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam berikrar akan meluaskan pengaruh AS di Asia Pasifik dan 'menonjolkan kuasa serta menangkis ancaman terhadap keamanan' di rantau ini sekalipun beliau sedang mengurangkan bajet pertahanan dan menamatkan pembabitan tentera AS di Iraq dan Afghanistan.

Ikrar tersebut membayangkan keazaman Obama untuk mengimbangi kebangkitan China.

"AS ialah sebuah kuasa Pasifik dan kami akan kekal di sini," katanya semasa berucap di Parlimen Australia semalam, dalam mesej yang jelas ditujukan kepada Beijing.

Pendirian tegas itu disuarakan beberapa jam selepas Obama mengumumkan beliau akan menghantar pesawat udara tentera dan 2,500 askar marin AS ke utara Australia untuk mengendalikan hab latihan bagi membantu sekutu dan melindungi kepentingan Amerika di seluruh Asia.

Beliau mengisytiharkan AS tidak takut dengan China, negara terbesar dan terkuat di rantau ini.

Beijing terus mempersoalkan langkah AS itu, yang dianggapnya wajar dikaji lebih lanjut.

Sambil menekankan kehadiran AS di rantau Asia Pasifik adalah keutamaan pentadbiran beliau, Obama berkata, sebarang pengurangan dalam bajet pertahanan AS tidak akan berlaku dengan menjejaskan matlamat itu.

"Jangan diragui lagi, di Asia Pasifik pada abad ke-21, AS akan memainkan peranan dari segala aspek," kata beliau.

Bagi Obama, Asia bukan sahaja menimbulkan cabaran keselamatan tetapi juga membuka peluang ekonomi. - Agensi


'via Blog this'

Kabinet Itali tiada ahli politik

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Mario Monti (kiri) melihat Silvio Berlusconi beredar semasa majlis penyerahan tugas di Palazzo Chigi (Jabatan Perdana Menteri) di Rome, kelmarin. – AFP


ROME 17 Nov. – Perdana Menteri baru Itali, Mario Monti menubuhkan sebuah kerajaan yang dianggotai oleh tokoh bank, diplomat dan eksekutif perniagaan, tanpa melantik seorang pun ahli politik.

Monti berkata, ketiadaan ahli politik dalam Kabinetnya akan menyelamatkan parti-parti politik daripada ‘mendapat malu’ apabila kerajaan terpaksa mengambil keputusan sukar yang diperlukan bagi menyelamatkan negara ini daripada keruntuhan sistem kewangan.

Bekas Pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) itu dan Kabinetnya mengangkat sumpah di istana Presiden semalam, dalam upacara rasmi yang menamatkan mandat kerajaan Silvio Berlusconi dan dominasi jutawan media itu terhadap politik Itali selama 17 tahun.

Monti, 68, menghadapi rintangan utama hari ini apabila beliau membentangkan agenda perundangannya di Parlimen dan mengemukakan kerajaannya untuk diluluskan oleh Senat menerusi pengundian usul percaya.

Beliau enggan membincangkan langkah berjimat cermat baru yang dirancangkan untuk mengeluarkan Itali daripada krisis hutang, sekadar berkata, pertumbuhan ekonomi menjadi keutamaan dan butir-butir agendanya akan didedahkan dalam ucapan di Parlimen hari ini.

Kata Monti, beliau akan berkhidmat sebagai Menteri Ekonomi di samping menjadi Perdana Menteri sementara beliau menuntut ‘pengorbanan’ daripada semua parti politik untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dan memulihkan pertumbuhan.

Sementara itu di sebuah lagi negara Eropah yang dilanda masalah ekonomi, Perdana Menteri Greece, Lucas Papademos dengan mudah memperoleh kelulusan Parlimen terhadap kerajaan baru beliau, yang dibentuk minggu lepas dengan ahli politik daripada Parti Sosialis, puak konservatif dan sebuah parti kecil berhaluan kanan.

Dalam pengundian di Parlimen 300 kerusi itu, 255 anggota menyokong manakala 38 lagi menentang Kabinet Papademos.

Kerajaan beliau yang dijangka memegang kuasa sehingga pilihan raya pada Februari depan, ditubuhkan bagi melaksanakan perjanjian hutang baru berjumlah 130 bilion euro (RM531 bilion) dan memperoleh dana bantuan penting untuk mengelakkan kebankrapan. – Agensi


'via Blog this'

Allianz tawar insurans untukpelancong ke angkasa lepas

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


FRANKFURT 17 Nov. - Sebuah syarikat Jerman mula menawarkan insurans perjalanan ke angkasa lepas menjelang pelancaran lawatan komersial pertama ke ruang angkasa tahun depan.

Firma insurans gergasi, Allianz akan mula menawarkan polisi perjalanan itu tahun depan, bersesuaian dengan pelancaran Virgin Galactic, syarikat penerbangan angkasa lepas milik Virgin Group.

Setakat ini kira-kira 450 orang telah menempah pakej perjalanan berharga AS$200,000 (RM630,529) itu yang akan mengambil masa selama lima minit untuk ke ruang angkasa sub orbit, tempat di mana graviti berada pada paras sifar dan bentuk bumi serta kehitaman angkasa lepas dapat dilihat.

Pengarah akaun Allianz yang bertanggungjawab ke atas rancangan itu, Erick Morazin berkata, harga insurans itu masih belum diputuskan tetapi memberitahu tahap asas untuk insurans bagi perjalanan seperti itu kemungkinan bermula dari AS$700 (RM2,206) hingga AS$10,000 (RM31,526).

"Kami melihat pelancongan angkasa lepas sebagai pasaran baru kami untuk generasi pelancong akan datang.

"Biasanya harga polisi insurans adalah antara tiga hingga empat peratus daripada kos keseluruhan perjalanan itu," katanya.

Menurut Morazin, Allianz telah menggariskan kira-kira 20 pakej insurans berbeza yang menambah perlindungan ke atas perubatan, bagasi dan beberapa polisi asas lain.

Beliau bagaimanapun bimbang untuk memberi banyak maklumat kerana khuatir syarikat pesaing akan merebut pasaran baru insurans itu. - REUTERS


'via Blog this'

Google perkenal Verbatim

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


MOUNTAIN VIEW, California 17 Nov. - Enjin pencarian Google semalam memperkenalkan ciri terbarunya, Verbatim yang memudahkan carian pengguna, umum Google.

Mod Verbatim boleh dicapai dengan menekan butang Show search options yang berada di sebelah kiri halaman keputusan carian Google.

Melalui mod Verbatim, Google akan menyenaraikan carian pengguna berdasarkan perkataan penuh yang ditaip pada kotak enjin carian.

Menurut blog Google, mod Verbatim berbeza dengan enjin pencarian Google yang sedia ada kerana ia tidak akan ‘memperbaiki’ carian.

Mod Verbatim tidak akan melakukan pembetulan ejaan secara automatik, mengaitkan dengan laman web yang pernah dilawati sebelum ini dan menyertakan sinonim.

Ia juga tidak akan mengeluarkan keputusan carian yang maksudnya serupa dan mencari perkataan yang mempunyai kata dasar yang sama.

Sebelum ini, pengguna perlu menggunakan tanda ‘+’ antara perkataan untuk mendapatkan carian yang tepat tetapi Google menggantikannya dengan tanda pembuka dan penutup kata (“ ”) antara perkataan.

Ada yang menyatakan pencarian dengan menggunakan tanda `+’ itu digantikan kerana Google mahu menggunakannya dalam profil Google+ tanpa mengelirukan pengguna.

Oleh itu, Google mencipta Verbatim bagi memudahkan pencarian perkataan yang disifatkan enjin carian itu lebih tepat dan mudah. - Agensi


'via Blog this'

Banjir besar dijangka landa Jakarta Januari ini

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


JAKARTA 17 Nov. - Kota Jakarta diramal akan dilanda banjir besar pada Januari depan kerana hujan dijangka turun dengan lebih lebat lagi akibat kerosakan sistem ekologi.

Bagaimanapun, banjir besar itu dijangka tidak seteruk yang menimpa Bangkok di Thailand sekarang, lapor akhbar Kompas hari ini.

Bahkan, banjir besar di Jakarta pada Januari 2012 juga dijangkakan akan lebih cepat surut.

Pada masa sama, pihak berkuasa Indonesia mengumumkan kesediaan untuk menghadapi bencana tersebut.

Sementara itu, Ketua Badan Koordinasi Kajian dan Pemetaan Nasional, Asep Karsidi mengingatkan, kerajaan turut sama bersedia mengambil langkah mengatasi ancaman banjir untuk jangka masa panjang.

Menurut beliau, berdasarkan kajian yang dilakukan, permukaan tanah di Jakarta semakin menurun sedangkan permukaan air laut pula meningkat. - Utusan


'via Blog this'

Obama kepada China: AS adalah kuasa Pasifik

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


CANBERRA 17 Nov. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam berikrar akan meluaskan pengaruh AS di Asia Pasifik dan 'menonjolkan kuasa serta menangkis ancaman terhadap keamanan' di rantau ini sekalipun beliau sedang mengurangkan bajet pertahanan dan menamatkan pembabitan tentera AS di Iraq dan Afghanistan.

Ikrar tersebut membayangkan keazaman Obama untuk mengimbangi kebangkitan China.

"AS ialah sebuah kuasa Pasifik dan kami akan kekal di sini," katanya semasa berucap di Parlimen Australia semalam, dalam mesej yang jelas ditujukan kepada Beijing.

Pendirian tegas itu disuarakan beberapa jam selepas Obama mengumumkan beliau akan menghantar pesawat udara tentera dan 2,500 askar marin AS ke utara Australia untuk mengendalikan hab latihan bagi membantu sekutu dan melindungi kepentingan Amerika di seluruh Asia.

Beliau mengisytiharkan AS tidak takut dengan China, negara terbesar dan terkuat di rantau ini.

Beijing terus mempersoalkan langkah AS itu, yang dianggapnya wajar dikaji lebih lanjut.

Sambil menekankan kehadiran AS di rantau Asia Pasifik adalah keutamaan pentadbiran beliau, Obama berkata, sebarang pengurangan dalam bajet pertahanan AS tidak akan berlaku dengan menjejaskan matlamat itu.

"Jangan diragui lagi, di Asia Pasifik pada abad ke-21, AS akan memainkan peranan dari segala aspek," kata beliau.

Bagi Obama, Asia bukan sahaja menimbulkan cabaran keselamatan tetapi juga membuka peluang ekonomi. - Agensi


'via Blog this'

AS serah kapal perang kedua kepada Filipina

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


MANILA 17 Nov. - Amerika Syarikat (AS) akan memberikan kapal perang kedua kepada Filipina bagi membantu meningkatkan kelengkapan angkatan tentera negara itu yang usang, ketika China meningkatkan ketegangan pertikaian wilayah di Laut China Selatan.

Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton semalam memberi jaminan kepada Menteri Pertahanan Filipina, Voltaire Gazmin bahawa Washington akan memberikan kapal pengawal pantai yang kedua pada tahun depan secara percuma.

Sebelum ini, kapal perang milik Pengawal Pantai AS diberikan kepada Filipina dan telah belayar ke Manila pada Ogos lalu, sekali gus bakal menjadi kapal paling moden dalam angkatan laut negara ini.

Clinton turut memberi jaminan bantuan untuk angkatan tentera Filipina akan diperhebatkan ketika dua negara sekutu itu meraikan ulang tahun ke-60 Perjanjian Pertahanan Bersama di atas kapal pemusnah tentera laut AS di Manila, semalam.

Menurut Gazmin, beliau dan Setiausaha Luar, Albert del Rosario akan berjumpa Clinton dan Setiausaha Pertahanan, Leon Panetta di Pentagon pada Januari depan untuk membincangkan bantuan AS, termasuk permintaan Manila untuk kapal pengawal pantai ketiga.

China, Filipina, Malaysia, Taiwan, Vietnam dan Brunei menuntut kepulauan Spratly yang terdiri daripada 190 pulau, terumbu, terumbu karang, beting dan dipercayai kaya dengan minyak dan gas asli. - Agensi


'via Blog this'

Syria diberi tempoh tiga hari henti keganasan

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


RABAT 17 Nov. - Liga Arab semalam memberi tempoh tiga hari kepada kerajaan Syria untuk menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan dan menerima kemasukan misi pemerhati atau menghadapi sekatan ekonomi.

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Arab di ibu negara Maghribi ini semalam turut mengesahkan penggantungan Syria daripada pertubuhan itu, tindakan keras dan luar biasa yang diumumkan pada Sabtu lalu.

Menteri Luar Qatar, Hamad bin Jassim berkata, Syria diberi peluang untuk menghentikan keganasan terhadap penduduk awam dan melaksanakan pelan damai yang digariskan oleh Liga Arab pada 2 November lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 3,500 orang terkorban dalam pemberontakan di Syria sejak lapan bulan lepas.

"Kerajaan Syria mesti menandatangani protokol yang dihantar oleh Liga Arab dan menamatkan semua keganasan terhadap penunjuk perasaan, dalam tempoh tiga hari.

"Sekatan ekonomi sudah tentu boleh dikenakan jika kerajaan Syria tidak memberi tindak balas, tetapi kami sedar sekatan sedemikian akan menjejaskan kehidupan rakyat Syria," kata Jassim.

Protokol itu menghendaki sebuah misi pemerhati terdiri daripada 30-50 anggota dihantar di bawah naungan Liga Arab untuk memastikan Syria melaksanakan pelan damai Arab.

Ia turut menuntut rejim Presiden Bashar al-Assad menghentikan serangan ke atas penunjuk perasaan, mengundurkan kereta kebal dan kenderaan berperisai dari kawasan bandar, membebaskan tahanan politik dan membenarkan wartawan serta kumpulan hak asasi manusia masuk ke negara itu.

Kerajaan Syria turut dituntut menarik balik wakilnya daripada Liga Arab 'berikutan beberapa kenyataan menghina dan tidak diplomatik yang dibuat oleh wakil tetap Damsyik'.

Liga Arab jarang mengambil tindakan tegas untuk menangani krisis di dunia Arab tetapi dalam kes Syria, beberapa anggota menggambarkan tindakan sedemikian terhadap Damsyik sebagai cara untuk mengelakkan campur tangan asing seperti yang berlaku di Libya awal tahun ini. - Agensi


'via Blog this'

Piranha gigit 15 perenang

Spesies maging mengganas di Brazil

SAO PAULO: Beri-ribu ikan piranha daripada spesies maging memenuhi pantai popular di barat Brazil dan menggigit sehingga putus ibu jari kaki sekurang-kurangnya 15 perenang.
Pihak berkuasa di bandar Caceres di Mato Grosso berkata ini adalah kali pertama mereka berdepan masalah piranha di pantai Daveron di sungai Paraguay, selepas ikan agresif itu berkumpul sejak dua minggu lalu.
“Penduduk perlu berhati-hati. Jika digigit, mereka perlu keluar segera dari air bagi mengelakkan darah tersebar,” kata anggota bomba Raul Castro de Oliveira, kepada laman web G1 Globo TV.

Antara mangsa yang digigit pada Ahad lalu ialah Elson de Campos Pinto, 22.

“Saya menyelam dalam sungai dan tiba-tiba saya merasa sakit pada kaki.
Saya berlari keluar dari sungai sebaik menyedari kehilangan hujung ibu jari kaki. Saya bimbang akan diserang lagi kerana kaki berdarah,” katanya.
Pihak berkuasa bandar berkata pantai itu akan dibuka kerana ia adalah tarikan penting pelancong di rantau Pantanal Brazil, terkenal kerana pelancongan ekologi.

Setiap September, Caceres menganjurkan pesta perikanan terbesar, acara seminggu yang menarik 200,000 pelancong untuk memancing dan menikmati konsert.

Pegawai keselamatan sudah memasang tanda amaran kepada orang ramai supaya berwaspada jika berenang. – AP/Agensi
Berita Harian Online | Piranha gigit 15 perenang:

'via Blog this'

Baju hujan, topi keledar suspek dihantar ke makmal

Kosmo! Online - Negara:



Eko Setio yang ditahan kerana disyaki terlibat membunuh Adrian.


KUALA LUMPUR – Sehelai baju hujan dan sebuah topi keledar yang menyerupai baju hujan dan topi keledar yang dipakai dua lelaki yang didakwa terlibat membunuh Adrian Jay Pereira sudah dihantar ke Makmal Forensik Markas Besar Kepolisan Republik Indonesia cawangan Surabaya, Indonesia kelmarin.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Daerah Kota Malang, Ajun Komisaris Pertama Anton Prasetyo berkata, kedua-dua bahan bukti tersebut diperoleh daripada seorang suspek, Eko Setio Budi, 24, yang ditahan pada 11 November lalu di Dusun Karangjambe, Jamberejo, Kecamatan Tajinan juga di daerah Malang.

Menurut beliau, siasatan mengesyaki lelaki itu pernah terlibat dengan beberapa kegiatan jenayah mencuri motosikal dan sanggup mencederakan mangsanya.

“Baju hujan dan topi keledar yang ditemui di rumah suspek sedang kita teliti dengan menghantar ke makmal untuk mengenal pasti sama ada terdapat kesan percikan darah Adrian,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


'via Blog this'

Hutang AS cecah RM47.39 trilion

Kosmo! Online - Negara:


AHLI-AHLI Kesatuan Jururawat Kebangsaan dan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di Washington DC pada 3 November lalu yang menuntut hutang Amerika Syarikat dikurangkan.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Beban hutang pentadbiran AS melepasi takat AS$15 trilion (RM47.39 trilion) kelmarin ketika ahli-ahli politik terus bertelagah berhubung langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan perbelanjaan negara.

Agensi berita AFP melaporkan, angka daripada Perbendaharaan AS menunjukkan beban hutang persekutuan yang ditanggung rakyat negara itu kini berjumlah AS$15,033,607,255,920.32 (RM47,490,698,234,988.44), meningkat sebanyak AS$55.8 bilion (RM176.28 bilion) sejak Selasa lepas.

Jumlah tersebut dianggarkan menyamai 99 peratus saiz keseluruhan ekonomi AS untuk tahun 2011 yang disifatkan amat tidak sihat oleh pakar-pakar ekonomi.


'via Blog this'

Tandas, kereta kecil sertai perlumbaan

Kosmo! Online - Dunia:



EDD CHINA menunggang tandas bergerak di London semalam.


LONDON - Seorang pencipta Britain, Perry Atkins menyertai hari Guinness World Records kelmarin di sini dengan berlumba dengan kereta kecil ciptaannya.

Kereta yang dicipta Atkins itu berukuran 66.04 lebar dan 132.08 sentimeter panjang.

Para pemegang rekod Guinness itu akan menyertai pertandingan berlumba dengai menaiki ciptaan mereka seperti tandas yang paling laju bergerak.


PERRY ATKINS duduk di dalam kereta paling kecil di London semalam.


Edd China dari Britain merupakan pencipta tandas bergerak itu.

Seorang lagi pencipta dari Britain, Colin Furze juga menyertai perlumbaan itu dengan ciptaannya, skuter kecil paling laju di dunia. - Agensi


'via Blog this'

Bercerai lepas kahwin pada 11.11.2011

Kosmo! Online - Dunia:



SHAWKAT ALI KHAN duduk di sebelah isterinya, Farzana Yasmin dalam majlis perkahwinan di Borguna, Bangladesh pada 11.11.2011.


DHAKA - Seorang lelaki Bangladesh yang berkahwin pada 11.11.2011 pada pukul 11.11 pagi akhirnya bercerai dengan isterinya beberapa minit selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Lelaki Bangladesh itu, Shawkat Ali Khan berkata, dia tidak mengetahui kenapa isterinya itu bertindak keluar dari majlis perkahwinan mereka.

Namun, pasangannya itu, Farzana Yasmin berkata, dia berasa marah ekoran permintaan keluarga Shawkat yang mahu hantaran perkahwinan termasuk sebuah peti sejuk dan sebuah televisyen.

Amalan hantaran perkahwinan oleh pengantin wanita telah dilarang di Bangladesh.

"Untuk menjadikan majlis tersebut istimewa, saya mengeluarkan kad mahal, mengundang rakan dan saudara-mara untuk menyertai majlis perkahwinan," kata Shawkat yang berusia 32 tahun.

Menurutnya, majlis itu diadakan pada pukul 11.11 pagi pada 11.11.2011.

"Majlis itu berlangsung di sebuah masjid tepat pada waktu itu," katanya yang merupakan seorang guru besar.

Dia percaya 11 merupakan nombor yang bertuah.

"Kami telah merancang parti selepas perkahwinan dua hari kemudian.

"Saya menunggu majlis yang mempunyai nombor tersebut selama bertahun-tahun lamanya.

"Saya tidak mengetahui bahawa ia akan berakhir," tambahnya.

Farzana yang berusia 27 tahun dipuji oleh ramai penduduk Bangladesh kerana pendiriannya berhubung hantaran perkahwinan itu.

Amalan hantaran dalam perkahwinan itu dikritik kerana keluarga pengantin perempuan perlu memberikan hadiah yang mewah kepada si suami.

Ketua polis tempatan, Babul Akhter menyokong dakwaan Farzana dengan menyatakan perkahwinan tersebut berkecai berhubung ekoran tuntutan hantaran yang dibuat oleh ibu saudara Shawkat semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Namun, Shawkat menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan dia berkemampuan untuk tidak menerima hantaran itu. - Agensi


'via Blog this'

Cooper dipilih lelaki paling seksi



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Aktor Hollywood, Bradley Cooper (gambar) dilabel sebagai lelaki paling seksi yang masih hidup di dunia oleh majalah hiburan AS, People.

Dalam ulasannya, majalah People menyatakan, pelakon berusia 36 tahun itu bersikap sederhana walaupun dia memiliki senyuman memikat dan sepasang mata biru yang menakjubkan.

Menurut majalah berkenaan, Cooper juga seksi kerana amat rapat dengan ibunya terutama selepas bapanya, Charles meninggal dunia pada Januari lalu.

"Saya fikir ia hebat untuk seorang lelaki yang tidak memiliki wajah seorang model diberikan penghormatan sebegini," kata Cooper yang popular menerusi filem komedi, Hangover dalam satu wawancara bersama People.

"Saya fikir saya memiliki rupa paras yang baik. Kadang-kala saya kelihatan hebat dan sebahagian lagi saya nampak teruk," katanya.

Pelakon kacak itu bercinta dengan aktres Renee Zellweger selama dua tahun sebelum mereka berpisah pada Mac lalu.

Dia juga pernah dilihat intim bersama penyanyi Jennifer Lopez, tetapi Cooper menegaskan bahawa dia bukan seorang lelaki kasanova.

Antara pemenang terdahulu ialah aktor Ryan Reynolds, George Clooney, Brat Pitt dan Mel Gibson. - AFP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Terowong dadah ditemui di sempadan AS



SEORANG askar Amerika Syarikat (AS) meninjau sebuah terowong dadah di sempadan AS-Mexico di Tijuana kelmarin.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Pihak berkuasa AS mengumumkan kelmarin sebuah terowong utama yang digunakan bagi tujuan penyeludupan dadah di sempadan AS-Mexico telah ditemui.

Susulan penemuan tersebut, anggota-anggota pihak berkuasa AS dan Mexico merampas sekurang-kurangnya 14 tan ganja dan menangkap dua orang yang memiliki terowong canggih itu.

Terowong itu bersambung dengan beberapa buah gudang di Tijuana, Mexico dan Otay Mesa, selatan California di sebelah AS.

Terowong sepanjang 365 meter itu yang dilengkapi bekalan elektrik dan pengudaraan ditemui pada Selasa lepas oleh pihak berkuasa San Diego selepas beberapa anggota melihat sebuah trak yang mencurigakan meninggalkan sebuah gudang di Otay Mesa.

"Kartel-kartel dadah tersilap apabila mereka percaya dapat mengelak daripada dikesan dengan menyeludup dadah di bawah tanah. Kami dapat mengesan terowong seperti ini dan menutupnya," kata seorang anggota pihak berkuasa, Derek Benner.

Operasi pada Selasa lepas bermula apabila polis lebuh raya menahan trak yang mencurigakan itu dan menemui tiga tan ganja.

Dua lelaki ditangkap dan satu waran dikeluarkan untuk menggeledah gudang berkenaan dengan pihak berkuasa menemui lagi 6.5 tan ganja lagi.

"Laluan terowong itu yang berukuran 1.2 meter kali 0.9 meter dilengkapi bekalan elektrik dan pengudaraan," tambah Benner.

Menurutnya, pihak berkuasa percaya terowong berkenaan siap dibina baru-baru ini.

Pihak berkuasa Mexico yang dimaklumkan oleh AS bertindak menyerbu sebuah gudang di bandar Tijuana dan menemui beberapa tan lagi ganja. - AFP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Parti Republikan kritik hutang Amerika Syarikat

Kosmo! Online - Dunia:
RICK PERRY (kanan) yang mengkritik hutang pentadbiran Presiden Barack Obama berucap dalam kempen pemilihan sebagai calon Presiden Amerika Syarikat (AS) di Nashua, AS kelmarin.


WASHINGTON - Wakil-wakil rakyat daripada Parti Republikan memberikan reaksi berhubung laporan mengenai beban hutang pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang mencecah lebih AS$15 trilion (RM47.39 trilion).

Pengerusi Jawatankuasa Bajet Parti Republikan, Paul Ryan menyifatkan jumlah itu tersebut menandakan hari yang popular dalam sejarah AS.

Beliau membuat kenyataan itu dalam laman Twitternya kelmarin.

Gabenor Texas, Rick Perry turut menyatakan dalam Twitter tersebut dengan menyalahkan dasar-dasar sosialis Obama kerana sedang memufliskan negara.

Perry bertanding untuk menjadi calon Presiden AS bagi mewakili Parti Republikan untuk menentang Obama.

Seorang lagi anggota Parti Republikan, Michele Bachmann pula menyifatkan negara ini seperti sebuah bot yang sedang menuju ke arah air terjun.

Kesimpulan yang dicapainya ialah: "Kita perlu hentikan perbelanjaan, berhenti menjadi negara kebajikan."

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Parti Republikan, Reince Priebus berkata: "Amerika telah melintasi angka yang dapat difikirkan, hutang negara sekarang melebihi AS$15 trilion (RM47.39 trilion)," katanya.

Menurutnya, hutang besar itu akan merencatkan ekonomi serta merugikan rating kredit.

Hutang AS ialah AS$10.62 trilion (RM33.55 trilion) ketika Obama mengambil alih tugasnya dan ia meningkat kepada AS$14.304 trilion (RM 45.193 trilion) pada bulan April lalu.

Perbendaharaan AS kelmarin mendedahkan hutang negara ini ialah AS$15,033,607,255,920.32 (RM47,490,698,234,988.44). - Agensi


'via Blog this'