Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berlaku di 788km barat laut San Francisco, dan 11,471km timur laut Sandakan, Sabah.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami. - Bernama
Wednesday, February 15, 2012
Gempa bumi kuat gegar Pantai Oregon, Amerika Syarikat
Inilah BUKTI punca PERISTIWA SYRIA
by Hijab Al-Quran
Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:) Ana turut berkesempatan berada disana.
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim
"Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
"adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan".
'via Blog this'
Anak pengarah filem Oscar peluk Islam di Iran
Urut sambil bogel
'via Blog this'
Buang dalam baldi surau
Bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh dua pekerja pembersihan yang membersihkan bilik air berkenaan pada jam 10.40 pagi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu segera ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.
“Mayat bayi perempuan itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat,” katanya.
Menurutnya, polis kini melancarkan gerakan memburu ibu kepada bayi itu untuk membantu siasatan.
Katanya, ibu bayi itu diminta menyerah diri di mana-mana balai polis berdekatan.
'via Blog this'
Bayi ditinggal di kedai kopi
Dalam kejadian pada jam 6.30 pagi itu, penduduk kawasan itu yang kebetulan melalui kedai berkenaan terkejut apabila terdengar tangisan bayi sebelum dia menjumpai bayi malang itu di tepi kedai dalam keadaan berbogel dan menggigil kesejukan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, penduduk terbabit kemudian memaklumkan penemuan itu kepada penduduk berhampiran kedai berkenaan.
Menurutnya, bimbang bayi berkenaan mati kesejukan, mereka kemudian membalutnya dengan kain sebelum membuat keputusan untuk membawanya ke hospital.
“Mereka kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya.
“Polis yang menerima maklumat kemudian ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan bagi mencari bahan bukti yang dapat mengesan ibu bayi malang terbabit,” katanya.
'via Blog this'
Air kencing positif
HADIR...Saiful Apek kelihatan ceria di mahkamah, semalam. |
PETALING JAYA: Pelawak terkenal, Saiful Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita didapati positif dadah jenis ganja melalui ujian saringan awal air kencing ke atas mereka selepas ditahan dalam satu operasi, dua tahun lalu.
“Ujian saringan dilakukan di hadapan mereka satu persatu dan semua bekas spesimen itu kemudian dilabelkan dengan nama penuh, nombor kad pengenalan serta tarikh ujian dijalankan.
“Sebelum melabel, saya memaklumkan setiap suspek hasil ujian berkenaan semuanya didapati positif dadah,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad.
'via Blog this'
Mesin lentur kepala
NGERI...jenazah Hamid yang melekat selepas kepala dan tangan kiri termasuk ke dalam mesin melentur logam, semalam. |
KUCHING: Seorang pekerja kilang keluli mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala dan tangan kirinya hancur akibat terperosok dalam mesin melentur logam di sebuah kilang di Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, semalam.
Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, selepas ternampak mangsa tersangkut pada mesin dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia segera menutup suis mesin berkenaan, namun usahanya terlambat kerana mangsa sudah meninggal dunia.
“Dia (Hamid) berpengalaman lebih 10 tahun bekerja dan mengendalikan mesin di kilang ini. Kebiasaannya, ada beberapa pekerja lain ditugaskan mengendali mesin di kilang ini, tetapi pada hari kejadian, hanya dia seorang saja yang bekerja.
“Terkejut dengan kejadian itu, saya kemudian menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Sepasukan anggota polis turut bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu bagi menjalankan siasatan.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.
Beliau berkata, mangsa yang sudah berkahwin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HUS untuk bedah siasat.
'via Blog this'
Bot penyerang berani mati Teheran ditambah: AS
“Mereka menambah jumlah kapal selam dan bot penyerang,” kata Ketua Armada Kelima Amerika Syarikat di Bahrain, Timbalan Laksamana Mark Fox.
“Sebahagian bot kecil itu dilengkapkan dengan peledak besar, mungkin untuk digunakan sebagai kelengkapan serangan berani mati,” katanya kepada wartawan.
Iran sebelum ini berkata ia mungkin menutup Selat Hormuz selepas AS dan sekutu Eropahnya menguatkuasakan sekatan terhadap sektor minyak dan kewangannya. - GN
myMetro | Bot penyerang berani mati Teheran ditambah: AS:'via Blog this'
Perang tak mungkin meletus
Rejim Zionis serta-merta menyalahkan Iran dan proksinya, Hizbullah dengan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berikrar untuk bertindak habis-habisan bagi menghapuskan ‘keganasan antarabangsa dari Iran.’ Namun, pengulas media berkata, Israel tidak mungkin bertindak keras terhadap serangan itu meskipun ia dilihat sebagai permulaan kepada serangan terhadap sasaran Israel di seberang laut. - AP
myMetro | Perang tak mungkin meletus:'via Blog this'
Angkara Zionis sendiri: Iran
Seorang diplomat rejim Zionis itu di New Delhi cedera apabila sebuah kereta kedutaan cuba diletupkan.
Dalam serangan kedua, seorang warga Georgia di kedutaan Israel di Tbilisi menemui bom di bawah keretanya ketika memandu ke pejabat.
Bom itu dimusnahkan sebelum ia meletup.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta-merta menuduh Iran dan Hizbullah bertanggungjawab terhadap kedua-dua serangan itu.
Rekod lampau rejim Zionis jelas menunjukkan anasirnya melakukan keganasan sedemikian untuk mendapatkan populariti dan simpati daripada negara lain, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan dan Dasar Luar, Ismail Kowsari.
Beliau sekali lagi berkata, Israel melancarkan serangan serupa dalam usaha untuk menuduh negara lain, khususnya Iran dan untuk meraih keuntungan politik.
“Israel yang bertanggung jawab terhadap pembunuhan empat saintis negara kita menuding jari pada Iran untuk mengalih tumpuan masyarakat antarabangsa,” kata Ismail. - Agensi
'via Blog this'
Doktor Whitney bakal disoal siasat
SEDIH...peminat menghadiri acara memperingati Whitney di Leimert Park, Los Angeles. |
LOS ANGELES: Mayat penyanyi Whitney Houston tiba di bandar kelahirannya, di Newark, New Jersey malam tadi di sebalik laporan bahawa doktor peribadinya bakal berdepan soalan bagaimana dia boleh mendapat dadah yang ditemui di bilik hotelnya.
SISA sandwich ayam dan pencukur yang berselerakan di atas lantai bilik air. |
MAYAT Whitney tiba di Rumah Pengurusan Mayat Whigham, semalam. |
'via Blog this'
Israel dakwa Iran 'dalang' siri serangan bom
TEL AVIV - Israel mendakwa serangan letupan bom di Bangkok, Thailand semalam melibatkan warganegara Iran tetapi gagal sebahagian daripada usaha tersusun republik itu yang bermula sejak awal bulan lalu.
Dakwaan itu tidak mengejutkan memandangkan kedua-dua negara itu terlibat dalam serangan kenyataan satu sama lain dan ketegangan meningkat sejak kebelakangan ini dengan Tel Aviv mendakwa Iran membangunkan program nuclear dan menjadi ancaman kepada keamanan dunia.
Iran telah secara konsisten menafikan tanggapan sedemikian.
Kejadian di ibu negara Thailand semalam berlaku sehari selepas sasaran serangan ke atas kakitangan Kedutaan Israel di India dan Georgia.
Sebelum ini usaha untuk membunuh Duta Israel di Azerbaijan juga gagal.
Dalam kejadian di Bangkok semalam, seorang rakyat Iran, yang dikenali sebagai Saeid Moradi, dilaporkan cedera apabila bom pertama meletup di sebuah rumah yang disewanya di Lorong Preedeepanomyong 31, off Jalan Sukhumvit 71 kira-kira jam 2 petang.
Bangkok menyaksikan tiga kejadian serangan bom semalam. Polis menemui beberapa butir bom buatan sendiri di dalam rumah berkenaan.
Selepas letupan itu, lelaki Iran terbabit menahan sebuah teksi di tepi jalan di lorong itu, tetapi dia melemparkan sebiji bom ke arah teksi berkenaan apabila pemandu teksi enggan berhenti setelah diberi amaran oleh orang awam bahawa lelaki terbabit membawa bom.
Timbalan Ketua Polis Negara Thailand berkata, kereta peronda polis berjaya memintas pengebom itu di hadapan sebuah sekolah di Jalan Sukhumvit 71 dan lelaki terbabit membaling bom ketiga ke arah kereta peronda tetapi bom berkenaan melantun semula ke arahnya dan meletup.
Pegawai-pegawai Israel memberitahu ABC News bahawa pihaknya tidak tahu sasaran sebenar Moradi.
Jurucakap kerajaan Thailanad, Thitima Chaisaeng berkata, "kami memerlukan lebih banyak analisis" untuk menentukan siapa di sebalik serangan dan sama ada Iran benar-benar terlibat.
'via Blog this'
Arab sedia bekal pemberontak Syria senjata
'via Blog this'
Spekulasi susuli kematian Whitney Houston
Seorang kanak-kanak meletakkan bunga bagi memperingati kematian penyanyi bersuara lantang, Whitney Houston yang ditemui mati di Hotel Beverky Hilton, Los Angeles, Sabtu lalu. - AFP |
LOS ANGELES 14 Feb. - Pelbagai spekulasi timbul sejak bintang legenda Whitney Houston ditemui mati di bilik hotelnya pada Sabtu lalu namun punca sebenar kejadian tersebut masih belum diketahui sehingga kini.
'via Blog this'
Apple Inc. ketepi Google
iPad merupakan antara gajet Apple yang mendapat sambutan tinggi. - AGENSI |
SAN FRANCISCO 14 Feb. - Apple mengenepikan Google sebagai syarikat paling dipandang tinggi oleh pengguna, menurut hasil kajian Harris Interactive yang dikeluarkan semalam.
'via Blog this'
Khalwat: JAIPP tahan 14 pasangan
'via Blog this'
Abu Qatada dibebas di Britain
'via Blog this'
Tiga kali ditangkap khalwat
ANGGOTA Penguat Kuasa JAIJ (kanan) bertanyakan sesuatu kepada sepasang kekasih dalam serbuan di sebuah hotel di Johor Bahru, malam kelmarin. - UTUSAN/Baazlan Ibrahim. |
JOHOR BAHRU 14 Feb. - Seorang wanita yang pernah dua kali ditahan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) kerana berkhalwat, sekali lagi dicekup dalam Ops Kekasih di sebuah hotel murah di Taman Puteri Wangsa di sini, semalam.
'via Blog this'
12 militan terbunuh digempur tentera
'via Blog this'
Gempa berskala 6.5 gegarkan Solomon
'via Blog this'
Iran nafi dalangi letupan
Para penyiasat mengumpul bukti dari sebuah kereta yang meletup berhampiran Kedutaan Israel di New Delhi semalam. - AFP |
TEHERAN 14 Feb. - Iran hari ini menafikan tuduhan Israel bahawa negara ini mendalangi serangan ke atas kakitangan Kedutaan Israel di India dan Georgia.
'via Blog this'
Wanita pekak, bisu hamba seks
Wanita itu yang tidak diketahui usia sebenar, berkata dia berumur kira-kira 10 tahun apabila dibawa ke bandar utara di Manchester sebagai seorang pembantu rumah pada 2000. Mangsa tidak dinamakan atas alasan perundangan.
Sepasang suami isteri dari Pakistan — Ilyas Ashar, 83, dan isterinya Tallat Ashar, 66, — didakwa kerana mengurung mangsa, dituduh menyeludup manusia, melakukan kesalahan seksual serta berkelakuan ganas. Mereka tidak mengaku salah atas tuduhan terbabit.
Apabila pendakwa raya menunjukkan gambar Ilyas Ashar, katanya: “Dia adalah orang yang melakukan hubungan seks dengan saya.” – AP
'via Blog this'
Lelaki Iran bawa bom di Bangkok
ORANG ramai melihat suspek yang cedera
selepas bom dibawanya meletup di luar
sebuah sekolah di Bangkok, semalam.
|
5 cedera dalam beberapa letupan, pasport dedah kewarganegaraan
BANGKOK: Seorang lelaki Iran membawa bahan letupan menerima padah semalam apabila kakinya putus kerana bom dibawanya meletup selain mencederakan empat orang lain dalam beberapa letupan di ibu kota Thailand.
Pasukan keselamatan menemui lebih banyak bahan letupan dalam rumah disewa penyerang di ibu kota ini, namun tidak diketahui sasarannya, kata pegawai kanan polis, Jeneral Pansiri Prapawat.
Pihak berkuasa tidak membuat kenyataan segera mengatakan sama ada insiden itu berkaitan tetapi jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor di Baitulmaqdis berkata: “Kami tidak menolak sebarang kemungkinan.”
Satu daripada letupan itu merosakkan sebuah teksi dan sebutir bom tangan meletup selepas penyerang berada di luar sebuah sekolah Thai, kata pegawai kanan polis, Kolonel Warawut Taweechaikarn.
Gambar lelaki Iran yang cedera menunjukkan badannya diselaputi jelaga di kawasan luar sebuah sekolah dengan kaca pecah bertaburan. Sebuah bungkusan hitam ditemui berhampiran disiasat unit pemusnah bom.
Pansiri berkata, sekeping pasport ditemui di tempat kejadian menyatakan lelaki terbabit bernama Saeid Moradi berasal dari Iran.
Tiga lelaki dan seorang wanita tempatan dibawa ke Hospital Kluaynamthai untuk rawatan akibat cedera, kata Suwinai Busarakamwong, seorang doktor.
Letupan ketiga berlaku di sebuah rumah sewa jalan sama, sebuah kawasan perniagaan, namun tidak mencederakan sesiapa.
Bulan lalu, seorang lelaki Lubnan-Sweden yang didakwa ada kaitan dengan militan pro-Iran, Hizbullah, ditahan polis Thai. Dia membawa pihak berkuasa ke sebuah gudang dipenuhi dengan lebih 4,000 kilogram baja urea dan beberapa liter cecair ammonium nitrat.
Israel dan Amerika ketika itu memberi amaran penduduk mereka berjaga-jaga di ibu kota ini, namun pihak berkuasa Thailand berkata negara itu jelas tempat persinggahan namun bukan sasaran serangan. – AP
'via Blog this'