Pages

Thursday, July 5, 2012

Tak sangka miliki cemeti emas asli

Tak sangka miliki cemeti emas asli
Mazlan (kanan) dan rakan-rakannya bersama cemeti emas kuning terbabit yang berbentuk naga air.
BALING - Seorang kontraktor teruja setelah mendapati cemeti lama yang dimilikinya selama ini adalah cemeti emas kuning asli dipercayai berusia beratus tahun lalu.

Mazlan Md Nor, 48, terkejut setelah seorang tukang emas mengesahkan cemeti yang dimilikinya itu cemeti emas kuning asli yang sukar diperoleh kini.

Cemeti terbabit berbentuk naga air seberat 1,100 gram dan panjangnya kira-kira setengah meter. Menurutnya, khazanah berkenaan disimpannya sejak berusia seawal 20-an setelah diserahkan oleh ayahnya Md Nor Abdul Hamid, 80.

“Cemeti ini berasal dari nenek moyang saya. Kemudian diserahkan kepada ayah seterusnya kepada saya.

“Saya difahamkan, cemeti itu berasal dari Mataram, Indonesia dan peralatan istiadat kerajaan di Indonesia ketika waktu dulu,” katanya. Mazlan berkata, dia hanya simpan khazanah itu di dalam rumahnya dan jarang menceritakan perkara itu kepada orang lain melainkan rakan baik.

“Saya tidak menyangka itu adalah emas tulen sehinggalah ada seseorang tukang emas yang ingin mengesahkan ketulenan cemeti itu.

“Malah corak cemeti itu buatan tangan,” katanya.

Dia berkata, tukang emas itu menyarankan kepadanya agar tidak sama sekali menyerahkan cemeti itu kepada orang lain kerana dipercayai mempunyai kuasa tertentu.

“Namun, sebagai seorang Muslim, saya tidak boleh terlalu mengagungagungkan cemeti itu. Saya cuma terkejut kerana cemeti itu cemeti tulen,” katanya.

Katanya, terdapat pihak yang pernah menawarkannya RM200,000 untuk memiliki khazanah terbabit, tetapi dia terpaksa menolak atas alasan tertentu.

Mazlan berkata, dia berharap pihak yang berkenaan terutama bahagian kaji sejarah mengkaji terlebih dahulu cemeti itu.

“Saya ingin tahu asal usul cemeti ini, adakah ia milik sebuah kerajaan dulu kala ataupun ia hanya barangan purba yang ditinggalkan oleh masyarakat terdahulu.

“Justeru, sama amat mengalualukan pihak berwajib dapat tampil bagi membuat kajian mengenai khazanah ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pakar sejarah mahupun sesiapa yang berpengetahuan mengenai khazanah ini boleh menghubunginya menerusi 017-4806789. Tak sangka miliki cemeti emas asli - Utara - Sinar Harian:

Mayat 2 juruterbang jet Turki ditembak Syria ditemui

Turki dakwa Syria tembak jet kedua
Jet pejuang Turki F-4 ditembak jatuh oleh Syria - Foto EPA
ANKARA - Dua juruterbang jet pejuang Turki yang terbunuh selepas ditembak jatuh oleh tentera Syria bulan lalu ditemui kira-kira 1,000 meter di dasar laut sebelah barat Laut Mediterranean.
Jenazah Leftenan Hasan Huseyin Aksoy dan Kapten Gokhan Ertan ditemui oleh kapal ekslporasi lautan dalam AS.
Jet F-4 Phantom ditembak jatuh pada 22 Jun lalu selepas pihak berkuasa Syria mendakwa ia telah melanggar ruang udara, satu tuntutan dinafikan oleh Turki.
Dalam satu temu bual dengan akhbar Turki, Presiden Bashar al-Assad kesal dengan insiden menembak jatuh pesawat tersebut.


Mayat 2 juruterbang jet Turki ditembak Syria ditemui - Global - Sinar Harian:

Wanita umur 30 tahun 'tak laku'

Wanita umur 30 tahun 'tak laku' - Global - Sinar Harian: "ABU DHABI - Wanita bujang mencecah usia 30 tahun di Emeriyah Arab Bersatu (UAE) dianggap 'tidak laku' kerana usia itu didakwa terlalu tua untuk berkahwin.

Ahli Majlis Kebangsaan Persekutuan (FNC), Said al- Kitbi berkata, statistik menunjukkan lebih 60 peratus wanita memilih untuk hidup membujang sehingga perkara itu menimbulkan kebimbangan.

Menurutnya, isu ini menjadi fokus perbincangan oleh badan khas perunding yang ditubuhkan oleh kerajaan.

"Jika masalah ini dibiarkan ia boleh menyumbang kepada masalah demografi yang serius," katanya.

Beliau berkata, kini terdapat lebih daripada 175,000 wanita UAE berusia lingkungan 30 tahun masih belum berkahwin."

'via Blog this'

Suu Kyi tetap gelar Myanmar sebagai Burma

Aung San Suu Kyi
Aung San Suu Kyi
YANGON - Pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi menyifatkan tiada salahnya menggelar Mynamar sebagai Burma ketika berucap atau menghadiri persidangan antarabangsa.
Kebanyakan aktivis pembangkang menggunakan nama Burma sebagai simbol protes terhadap pemerintahan tentera junta yang berkuasa sejak dua dekad lalu.
Minggu lalu, Suruhanjaya Pilihan raya Myanmar terkilan, apabila Suu Kyi berkali-kali menggelar Myanmar sebagai Burma ketika lawatannya ke Thailand dan Eropah barubaru ini.
Kelmarin, suruhanjaya penyelia undang-undang berkaitan parti politik berkata, tindakan beliau itu disifatkan keterlaluan dan perlu dihentikan  segera.
Sementara itu, Suu Kyi ketika ditemui Selasa lalu berkata, istilah Burma telah diubah pada tahun 1989 tanpa berunding dan mengambil kira pendapat awam.
Beliau juga bertegas akan menggunakan apa sahaja istilah yang dirasakan relevan kerana perbezaan itu hanya wujud dalam penggunaan bahasa Inggeris dan bukannya dari bahasa ibunda



Suu Kyi tetap gelar Myanmar sebagai Burma - Global - Sinar Harian:

30 pekerja bunuh diri, bekas CEO France Telecom disiasat

Didier Lombard
Didier Lombard
PARIS - Pihak berkuasa Perancis telah memulakan siasatan ke atas bekas ketua eksekutif France Telecom, Didier Lombard berhubung dakwaan penganiayaan - dipercayai membawa kepada kematian lebih 30 pekerjanya antara 2008 dan 2009.
Beliau dipercayai bertanggungjawab atas kejadian berkenaan.
Siasatan kini berada di peringkat akhir sebelum dibawa kepada pihak pendakwa raya.
Lombard menulis dalam Le Monde bahawa penyusunan semula syarikat itu membuatkan ramai pekerja kecewa dan membunuh diri.
Beliau terpaksa berundur diri daripada memegang jawatan  beliau pada 2010 dan diikat jamin 100,000 euro (A$125,000 atau RM625,000).
Semasa Lombart menjadi ketua eksekutif France Telecom pada tahun 2005, beliau telah menjadi punca puhuhan ribu pekerja dibuang kerja.
Kadar bunuh diri di France Telecom adalah lebih tinggi dan ini menarik perhatian para media, lapor BBC.
Menurut laporan itu lagi, kebanyakan mereka yang bunuh diri meninggalkan nota menyalahkan tekanan daripada pihak pengurusan.

Krisis Syria: Barat cuba putar belit

Krisis Syria: Barat cuba putar belit
Pelan peralihan PBB itu didakwa bertujuan menamatkan pergolakan di Syria.
MOSCOW - Rusia, kelmarin menuduh Barat cuba memutar-belitkan perjanjian berhubung rancangan pelan peralihan di Syria yang bertujuan untuk menghentikan konflik di negara itu.
Kenyataan lantang tersebut dikeluarkan selepas Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Kofi Annan menegaskan gencatan senjata di Syria juga amat penting untuk dilaksanakan bersama pelan peralihan itu, selepas menerima cadangan  daripada sebuah negara Barat.
Dalam satu kenyataan, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, beliau bersetuju dengan pelan dibentangkan di Geneva pada Sabtu lalu tetapi negara Barat lebih suka menyuarakan pendapat masing-masing.
Lavrov melihat tindakan itu akan menyebabkan pelan peralihan tersebut, mungkin terpaksa diubah semula.
"Pelan peralihan itu tidak boleh diubah sewenang- wenangnya berdasarkan pendapat sendiri. Kita sepatutnya mengikut apa yang telah dipersetujui," katanya.
Sementara itu, agensi berita di Mesir melaporkan wakil pembangkang Syria yang menyertai rundingan bersama Rusia sebulat suara menegaskan pergolakan politik di negara tersebut boleh diselesaikan dengan pengunduran Presiden Bashar al-Assad.
Mereka turut menuntut pasukan keselamatan Assad menghentikan pembunuhan ke atas orang awam dan membebaskan tahanan antikerajaan.
Angka korban keganasan di negara itu kini mencecah lebih 16,000 orang.

Syak anak lari ke Lombok

Syak anak lari ke Lombok
Aryanti menunjukkan laporan polis dan gambar anaknya yang dipercayai lari mengikut kekasih ke Lombok.
KUALA LUMPUR - Ibu kepada seorang remaja berusia 13 tahun yang menghilangkan diri sejak 20 Jun lalu mengesyaki anak gadisnya itu mengikut teman lelaki pulang ke Lombok, Indonesia. Noor Aryanti Abu, 36, berkata, anaknya   membuat lebih dari 40 panggilan dan menghantar 17 khidmat pesanan ringkas kepada lelaki itu, pada hari sama dia hilang.

Menurutnya, dia mendapat maklumat panggilan itu menerusi data panggilan daripada syarikat telekomunikasi nombor digunakan oleh anaknya, Nur Sahira Mat Radzi, 13, yang didaftarkan atas namanya.

“Saya dapati, terdapat satu nombor kerap dihubungi pada hari dia hilang,.

"Saya hubungi semua nombor yang ada kecuali satu nombor kerap dihubungi itu, di mana saya serahkan kepada pihak polis,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Aryanti berkata, Sahira sebelum ini pernah hilang dari rumah ketika November 2011, Januari 2012, dan terakhir pada April lalu, namun pulang seperti biasa tidak lama kemudian.

Dia melaporkan kehilangan anaknya itu di Balai Polis Ampang pada 25 Jun lalu. “Saya bimbang Sahira akan dibawa ke Lombok. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana keadaannya nanti,” katanya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat, boleh menghubungi Aryanti atau suaminya, Mat Radzi Hamzah di talian 016-2914998.Syak anak lari ke Lombok - Selangor & KL - Sinar Harian:

Tedung selar bersarang di siling

Tedung selar bersarang di siling
Tedung selar sepanjang empat meter berjaya ditangkap JPAM di kampung Banggol Judah.
MACHANG - Dua lelaki di sini, terkejut apabila haiwan disangka biawak di atas siling rumah mereka rupanya ular tedung selar.

Mereka mula menyedarinya apabila ternampak kepala haiwan tersebut ketika mencuci rumah.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Machang, Mohd Razman Ramli berkata, ular tersebut dipercayai bersembunyi di sana agak lama berdasarkan penemuan pelbagai bangkai.

Katanya, operasi menangkap ular itu memakan masa hampir empat jam apabila ular tersebut bersembunyi di atas siling hingga memaksa anggotanya memecahkan syiling bagi memudahkan tangkapan.

“Ular itu dianggarkan seberat 10 kilogram dengan panjang, empat meter. Ia merupakan, antara tangkapan terbesar pada tahun ini.

“Operasi ini melibatkan empat anggota JPAM dan berjalan dengan lancar walaupun menghadapi kesukaran apabila ia bersembunyi di atas siling rumah,” katanya.

Mohd Razman berkata, sepanjang bulan lalu, sebanyak empat ekor ular tedung selar berjaya ditangkap berdasarkan aduan penduduk.

Katanya, kes melibatkan tangkapan ular antara yang tertinggi yang mana, 50 ekor ular berjaya ditangkap pada bulan lalu.

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD), JPAM Machang di talian 09- 9750262 atau 09-9750260 bagi mendapatkan bantuan di saatsaat kecemasan.

“PKOD beroperasi 24 jam dengan menawarkan pelbagai bantuan kecemasan sama ada kemalangan jalan raya, tempat kerja, kebakaran, lemas, tangkapan ular, memusnahkan sarang serangga dan pelbagai jenis kecemasan,” katanya.

Mohd Razman berkata, JPAM mempunyai peralatan yang mencukupi serta kakitangan terlatih dalam usaha membantu orang ramai. Tedung selar bersarang di siling - Kelantan - Sinar Harian:

Penyakit misteri Kemboja disiasat

Kanak-kanak Kemboja hidap  penyakit misteri.
Kanak-kanak Kemboja hidap penyakit misteri.
60 kanak-kanak mati dalam tempoh tiga bulan 

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan akan sentiasa mendapatkan perkembangan terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung penyakit misteri yang menyebabkan kematian 60 kanak-kanak Kemboja dalam tempoh tiga bulan lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman, berkata walaupun kes penyakit itu belum dilaporkan berlaku di negara ini, pihaknya sentiasa mengambil langkah pengawalan dan berjaga-jaga bagi memastikan ia tidak menular ke sini. 
“Kita sudah mendapatkan laporan daripada WHO sebentar tadi (semalam) dan dimaklumkan 46 daripada 60 kanak-kanak itu meninggal dunia dalam tempoh 24 jam selepas dimasukkan ke hospital, selain dikesan mengalami radang paru-paru. 

“Malah, mereka (WHO) menyatakan bahawa wabak berkenaan (kes kematian yang dilaporkan) tiada kaitan antara satu sama lain dan ini bukan penyakit berjangkit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Semalam, WHO mengesahkan wujudnya sejenis penyakit yang belum dikenal pasti, membunuh 60 kanak-kanak Kemboja dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini.

Pakar seludup ubat masuk Syria

Penduduk Syria mengangkat seorang lelaki yang cedera akibat serangan bom tentera kerajaan di Qusayr, berhampiran Homs semalam.Penduduk Syria mengangkat seorang lelaki yang cedera akibat serangan bom tentera kerajaan di Qusayr, berhampiran Homs semalam.
Doktor hadapi risiko kena tangkap rawat penduduk cedera 

Dubai: Bantuan perubatan yang dikumpul oleh pakar diseludup ke Syria ketika doktor yang berdepan risiko ditangkap dan diseksa, bergelut dalam diam untuk merawat semakin ramai penduduk yang cedera di negara bergolak itu, kata aktivis. Penyeludup membawa bantuan dengan berjalan kaki selama lebih sejam di sepanjang laluan sukar antara Turki dan Syria sebelum tiba di sempadan untuk diserahkan kepada anggota sindiket berkenaan yang membawanya dengan kenderaan ke kawasan yang memerlukan. 
Perjalanan berdepan bahaya kerana penyeludup boleh ditahan atau ditembak oleh tentera Syria, tetapi ia kekal kurang berisiko berbanding membawa aktivis yang cedera dalam keganasan ke hospital kerajaan yang memudahkan mereka ditangkap. 

“Bagi pihak berkuasa Syria, ditangkap membawa ubat sama seperti menyeludup senjata,” kata Khaled Mustafa, aktivis yang mengetuai jawatankuasa membantu pelarian Syria di Lubnan dan membantu mengumpul dan menyampaikan bantuan kepada mangsa konflik di tanah airnya itu. 

Ketika pihak berkuasa Turki membantu memudahkan perjalanan bantuan, aktivis berkata proses itu lebih sukar dari Lubnan berikutan pendirian berkecuali kerajaan negara itu terhadap pemberontakan di Syria. 

“Namun sumbangan yang diperoleh daripada pihak yang bersimpati dan bekalan perubatan dibeli daripada farmasi di seluruh Lubnan,” katanya. 
Ia kemudian diseludup dalam perjalanan yang mungkin mengambil masa daripada satu hari kepada seminggu, bergantung kepada kewaspadaan pihak berkuasa Syria di sepanjang sempadan. 

Bekalan diserahkan kepada aktivis di dalam negara itu yang membawanya ke tempat memerlukan dengan kawalan Tentera Pembebasan Syria. 

“Banyak bekalan perubatan dirampas dan banyak pasukan cuba menyeludup bantuan atau rakyat yang cedera ditangkap atau dibunuh oleh pihak berkuasa Syria,” kata Mustafa. 

Lebih 16,500 terbunuh sejak konflik 15 bulan itu bermula, kata kumpulan hak, dan rakyat Syria di luar negara meningkatkan usaha memberi bantuan kepada rakan senegara. - AFP

Amerika mohon maaf

Karachi: Beribu-ribu pemandu trak Pakistan semalam bersedia menyambung konvoi bekalan utama pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke Afghanistan dan menamatkan ketegangan selama tujuh bulan selepas Washington meminta maaf berhubung serangan udara. Pakistan bersetuju membuka semula laluan bekalan utama ke Afghanistan selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, memohon maaf di atas kematian 24 anggota tentera Pakistan dalam serangan udara November lalu. 
Perjanjian itu menamatkan perbalahan diplomatik selama tujuh bulan yang melihat hubungan Amerika Pakistan, yang goyah berikutan pembunuhan Osama bin Laden, semakin buruk dan menjadi penghalang kepada usaha Amerika dan pasukan NATO di Afghanistan. 

Persetujuan itu, yang diumumkan Clinton selepas bercakap di telefon dengan Menteri Luar Pakistan, Hina Rabbani Khar, berikutan berbulan-bulan sesi rundingan. 

Islamabad, sekutu utama kempen memerangi Taliban, menegaskan Washington perlu meminta maaf berikutan serangan pada November lalu apabila pesawat Amerika tersalah membunuh 24 anggota tentera Pakistan.

“Khar dan saya mengakui kesilapan yang menyebabkan kematian tentera Pakistan. Kami minta maaf di atas kehilangan yang dialami tentera Pakistan. 
“Kami komited untuk bekerja rapat dengan Pakistan dan Afghanistan untuk mengelakkan kejadian ini daripada berlaku lagi,” kata Clinton dalam kenyataan. 

Pakistan mengesahkan ia memutuskan untuk membuka semula laluan ke Afghanistan yang penting ketika tentera Amerika dan NATO mengundurkan tentera dan peralatan dari Afghanistan menjelang tarikh akhir 2014. 

“Pertemuan jawatankuasa pertahanan Kabinet Pakistan memutuskan untuk membuka semula laluan bekalan NATO,” kata Menteri Penerangan, Qamar Zaman Kaira, kepada wartawan di Islamabad. - AFP 

Tom Cruise dibayar paling tinggi

Tom Cruise
LOS ANGELES 4 Julai - Pelakon terkenal, Tom Cruise mengungguli senarai pelakon lelaki yang menerima bayaran paling tinggi di Hollywood, dengan memperoleh pendapatan berjumlah AS$75 juta (RM236 juta) antara Mei 2011 hingga Mei 2012, terbitan majalah Forbes.
Cruise yang menyambut hari jadi ke-50 semalam, mengukuhkan dirinya sebagai seorang daripada pelakon paling berpengaruh dan kaya di Hollywood sejak dia mula mencipta nama dalam filem Top Gun pada 1986.
Kejayaan Cruise disusuli dengan kutipan hasil tayangan filem lakonannya, Mission Impossible: Ghost Protocol yang mencecah AS$700 juta (RM2.2 bilion) di seluruh dunia.
Pendapatan Cruise itu hampir sekali ganda melebihi kekayaan yang diperoleh oleh dua aktor terkenal, Leonardo DiCaprio dan Adam Sandler yang berkongsi tempat kedua dengan pendapatan AS$37 juta (RM116 juta).
Bekas ahli gusti profesional, Dwayne ‘The Rock’ Johnson pula berada di tangga keempat dengan memperoleh pendapatan sebanyak AS$36 juta (RM113 juta) selepas satu daripada filemnya, Fast Five berjaya mengutip sebanyak AS$626 juta (RM1.9 bilion) sepanjang tayangannya.
Pelakon komedi, Ben Stiller meraih tempat kelima dengan gaji AS$33 juta (RM103 juta) manakala kedudukan keenam diduduki oleh Sacha Baron Cohen yang memperolehi pendapatan sebanyak AS$30 juta (RM94.5 juta).
Di tangga ketujuh ialah Johnny Depp AS$29.8 juta (RM94 juta); kelapan, Will Smith AS$29.5 juta (RM93 juta), kesembilan, Mark Wahlberg AS$27 juta (RM85 juta) dan kesepuluh, Taylor Lautner AS$26.5 juta (RM83.5 juta).
- AGENSI

Tayyip Erdogan didakwa seret Turki dalam pertumpahan darah di Syria

ANKARA 4 Julai - Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan telah menyeret Turki menjadi sebahagian daripada pertumpahan darah di Syria dengan mencampuri hal ehwal dalaman negara itu dan memberi bantuan logistik kepada pemberontak, menurut Presiden Bashar al-Assad kepada akhbar Turki.
Assad turut menuduh pemimpin Turki itu sebagai 'talam dua muka' kerana menggalakkan agenda perkauman di wilayah itu dan cuba menyakinkan Damsyik untuk memperkenalkan pembaharuan politik sementara mengendahkan pembunuhan dan runtuhnya demokratik di negara-negara Teluk Arab.
"Kemahuannya dari mula lagi untuk mencampuri urusan negara kami menyebabkan Turki kini menjadi sebahagian daripada pertumpahan darah di Syria.
"Negara itu telah menyalurkan sokongan logistik kepada pemberontak yang membunuh rakyat Syria," kata Assad yang dipetik oleh akhbar Cumhuriyet yang diterbitkan hari ini.
Assad berkata, beliau turut berharap tenteranya tidak menembak jatuh jet pejuang Turki bulan lalu, mengulangi pendirian pegawai Syria sebelum ini yang menyatakan mereka tidak mengetahui identiti pesawat terbabit ketika ia ditembak jatuh.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu bagaimanapun menolak komen Presiden Syria itu dan menyifatkannya sebagai satu penipuan dan tidak percaya beliau benar-benar kesal.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh akibat dibunuh oleh tentera Syria hari ini, menurut aktivis sehari selepas pembangkang yang berpecah-belah berusaha bersatu menyingkirkan Assad.
Jawatankuasa Penyelaras Tempatan berkata, mangsa yang maut kebanyakannya di wilayah Daraa.
Aktivis yang beribu pejabat berhampiran dengan ibu negara Damsyik memberitahu dpa, tentera rejim membina pelancar roket berhampiran kawasan pro-pembangkang di Arbeen, Harasta dan Douma. - REUTERS/DPA

Laluan Afghan dibuka semula

PEMANDU-pemandu terak berhenti di papan tanda menunjukkan jarak bandar-bandar di Afghanistan, di pekan Torkham, yang bersempadan dengan Pakistan, semalam. - REUTERS
WASHINGTON 4 Julai - Pakistan bersetuju membuka semula laluan utama saluran bekalan ke Afghanistan semalam, sekali gus menamatkan ketegangan selama beberapa bulan dengan Amerika Syarikat (AS).
Persetujuan itu dibuat selepas Setiausaha Jabatan Negara AS, Hillary Rodham Clinton memohon maaf atas kematian tentera Pakistan akibat serangan udara tentera AS.
Menurut pegawai AS, keputusan itu juga adalah sebahagian daripada persetujuan Washington untuk mencairkan kira-kira AS$1.1 bilion (RM3.5 bilion) ‘dana sokongan gabungan’ yang diwujudkan untuk membayar balik kepada Pakistan atas operasinya membanteras pengganas.
Dana itu sebelum ini dibekukan selepas tercetusnya ketegangan antara kedua-dua negara itu.
Persetujuan itu telah menamatkan perselisihan diplomatik selama tujuh bulan antara AS-Pakistan yang sebelum itu sememangnya tegang ekoran insiden pembunuhan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, menyebabkan usaha AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memerangi Taliban di Afghanistan terhalang.
Pengumuman persetujuan itu dibuat oleh Clinton selepas beliau bercakap melalui telefon dengan Menteri Luar Pakistan, Hina Rabbani Khar selepas beberapa bulan berunding.
Islamabad, sekutu utama AS memerangi Taliban, sebelum ini bertegas mahu Washington memohon maaf atas insiden serangan pada November lalu apabila pesawat AS tersalah melakukan serangan sehingga menyebabkan 24 tentera Pakistan terbunuh.
“Khar dan saya telah menyedari satu kesilapan telah berlaku yang mengakibatkan kematian tentera Pakistan.
“Kami memohon maaf atas penderitaan yang dialami oleh tentera Pakistan dan kami komited untuk bekerjasama dengan Islamabad dan Kabul bagi mengelak kejadian ini berulang," kata Clinton dalam kenyataannya.
Pakistan dalam pada itu mengesahkan bersetuju membuka semula laluan ke Afghanistan yang penting bagi AS dan NATO untuk mengeluarkan tentera dan kelengkapannya dari Afghanistan menjelang tarikh akhir 2014. - AFP

Desak batalkan Perjanjian Oslo


Penduduk Palestin mengambil bahagian dalam satu bantahan di bandar Tebing Barat, Ramallah kelmarin bagi mendesak penamatan Perjanjian Oslo yang bertujuan untuk mengekalkan keamanan dengan Isreal. - REUTERS
RAMALLAH , Palestin 4 Julai - Beratus-ratus penunjuk perasaan berarak ke pejabat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam bagi membantah hubungan diplomatik dengan Israel dan mengutuk kekejaman polis pada perhimpunan sebelum ini.
Sambil melaung-laungkan supaya Perjanjian Oslo yang mendorong kepada keamanan dengan Israel ditamatkan, peserta tunjuk perasaan yang memegang bendera juga memasuki pusat bandar Ramallah yang sesak di bawah pengawasan pihak keselamatan berpakaian awam.
Kumpulan keselamatan pada Ahad lalu, bertindak menghalang sekumpulan kecil penunjuk perasaan cuba menghampiri pejabat Abbas di kawasan jajahan Tebing Barat selain memukul beberapa wartawan yang membuat liputan peristiwa tersebut.
Bagaimanapun menurut sumber kerajaan semalam, polis diarahkan untuk membenarkan penunjuk perasaan menyampaikan mesej mereka ke dinding batu di kawasan Abbas.
''Jalan ini dibuka untuk kita hari ini dan ia merupakan keputusan politik. Mereka sedar bahawa keganasan sebelum ini menyebabkan mereka kelihatan agak buruk,'' kata Ali Nakhle, pelajar yang turut serta bersama kira-kira 400 peserta lain, rata-rata golongan muda.
Walaupun tidak ada slogan yang ditujukan khusus kepada Abbas sendiri, penunjuk perasaan memberi tindak balas terhadap pengumuman baru-baru ini bahawa presiden Palestin sudah bersedia untuk bertemu dengan Naib Perdana Menteri Israel, Shaul Mofaz.
Pertemuan yang dirancang akan menjadi mesyuarat peringkat tertinggi di antara kedua-dua pihak sejak rundingan damai pada tahun 2010 gagal.
Bagaimanapun, ia terpaksa dibatalkan setelah reaksi penduduk awam Palestin yang membantah keputusan itu. - REUTERS

Moscow digesa terima Bashar

myMetro | Moscow digesa terima Bashar: "MOSCOW: Negara Barat yang diketuai Amerika Syarikat mencari jalan untuk memujuk Russia membenarkan Presiden Bashar al-Assad hidup dalam buangan di negara itu sebagai jalan menamatkan krisis Syria.

Bagaimanapun, Moscow, sehingga ini tidak menyambut baik idea berkenaan meskipun sumber Kremlin meletakkan peluang Bashar dalam karier politiknya hanya tinggal 10 peratus, lapor akhbar Kommersant. - Reuters"

'via Blog this'

Barat cuba putar belit perjanjian: Russia

DAMSYIK: Russia semalam menuduh Barat cuba memutarbelitkan persetujuan mengenai peralihan kuasa di Syria selepas duta damai antarabangsa, Kofi Annan berkata, gencatan senjata di negara itu perlu dilaksanakan.
Menteri Luar, Sergei Lavrov mengalu-alukan perjanjian Geneva berdasarkan cadangan Annan dengan menyifatkannya sebagai langkah penting.

Beliau bagaimanapun menuduh Barat cuba memutarbelitkan perjanjian itu.
“Perjanjian itu bukan untuk ditakrifkan. Maksud sebenar perjanjian itu adalah seperti yang terkandung di dalamnya dan kita perlu patuh dengan perjanjian yang telah dicapai,” kata Lavrov.

Beliau berkata demikian sebaik saja jurucakap Annan, Ahmad Fawzi memberitahu wartawan, perubahan pendirian Russia dan sekutu diplomatiknya, China pada rundingan Geneva tidak boleh diperkecilkan.

Sabtu lalu, kuasa dunia bersetuju terhadap rancangan peralihan kuasa di Syria tetapi tidak membuat sebarang gesaan secara khusus supaya Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan.
Bagaimanapun, Barat serta-merta menjelaskan, mereka tidak melihat sebarang peranan untuk Bashar dalam kerajaan perpaduan Syria. - AFP

PM Turki ‘talam dua muka’: Bashar al-Assad

ANKARA: Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan dituduh menjadikan negaranya sebagai pihak yang terbabit dalam pertumpahan darah di Syria dengan mencampuri hal ehwal dalaman Damsyik dan memberi sokongan logistik kepada kumpulan pemberontak.
Dalam wawancara dengan akhbar Turki semalam, Presiden Syria, Bashar al-Assad menuduh pemimpin Turki berkenaan bersikap ‘talam dua muka’ dengan cuba mencapai agenda perkauman di rantau itu serta memujuk Damsyik melakukan pembaharuan politik tetapi pada masa sama tidak mengendahkan pembunuhan dan pemerintahan tidak demokratik di negara Teluk. 
“Dengan keinginan untuk campur tangan sejak awal lagi dalam urusan hal ehwal dalaman kami, dia menjadikan Turki sebagai pihak bertanggungjawab terhadap semua tindakan pertumpahan darah di Syria.

“Turki memberi semua bentuk sokongan logistik kepada pengganas untuk membunuh rakyat kami,” kata pemimpin Syria itu dalam bahagian kedua wawancara dengan akhbar Cumhuriyet yang disiarkan semalam.

Pada bahagian pertama, Bashar berkata, beliau kecewa tenteranya menembak jatuh pesawat Turki bulan lalu dan mengulangi pendirian rasmi Syria bahawa ia tidak tahu identiti kapal terbang berkenaan sebelum menembaknya jatuh. - Reuters

Palestin gesa siasatan terhadap kematian Arafat

RAMALLAH: Rakyat Palestin mahukan siasatan antarabangsa terhadap kematian bekas Presiden Yasser Arafat dilakukan selepas siasatan menunjukkan beliau mungkin mati akibat diracun.

“Kami menggesa pembentukan jawatankuasa antarabangsa seperti jawatankuasa antarabangsa yang menyiasat pembunuhan bekas Perdana Menteri Lubnan, Rafiq Hariri,” kata pegawai kanan Palestin, Saeb Erakat.


Gesaan itu dibuat sehari selepas rangkaian televisyen Al-Jazeera menyiarkan keputusan siasatan terhadap kematian Arafat yang meninggal dunia pada 2004.

Keputusan siasatan itu menunjukkan pemimpin Palestin itu mungkin diracun dengan logam radioaktif polonium.


Menurut al-Jazeera, analisis terhadap barangan milik Arafat yang diserahkan kepada isterinya oleh hospital di Paris, tempat beliau meninggal dunia menunjukkan kehadiran bahan radioaktif yang tinggi.


Bekas perisik Russia, Alexander Litvinenko yang kemudian menjadi pengkritik Kremlin, mati di London pada 2006 selepas meminum teh yang dicemar dengan polonium.



Ketua Institut Radiasi Fizik Universiti Lausanne, Francois Bochud, adalah antara saintis yang bekerjasama dengan Al-Jazeera untuk menganalisis kematian Arafat dan barangan miliknya.


“Rumusannya ialah kami menemui polonium pada barangan milik Arafat,” katanya kepada Al-Jazeera. - AP

Israel, Amerika sasaran Iran

DUBAI: Iran mengancam memusnahkan pangkalan tentera Amerika Syarikat di seluruh Asia Barat dan mensasarkan Israel dalam masa beberapa minit selepas ia diserang lapor media negara itu, semalam.
Dalam pada itu, Pengawal Revolusi Iran meneruskan ujian peluru berpandu yang masuk hari ketiga.

Israel membayangkan ia mungkin menyerang Iran jika usaha secara diplomatik gagal menghentikan program nuklear Republik Islam itu.
Amerika Syarikat juga membayangkan untuk mengambil tindakan ketenteraan sebagai pilihan terakhir tetapi sering mendesak Israel memberi masa kepada sekatan ekonomi untuk memberi kesan terhadap Iran, “Semua pangkalan berada dalam sasaran peluru berpandu kami dan Israel adalah sasaran baik kami,” kata Pemerintah Bahagian Angkasa Lepas Pengawal Revolusi, Amir Ali Haji Zadeh.

Menurut Amir, 35 pangkalan tentera Amerika Syarikat berada dalam jangkauan peluru berpandu Iran dengan yang paling canggih, menurut pegawai tentera negara itu, boleh menjejaki sasaran sejauh 2,000 kilometer.

“Kami sudah merancang menubuhkan pangkalan dan menempatkan peluru berpandu untuk memusnahkan semua pangkalan Amerika sebaik saja diserang,” katanya.
Tidak dapat dipastikan dari mana Amir memperoleh jumlah pangkalan tentera Amerika Syarikat di rantau berkenaan.

Kemudahan tentera Amerika Syarikat di Asia Barat terletak di Bahrain, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Turki. Amerika Syarikat juga mempunyai kira-kira 10 pangkalan lagi di Afghanistan dan Kyrgyzstan.
Penganalisis Pertahanan sentiasa sangsi mengenai apa yang mereka sifatkan sebagai kemampuan ketenteraan yang sengaja dibesar-besarkan oleh Iran dan berkata, keupayaan negara itu tidak dapat menandingi kecanggihan sistem pertahanan Amerika Syarikat.

Media Iran melaporkan minggu ini, ujian membabitkan puluhan peluru berpandu negara itu dan pesawat tanpa juruterbang yang dibina sendiri Iran berjaya memusnahkan pangkalan udara tiruan. - Reuters

Jerman digesa lindungi amalan khatan anak lelaki

COLOGNE: Pemimpin masyarakat Islam Jerman semalam menggesa anggota Parlimen negara itu meluluskan undang-undang yang melindungi hak untuk mengkhatankan kanak-kanak lelaki Muslim.
Gesaan itu dibuat selepas sebuah mahkamah memutuskan mengharam amalan itu apabila dilakukan atas alasan agama.

Kira-kira 20 pertubuhan mewakili kebanyakan empat juta penganut Islam Jerman berkata, Parlimen perlu memastikan kebebasan beragama dengan menghapuskan ketidaktentuan undang-undang berhubung amalan berkhatan sejak mahkamah di Cologne mengumumkan keputusannya 26 Jun lalu.
“Kami menggesa Parlimen Jerman dan kerajaan bertindak secepat mungkin untuk mengakhiri ketidaktentuan undang-undang dan mewujudkan perundangan yang membolehkan kanak-kanak lelaki Islam dikhatankan,” kata Gurcan Mert, pemimpin Kesatuan Islam Keturunan Turki yang bercakap bagi pihak kumpulan lain.

Dalam keputusan yang turut mencetuskan kemarahan di kalangan kumpulan masyarakat Yahudi di negara itu dan berkemungkinan menjadi contoh dalam kes perundangan lain, mahkamah di bandar barat Jerman ini menolak tindakan seorang doktor yang mengkhatankan seorang budak Islam berusia empat tahun atas kehendak ibu bapanya.

Hakim mendapati hak asasi kanak-kanak itu mengatasi hak ibu bapanya.

Ikan duyung hanya dongeng

TIADA bukti menunjukkan ikan duyung pernah ditemui.
TIADA bukti menunjukkan ikan duyung pernah ditemui.
LOS ANGELES: Persoalan sama ada ikan duyung wujud atau tidak ditamatkan baru-baru ini apabila sebuah agensi saintifik Amerika Syarikat mengesahkan makhluk laut itu tidak wujud.
Pentadbiran Lautan dan Atmosferik Kebangsaan Amerika mengesahkan tidak ada bukti menunjukkan makhluk separuh manusia separuh ikan itu wujud.

Agensi berkenaan mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menjelaskan bahawa spesies laut itu tidak wujud selepas menerima beberapa panggilan berikutan tayangan oleh saluran Animal Planet berjudul: Mermaid: The Body Found yang mengelirukan beberapa penonton. Selepas siaran rancangan fiksyen itu, yang direka untuk mempunyai format sama dengan sebuah dokumentari, beberapa penonton menelefon agensi berkenaan untuk mengetahui lebih banyak mengenai makhluk itu.
Agensi itu mengeluarkan kenyataan menerusi bahagian Fakta Lautan, mengakhiri teori kewujudan ikan duyung.

Kenyataan itu berbunyi: “Adakah ikan duyung wujud? Tidak ada bukti menunjukkan ia pernah ditemui.” Kenyataan itu seterusnya menerangkan bagaimana makhluk feminin itu ditemui pertama kali pada lukisan di gua kira-kira 30,000 tahun lalu.

Agensi terbabit menggabungkan kenyataan itu menerusi maklumat yang sudah sedia diperoleh untuk orang awam kerana ia tidak mempunyai program yang khusus untuk mengkaji ikan duyung, kata jurucakapnya, Carol Kavanagh kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Pusat Kawalan dan Pencegahan Wabak mengeluarkan kenyataan bulan lalu bahawa zombi tidak wujud.

Pusat berkenaan membuat kenyataan itu berikutan tersebar khabar angin kononnya seorang lelaki, Rudy Eugene, 31, ditembak mati oleh polis ketika mukanya berubah seperti zombi. - DM

Ikan paus tiga tan ditemui mati



SEEKOR ikan paus seberat tiga tan terdampar di sebuah pantai dekat Puerto Eten kelmarin.


PUERTO ETEN, Peru - Seekor ikan paus spesies humpback sepanjang tujuh meter ditemui mati terdampar di sebuah pantai dekat sini kelmarin.
Menurut laporan media, pakar-pakar hidupan marin mengumpulkan sampel daripada ikan seberat tiga tan itu bagi mengetahui punca kematian haiwan tersebut. - REUTERS

Tumor 23kg dalam perut wanita


GAMBAR menunjukkan tumor yang dikeluarkan dari dalam perut Evelyn.


NEW YORK - Tumor seberat 23 kilogram (kg) telah dikeluarkan dari dalam perut seorang wanita berusia 65 tahun, kata seorang doktor, David Dupree kelmarin.
"Dia merupakan seorang wanita yang kurus dengan mempunyai perut yang besar. Maksud saya ialah dia kelihatan seperti hamil kembar tiga," katanya yang mengetuai pembedahan untuk mengeluarkan tumor tersebut.
Pembedahan selama lima jam itu dilakukan di Pusat Perubatan Riverview di Red Bank, New Jersey.
Wanita yang berasal dari Union Beach, New Jersey itu hanya mahu dikenali sebagai Evelyn.
Kira-kira enam hingga lapan minggu sebelum dirawat di hospital, wanita itu berasa tidak selesa dengan perutnya.
Dr. Dupree berkata, Evelyn mendapatkan bantuan perubatan pada 4 Jun lalu beberapa hari selepas hari ulang tahun kelahirannya yang ke-65.
Menurutnya, wanita itu sebelum ini menangguhkan untuk mendapatkan rawatan perubatan kerana dia tidak mempunyai insurans kesihatan.
Dia kemudian memperoleh insurans menerusi program penjagaan kesihatan yang dilaksanakan pemerintah Amerika Syarikat secara automatik kerana umurnya mencecah 65 tahun.
Ketika dia mendapatkan rawatan perubatan, berat badannya lebih 77kg.
Evelyn dibedah selepas dia mengalami kesukaran pernafasan pada Ahad lalu.
Sebelum dibedah, kedua-dua kakinya bengkak kerana aliran darahnya terperangkap dan tubuhnya kekurangan air.
Imbasan X-ray menunjukkan tumor itu dikenali sebagai malignant sarcoma yang menghimpit saluran yang mengalirkan darah ke jantung. - Reuters

Saintis temui 'partikel Tuhan'



HEUER (dua dari kanan) melihat skrin yang mendedahkan tentang penemuan 'partikel Tuhan' pada satu seminar di Organisasi Eropah Untuk Penyelidikan Nuklear, Geneva semalam.


GENEVA, Switzerland - Saintis-saintis makmal Organisasi Eropah Untuk Penyelidikan Nuklear (CERN) bersorak gembira selepas mereka menemui partikel subatom baharu yang menyerupai partikel Higgs Boson yang dicari selama ini, kata satu kenyataan makmal berkenaan di sini semalam.
CERN merupakan makmal terbesar di dunia yang melakukan eksperimen perlanggaran antara atom.
Partikel baharu itu juga digelarkan sebagai 'partikel Tuhan'.
Pengumuman tentang penemuan itu dibuat oleh beberapa saintis CERN kepada media di sini semalam selepas didedahkan pada satu seminar tentang partikel berkenaan.
Penemuan itu menjelaskan tentang aspek kenapa semua benda di alam semesta mempunyai berat dan bentuk.
Partikel baharu itu akan 'melekat' pada benda yang membolehkan sesuatu benda tersebut mempunyai bentuk dan saiz.
"Kami kini menemui elemen penting yang membuka lembaran baharu bidang fizik partikel," kata Pengarah CERN, Rolf Heuer kepada sekumpulan saintis di sini.
"Pendek kata, saya berpendapat kami telah berjaya. Kami menemui partikel baharu yang konsisten dengan Higgs Boson," tambahnya seperti dilaporkan agensi berita dpa.
Nama Higgs Boson datang daripada seorang ahli fizik Britain, Peter Higgs yang membayangkan kewujudan partikel pemberi jisim pada alam semesta ketika dia bersiar-siar di Pergunungan Cairngorm, Scotland, pada tahun 1964.
Partikel tersebut dilihat sebagai kunci kepada pemahaman tentang kenapa setiap objek mempunyai jisim yang apabila bercantum dengan graviti, akan memberikan berat pada objek berkenaan.
Penemuan terbaharu ini dilihat sama pentingnya dengan penemuan graviti oleh saintis Britain, Isaac Newton.
Pengetahuan tentang partikel Tuhan dapat memberikan pelbagai kegunaan dan faedah kepada para saintis.
Penemuan itu diperoleh selepas beberapa eksperimen dilakukan dengan menggunakan sebuah mesin penghentam atom CERN juga dikenali sebagai Penghentam Hadron Besar (LHC) yang berharga AS$10 bilion (RM31.5 bilion).
Mesin itu dibina di sempadan Switzerland-Perancis. - Agensi

Kubur Arafat mungkin digali



ARAFAT (kanan) dibantunya isterinya, Suha meninggalkan Tebing Barat, Ramallah untuk menuju ke Perancis pada 29 Oktober 2004.


RAMALLAH, Tebing Barat - Kubur pemimpin Palestin, Yasser Arafat mungkin akan digali bagi membolehkan lebih banyak ujian dilakukan untuk menentukan punca kematiannya, kata Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas semalam.
Beliau membuat kenyataan tersebut selepas sebuah makmal Switzerland melaporkan, pihaknya menemui kandungan tinggi bahan radioaktif polonium pada beberapa barangan yang digunakan oleh Arafat beberapa hari sebelum kematiannya.
Kenyataan itu dibuat selepas balu Arafat, Suha dalam satu temu ramah yang disiarkan stesen televisyen Al-Jazeera menyatakan suaminya itu diracun dengan polonium.
Pegawai kanan Palestin, Saeb Erakat memberitahu agensi berita AFP, satu siasatan antarabangsa perlu diwujudkan bagi menentukan punca kematian Arafat.
Dalam wawancara bersama Al-Jazeera, Suha tidak menyatakan mengapa beliau menunggu hampir lapan tahun sebelum membenarkan beberapa barangan tersebut termasuk sebatang berus gigi dan topi untuk diuji.
Pada hari kematian Arafat, wanita tersebut enggan membenarkan mayat suaminya itu dibedah siasat.
Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera di luar Paris, Perancis pada November 2004 semasa berumur 75 tahun.
Beberapa doktor Perancis memberitahu, beliau mengalami pendarahan otak.
Namun, beberapa minggu sebelum itu, Arafat jatuh sakit di kediamannya di Tebing Barat.
Doktor-doktor termasuk beberapa pakar bebas yang menyemak rekod perubatan Arafat bagi pihak agensi berita Associated Press (AP) gagal mengenal pasti punca beliau mengalami pendarahan otak.
Spekulasi telah tersebar di dunia Arab bahawa beliau dibunuh oleh Israel yang menganggapnya sebagai halangan perjanjian damai Asia Barat.
Namun, seorang pegawai Israel menafikan rejim Zionis telah meracun Arafat.
Dalam satu temu ramah radio, Dov Weisglass yang pernah menjadi ketua kakitangan Perdana Menteri Israel ketika Arafat masih hidup, Ariel Sharon, menafikan laporan Al-Jazeera,
Menurut Weiglass, para pegawai Israel tidak pernah menimbang untuk membunuh Arafat.
Ketua Institut Radiasi Fizik di Laussanne, Francois Bochud memberitahu AP semalam bahawa makmalnya menguji beberapa barangan yang digunakan pada hari-hari terakhir Arafat selain beberapa barangan lain milik pemimpin tersebut.
Suha berkata, barangan itu disimpan di sebuah bilik selamat di pejabat peguamnya di Paris selepas kematian Arafat sehingga pihak Al-Jazeera menghubungi makmal berkenaan bagi pihaknya pada awal tahun ini.
Selepas ujian dilakukan, beberapa pakar menemui kuantiti kecil bahan radioaktif polonium pada seluar dalam Arafat dan pakaian hospital yang dipakainya.
Penemuan itu kata Bochud, tidak semestinya menunjukkan bahawa Arafat diracun.
Katanya, sukar untuk mengenal pasti sumber polonium tersebut.
"Apa yang kami tahu adalah terdapat tahap polonium yang tinggi yang membawa kepada hipotesis Arafat diracun tetapi hasil ujian ini bukan bukti bahawa beliau diracun," kata Bochud dalam satu wawancara telefon bersama AP.
Polonium paling dikenali kerana menyebabkan kematian bekas ejen perkhidmatan risikan KGB, Alexander Litvinenko di London pada 2006.
Litvinenko sebelum itu kerap mengkritik pemerintah Rusia. - Agensi

Pejabat Presiden Mesir dikerumuni rakyat



BEBERAPA penduduk mengetuk pintu pejabat Morsi manakala seorang lagi cuba memanjat pintu itu di Kaherah semalam.


KAHERAH - Ratusan penduduk Mesir mula mengunjungi pejabat Presiden Mesir, Mohammed Morsi di sini bagi mengadu masalah dan mencari penyelesaian daripadanya.
Pada Sabtu lalu, Morsi menyatakan pintunya akan dibuka kepada semua penduduk Mesir selepas beliau mengangkat sumpah jawatan.
Beberapa kakitangannya membenarkan para penunjuk perasaan untuk memasuki pejabat Morsi dan menyerahkan tuntutan permintaan mereka.
Seorang penduduk, Shehata Etman yang bekerja di sebuah kilang di Alexandria menyatakan beliau dipaksa untuk bersara awal dan tidak dibayar gaji.
Shehata mahu Morsi menyelesaikan masalah tersebut.
Beberapa wanita turut bergegas memasuki pejabat tersebut tetapi sempat dihalang oleh beberapa pengawal keselamatan.
Situasi itu tidak pernah dilihat semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yang meletakkan jawatan pada Februari tahun lalu.
Semalam, 50 guru mengadakan tunjuk perasaan bagi meminta mereka dijadikan staf tetap.
Tunjuk perasaan itu diadakan di depan pejabat Morsi. - AFP

Fadhilat Bulan Syaaban


Assalamualaikum…

Islam memberikan pelbagai peluang keemasan yang seharusnya diterokai dan diikuti oleh setiap penganutnya. Peluang yang diberikan oleh Islam ialah dengan memberikan pelbagai tawaran dan ganjaran yang akan diperolehi sekiranya mereka berusaha untuk mematuhi ajarannya. Inilah yang mencorakkan keindahan ajaran Islam. Semua ini bertindak sebagai pencetus daya motivasi mereka untuk terus berusaha dan bekerja di samping mengejar segala kebaikan dan menjauhi segala kejahatan. Kelebihan yang baik itu seterusnya diberikan hanya kepada mereka yang berusaha mencari kebaikan dan menghapuskan kejahatan.

Salah satu peluang yang mesti direbut itu adalah mengejar kebaikan yang hanya diberikan oleh Allah dalam bulan-bulan tertentu dan tidak pada bulan-bulan yang lain. Jika ada, ganjaran di bulan tersebut tentunya lebih baik lagi jika dibandingkan dengan kebaikan yang ada pada bulan-bulan yang lain. Sesungguhnya, setiap ganjaran akan diberikan oleh Allah kepada para hambaNya dalam bulan-bulan tertentu. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesungguhan mereka berusaha dan beramal, malah ini untuk kebaikan mereka juga. Inilah peluang keemasan yang semestinya mereka kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Sudah tentu, mereka pula janganlah semata-mata ingin memperolehi ganjaran itu, tetapi yang lebih utama adalah mendapatkan keredhaan Allah, dan inilah yang lebih penting. Kerana ganjaran baik itu akan mereka perolehi jika Allah meredhai amalan mereka.

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.

baca lagi di : http://www.wazy84.com/fadhilat-bulan-syaaban