Pages

Sunday, October 26, 2014

Kecewa anu kecil

Skopje: Seorang lelaki memotong kemaluannya dan mencampakkannya ke dalam tong sampah selepas dia ditinggalkan kekasihnya kerana gagal memuaskan nafsu seks wanita itu.
Oliver Ilac, 22, berkata, dia mengambil keputusan memotong kemaluannya kerana ia terlalu kecil.
Ilac bertindak demikian mengunakan pisau cukur.
Bagaimanapun, selepas tidak berjaya menghentikan pendarahan, dia menelefon perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
Dia dibawa ke hospital di Kocani, Macedonia, dan memberitahu petugas perubatan dia memotong kemaluannya itu kerana ia 'tidak berguna.'
Menurutnya, teman wanitanya memutuskan hubungan mereka selepas mencemuhnya kerana 'tidak hebat' di ranjang.
Polis menyelongkar rumahnya dan menemui alat sulit Ilac dalam tong sampah bersama-sama pisau cukur yang digunakannya.
Doktor tempatan gagal menyambung semula organ itu dan Ilac dihantar ke hospital lain di Skopje, tempat pakar bedah berjaya melakukan penyambungan semula itu dalam pembedahan selama lima jam.
Bagaimanapun, terlalu awal untuk menyatakan sama ada kemaluan Ilac itu boleh berfungsi seperti biasa.
Seorang lelaki Macedonia baru-baru ini juga memotong kemaluannya.
Bagaimanapun, tidak seperti Ilac, lelaki berkenaan membuangnya ke dalam tandas bagi memastikan ia tidak akan disambung semula.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Oktober 2014 @ 5:01 AM


ILAC dibawa ke hospital selepas memotong kemaluannya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4141#sthash.KN2L13YT.dpuf

Eksekutif Google cipta rekod terjunan tertinggi


EUSTACE yang memakai pakaian angkasawan hampir tiba di Bumi selepas membuat penerjunan dari ketinggian 41,148 meter di New Mexico. - AFP


NEW MEXICO – Seorang eksekutif syarikat enjin pencarian gergasi, Google telah mencipta rekod dengan melakukan terjunan udara tertinggi di dunia iaitu pada ketinggian 41,148 meter (m), menurut satu kenyataan kelmarin.
Eksekutif itu, Alan Eustace, 57, yang merupakan Naib Presiden Kanan Ilmu Pengetahuan Google melakukan terjunan tersebut bagi menjayakan projek eksplorasi dari ruang atmosfera melebihi ketinggian 30,480m.
Menurut kenyataan Perbadanan Pembangunan Ruang Paragon, Eustace yang memulakan misi di Roswell, New Mexico itu menggunakan kelengkapan pakaian seorang angkasawan yang direka khas sebelum terjun dari ruang stratosfera.
EUSTACE


“Eustace terjun pada kelajuan 304m seminit de­ngan keseluruhan terjunan mengambil masa selama dua jam 30 minit. Dia berada di lapisan stratosfera selama kira-kira 30 minit.
“Dia kemudian menghabiskan masa lima minit untuk terjunan bebas semasa masuk ke lapisan atmosfera sebelum melepaskan payung terjun pada ketinggian 5,486m,” menurut kenyataan itu.
Kostum angkasawan itu direka sama seperti kostum yang dipakai semasa misi roket Apollo yang telah dihasilkan oleh firma kejuruteraan ILC Dover dengan bantuan daripada beberapa konsultan dan syarikat-syarikat lain.
Rekod terdahulu dipegang oleh seorang penerjun udara dari Austria, Felix Baumgartner yang telah melakukan terjunan pada ketinggian 39,014m juga di New Mexico pada tahun 2012. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3HC5VHl89 
Hakcipta terpelihara