Pages

Thursday, October 4, 2012

Lebih 20 terbunuh, 100 cedera letupan di Iran

TEHRAN: Dua letupan di luar sebuah masjid Syiah di barat daya Iran mengorbankan lebih 20 orang manakala 200 lagi cedera, lapor agensi berita IRNA, awal hari ini.

“Dua letupan di depan Masjid Zahedan Jamia menyebabkan lebih 100 cedera dan lebih 20 lagi terbunuh," kata seorang ketua pasukan kecemasan di Wilayah Sistan-Baluchestan.
Letupan itu berlaku di Zahedan, ibu negeri wilayah berkenaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ali Abdollahi sebelum itu berkata, kejadian itu ada kaitan dengan serangan nekad bunuh diri yang menyebabkan beberapa pengikut kanan syiah terkorban dan cedera. - AFP

Pengguna FB cecah satu bilion orang

Saham Facebook terus jatuh, CEO rugi RM22b
Mark Zuckerberg
WASHINGTON - Facebook kini digunakan oleh satu bilion orang setiap bulan, kata pengasasnya Mark Zuckerberg hari ini.
Menurut Zuckerberg, jumlah itu menyumbang kepada 1.13 trilion "likes", penggunaan 219 bilion foto dan sebanyak 17 bilion lokasi 'check-ins'.
Laman sosial itu diperkenalkan pada 2004 dan disenaraikan di bursa saham Mei lalu.
"Jika anda membaca ini: terima kasih kerana memberi saya dan pasukan kecil saya peluang untuk berkhidmat untuk anda," kata Zuckerberg dalam mesej terbarunya, hari ini.
"(Langkah) menghubungkan satu bilion orang adalah sesuatu yang menakjubkan," katanya lagi.
Dari segi pecahan pengguna Facebook, 44.97 peratus penduduk Amerika Utara menggunakannya, 33.92 peratus di Amerika Selatan, 42.14 peratus (Australia dan Oceania), 29.96 peratus (Eropah), 6.68 peratus (Asia) dan 5.15 peratus (Afrika).

Parlimen Turki lulus usul serang Syria jika terdesak

5 maut, Turki serang balas Syria
Suasana di bandar Akcakale, yang terletak
di tenggara Turki. - Foto ihsan CNN
ISTANBUL - Parlimen Turki meluluskan satu undang-undang yang memberi kebenaran kepada angkatan tenteranya melancarkan tindakan ketenteraan merentasi sempadan terhadap Syria - keputusan drastik sehari selepas Istanbul mendakwa Damsyik menceroboh wilayahnya.
Tindakan semalam membawa kepada lima kematian orang awam.
Resolusi itu diluluskan oleh 320 wakil manakala 129 menentang.
Kelulusan itu memberi kebenaran kepada tentera Turki untuk menyerang sasaran-sasaran Syria jika perlu.
Sementara perhatian dunia kini tertumpu ke atas dua negara jiran itu, Timbalan Perdana Menteri Turki, Besir Atalay menegaskan, tindakan itu hanya satu langkah mengelak peperangan, bukannya mandat untuk berperang.
"Mandat ini bukan untuk berperang tetapi ia (kelulusan) ada di tangan kami untuk menggunakannya apabila diperlukan, demi melindungi kepentingan Turki," kata beliau kepada televisyen Turki hari ini.
Parlimen meluluskan undang-undang itu dalam sesi tergempar yang diadakan secara tertutup.
Langkah itu membenarkan tindakan ketenteraan dalam satu tempoh setahun.

Gempa bumi sederhana gegar Sumatera

JAKARTA 4 Okt. - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.7 skala Richter menggegarkan Sumatera semalam.
Pusat Pemantau Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan, pusat gempa itu dikesan pada kedudukan 250 kilometer di selatan barat daya Sibolga dengan kedalaman 9.6 kilometer.
Namun tiada sebarang kemusnahan dan kematian dilaporkan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121004/lu_12/Gempa-bumi-sederhana-gegar-Sumatera#ixzz28L53QvWz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 letupan kuat gegar Aleppo

Penduduk Libya mengangkat seorang mangsa yang cedera dalam
kejadian letupan di Dataran Saadallah al-Jabari , bandar Allepo, semalam.
 Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dalam tiga kejadian
 letupan kereta di Aleppo, semalam. - REUTERS
BEIRUT 3 Okt. - Tiga bom kereta menggegarkan tengah bandar raya Aleppo, hari ini menyebabkan 48 orang maut dan 90 lagi cedera, serangan yang berlaku selepas pemberontak pada minggu lalu mengumumkan melancarkan serangan habis-habisan ke atas bandar kedua terbesar di Syria itu.
Letupan itu berlaku di Dataran Saadallah al-Jabiri, berhampiran pejabat, kelab dan hotel tentera, menurut pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.
Menurut seorang pegawai bandar raya, mangsa kebanyakannya adalah anggota tentera dan angka korban dijangka meningkat kerana ramai yang cedera parah.
Pertempuran bertambah sengit di kawasan strategik di bandar Aleppo sejak minggu lalu ekoran cubaan pemberontak melancarkan serangan habis-habisan untuk menawan bandar raya itu.
Tumpuan utama serangan adalah di Salaheddin, kubu kuat pemberontak di barat daya Aleppo di mana mereka bertindak menyerang kem tentera, kata pertubuhan Pemantau Syria itu.
Televisyen Syria turut melaporkan berlaku ‘serangan pengganas’ di bandar itu dan rakaman yang disiarkan menunjukkan berlaku kemusnahan besar pada bangunan-bangunan di sekitar dataran tersebut.
Seorang ketua biro AFP melaporkan, dia mendengar dua letupan kuat yang kemudiannya mencetuskan kepulan asap besar di ruang udara bandar komersial itu.
Bahagian hadapan bangunan hotel itu musnah dan sebuah kafe runtuh akibat letupan tersebut.
Semua bangunan kerajaan ditutup selepas insiden letupan itu, menurut koresponden itu.
Sementara itu, pertubuhan pemantau yang beribu pejabat di London itu berkata, beberapa daerah di Aleppo turut dibom, semalam ketika akhbar harian pro-kerajaan, al-Watan melaporkan tentera tambahan telah dihantar ke bandar kedua terbesar di Syria itu.
“Pasukan tentera tambahan telah tiba untuk memberi sokongan dan pemberontak kini keletihan serta mula melarikan diri dari beberapa kampung dan bandar di Aleppo," lapor akhbar itu, semalam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121004/lu_01/3-letupan-kuat-gegar-Aleppo#ixzz28KveNFsx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Remaja dirogol, dipukul rakan Facebook

JAKARTA - Seorang remaja per empuan yang dilaporkan hilang sejak 23 September lalu mendakwa dia telah dirogol dan dipukul oleh lelaki yang dikenali menerusi Facebook.

Mangsa yang dikenali sebagai SAS, 14, ditemui oleh penduduk setempat sebelum dihantar pulang ke rumah keluarganya.

Menurut bapa mangsa, Rauden Gultom, 39, anaknya dibawa ke sebuah rumah di Parung, Bogor, di mana beberapa lagi remaja perempuan bawah umur lain dikurung.

"Telefon bimbit anak saya dirampas  dan dia juga dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan dua lelaki lain," katanya. -The Jakarta Post

5 maut, Turki serang balas Syria

5 maut, Turki serang balas Syria
Suasana di bandar Akcakale, yang terletak
di tenggara Turki. - Foto ihsan CNN
ISTANBUL - Turki menembak sasaran kerajaan Syria sebagai tindak balas ke atas serangan terhadap bandar sempadan negara itu, yang meragut nyawa lima orang awam semalam.

Tindakan Turki itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan, demikian menurut laporan CNN.

"Bandar Akcakale terkena tembakan artileri milik angkatan tentera rejim Syria," kata pejabat Recep Tayyip dalam satu kenyataan.

"Tentera kami di sempadan bertindak balas dengan segera ke atas serangan kejam ini," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, Turki telah bertindak mengikut peraturan dan undang-undang antarabangsa dan tidak akan membenarkan "provokasi seperti ini, yang menyasarkan aspek keselamatan."

Perkembangan itu menggambarkan ketegangan kedua-dua negara itu kini berada di kemuncak.

Syria berhadapan dengan konflik yang masuk bulan ke-20. Ekoran perang saudara itu sebahagian pelarian Syria berada di sempadan kedua-dua negara sejak tahun lalu.

Pihak berkuasa Syria pula berkata, "kami ingin menyampaikan ucapan takziah bagi pihak kerajaan Syria kepada keluarga mangsa yang terbunuh (dalam serangan)."
Sementara itu, Majlis Atlantik Utara, badan tertinggi Nato, menyokong pendirian Turki dalam perkembangan terbaru ini.
Nato menggesa Syria menghentikan dengan segera serangan sedemikian.

Rumah penduduk Palestin dijadikan berek

Rumah penduduk Palestin dijadikan berek
Tentera Israel sengaja merampas rumah masyarakat
 Palestin kemudian menjadikannya sebagai berek.

HEBRON  -  Sekumpulan tentera Israel bertindak merampas sebuah rumah penduduk Palestin di Al-Baqa'a, timur Hebron dan menjadikannya sebagai berek tentera, kelmarin.

Dalam kejadian itu, tentera rejim memaksa semua penghuni bangunan itu berpindah ke tingkat satu sebelum menahan mereka di dalam rumah.

Pemilik bangunan dua tingkat, Salim Al-Salayma berkata, rumahnya sering dijadikan berek tentera semasa musim percutian masyarakat Yahudi sejak empat tahun lalu dan menghuni bangunan itu selama 22 hari.

"Tentera Israel merampas rumah saya petang semalam (kelmarin) dan menjadikan rumah ini sebagai berek tentera," katanya.

Salayma berkata, dia turut dipaksa menandatangani satu perjanjian yang ditulis dalam bahasa Ibrani. - PNN

Iran tetap teruskan program nuklear

Iran tetap teruskan program nuklear
Barat disyaki mendalangi nilai mata wang Iran
Mahmoud Ahmadinejad
Mahmoud Ahmadinejad
TEHERAN - Iran masih dengan pendiriannya untuk meneruskan program nuklear, walaupun Barat mengenakan pelbagai sekatan, termasuk nilai mata wang yang menguncup baru-baru ini.

"Rakyat Iran tidak akan sesekali mengaku kalah.

"Jika Barat berfikir mampu menekan Iran, itu adalah perbuatan yang gagal dan mereka harus memperbaikinya," kata Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad di ibu negara, kelmarin.

Ahmadinejad berkata demikian, selepas nilai mata wang Iran secara tiba-tiba jatuh 80 peratus berbanding tahun lalu, menyaksikan penguncupan nilai sebanyak 17 peratus dalam tempoh sehari, Isnin lalu.

Nilai mata wang Rial kemudian jatuh sekali lagi sebanyak empat peratus kelmarin, iaitu pada 36,100 Rial (RM8.99) bagi setiap dolar.

Ahmadinejad mengakui keciciran nilai mata wang negara Republik Islam itu berpunca daripada peperangan ekonomi yang didalangi Barat dan perang psikologi pasaran tukaran wang asing.

Bagaimanapun, katanya Iran masih memiliki simpanan mata wang asing yang mencukupi sebanyak $100 bilion (RM3.1 bilion).  - Al-Jazeera

Turki mahu PBB halang Syria serang wilayahnya

 Turki mahu PBB halang Syria serang wilayahnya
Suasana di bandar Akcakale, yang terletak di
tenggara Turki. - Foto ihsan CNN
NEW YORK - Turki mahu Majlis Keselamatan mengambil tindakan sewajarnya ke atas Syria bagi menghentikan pencerobohan Damsyik ke atas wilayahnya susulan perkembangan semalam yang menyebabkan lima orang awam terbunuh.

"Ini satu tindakan menceroboh Syria ke atas Turki," kata Duta Turki ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ertugrul Apakan semalam kepada Duta Guatemala, Gert Rosenthal, yang kini mengetuai Majlis Keselamatan.

Majlis Keselamatan dijangka mengeluarkan kenyataan mengecam serangan Syria, kata beberapa diplomat PBB.

Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu juga melahirkan kerisauan beliau kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon.

Laporan terdahulu menyebut Turki menembak sasaran Syria sebagai tindak balas ke atas serangan terhadap bandar sempadan negara itu, yang meragut nyawa lima orang awam, kanak-kanak dan wanita, semalam.

Tindakan Turki itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan.

"Bandar Akcakale terkena tembakan artileri milik angkatan tentera rejim Syria," kata pejabat Recep Tayyip dalam satu kenyataan.

"Tentera kami di sempadan bertindak balas dengan segera ke atas serangan kejam ini," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, Turki telah bertindak mengikut peraturan dan undang-undang antarabangsa dan tidak akan membenarkan "provokasi seperti ini, yang menyasarkan aspek keselamatan."

Perkembangan itu menggambarkan ketegangan kedua-dua negara itu kini berada di kemuncak.

Syria tambah askar sebagai pemerhati

Syria tambah askar sebagai pemerhati
Tentera Pembebasan Syria (FSA) membantu
menyelamatkan bayi di Aleppo.
NEW YORK - Syria menghantar askar tambahan ke Aleppo, Damsyik sebagai pemerhati selepas angka korban terus meningkat sejak konflik tercetus selama 18 bulan yang meragut lebih 13,000 nyawa.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  Ban Ki-moon selepas bermesyuarat dengan Menteri Luar Syria Walid Muallem di ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat.

Beliau berkata, penambahan askar ke negara itu bertujuan memulihkan keadaan dalam usaha menjadi perantaraan antara kerajaan dan puak pemberontak.

“Kami merayu kepada rejim Assad supaya bertolak ansur kerana ramai rakyat negaranya yang tidak berdosa terbunuh termasuk golongan wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Muallem menegaskan konflik itu boleh dihentikan, sekiranya Barat dan negara-negara Teluk tidak menyokong dan membiayai kegiatan pemberontak.

Beliau berkata, kerajaan telah berusaha memberhentikan pemberontakan dengan merampas dan memusnahkan senjata api di seluruh wilayah Damsyik, minggu lalu.

Pada kejadian semalam, sekurang-kurangnya 40 terbunuh, manakala 90 cedera yang kebanyakannya askar apabila tiga bom kereta meletup di bandar itu.

Badan Pemerhati Hak Asasi Syria, melaporkan angka itu dijangka bertambah kerana ramai mangsa parah.

Tiga bom meletup hampir serentak itu terletak di Dataran Saadallah al-Jabiri berdekatan sebuah kelab pegawai tentera dan sebuah hotel.

Dua daripada bom berkenaan meletup berdekatan kelab berkenaan selang seminit.

Letupan ketiga pula berlaku kira-kira 150 meter dari kawasan letupan pertama terletak di daerah Bab Jnein yang menjadi pintu masuk ke bandar lama Aleppo. - AFP

Remaja curi 60 kereta

CRAMPTON mahu bersih dosa.
CRAMPTON mahu bersih dosa.
LEICESTER: Seorang remaja berhasrat untuk ‘membersihkan dosanya’ selepas mendakwa merompak 278 rumah dan mencuri 60 kereta sejak berusia 12 tahun.
Adam Crampton, 19, mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan merompak di Mahkamah Majisteret Leicester baru-baru ini tetapi meminta 278 kes rompak lagi dan 60 kes curi kereta yang dilakukannya diberi pertimbangan apabila hukuman ke atasnya diumumkan hujung bulan ini.
Crampton yang tidak mempunyai alamat tetap, mendedahkan sepenuhnya sejarah jenayahnya ketika disoalsiasat oleh polis di sebuah institusi pesalah muda awal tahun ini.

Malah, dia juga membawa polis mengelilingi bandar Leicester empat kali untuk menunjukkan rumah yang pernah dirompaknya.

Inspektor Andy Parkes berkata: “Mangsa ingin tahu bahawa ada orang yang ditangkap dan dipertanggungjawabkan terhadap jenayah yang dilakukan terhadap mereka. Crampton terlalu muda apabila dia mula melakukan jenayah.

“Satu daripada matlamat sistem keadilan jenayah ialah membantu pesalah mengubah hidup mereka dan diharapkan ini satu proses permulaaan untuk Crampton.

Peguam Crampton, Steve Morris berkata: “Dia secara sukarela memberi maklumat untuk menyelesaikan kes rompakan yang dilakukannya dan mahu ia berakhir secepat mungkin.”

Sylvia Hammond, antara mangsa terawal Crampton berkata, dia lega setelah mengetahui identiti orang yang merompaknya.

Crampton mencuri komputer riba, telefon dan kamera digital dari kediamanSylvia pada Julai 2007. - The Mirror. 

Buaya gergasi kembali lapar

REX mengunyah daging lembu.
SYDNEY, Australia - Seekor buaya yang bernama Rex dan mempunyai berat 700 kilogram semalam kembali 'berselera' untuk makan di Zoo Sydney di sini.
Buaya itu selama ini tidak memakan sebarang makanan selama tiga bulan ketika musim sejuk.
Ia dianggap sebagai kejadian semula jadi yang berlaku ke atas haiwan itu.
Seorang kakitangan zoo memberikan buaya itu daging lembu.
Daging itu diikat dengan tali pada sebatang kayu sebelum Rex timbul di permukaan air untuk memakan daging tersebut.
Haiwan itu kembali lapar semasa ketibaan musim panas.
Buaya tersebut sudah berada di zoo itu sejak 2009.
Sebelum dihantar ke zoo itu, Rex ditempatkan di sebuah kolam buaya dekat Darwin, utara Australia. - Agensi

Anjing tersepit di celah bampar kereta

SEORANG pegawai sebuah pusat perlindungan haiwan
mengeluarkan seekor anjing yang tersepit di celah
 bampar kereta di Providence Timur pada 20 September lalu.
TAUNTON, Massachusetts - Pihak berkuasa menyatakan, seekor anjing ditemui masih hidup walaupun ia tersepit pada bampar sebuah kereta di sini pada 20 September lalu.
Haiwan itu tersepit selepas ia dilanggar kereta tersebut.
Anjing tersebut tersepit semasa kereta berkenaan bergerak sejauh 17 kilometer.
Penyelia sebuah pusat perlindungan haiwan, William Mugle berkata, anjing betina itu berlari di depan kereta tersebut sebelum ia dilanggar.
Pemandu itu kemudian menekan brek tetapi dia tidak menyedari anjing berkenaan.
Muggle memberitahu akhbar Taunton Daily Gazette, kejadian itu hanya disedari apabila pemandu itu tiba di Providence Timur, Pulau Rhode.
Dia berkata, pemandu itu melihat anjing tersebut tersepit selepas seorang pemandu lain memberitahunya.
Pemandu kereta itu membuat laporan di sebuah balai polis berhubung kejadian tersebut.
Beberapa pegawai pusat perlindungan haiwan itu kemudian bertindak mengeluarkan anjing berbulu putih tersebut dari celah bampar kereta.
Pihak berkuasa kini mencari pemilik anjing itu. - AP

Ahli silap mata akan lakukan aksi terbaru

AHLI silap mata, David Blaine melakukan demonstrasi
 persembahan berbahaya terbaharunya, Electrified
pada satu sidang akhbar di New York kelmarin.
NEW YORK - Ahli silap mata Amerika Syarikat, David Blaine meluangkan masa beberapa jam menjelang aksi lagak ngeri terbaharunya dengan menyepikan diri dan berpuasa.
Ini kerana bermula esok, Blaine akan berdiri selama tiga hari di tengah beberapa lingkaran yang mengeluarkan tenaga elektrik berkuasa tinggi mencecah satu juta volt.
Aksi tersebut yang dinamakan Electrified: One Million Volts Always On, akan berlangsung di Pier 54, di tebing sebatang sungai di sini.
Dia akan memakai sebuah topi keledar berwayar bagi melindungi telinga dan matanya. - Agensi

Surat tulisan tangan Einstein dilelong

SURAT yang mengandungi tulisan tangan Einstein.
NEW YORK - Sepucuk surat tulisan tangan ahli fizik terkenal, Albert Einstein akan dilelong pada bulan ini dengan harga pembukaan AS$3 juta (RM9.17 juta), kata sebuah firma lelongan Auction Cause kelmarin.
Surat yang menyatakan pandangan Einstein tentang agama itu akan dilelong di laman eBay.
Einstein menulis surat tersebut setahun sebelum kematiannya.
Beliau menulis surat itu di Jerman pada 3 Januari 1954 dengan menggunakan kepala surat Universiti Princeton kepada seorang ahli falsafah, Erik Gutkind.
Pemilik surat itu akan turut melelong sampul surat yang mengandungi setem dan cop pos.
Surat tersebut dibeli oleh seorang pemilik pada 2008 dengan harga AS$404,000 (RM1.2 juta) daripada firma lelongan Bloomsbury di London.
Einstein dilahirkan pada 14 Mac 1879 di Ulm, Württemberg, Jerman dan meninggal dunia pada 18 April 1955 ketika berusia 76 tahun di Amerika Syarikat. - Agensi

40 maut di bandar Syria

GAMBAR menunjukkan lokasi letupan tiga
bom kereta di Aleppo, Syria semalam.
ALEPPO, Syria - Tiga bom kereta menggegarkan bandar raya ini semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh manakala 90 lagi cedera dengan kebanyakan mereka ialah anggota tentera, kata Kumpulan Pemantau Syria Bagi Hak Asasi Manusia.
Kumpulan pemerhati berkenaan memberitahu, dua bom kereta itu meletup di sekitar Dataran Al-Jabiri berdekatan sebuah kelab dan hotel pegawai tentera di sini.
Menurutnya, bom ketiga pula meletup tidak lama kemudian di pintu masuk Bandar Lama dalam daerah Bab Jnein dekat sini.
"Saya mendengar dua letupan kuat seperti pintu neraka sedang dibuka," kata seorang lelaki berusia 30 tahun, Hassan yang bekerja di sebuah hotel berdekatan.
"Saya melihat asap tebal dan saya membantu seorang wanita di kaki lima berdekatan. Tangan dan kakinya terkehel," tambah lelaki itu.
Stesen televisyen rasmi Syria, Al-Ikhbariya melaporkan sekurang-kurangnya 31 terbunuh manakala puluhan yang lain cedera dalam 'tiga letupan pengganas' di bandar raya ini.
Pihak berkuasa Syria merujuk kepada pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA) sebagai pengganas.
Stesen televisyen itu turut menyiarkan kemusnahan besar di dataran berkenaan.
Rakaman tersebut menunjukkan sekurang-kurang dua bangunan runtuh sepenuhnya dengan mayat-mayat bergelimpangan di dalam timbunan runtuhan.
Bandar raya ini yang dihuni oleh 1.7 juta penduduk menjadi pusat pertempuran antara FSA dengan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad sejak kebangkitan rakyat menentang pemimpin tersebut bermula pada Mac tahun lalu. - AFP