Pages

Tuesday, June 4, 2013

Racun ikan pontianak


Ludington: Pekerja hidupan liar akan menggunakan racun serangga di sungai berhampiran Tasik Michigan dalam usaha untuk membunuh ‘ikan pontianak’ yang menghisap darah ikan lain.

Lamprei laut dewasa boleh mencapai dua hingga tiga kaki menyerupai belut, tetapi bersikap seperti lintah.

Dengan mulut bulat seperti cakera dan bergigi tajam, mereka melekap pada ikan lain dan menghisap darah dan cecair lain dalam badan menyebabkan mangsa menjadi terlalu lemah.

Meskipun berasal dari Lautan Atlantik, ia boleh hidup dalam air tawar dan berpindah ke tasik besar menerusi terusan laluan kapal.

Foto
LAMPREI mempunyai mulut bulat seperti cakera dan bergigi tajam.
Foto
LAMPREI dewasa boleh mencapai tiga kaki panjang.
Foto
DUA lamprei menghisap darah seekor ikan trout.
Menjelang lewat 1940-an, penceroboh yang membiak dengan banyak itu menyebabkan ikan trout, ikan putih dan spesies sukan serta komersial di seluruh tasik semakin berkurangan.


Usaha memerangi lamprei menelan belanja lebih AS$400 juta (RM1.2 bilion) sepanjang lima dekad lalu.

Populasi ikan itu berkurangan 90 peratus sejak lewat 1950-an selepas penyelidik menemui cara membunuhnya tanpa menjejaskan spesies lain.

Perkhidmatan Perikanan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat memerangi lamprei menggunakan rawatan racun serangga mulai hari ini hingga Ahad depan di Sungai Mitchell Creek yang mengalir ke Tasik Michigan.

“Larva lamprei laut itu di sungai itu paling mudah diserang. Adalah mustahil kami mendapatkan lamprei dewasa di tasik ,” kata Alez Gonzalez, pakar biologi perikanan yang berkhidmat di pejabat Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Luar Amerika Syarikat di Ludington.

Menurutnya, rawatan itu 95 hingga 99 peratus berkesan dalam membunuh parasit pada peringkat ini, kata Gonzalez.

Lamprei laut biasanya digelar ‘ikan pontianak’ kerana ia menghisap darah ikan lain. - Daily Mail

Mati Sejurus Selepas Bertaubat

 Kisah Nyata dari Hadis Rasulullah s.a.w

Dalam sebuah hadith riwayat Imam Ahmad dan Turmizi, dikisahkan seorang lelaki bernama Kifli yang gemar berbuat dosa dari kalangan Bani Israil.

Kifli membayar seorang wanita yang disangkanya biasa menjual diri untuk disetubuhi. Ketika hendak disetubuhinya, si wanita menangis lalu menceritakan itulah kali pertama dia berbuat demikian. Dia terpaksa berbuat demikian kerana sedang dalam kesesakan.

Kifli berasa bersalah dan menyesal, lalu melepaskan wanita itu pergi bersama-sama wang yang sudah dibayarnya sebelum itu. Kifli pun bertaubat nasuha. Perbuatan Kifli itu membolehkan dia mendapat keampunan Tuhan.

Ibnu Umar berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah bersabda :
“Adalah Kifli dari Bani Israil. Dia tidak pernah takut mengerjakan dosa. Suatu kali seorang wanita mendatanginya. Kifli membayarnya 60 dinar untuk bersetubuh dengannya. Ketika Kifli telah duduk dalam keadaan seorang suami yang duduk pada isterinya (untuk bersetubuh), wanita itu menangis dan gementar.”

Kifli bertanya: “Apa yang membuat engkau menangis? Adakah aku memaksamu?”
Wanita itu menjawab: “Tidak, akan tetapi ini adalah perbuatan yang tidak pernah aku lakukan. Aku terpaksa melakukannya kali ini tidak lain kecuali kerana terpaksa."

Kifli berkata : “Kamu melakukan ini padahal kamu tidak pernah melakukannya. Pergilah, ambil wang itu untukmu!”
Kifli berkata, 'Tidak, demi Allah, setelah ini aku tidak akan melakukan maksiat selama-lamanya."

Maka Kifli mati pada malam itu. Pada pagi hari tertulis di pintu rumahnya, ''Sesungguhnya Allah telah mengampuni Kifli.'' (Ahmad, Turmizi)


Baca Selengkapnya - Kami SokongTokguru: Mati Sejurus Selepas Bertaubat,Kisah Nyata dari Hadis Rasulullah s.a.w http://ijoks2009.blogspot.com/2013/06/mati-sejurus-selepas-bertaubatkisah.html#ixzz2VCRqRU3w
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

Kereta api terapung di atas landasan



SEJUMLAH orang menyaksikan sebuah kereta api yang terapung di atas landasan di Tsuru, wilayah Yamanashi, kira-kira 100 kilometer dari barat Tokyo semalam.- AFP


TSURU, Jepun - Orang ramai berpeluang melihat prototaip kereta api laju yang bergerak secara terapung di atas landasan di sini, lapor akhbar The Asahi Shimbun semalam.
Syarikat Central Japan Railway Company menyatakan, kereta api itu menghasilkan medan magnet yang menyebabkan kenderaan tersebut bergerak dalam keadaan terapung di atas landasan.
Kereta api itu dijangka beroperasi untuk perjalanan antara bandar raya Tokyo dan Nagoya pada tahun 2027.
Kenderaan futuristik itu akan menggantikan keseluruhan perkhidmatan kereta api laju Shinkansen yang menghubungkan Tokyo dengan Osaka melalui wilayah Nagano dan Nagoya.
Kereta api Shinkansen mengambil masa selama dua jam dan 30 minit untuk perjalanan dari Tokyo ke Osaka.
Bagaimanapun, kereta api magnetik itu hanya bergerak dalam masa satu jam tujuh minit untuk jarak perjalanan yang sama.
Kereta api tersebut direka untuk bergerak selaju 500 kilometer sejam. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0604&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2VC0zlnJ7 
Hakcipta terpelihara