Pages

Wednesday, December 7, 2011

AirAsia tawar tambang 10 sen bermula tengah malam ini

Utusan Malaysia Online - Terkini:


07/12/2011 7:31pm

KUALA LUMPUR 7 Dis. - AirAsia, syarikat penerbangan kos rendah, menawarkan tambang perjalanan sehingga serendah 10 sen bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-10, bermula tengah malam hari ini.

Tambang perjalanan itu adalah bagi kira-kira 80 destinasi domestik dan antarabangsa termasuk Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching, Singapura, Jakarta, Bali, Medan, Bangkok, Hat Yai, Phuket dan Hanoi.

"Tahun ini sudah tentunya merupakan tahun yang menakjubkan bagi kami.

"Kami bangga kekal sebagai pilihan paling popular di kalangan pelanggan selama 10 tahun sekarang dan kami akan terus melakukan yang terbaik untuk tahun-tahun akan datang dengan menyediakan “Pengalaman AirAsia” yang menarik kepada setiap orang menerusi tambang murah yang hebat,” kata Ketua Serantau bahagian Komersil AirAsia, Kathleen Tan dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama

40 BUTA KERANA MEROBOHKAN MASJID

بسم الله الرحمن الرحيم

Akibat Meruntuhkan Masjid 40 Orang Hindu Buta



Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India. Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini. Bacalah.

Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry untuk merobohkannya pada tanggal 6 Desember 1992,telah mendapat buta setelah gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal di India.

Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India. Akhbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelusuk India. Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.

Akhbar tersebut juga menyatakan 31 orang yang buta itu tinggal di satu komplek di kota Maharinor. Sebelumnya , mereka pernah melakukan usaha merobohkan masjid tua milik umat Islam itu namun belum berhasil.

Sekarang setelah masjid ini dirobohkan, kumpulan yang buta ini bergantung hidup kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi Hindu. Selain 31 orang, terdapat 9 orang lain yang merupakan anggota organisasi Gazy Boora di Atar Pradesh turut hilangan penglihatan mereka atau buta setelah terlibat sama merobohkan Masjid Babry.

Berdasarkan laporan akhbar tersebut, mereka yang buta menyesali tindakan tersebut dengan menyatakan bahwa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka kerana telah merobohkan Masjid Babry. Menurut mereka, kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka itu .

Menurut klaim/wakil mereka, salah seorang waris dari orang-orang tersebut menyebutkan, anak lelakinya memang telah mendapatkan latihan khusus untuk turut serta dalam tindakan merobohkan masjid itu namun ia mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah melatih anak lelakinya itu.

Penduduk setempat terutama yang berada di kawasan sekitar Masjid Babry berkeyakinan bahawa dengan tindakan perobohan tersebut itu mereka telah melakukan dosa besar.Sebab itulah, balasannya mereka menjadi buta.

Sekali pun kejadian ini sudah lama, tetapi mudah-mudahan menjadi pengajaran. Kehilangan penglihatan mereka / buta merupakan azab dari Allah ke atas mereka.Tindakan meroboh Masjid Babry jelas sekali amat besar dosanya.

Wallahu’alam….
Kiriman: HambaAllah

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.! BUJANG SUSAH !: 40 BUTA KERANA MEROBOHKAN MASJID:

3 Sikap melahirkan Kecintaan dalam jiwa manusia


by peribadirasulullah

http://www.masaustu-resimleri.com/d/6581-2/Tabiat+Resimleri.jpg

1- Orang yang berbudi baik.

2- Orang yang Ikhlas dalam amal perbuatannya.

3- Orang yang tawadduk ( merendah diri ).

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 954.

3 Sikap yang menghancurkan ibadat seseorang


by peribadirasulullah

http://forum.patoghu.com/images/poti/2008/11/5316.jpg

1- Orang yang sibuk dengan kesalahan orang lain.

2- Orang yang sombong atau bangga diri.

3- Orang riya' dalam amal perbuatannya.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 953.

4 Perkara mengundang hikmah daripada Allah SWT


by peribadirasulullah

http://bahar-20.com/pichak/albums/userpics/10001/normal_01~10.JPG

1- Badan yang bebas daripada kesibukan dunia.

2- Perut yang kosong daripada makanan.

3- Tangan yang kosong daripada kekayaan dunia.

4- Memerhati dan memikirkan akibat dunia.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 908.

Bawang, Teh Hijau dan Daun Zaitun mengurangkan lemak dan berat badan.


Seorang profesor perubatan bio telah mendapati bawang, teh hijau dan pati daun zaitun boleh melawan obesiti dan penyakit-penyakit yang berkaitan seperti penyakit jantung, kencing manis dan lemak dalam hati, walaupun melibatkan diet yang tinggi lemak dan karbohidrat.

Prof Lindsay Brown, dari University of Southern Queensland,menguji pelbagai makanan pada tikus yang diberi makan diet yang tidak sihat yang tinggi dari segi gula dan lemak.

Beliau mendapati makanan tertentu yang membantu menghalang pertumbuhan sel-sel radang dalam pad lemak haiwan, (terletak di dalam abdomen, yang mengambil lemak dari aliran darah dan menyimpannya), laporan Daily Telegraph.

Tikus yang diberi makan makanan seperti bawang, teh hijau,ekstrak daun zaitun, lobak ungu dan benih chia telah mengurangkan jumlah sel-sel lemak dan menurunkan berat badan menjelang akhir kajian, walaupun mengekalkan pemakanan yang tidak sihat secara keseluruhan.

Tikus itu juga didapati meningkatkan fungsi hati dan jantung yang lebih baik.

Brown berkata bahawa mesej utama kajian beliau adalah bahawa ‘people should eat better rather than eat less‘.

Bawang dan pati daun zaitun mengandungi flavonoid yang dipanggil rutin ( juga dijumpai dalam epal, teh dan wain merah )yang Brown dapati mampu terbalikkan atau menghalang perubahan metabolik pada tikus yang diberi makan yang tinggi gula dan diet tinggi lemak.

Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam Journal of Nutrition and the Current Pharmaceutical Biotechnology.

Minda Ahad | Yang Wujud Hanya Satu:

Malaysia Telah Wujud Pada September 1937

Benarkah 'kenyataan' ini?


Projek penjajahan bentuk baru iaitu melalui empayar baru matawang dolar dan tentera Amerika Syarikat (A.S). Projek yang kononnya bertitik tolak dari hasrat murni A.S untuk membebaskan tanah jajahan Inggeris, tetapi dengan niat jahat melalui penjajahan dalam bentuk baru.

Semuanya telah dirancang rapi bagi memperlihatkan bahawa semua kejadian berlaku dengan sendirinya. Malaysia juga tidak terlepas dari percaturan yang sudah sekian lama terancang. Sungguh memalukan jika kita membaca kembali buku-buku sejarah Malaysia yang 100% berpaksikan kepentingan segelintir manusia. Malaysia adalah projek kolonial yang sekian lama dirancang. Ini semua benar, seperti buku yang diterbitkan pada September 1937 (gambar di bawah).

Projek kolonial A.S ini sangat rapi. Ramai yang menggelar projek kolonial ini sebagai teori domino, iaitu setelah Vietnam menjadi negara komunis, maka satu demi satu negara-negara di Asia Tenggara ini akan menjadi negara komunis. Teori ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara di bawah akta ISA oleh Lee Kuan Yew selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti Lautan Gelora.”

Pak Said Zahari


Antara sasaran projek kolonial A.S ini adalah menubuhkan negara Malaysia dengan melucutkan gagasan Nusantara Melayu Raya, menggulingkan presiden Sukarno dan menghapuskan kekuatan rakyat Indonesia yang anti penjajahan. Hari ini kita dapat melihat fakta-fakta ini secara terperinci dalam terbitan dokumen-dokumen rahsia CIA seperti ini (sila klik Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines. Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.)

Bermula dengan cadangan penubuhan Malaysia, kemudian konfrontasi Malaysia-Indonesia, perjuangan rakyat Kalimantan Utara, serangan Indonesia ke Malaysia yang dipercayai disabotaj olehJeneral Suharto, apabila tempat mendarat payung terjun tentera Indonesia telah dikenal pasti telah bocor rahsianya atau mungkin disebabkan kecekapan risikan tentera Malaysia. Seiring dengan kegagalan operasi ketenteraan Sukarno ke atas Malaysia, rentetan satu demi satu peristiwa yang akhirnya membawa kepada peristiwa rampasan kuasa oleh Jeneral Suharto, yang didukung CIA, diikuti dengan pembunuhan hampir satu juta rakyat Indonesia pada tahun 1965-1966 atas alasan memerangi komunisme. Sebaliknya rejim Suharto terbukti tidak lebih sebagai rejim boneka A.S.

Nama Malaysia telah wujud dalam gagasan kuasa penjajahan Barat sejak dicatatkan di dalam peta Sepanyol kurun ke 16. Lebih kukuh lagi, Malaysia sebagai gagasan asing kuasa imperialis A.S, dicatat pada judul buku Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules, tulisan profesor Universiti Havard merangkap penasihat luar A.S,Rupert Emerson yang jelas mengkritik pentadbiran kolonial Inggeris dalam suatu gagasan geografi yang bernama Malaysia, peta dan sempadan kekuasaan negara.


Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules


Buku itu diterbitkan Macmillan New York pada tahun 1937, iaitu tahun orang-orang di sini sedang marak semangatnya dengan cita-cita dan hasrat Melayu Raya Nusantara, juga tahun orang-orang di sini belum lagi memahami atau ambil peduli apakah makna dan perkataan 'Malaysia'. Tahun tersebut juga merupakan tahun kesetiaan rakyat Tanah Melayu pada negeri dan raja-rajanya, tahun inggeris masih lagi menjajah ke atas wilayah dengan nama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-Negeri Selat, Borneo Sabah, Sarawak dan Brunei.

Gagasan A.S tentang Malaysia sepertimana yang dihasratkan Rupert Emerson menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei pada saat akhir menarik diri daripada menyertai Malaysia dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris sehingga ke tahun 1984. Manakala Singapura pula menyertai Malaysia sehingga tahun 1965 dan berpecah selepas itu.

Batu peringatan penubuhan Malaysia


Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siongdan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi sebahagian dari Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura akan bersatu dengan Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita-cita masa lalu yang gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British, darurat, kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kononnya menentang penubuhan Malaysia.

Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak. Apa pula cerita Bangsa Malaysia?

Tunku Abdul Rahman Mengumumkan pada media tentang keberangkatannya ke London untuk memeterai penubuhan Malaysia.


Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen-agennya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British.

Oleh itu mari kita sama-sama fikir kembali maksud daripada petikan ucapan terakhir beliau sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini, langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri. Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini. Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan dan tanggungan saya itu…“(Mohamed Abid, 2003, p191-192)

Apa Maksudnya?

Ini Realitinya:

Sedikit mengenai 'agenda' mereka untuk semua orang Malaysia yang membaca artikel ini:

1. 'De-Islaming the Islamic belief' melalui perkara-perkara mistik (menerapkan kepercayaan mistik seperti Hikayat HangTuah, Hikayat Melayu yang dikawal oleh Orientalist)

2. Merosakkan ‘Kitab Suci’ tanpa membakar tetapi melalui penyebaran teori evolusi (idea Darwin. Penyakit ini melahirkan golongan Atheist)

3. Mereka (tidak kira apa bangsa keturunan sekalipun) yang menyerahkan segala jiwa dan raganya malah kepercayaan agamanya kepada ‘MASTER‘ untuk melakukan perkara di atas akan diberikan kekuasaan dan kekayaan.

Pecah, kuasai dan musnahkan kepercayaan tauhid dan agama merupakan agenda mereka sejak bermulanya tamadun. Mereka tersorok di dalam pertubuhan rahsia dengan ahlinya yang tidak ramai tetapi pengaruhnya cukup kuat dan cukup berpengaruh. Mereka datang dengan menguasai politik yang dulunya berkhidmat untuk British empire. Sekarang pula mungkin dibawah naungan Amirika sekutu kuat England.

Walaupun pada dasarnya mereka nampak bercakaran tapi secara sulitnya mereka ada agenda yang sama. Mengkucar-kacirkan masyarakat sehingga keadaan menjadi keliru tidak keruan. Apabila masyarakat mula bosan dan beralih kepada hidangan ringan seperti hiburan maka disitulah jarum dan racun dakyah mereka dijalankan. Masyarakat yang hidup tanpa arah tujuan sebenarnya telah menjadi korban satu sistem yang di rekacipta untuk melaksanakan agenda jahat mereka.

Jika tidak percaya, apakah dua berita yang paling menyemak dan mendapat tempat paling utama di Malaya hari ini? Politik dan hiburan adalah jawapannya. Adakah mereka betul-betul pedulikan kamu? Tidak sama sekali. Apakah elemen utama dalam perancangan mereka? Lalai dan melalaikan. Dan akibatnya:

End result Spiritual Blindness.

Sebuah Kehidupan
:

3 ahli keluarga di Indonesia punya dua alat kelamin



Utusan Malaysia Online - Terkini:
07/12/2011 2:37pm
JAKARTA 7 Dis. – Keadaan “aneh” dilaporkan dialami tiga ahli satu keluarga di sebuah kampung di daerah Tegal, Jawa Tengah, di sini kerana masing-masing memiliki kedua-dua alat kelamin perempuan dan lelaki.
Yang tua sekali hanya dikenali sebagai Santi berusia 23 tahun sudah pun menjalani pemeriksaan di hospital yang mengesahkan “keadaan tidak jelas” mengenai alat kelaminnya, manakala dua anak saudaranya, Zakaria dan Topan, masing-masing berumur lapan dan satu tahun belum diperiksa.
Doktor yang memeriksa Santi, Dr Silvan Wahyudi dari Pusat Kesihatan Masyarakat Bumijawa berkata kes Santi telah dirujuk ke hospital daerah untuk ujian makmal dalam menentukan jenis hormon yang lebih dominan dalam tubuhnya.
Bagaimanapun pemeriksaan secara fizikal mendapati Santi memiliki dua alat kelamin yang sama-sama berfungsi dan doktor memberitahu Santi boleh memilih jantina dikehendakinya melalui pembedahan.
Akhbar harian Kompas, dalam laporannya hari ini memetik Dr. Silvan sebagai berkata bahawa ibu Santi, Poniah, 46, memberitahu semasa dilahirkan Santi berkelamin perempuan namun setelah berusia sembilan bulan alat kelamin lelakinya mula kelihatan.
Santi sendiri diberitakan melalui pengalaman pahit dipukul oleh orang ramai kerana didakwa menyamar sebagai perempuan apabila dia menyertai pelajar perempuan semasa pengajian di sekolah.
Dia lebih suka memilih menjadi perempuan kerana setiap bulan mengalami kedatangan haid dan alat kelamin lelakinya tidak “sempurna” namun suara seperti lelaki dan payu daranya pula tidak kelihatan.
Laporan itu menyebut bahawa Zakaria dan Topan, anak-anak kepada sepupu Santi, mengalami keadaan hampir serupa tetapi bagi Zakaria alat kelamin perempuannya mula ”tertutup” manakala alat kelamin lelakinya juga ”tidak sempurna”.
Dr Silvan berkata keadaan yang dialami Santi dan dua orang anak saudaranya itu adalah disebabkan faktor genetik. - Bernama

Libya ikrar laksana gencatan senjata di Tripoli

Utusan Malaysia Online - Terkini:


07/12/2011 11:09am

TRIPOLI 7 Dis. – Kerajaan Libya hari ini berikrar untuk melaksanakan gencatan senjata di Tripoli menjelang 31 Disember ini, kata ketua majlis perbandaran selepas mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Abdel Rahim al-Kib.

“Kerajaan Libya berikrar untuk melaksanakan gencatan senjata di Tripoli menjelang hujung tahun ini,” kata Abduk Razak Buhajar.

Awal pagi ini, berpuluh-puluh penunjuk perasaan mengadakan sekatan di beberapa jalan utama di Tripoli sebagai mendesak kerajaan untuk mengusir keluar kumpulan pemberontak lain dari bandar ini. – AFP

Ikhwan Muslimin Mesir papar imej sederhana

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Pengundi Mesir berjalan melepasi poster calon Parti FJP semasa menuju ke pusat pengundian di bandar Nasser City dekat Kaherah, kelmarin. - AFP


KAHERAH 6 Dis. - Dua blok berhaluan Islam yang bersaing dalam pilihan raya Parlimen Mesir cuba mengetengahkan perbezaan ketara antara mereka semasa pengundian peringkat kedua yang bermula semalam, dengan Ikhwan Muslimin yang berada di tangga teratas ingin memaparkan imej sederhana kepada rakyat Mesir yang dahagakan kestabilan.

Puak Salafi yang dilihat sebagai ultrakonservatif dan membuat kejutan dengan memenangi undi kedua terbanyak pada pilihan raya itu, ujian terbesar sentimen rakyat sejak protes jalanan yang menamatkan pemerintahan 30 tahun Presiden Hosni Mubarak pada Februari lalu, pula tidak mahu menjadi pengikut.

Bagaimanapun semasa pengundian peringkat kedua yang berakhir hari ini, puak Salafi dan Ikhwan Muslimin tidak optimis mengenai peluang membentuk sebuah perikatan Islam yang dominan jika mereka mengulangi kejayaan awal mereka pada pusingan pengundian seterusnya yang berakhir pada 11 Januari ini.

"Ada percubaan untuk bersatu tetapi golongan Salafi sangat sukar dibawa berunding," kata seorang petugas Ikhwan, Mohamed Hussein, 20, ketika mengedarkan risalah parti pertubuhan itu, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di hadapan sebuah pusat pengundian di bandar pelabuhan Iskandariah.

Katanya, kedua-dua kelompok boleh mempersetujui beberapa perkara tertentu tetapi mereka mempunyai wawasan dan strategi berbeza.

Ketua parti Salafi, Parti al-Nour, Emad Abdel Ghaffour menuduh Ikhwan cuba menggambarkan penyokong Salafi sebagai pencetus kekacauan tetapi beliau menjelaskan, 'kami sebenarnya benci menjadi pengikut'.

Al-Nour yang mahu menghalang pelancong memakai bikini di pantai dan mengharamkan arak, iaitu dua tindakan yang dianggap boleh menjejaskan industri pelancongan Mesir, meninggalkan perikatan dengan FJP sebelum pengundian, dengan menuduh FJP membolot terlalu banyak kerusi dalam senarai parti. - Reuters

Dua letupan bom di Kabul, 59 terkorban

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



SALAH seorang penduduk Afghan yang cedera duduk di atas tanah menunggu bantuan selepas kejadian letupan bom di tengah Kabul, semalam. - AFP


KABUL 6 Dis. - Sekurang-kurangnya 59 terbunuh dan 150 cedera dalam dua serangan bom berasingan di kawasan makam di Kabul dan bandar Mazar-i-Sharif, hari ini.

Letupan pertama berlaku di tengah Kabul ketika pengikut Syiah berkumpul untuk meraikan hari Asyura menyebabkan sekurang-kurangnya 55 orang maut termasuk kanak-kanak.

Letupan kedua berlaku di sebuah makam di utara Kabul iaitu bandar Mazar-i-Sharif menyebabkan empat penduduk awam terbunuh.

Menurut pegawai keselamatan yang enggan mendedahkan identitinya, pengebom berani mati meletupkan dirinya di pintu masuk kawasan makam.

Di bawah arahan Taliban, pengikut Syiah diharamkan untuk meraikan hari Asyura di tempat awam.

Pada tahun ini, lebih banyak tugu peringatan Asyura dibina di sekitar bandar Kabul berbanding tahun-tahun lepas termasuk makam-makam dan bendera. - AFP

Didakwa cabul 3 orang

myMetro | Didakwa cabul 3 orang:

LAPOR...mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
LAPOR...mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

KAJANG: Seorang penyanyi popular tahun 80-an disoal siasat hampir dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, malam tadi berikutan aduan dia mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Selain itu, dua wanita, seorang daripadanya ibu kanak-kanak terbabit turut membuat laporan polis mendakwa penyanyi lelaki berusia lewat 40-an itu melakukan perlakuan lucah terhadap mereka dalam kejadian pertengahan tahun ini.


Semua mangsa membuat laporan di IPD Kajang pada 30 November lalu dan penyanyi terbabit hadir untuk disoal siasat pada jam 8 malam sebelum keluar hampir dua jam kemudian.

Seorang daripada wanita terbabit berusia 37 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata dia membuat laporan polis berikutan kejadian itu selepas tidak tahan dengan perbuatan penyanyi terbabit yang disifatkannya mengaibkan dia, anak lelakinya dan rakannya berusia 31 tahun.


“Penyanyi itu menuduh kami pasangan lesbian dan menghebahkan kepada penggiat industri hiburan. Kami percaya dia buat begitu kerana ingin menutup perbuatan kejinya terhadap saya, rakan dan anak,” katanya sambil memaklumkan anaknya turut aktif berlakon iklan.


Wanita itu berkata, dia mula mengenali penyanyi terbabit sejak 2009 dan mendakwa perlakuan lucah oleh artis berkenaan ke atasnya terbabit bukan kali pertama berlaku sebaliknya ia kali kedua.

Katanya, kejadian cabul ke atas anaknya berlaku di rumah penyanyi itu di Cheras, dekat sini, ketika dia, anak dan rakannya menumpang di rumah itu.


“Saya tidur di rumahnya dengan keizinan suami selepas mendapat tawaran berlakon, tapi terkejut apabila melihat dia (penyanyi terbabit) melakukan perbuatan lucah ke atas anak saya.

“Berikutan itu berlaku pergaduhan antara kami dan dia mendakwa sekadar bergurau. Namun, saya tidak boleh menerima alasan itu lalu meninggalkan rumahnya,” katanya.


Rakan mangsa yang turut membuat aduan pula mendakwa selama ini mereka mendiamkan perkara itu kerana berasa terhutang budi dengan penyanyi terbabit yang banyak membantu mereka.


“Namun, kami membuat laporan selepas dia memburukkan nama kami kepada penggiat seni lain. Lagipun kami tidak mahu pekerjaan kami terjejas selepas penyanyi terbabit menabur fitnah,” katanya.


Selain penyanyi terbabit, tiga individu yang membuat aduan dan seorang saksi kejadian turut berada di IPD Kajang malam tadi kerana dipanggil bagi merakamkan percakapan mereka.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.


Penyanyi terbabit pula ketika ditemui selepas selesai memberi keterangan berkata, segala aduan yang dibuat ke atasnya tidak benar, sebaliknya ia bertujuan menjejaskan kerjaya serta perniagaannya.