Pages

Saturday, November 13, 2010

Komputer Apple-1 yang dijual Steve Jobs dilelong








LONDON - Sebuah komputer Apple-1 yang dijual oleh pengasas syarikat Apple, Steve Jobs dari garaj ibu bapanya di California pada 1970-an kini dilelong pada harga pembukaan £150,000 (RM747, 785), lapor sebuah akhbar kelmarin.
Terdapat kira-kira 200 komputer asli Apple 1 buatan tangan yang dilancarkan pada 1976 dan dipercayai antara 30 hingga 50 buah komputer itu yang masih ada ketika ini.
Komputer Apple-1 dianggap sebagai komputer pertama di dunia dan ia akan dilelong oleh Rumah Lelongan Christie's pada 23 November ini di London.
Komputer itu dianggap menjadi perintis keluaran syarikat Apple yang diketuai Jobs seperti komputer tablet iPad, iPod dan telefon pintar iPhone.
Pada 1976, komputer Apple-1 cuma dijual pada harga AS$666.666 (RM2,075.33).
Sebahagian komputer Apple-1 itu mempunyai hiasan kayu.
Komputer itu mempunyai memori yang kecil iaitu 8K, 524,000 kali kurang daripada komputer standard keluaran Apple kini.
Ia juga tidak mempunyai kapasiti untuk menyimpan sebuah lagu.
Komputer itu dicipta oleh rakan Jobs, Steve Wozniak.
Ia dijual pada harga AS$666.666 kerana Wozniak suka nombor yang sama.
Ketika itu, Wozniak menjadi jurutera komputer itu manakala Jobs menjadi ketua untuk menjualnya.
Ia akan dilelong bersama buku panduan, kaset dan surat yang ditandatangani oleh Jobs yang kini masih mengetuai syarikat Apple.


KOMPONEN-KOMPONEN komputer Apple-1, surat Steve Jobs, buku panduan dan kaset dilelong pada harga pembukaan RM747, 785.




Kaset yang menjelaskan penggunaan komputer itu dijual pada harga AS$75 (RM233.47).
Namun, komputer itu tidak mempunyai skrin atau papan pemuka seperti yang ada ketika ini.
Beberapa buah muzium dan pengumpul barang-barang antik gagal untuk mendapatkan komputer Apple-1 sebelum ini untuk disimpan.
Bagaimanapun, komputer itu merupakan satu pelaburan yang baik.
Komputer yang dilelong itu mengekalkan konsep asal kerana ia tidak dipasang dengan sepenuhnya.
Pengguna perlu memasangnya sendiri dengan menggunakan buku panduan dan tidak mengandungi monitor dan papan pemuka.
Jobs memberikan panduan kepada soalan pembeli mengenai monitor dan papan kunci yang terbaik untuk digunakan bersama komputer tersebut.
Seorang kakitangan Rumah Lelongan Christie's, Julian Wilson berkata: "Ia (Apple-1) merupakan perintis penciptaan iPod, iPad dan iPhone. Komputer itu berkerja dari sebuah kotak yang merupakan konsep asal."
Menurutnya, komputer itu seperti alat pengira berprestasi tinggi.
"Jobs menjual komputer ini dari garaj ibu bapanya dan terdapat peningkatan penghargaan terhadap sejarah komputer dan di sinilah bermulanya sejarah komputer," kata Wilson. - Agensi

Jadi buta selama 10 minggu


GAMBAR menunjukkan Becky bersama ibunya.


DENTON - Seorang budak perempuan berusia 11 tahun di Britain, Becky Cranmer mengejutkan doktor-doktor selepas dia hilang penglihatan dalam masa cuma 10 minggu, lapor sebuah akhbar semalam
Becky disahkan menghidap penyakit radang saraf optik dikenali sebagai neuritis optik.
Penyakit ganjil itu biasanya sembuh selepas pesakit diberikan steroid tetapi ubat tersebut tidak berkesan buat Becky.
Dia buta selama 10 minggu enam bulan lalu ketika dia berkelah bersama keluarganya semasa cuti musim panas yang lepas.
"Ketika itu, kami pergi bercuti dengan menaiki karavan dan dia (Becky) berulang kali meminta kami membuka lampu, pada hal, cuaca di luar karavan adalah cerah," kata ibunya, Angela Cranmer, 40.
Ibunya kemudian membawanya menjalani pelbagai ujian perubatan, tetapi doktor-doktor gagal mencari punca penyakit tersebut kerana matanya yang bengkak
Menurut ibunya, ketika itu, dia diberitahu oleh beberapa doktor bahawa Becky akan dapat melihat kembali jika saraf optiknya tidak rosak.
Dia kemudian dapat melihat semula selepas beberapa minggu dia mengunjungi hospital tersebut. - Agensi

Rusa mengamuk di dalam bar




SEEKOR rusa merempuh meja di dalam sebuah bar di Bluffton, Ohio.




BLUFFTON, Ohio - Beberapa pekerja di sebuah bar di Ohio, Amerika Syarikat (AS) bertempiaran lari selepas seekor rusa jantan tiba-tiba melompat masuk dan merempuh kerusi serta meja dalam premis itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Tiada kecederaan berlaku dalam kejadian itu di sini baru-baru ini tetapi premis tersebut mencatat kerugian besar kerana banyak barangan rosak.
Meja dan kerusi berterbangan selepas dirempuh dengan tanduk haiwan itu.
Semasa kejadian, cuma terdapat beberapa orang pekerja di dalam bar itu.
Salah seorang pekerja berkenaan melompat meja bar bagi menyelamatkan diri.
"Naluri saya menyatakan adalah lebih baik saya tidak mendekati rusa itu yang naik minyak," kata seorang pelayan. Danielle Weyer.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bar itu menunjukkan ia melompat masuk melalui tingkap dan memecahkan beberapa buah meja dan kerusi sebelum keluar dari pintu belakang premis tersebut.
Aksi rusa itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi

Hampir lima tahun koma




SEBUAH ambulans (dalam bulatan) yang membawa Ariel Sharon berhenti dekat rumahnya dekat bandar Negev selatan Israel semalam.




BAITULMUQADDIS - Bekas Perdana Menteri Israel yang terkenal kerana membunuh ramai penduduk Palestin, Areil Sharon yang kini koma sejak tahun 2006 akibat diserang strok semasa masih memegang jawatan itu telah dipindahkan dari sebuah hospital ke rumahnya di selatan Israel semalam.
Anggota-anggota perubatan membawa Sharon yang memakai alat bantuan pernafasan menaiki sebuah ambulans berwarna kuning yang diiringi para pengawal keselamatan.
Sharon yang berusia 82 tahun menunjukkan 'maklum balas minimum' dan tidak ada petanda beliau akan pulih daripada koma.
Menurut seorang pegawai Hospital Tel Hashomer, Dr. Shlomo Noi, tindakan membawa beliau pulang ke rumah adalah bagi membolehkan beliau dirawat dalam persekitaran keluarga berbanding di hospital.
Tokoh politik kontroversi itu menjadi Perdana Menteri dari tahun 2001 sehingga 2006 apabila beliau diserang strok sehingga menyebabkannya berada dalam keadaan koma.
Ekoran Sharon diserang strok, jawatan Perdana Menteri kemudiannya dipangku oleh Ehud Olmert.
Beliau dirawat dengan rapi di Hospital Tel Hashomer. Pengarah hospital itu, Dr. Zeev Rothstein menyifatkan Sharon berada dalam keadaan sedar yang tidak sepenuhnya.
"Beliau memerlukan bantuan dalam semua aktiviti harian," kata Zeev kepada saluran televisyen Israel,Channel 10 .
Sharon yang mempunyai dua orang anak lelaki itu dijangka akan dihantar ke hospital yang sama untuk pemeriksaan biasa.
Pada 1982, semasa Sharon menjadi Menteri Pertahanan Israel, tentera negaranya mengepung kem Sabra dan Shatila di Lebanon yang menempatkan pelarian Palestin.
Anggota-anggota tentera Israel yang mengepung kem tersebut membantu serangan militia Kristian Maronite Lebanon yang menyebabkan di antara 800 dan 3,500 penduduk awam Palestin di kedua-dua kem berkenaan terbunuh.
Pembunuhan itu menyebabkan Sharon dilabel sebagai Penyembelih Beirut.
Semasa beliau menjadi Perdana Menteri, beliau dikatakan merancang plot untuk membunuh pemimpin pertubuhan Pembebasan Pembebasan Palestin, Yasser Arafat.
Pada April 2002, semasa Sharon memegang jawatan Perdana Menteri, anggota-anggota tentera Israel diarah mengepung pejabat Yasser di Ramallah, Tebing Barat.
- Agensi

Korban Gunung Merapi meningkat



DUA penunggang motosikal melalui Kampung Dukun yang dipenuhi dengan debu Gunung Merapi semalam.


GUNUNG MERAPI, Indonesia - Angka kematian akibat satu siri letupan Gunung Merapi dekat Yogyakarta, Jawa Tengah meningkat kepada 206 orang semalam.
Gunung berapi itu mula menyembur gas panas, batu dan abu pada 26 Oktober lalu sebelum membuat letusan kuat pada minggu lalu.
Letusan terkuat berlaku pada Khamis minggu lalu yang merupakan hari yang paling dahsyat buat kalangan penduduk sekitarnya sejak beberapa dekad lalu.
Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan semalam menyatakan, angka kematian meningkat dari 194 kepada 206 selepas beberapa orang lagi meninggal dunia akibat masalah pernafasan, serangan jantung dan penyakit lain yang berkaitan dengan letusan Gunung Merapi.
Abu panas semakin berkurangan dari gunung berapi itu semalam tetapi pakar-pakar memberi amaran supaya penduduk sekitar menjauhi lokasi sekitarnya kerana bimbang ia akan kembali meletus. - AP

Sharon dibawa balik ke rumah




2010/11/13

BAITULMAQDIS: Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon yang terbaring di katil hospital sejak lima tahun lalu kerana koma, dipindahkan ke rumahnya semalam, kata seorang pegawai hospital. 

Jurugambar AFP melihat ambulans membawa bekas Perdana Menteri itu tiba di rumahnya di Sycamore Farm di selatan Israel awal pagi semalam.Shlomo Noy, ketua unit pemulihan di Hospital Sheba, berhampiran Tel Aviv berkata Sharon yang masih koma dijangka kembali ke hospital Ahad ini dan mengulangi senaman beberapa kali sebelum dipastikan bahawa beliau boleh dirawat di rumah secara kekal.
Ia adalah satu proses berperingkat, apabila sebuah hospital membenarkan pesakit kronik pulang ke rumahnya, kata Noy kepada radio awam. 

Ia adalah satu proses yang teratur, di mana anda memeriksa kesesuaian persekitaran sokongan dan perubatan di mana pesakit mahu ditempatkan. 
Katanya, proses itu membabitkan antara tiga hingga empat kali lawatan setiap 48 jam, diselia kakitangan hospital di rumah. 

Pada 4 Januari 2006, Perdana Menteri itu diserang angin ahmar serta koma. Beliau tidak pernah pulih, menyebabkan berlaku kekosongan dalam politik Israel. 
Sharon, 82, pengsan lima bulan selepas melancarkan laluan baru yang menyaksikannya mengundurkan semua penempatan Yahudi dan tentera dari Semenanjung Gaza selepas 38 tahun. AFP 

Pasu dinasti Qianlong RM258j

pix_middle

LONDON: Sebuah pasu China yang dibuat pada kurun ke-18 dilelong dengan harga �43 juta (RM211 juta), semalam.
Pasu porselin zaman dinasti Qianlong setinggi 40 sentimeter itu dijual pusat lelong Bainbridges di London dan dibeli seorang warga China yang tidak dikenali. Selain harga lelongan, pembeli itu juga membayar premium sebanyak 20 peratus daripada harga asal, menjadikan harga keseluruhannya RM258 juta.

Ia mencatat harga paling tinggi untuk barangan hasil seni China di pusat lelongan, sekali gus menjadikan dua adik beradik yang mewarisi pasu itu selepas penemuannya di sebuah kediaman di utara London, jutawan segera.

Petugas di Bainbridges, Helen Porter berkata: “Mereka tidak tahu apa yang mereka miliki. Walaupun menaruh harapan tetapi mereka tidak percaya apabila jurulelong menutup pembidaan pada harga yang amat tinggi.” “Seorang daripada mereka terpaksa keluar dari bilik lelongan untuk mendapatkan udara segar selepas terkejut dengan harga itu.” Pasu yang mempunyai dekorasi motif ikan itu sebelum itu dijangka hanya akan dijual pada harga antara RM4 juta hingga RM6 juta. Harganya naik mendadak apabila begitu ramai pelabur China berminat untuk memilikinya. - AFP

2.5 juta jemaah haji kini berkumpul di Mekah


JEMAAH haji menunaikan sembahyang Jumaat pertama di Masjidilharam, semalam sebelum bergerak ke Arafah. - AFP


MEKAH 12 Nov. - Kira-kira 2.5 juta jemaah bakal membanjiri Mekah bagi menunaikan ibadah haji tahun ini, di tengah-tengah kawalan keselamatan ketat dan fasiliti baru termasuk sistem pengangkutan kereta api yang memudahkan pergerakan jemaah bagi mengelakkan kematian akibat keadaan terlalu sesak.
Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Nayef bin Abdul Aziz berkata, beliau tidak menolak kemungkinan al-Qaeda yang cuba menganggu sepanjang tempoh ibadah tersebut dilaksanakan bermula Ahad ini, walaupun kumpulan militan itu tidak pernah menyerang jemaah sebelum ini.
"Kita bersedia untuk sebarang kejadian tidak diingini. Insyaallah, tiada perkara buruk akan berlaku," kata beliau kepada pemberita semasa ditanya tentang ancaman al-Qaeda yang sedang berkembang di negara jiran, Yemen.
Bilangan jemaah rasmi masih belum diketahui sehingga kini kerana masih ramai jemaah haji tiba dari luar negara.
Bagi memastikan kelancaran ibadah haji musim ini, Arab Saudi membangunkan kemudahan-kemudahan baru bagi menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah.
Fasiliti terbaru yang dibina adalah Kereta Api Mashair, pengangkutan aliran ringan yang menghubungkan Mina, Muzdalifah dan Arafah iaitu lokasi-lokasi yang biasanya sesak dengan jemaah.
Pengerusi Jawatankuasa Haji dan Umrah di Dewan Perdagangan Mekah, Saeed al-Qurashi berkata, sebagai permulaan, hanya 35 peratus daripada kapasiti keseluruhan kereta api itu akan beroperasi dan ia mampu menggantikan penggunaan 4,000 bas.
Kematian 364 jemaah pada Januari 2006 dan 1,426 jemaah pada Julai 1990 akibat insiden rempuhan masing-masing di pintu masuk jambatan Jamarat dan terowong di Mina, membuatkan pihak berkuasa negara mengambil keputusan merobohkan jambatan itu dan menggantikannya dengan jambatan baru bertingkat.
Struktur baru itu dibina dengan lebih banyak pintu masuk dan keluar selain dipasang 30 kamera dilengkapi perisian yang mampu mengukur kepadatan jemaah. - AFP

10 nasihat utk org sdg bercinta

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

p/s: (utk ana juga~ hehe) *_*
 by:  Natrah Khairy 

“TUDUNG ITU AURAT ATAU AURAT ITU TUDUNG?” ....???

 “Ya, mahu makan apa incik?” tanya seorang pelayan barra kepada Arep.
“Bagi nan cheese garlic satu sama itu kari ya,” jawab Arep selepas mentelaah menu yang diberikan.
“Baiiikk..incik?”
“Bak saya nan cheese biasa,” order Rapek.
“Nan cheese garlic ada, nan cheese takda.”
Logik tak? Nan cheese garlic ada tapi nan cheese biasa tiada? Adakah roti nan itu yang menjadikan nan cheese atau garlic yang menjadikan roti itu dikenali dengan nama nan cheese? Memeningkan, namun itulah kesalahfaham yang berlaku di dalam masyarakat kita.

“TUDUNG ITU AURAT ATAU AURAT ITU TUDUNG?” - pening, yang mana satu betul? selepas berjam-jam memikirkan 2 ayat ini, akhirnya saya dapat jawapan bahawa kenyataan ‘tudung itu aurat’ dan kenyataan ‘aurat itu tudung’ memberi makna yang serupa tapi pada hakikat Islam itu adalah salah???? Iye???? Tudung bukan aurat????

Ya,tudung bukanlah aurat atau aurat bukanlah tudung kerana tudung adalah sehelai kain yang berfesyen manakala aurat adalah bahagian-bahagian pada badan yang harus ditutup. Persepsi orang yang tidak memakai tudung sedang mendedahkan aurat sudah menjadi pegangan sape-sape sahaja, dari anak-anak kecil yang sedang makan lolipop atau seorang bos yang sedang menyedut cerut kematian. ”Kite kene tutup rambut kita, rambut tu aurat. Sehelai rambut kite dilihat oleh lelaki bukan mahram maka kite akan masok nerake 60 tahun akhirat. 1 tahun bersamaan 1000 tahun (rujuk As-Sajda) atau 500 tahun (rujuk Ma’arij) dunia,”nasihat seorang akak naqibah kepada mad’unya. Hakikatnya, dalam nasihat itu juga ada 2 kecuaian kecil. Yang pertama, akak naqibah itu menekankan bahawa rambut sahaja adalah aurat dan yang kedua, ’dilihat oleh lelaki bukan mahram’, padahal aurat wanita muslim tidak boleh didedahkan kepada wanita bukan muslim. Takpe, takpe, jangan dot kalot lagi, kali ni kita bincang satu-satu bab aurat ni. Kita akan ikut pendapat imam Syafi’e disebabkan Malaysia pengamal mazhab syafi’e.

Aurat Muslimah – Muslimin + Non-Muslim (Boy + Gal)
  
“Ala ilek ar, biar la free hair asal hati baik” - cik mbong (bukan nama sebenar)
“yang pakai tudung labuh pun kene tangkap khalwat, so same ar ngan aku yang free hair ni” - mek mah (bukan nama sebenar)
“takpe ar aku buka lengan, aku pakai tudung pe!” - kiah (bukan nama sebenar)

Jawapan-jawapan yang biase kite dengar apabila kita tanye, “y dont u wear hijab? (tulis omputih skit) ”Sebelum kite jawab lu jawapan2 daripada adik-adik ni, mari kita teliti. Bahagian manakah aurat bagi wanita sebenarnya.Adakah rambut sahaja?Leher?Dada? atau… =P
Firman Allah dalam surah An-Noor,31:

Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.
  
Sabda Nabi kepada Asma’ Ibnu Abu Bakr:

Wahai Asma’! Sesungguhnya seorang gadis yang berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. (BUKHARI MUSLIM)

Sudah jelas bahawa selain daripada muka dan pergelangan tangan adalah aurat bagi wanita, inilah hadis yang dipakai Imam Syafi’e dalam menetapkan aurat bagi wanita untuk lelaki muslim, lelaki-perempuan non-muslim. Maksud ‘melabuhkan tudung hingga ke dada’ dalam ayat 31 surah An-Noor bukanlah mewajibkan semua wanita memakai tudung labuh tetapi ayat itu memberi maksud bahawa wanita harus menutup rambutnya dan juga dadanya daripada terzahir @ ternampak. Tak kisahlah anda ingin memakai tudung ke, topi ke, skaf ke atau serban, asalkan bahagian rambut dan dada anda tertutup. Kenapa ya Islam menekankan penutupan rambut dan juga dada? kerana situlah tempat intaian pertama kaum Adam!

Hadis di atas juga memberi maksud kepada kita, pemakaian purdah bukanlah wajib disebabkan Rasulullah sendiri mengatakan semua takley terdedah kecuali muka dan tapak tangan. Pendapat majoriti ulama’ (jumhur ulama’) seperti Syeikh Nasirudin Al-Bani dan Prof.Yusof Qardawi menyatakan pemakaian purdah@niqab ini bukanlah wajib. Antara hujah mereka, aurat wanita di dalam solat dan di luar solat adalah sama manakala alasan bagi ulama’ yang mengatakan purdah adalah wajib berdasarkan pendekatan ‘mencegah lebih baik dari merawat. ”Namun begitu, para ulama’ memberi keutamaan untuk wanita memakai purdah@ menutup muka mereka.

Rasulullah SAW mengeluarkan hadis di atas disebabkan Asma’ datang berjumpa dengan Rasulullah dalam keadaan memakai pakaian yang nipis, yang menzahirkan bentuk badannya. Menerusi asbabul @ sebab hadis ini, kita dapati bahawa pemakaian pakaian yang ketat atau lut cahaya ditegah oleh Islam. Islam tidak mengharamkan perempuan memakai seluar, bahkan kalau diteliti siapakah pencipta seluar, maka kita akan dapati bahawa pencipta seluar pertama di dunia ialah Nabi Allah, Ibrahim. Apa yang Islam haramkan ialah pemakaian pakaian yang ketat, yang membentuk tubuh badan wanita tersebut. Muslimah perlu diingatkan bahawa pandangan lelaki adalah pandangan TRANSPARENT! Kaum lelaki tidak memerlukan sinar X untuk melihat sesuatu yang tersembunyi, cukup dengan merenung dari jauh!

Menjawab kepada persoalan adik-adik tadi,saya bagi satu analogi:

Saya masak mee goreng. Saya letak udang, ayam dan daging. Lepas tu saya masokkan pewarna coklat pekat ke dalam mee dan saya pekatkan mee itu supaya nampak seperti najis. Still nak makan? Takpe luaran je nampak cam tahi, dalam tu ade udang, ayam dan daging. Sedap tu!
  
Kita gunakan hukum alam, judge a book by its cover! Memang kadang-kadang ada yang menutup aurat tapi melakukan maksiat tapi dia sudah berusaha untuk memenuhi syariat Islam. Mungkin solat dia tidak khusyu' menyebabkan dia melakukan maksiat, atau apa-apa alasan lain. Udah, jangan tuding jari ke arah orang lain, kite lihat diri kita, muhasabah sendiri, analisa sendiri. Adakah kita sudah mengikut acuan Islam atau kita telah mengacu Islam ikut kehendak kita?

Aurat Muslim – Musliminah + Non-Muslim( Boy + Gal)
  
Ali seorang pemain bola yang profesional. Setiap kali dia sepak bola, dia akan masuk ke neraka! Aik, kerana apa? Kerana dia tidak menutup aurat. Semua orang sudah tahu bahawa aurat lelaki adalah dari lutut ke pusat dan ade golongan yang main-main, diorang kata aurat lelaki adalah lutut DAN pusat. Tak kisahlah dia nak main-main atau apa, tapi tu pon diorang masih pakai seluar pendek, dedah lutut! Pekehe ni Yop?! Tadi kate aurat laki pusat DAN lutut tapi lutut x tutup pom? Astaga, Allah da bagi hukum kite main-main, hukum yang main-main pom tak ikut. Ape nak jadi ni?

Bucah turun ke utiliti untuk belajar lillahita’ala dengan memakai wax di kepala, misai yang baru dicukur dan memakai seluar pendek. Niat tu da baik da, belajar kerana Allah tapi pakai seluar pendek, dedah aurat. Ni satu lagi masalah kita, kita nak g ke Jepun tapi beli tiket beca padahal orang da berkali-kali kata, nak ke jepun beli tiket flight, bli tiket flight, kite degil jugak, nak jugak naik beca. Takpe, terpulang. Betul, sampai juga kat jepun tu, tapi tengoklah betapa tersiksanya kita duduk di atas beca tu menahan panas dan basah, kene BASUH DULU! Ya, sebelum masuk syurga Allah, Allah basuh dulu kita dalam neraka Die, bagi bersih betul-betul. Punyela senang nak tutup aurat lelaki, bukan kene pakai tudung labuh ke ape ke, just pakai seluar labuh sikit dari lutut n pakai singlet biase, da, tu pom da cukup tapi ‘babil’ gak, nak juga buka.




Pikirlah sendiri, nak tutup ke tak. Terpulang atas kita untuk masuk direct ke syurga Allah atau kite nak kene basuh dulu. Nabi da tunjuk macamana nak idup atas muka bumi ni dengan cara yang paling baik, atas kita nak ikut ke tak. Tak perlu toleh ke Cik Mbong, Bowyang atau Mek Piah, kita tengok diri sendiri. Adakah kita benar-benar buat apa yang Islam suruh. Artikel ni bukanlah tuju kepada sesiapa, tetapi untuk diri sendiri. Untuk diri sendiri meng’kairyou’kan diri sendiri. Apa-apa kesalahan harap dimaafkan. Wallahua’lam.










Share

Kenapa pakai tudung besar-besar ya? tak rimas?

Pada suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.

Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya?"

"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya. 

"Tapi kenapa ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"

Dia mengangguk

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.

"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.

"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"

Dia menggeleng kepala tanpa suara.

" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.

" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.

"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.

"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.

"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...

"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.

" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.

Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.

'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.

dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...

by Hanim Napiah 
Share