Pages

Friday, May 29, 2015

300 hari jalan kaki ke Makkah

Makkah: Selepas 300 hari berjalan kaki, warga Austria keturunan Iraq-Jerman akhirnya tiba di bandar suci ini, minggu lalu, untuk menunaikan umrah.
Thair Abud, 49, berjalan merentasi 12 negara sejauh 8,100 kilometer untuk melakukan ibadah berkenaan bagi menunaikan janji yang dibuat kepada kakaknya yang menghidap barah.
Jurutera bertauliah itu meninggalkan jawatannya selaku pengurus besar sebuah syarikat di Austria dan kereta BMW 730i sebelum memulakan perjalanannya pada 25 Julai tahun lalu.
“Saya sudah memenuhi janji saya kepada kakak saya,” kata bapa tiga anak itu.
Dengan berjalan purata empat kilometer sejam, 30 kilometer sehari, dan membawa beg galas seberat 14 kilogram di belakangnya, Thair berkata, dia menggunakan enam pasang kasut sebelum berjaya tiba di Tanah Suci ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2015 @ 10:29 AM


THAIR bergambar berlatarbelakangkan Kaabah di Makkah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54188#sthash.MlhzVLwl.dpuf

Jambatan gantung kaca akan dibuka di China

Jambatan gantung kaca akan dibuka di China
Jambatan kaca Zhangjiajie Grand Canyon Skywalk yang akan dibuka pada Julai tahun ini.

ZHANGJIAJIE - CHINA. Berada di ketinggian 984 kaki, jambatan gantung berlantai kaca Zhangjiajie Grand Canyon Skywalk akan dibuka kepada orang ramai, Julai tahun ini.
Menurut laporan CNN, jambatan tersebut berukuran 430 meter panjang dan lebar enam meter.
Jambatan tersebut juga akan membuka ruang pengunjung untuk mencuba lompatan bungee tertinggi di dunia selepas dibuka kepada orang awam nanti.
Seramai 800 pengunjung mampu berada di atas jambatan kaca tersebut pada satu-satu masa.
Zhangjiajie merupakan satu kawasan tarikan pelancong yang meliputi kawasan seluas 56 kilometer dan dibuka pada 2009.
Lokasi dan pemandangan yang menakjubkan di Zhangjiajie juga dikatakan sebab pengarah filem, James Cameroon menjadikan kawasan tersebut sebagai inspirasi untuk filem beliau, Avatar.

Kolam renang syaitan di Zambia?

Kolam renang syaitan di Zambia?
Kolam renang syaitan di Zambia?


LUSAKA - ZAMBIA. Di persempadanan negara Zambia dan Zimbabwe, terdapat sebuah kolam renang yang sangat ‘menyeramkan’. Sehinggakan ia dikenali dengan nama ‘Devil Swimming Pool’ (Kolam Renang Syaitan).
 
Ia dikenali demikian kerana kolam renang itu dianggap paling berbahaya di dunia. Bayangkan! Kolam mini semula jadi  ini  terletak tepat di ‘bibir’ air terjun Victoria dan mempunyai ketinggian 128 meter serta seluas 1.708 meter per segi.
 
Kolam renang  ini terbentuk akibat daripada hakisan air di kawasan itu , sehingga membentuk sebuah bulatan hingga menjadikan ia  sebuah kolam renang mini semula jadi.
 
DISUKAI PELANCONG!
 
Pada musim hujan, pelancong dilarang sama sekali untuk bermandi manda di kolam tersebut, kerana tahapnya yang terlampau berbahaya.
 
Namun, pada musim kemarau, iaitu antara bulan September sehingga Disember, airnya agak surut. Saat itulah kolam ini boleh  digunakan untuk berenang. Maka tidak mustahil ramai pelancong yang ‘berani mati’ untuk bermandi-manda di kolam tersebut walaupun risikonya sangat tinggi dan berbahaya.
 
Untuk pelancong mereka sentiasa diingatkan akan bahayanya kawasan itu, dan langkah-langkah berhati-hati perlu dititikberatkan untuk memastikan mereka sentiasa selamat.

 
AIR TERJUN VICTORIA
 
Air terjun ini juga telah diwartakan sebagai taman nasional di kedua-dua buah negara di mana ia dikenali sebagai Taman Nasional, ‘Mosi-oa-Tunya National Park’ di Zambia dan ‘Victoria Falls National Park’ di Zimbabwe.
 
Sementara penduduk setempat memanggil air terjun ini dengan nama Mosi-oa-Tunya, yang bermaksud ‘asap yang menggelegar’, kerana arus air yang deras seolah-olah membentuk sekumpulan asap putih yang tebal.
 
Nama Air Terjun Victoria diberikan oleh David Livingstone, seorang penjelajah dari negara Scotland .
 
Menurut National Geography, pada tahun 1855, Livingstone “menemui” air terjun ini. 
 
Oleh kerana begitu terpesona melihat keindahan air terjun ini, lantas Livingstone memberikan nama Victoria. 
 
Nama Victoria diambil daripada  nama Ratu Victoria, iaitu Ratu Inggeris yang ketika  itu menjajah Zambia dan Zimbabwe.

Janin kembar dalam perut bayi

Janin kembar dalam perut bayi
Bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil.

JIANSU - CHINA. Sepasukan doktor berjaya mengeluarkan janin kembar dalam perut seorang bayi yang baru dilahirkan di Changzhou, wilayah Jiangsu.

Pada mulanya, doktor mengesyaki terdapat sesuatu yang tidak kena pada bayi berkenaan yang mempunyai berat tiga kilogram kerana mempunyai bentuk perut yang pelik dari kebiasaannya bayi normal.

Hasil imbasan mendapati, terdapat tumor sebesar 16 sentimeter sedang membesar di dalam perut bayi perempuan berkenaan.

Selepas menjalani pembedahan selama 2 jam, doktor berjaya membuang ketulan tersebut yang dipercayai janin bayi yang dianggarkan berusia 8 hari.

Para doktor percaya, ketulan tersebut adalah janin kembar yang terjadi apabila embrio kembar yang tidak dipisahkan sepenuhnya antara satu sama lain semasa kehamilan.

Janin tersebut juga telah ditumbuhi rambut.

Bunyi aneh kembali, kali ini di negara barat

Bunyi aneh kembali, kali ini di negara barat
Bunyi aneh ini kedengaran seperti tiupan trompet.

TERRACE - KANADA . Gempar, satu fenomena bunyi aneh seolah-olah bunyi tiupan trompet ‘mengganggu’ penduduk di negara barat.
 
Memetik laporan CNN, bunyi tersebut boleh didengari di Jerman, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.
 
Penduduk di Australia juga difahamkan turut mendengari bunyi aneh ini dan kebanyakan mereka memuat naik video rakaman fenomena tersebut di Youtube.
 
Memetik laporan tersebut lagi bunyi aneh yang pernah kedengaran pada tahun 2012, kembali ‘menghantui’ penduduk di kawasan negara tersebut bermula pada April tahun ini.
 
Malaysia juga perlu mengalami fenomena serupa yang berlaku di Kota Samarahan pada Januari 2012.
 
“ Hal tersebut telah dibuktikan daripada  sejumlah video yang dipertontonkan di YouTube. Meskipun  datang dengan judul yang berbeza-beza, namun bunyi yang terdengar itu mirip antara satu negara dengan negara lain,” petik kenyataan itu.
 
[ARTIKEL BERKAITAN: Dengkuran misteri dari langit]
 
Manakala memetik laporan Tech Times, seorang warga Kanada, Kimberly Wookey mengaku dia ‘dibangunkan’ oleh bunyi tersebut yang seolah-olah seperti tiupan trompet.
 
“Ini kali kedua saya dengar sendiri bunyi aneh ini di Kanada. Bunyinya sangat kuat, anak saya yang mendengarnya juga berada dalam keadaan ketakutan,” katanya.
 
[ARTIKEL BERKAITAN:  'Suara dari langit' terjawab]
 
Sementara itu menurut kenyataan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa), punca bunyi itu adalah terhasil daripada fenomena alam yang biasa.
 
“Kebisingan suara tersebut datang dari Planet Bumi sendiri,” petik kenyataan tersebut.

Ibu terima buah pinggang anak selepas mati

Ibu terima buah pinggang anak selepas mati

BEIJING - CHINA. Hidup ini penuh dengan pelbagai ujian, itulah yang terjadi kepada pasangan Zhou Lu, 21, dan Chen Xiaotian, 27, apabila doktor mengesahkan bahawa anak lelaki mereka yang berusia lima tahun menghidap tumor otak tahap kritikal.
 
Apa yang menyentuh perasaan pasangan ini lagi, anak mereka dikhabarkan tidak akan mampu hidup sehingga dewasa dek kerana penyakit tersebut.
 
Menurut laporan Sunnyskyz, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, sebulan kemudian ibunya Zhou Lu pula dikesan menghidapi penyakit buah pinggang.
 
Akhirnya, kedua-duanya sama-sama berjuang di hospital selama bertahun-tahun, kerana penyakit ‘masing-masing’.
 
Si ibu Zhou memerlukan dialisis, manakala si anak Chen memerlukan rawatan tumor hampir setiap masa, apa yang lebih menyedihkan tumor otak Chen telah mengganggu saraf optiknya sehingga mengakibatkan dia hilang penglihatan dan hanya mampu berbaring di kamar tidur hospital.
 
Tatkala itu, para doktor sudah kehabisan ikhtiar untuk menyelamatkan Chen, sementara si ibu Zhou boleh pulih sekiranya mendapat ginjal (buah pinggang) yang baharu.
 
"Mereka mengatakan bahawa cucu saya tidak akan bertahan (hidup lama) , tetapi ginjalnya boleh membantu ibunya’kembali hidup’ ," ujar nenek Chen.
 
Namun, mendengar khabar tersebut, si ibu Chen, Zhou menolak dan tidak ingin langsung mendengar kata-kata  tersebut.
 
Baginya biarlah dia menderita, bukan anaknya yang sudah sedia menderita sakit tumor.
 
Ternyata, Chen mengetahui perkhabaran neneknya itu, bahawa dia boleh menyelamatkan ibunya sekiranya dia menderma ginjalnya kepada ibunya.
 
Tatkala itulah, Chen merayu untuk menyelamatkan ibunya, walaupun dia sendiri hanya mampu terlantar di hospital.
 
"Ibu, aku ingin menyelamatkan hidupmu," pintanya. Mendengar permohonan sang anak, ibunya menjadi begitu hiba, katanya bagaimana dia mampu hidup tanpa anaknya di sisi.
 
Ternyata niat suci Chen ‘dipermudahkan’ beberapa hari kemudian, Chen menghembuskan nafas terakhir. Akhirnya transplantasi ginjal (pemindahan buah pinggang) berhasil dilakukan ke atas ibunya Zhou.
 
Bagi menghormati anak yang berhati mulia itu, para doktor menundukkan badan (sebagai tanda hormat) kepada Chen sebelum pemindahan ginjal itu dilakukan.