Seperti yang kita ketahui, ekpedisi ke Bulan yang dianggotai oleh Neil Amstrong pada tahun 1969 yang lalu telah membuktikan bahawa tiada kehidupan asing yang hidup di Bulan..Namun, bagaimana pula kisah nya pada 200,000 tahun yang lalu ditambah pula dengan penemuan patung yang hampir mrnyerupai wanita di permukaan Bulan? Haa, kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgEN5j0TSMJJoP-dx4FcxU2mhDytGDJtMVv6SDTdI816a691q5pwKPGi6pDS-7Abon0ZbMWUIzz_FQlj3cigjxIdSnJ8dhXKKssHG19jkEdB-8YWluj0NaAZReJZYR4pcBA1Ww6h7nW24Q/s1600/cris-4.jpg)
"Arca tersebut meningkatkan perasaan ingin tahu kita. Ini bererti pada suatu waktu dahulu, atmosfera di Bulan boleh menyokong kehidupan. Selain daripada itu, arca tersebut juga menunjukkan nilai estetika yang indah dari masyarakat yang membuatnya," kata Dr.Charles kepada pemberita.
Arca yang dikenali sebagai "Angel" atau bidadari itu diperbuat daripada kombinasi besi khusus yang boleh ditemui secara ekslusif di beberapa tempat mengikut ketinggian tertentu di bulan. "Angel" merupakan arca yang menyerupai perempuan memiliki sayap di bahagian belakang dengan rambut yang panjang.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7axjDnG5j1lH-3lqN8Fa_v2ToDS68bfa6QKDQY2N4xx1i8a2ajM78zMjJr4F5zGm3BJvSPZFSuHm8MrVpjfTuNL66N7xLX8ybpG6HyEHdL8DWgfX7vprts62exLL0EMgvOPaIxX2KlT8/s400/cris-6.jpg)
Dr. Miles Fredericks dari Universiti New York ada membuat kajian mengenai teori legenda orang Sumeria yang menceritakan tentang Annunaki, dewa-dewa bersayap, yang berasal dari abad 18 SM. Mungkin juga orang Sumeria pernah dikunjungi penghuni bulan, yang rupanya hampir sama dengan imej dari arca "Angel".
Walaupun terdapat banyak persoalan yang menyelubungi misteri figura "Angel", tetapi sebahagian masyarakat mempersoalkan mengapa rahsia tersebut disimpan begitu lama. "Artifak ini telah menjadi rahsia umum kepada pihak NASA selama bertahun-tahun. Namun pihak NASA terpaksa menyimpan rahsia ini bagi mencegah masyarakat dunia daripada menjadi panik.
p/s: Alam semesta ni luas, tak mustahil ada kehidupan lain selain manusia..