SEORANG bapa hanya menyedari anaknya tertinggal di sebuah hentian rehat di lebuh raya selepas memandu sejauh 40 kilometer.
Kejadian berlaku apabila Huang Hsia, 35, yang membawa keluarganya empat beranak pergi bercuti hujung minggu di bandar di Pulau Huchou, China dan berhenti di lebuh raya untuk menggunakan tandas awam.
Hsia memberhentikan keretanya di hentian rehat di lebuh raya Quanzhou dalam perjalanan mereka sejauh 550 kilometer dari tempat tinggal mereka di wilayah Hunan.
Keemua ahli keluarganya tidur di dalam kereta ketika Hsia mahu pergi menggunakan tandas awam.
Bagaimanapun, anak perempuannya, Ting yang berusia 10 tahun turut keluar dari kereta untuk menggunakan tandas.
Ting yang kembali ke tempat letak kereta selepas itu terkejut apabila mendapati keluarganya telah "meninggalkannya".
Hsia memandu sejauh 40 kilometer sebelum mendapat panggilan telefon daripada seorang anggota polis yang memaklumkan mengenai kecuaiannya itu.
Katanya: "Perjalanan kami sudah jauh selepas saya mendapat panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memberitahu dirinya adalah anggota polis dan anak perempuanya ada bersama dengan lelaki itu.
"Saya ingatkan ia sekadar satu gurauan tetapi dia (anak perempuan) tidak ada apabila saya melihat ke tempat duduk belakang.
"Nasib baik dia dapat berjumpa dengan anggota polis dan mereka bermurah hati untuk menghantar anak perempuan saya ke tempat kami menunggu.
"Saya berasa sangat teruk kerana telah tertinggal anak perempuan saya dan isteri pula marah.
"Tetapi saya hanya ingatkan dia sedang tidur."
Seorang jurucakap polis berkata: "Apabila kami dapat menghubungi bapa kepada budak perempuan itu, mereka telah pun memandu sejauh 40 kilometer. Jadi, kami bawa budak perempuan itu untuk hantar kepada bapanya.
"Dia (bapa) jelas terlepas pandang dan dia tidak berniat untuk meninggalkan anaknya di tandas awam.
"Dia tidak menyedari anak perempuannya berada di situ (tandas awam)." - mirro.co.uk