Pages

Sunday, September 16, 2012

Padah tarik tudung pelajar

       
ANKARA: Seorang pensyarah dihukum penjara dua tahun sebulan selepas didapati bersalah menarik tudung seorang pelajar.

Akhbar Milliyet melaporkan, hakim yang membicarakan kes itu menolak rayuan Profesor Rennan Pekunlu supaya dia dikenakan denda saja.
Rayuan supaya hukuman terhadapnya ditangguhkan juga ditolak.

Keputusan itu mengejutkan banyak pihak dan dikatakan tidak pernah berlaku dalam sejarah kehakiman Turki.

Menurut laporan, pelajar bidang Matematik di Universiti Ege, Fatma Nur Gidal diganggu profesor itu yang kemudian menarik tudungnya serta memaki hamunnya.

Mahkamah diberitahu, Rennan mengancam memanggil semua pelajar yang bertudung dan menghalang mereka memasuki dewan kuliah.

Rennan juga dikatakan berulang kali melanggar hak penuntut wanita di universiti berkenaan. - Agensi

Serangan Taliban: 2 tentera laut AS terkorban

KANDAHAR 16 Sept. - Militan Taliban Afghanistan semalam, mengaku bertanggungjawab menyerang pangkalan tentera NATO di wilayah Helmand, menyebabkan dua anggota tentera laut Amerika Syarikat (AS) maut.
Serangan itu dilancarkan sebagai reaksi kepada penyiaran filem anti-Islam yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Serangan di Kem Bastion yang turut menempatkan 

Al-Qaeda puji protes bunuh Duta AS di Libya


Duta AS Christopher Stevens
Portes ke atas kepentingan AS merebak ke 20 negara setakat ini.
SANAA - Rangkaian Al-Qaeda di Yaman semalam memuji pembunuhan Duta Amerika Syarikat (AS) di Libya dengan menyifatkannya sebagai "perkembangan sangat penting."
Pada masa yang sama, ia juga menggesa pengikutnya membunuh diplomat-diplomat lain di dunia Islam.
Protes membantah filem yang mengaibkan Naib Muhammad SAW telah merebak ke 20 buah negara sejak Selasa lalu.
Selasa lalu, serangan ke atas pejabat konsul di Benghazi, Libya, Duta AS Christopher Stevens terbunuh bersama tiga kakitangan lain.
Di Mesir, di mana protes kali pertama tercetus, pihak berkuasa menggerakkan pasukkan keselamtan untuk menamatkan demonstrasi di pekarangan Keduataan AS di Kaherah.

Enam maut protes filem anti-Islam di seluruh dunia


 konsulat Amerika Syarikat (AS).
Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di luar konsulat AS.
SYDNEY - Sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan maut, manakala lebih 20 negara telah melakukan protes termasuk Mesir, Tunisia, Lebanon dan Sudan sejak protes filem Innocence of Muslims tercetus empat hari lalu.
Tidak terkecuali gelombang rusuhan turut tercetus di Syney, Australia, di mana beratus penunjuk perasaan melemparkan botol dan kasut di pekarangan konsulat Amerika Syarikat (AS).
Bendera AS dibakar di bandar utama di negara itu sebagai tindak balas penayangan filem yang direka oleh kumpulan sayap kanan Kristian yang mencemuh Nabi Muhammad.
Seorang saksi berkata, penunjuk perasaan itu turut disertai kanak-kanak sambil menjerit down, down USA dan membawa sepanduk seperti 'memotong kepala semua orang-orang yang menghina nabi'. -AP

Iran minta AS perjelas dalang filem anti-Islam


Duta Iran
Khazaee mewakili Iran, mendesak AS mengambil tindakan adil terhadap dalang filem berkenaan.
NEW YORK - Iran mengharapkan negara barat, khasnya Amerika Syarikat (AS) memperjelaskan siapakah dalang sebenar yang menghasil dan menyiarkan filem anti-Islam dan dengan seriusnya meminta kerajaan tersebut mengambil tindakan undang-undang terhadap individu itu kerana telah menggugat keharmonian agama  dan kemasyarakatan.
Duta Iran dan wakil tetap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di AS, Mohammad Khazaee berkata, pihaknya mengutuk tindakan mencabul kehormatan Islam, jika dahulunya AS bertindak serius menangani penghinaan serupa itu pastinya tiada mana-mana pihak berani mengulangi kes yang sama.
"Saya yakin penyiaran filem anti-Islam itu adalah sejajar dengan pelaksanaan dasar Islamophobia barat, ke seluruh dunia," katanya kepada IRNA, semalam.
Katanya, penghinaan terhadap agama Islam dan pelan Islamophobia barat mula menular sejak penulis dari British yang menghina Islam, Salman Rushdie menerbitkan bukunya berjudul Kesucian Nabi dalam Islam pada tahun
Susulan itu, beberapa negara barat lain mula meneruskan kesinambungan menghina Islam dengan mencerca kitab-kitab suci, al-Quran serta rumah ibadah masyarakat Muslim.
Khazaee menegaskan, penerbitan filem Innocence of Muslims itu sekali gus telah menentang konvensyen antarabangsa dan mesyuarat tahunan PBB yang sememangnya mengutuk apa jua jenis pencabulan terhadap mana-mana kepercayaan agama suci, perutusan berkaitan agama dan kitab suci masing-masing. -Bernama

Perjuangan Palestin tidak akan mati


Sheikh Raed
Sheikh Raed
Wartawan Sinar Harian, HASLINA KAMALUDIN  berkesempatan menemubual Sheikh Raed Solah, seorang aktivis Palestin sejak lebih 30 tahun tahun. Ikuti temubual bersama beliau yang berkunjung ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, baru-baru ini

Bagaimana bermula penglibatan saudara sebagai aktivis pejuang menuntut pembebasan bumi Palestin dari kekejaman Israel?

Sheikh Raed: Sejak kecil, ibu sering bercerita mengenai saudara-mara saya yang mati syahid dalam menegakkan Islam termasuk abang dan pakcik saya yang terkorban dalam memperjuangkan bumi Palestin ini.

Bagaimana pengalaman saudara ketika ditangkap tentera Zionis pada usia yang begitu muda?

SheikhRaed: Hubungan saya dengan masyarakat sekitar Masjid al-Aqsa sudah lama, iaitu ketika saya masih menuntut di universiti sekitar tahun 1979. Saya sering berkunjung ke Masjid al-Aqsa. Tentera Zionis telah menangkap hampir 60 orang Islam di situ termasuk saya. Kami telah dipenjarakan selama enam bulan.

Bagaimana kehidupan saudara selepas dibebaskan?

Sheikh Raed: Saya bertugas sebagai pengarang untuk sebuah majalah yang terkenal iaitu majalah Islamiah. Ia lebih memfokuskan mengenai Islam dan tatacara Islam. Selepas beberapa ketika bersama majalah itu, saya dilantik menjadi Datuk Bandar Umm al Fahm. Selama tiga penggal menjalankan kerja-kerja Datuk Bandar, saya meletakkan jawatan dan bekerja sepenuh biasa sebagai aktivis demi memperjuangkan nasib Masjid al-Aqsa dan Baitulmuqaddis.

Saudara adalah individu pertama menemui terowong yang dibina tentera Israel dan mempertaruhkan nyawa menyelamatkan Masjid al-Aqsa serta bumi Palestin.

Bagaimana saudara berdepan dengan kekejaman mereka?

Sheikh Raed: Benar, saya telah mendedahkan aktiviti penggalian terowong rahsia oleh pihak tentera Israel di bawah Masjid al-Aqsa pada tahun 1996. Mereka mahu meruntuhkan masjid dan digantikan dengan gereja. Walaupun dakwaan mereka, proses menggali adalah bertujuan mencari 'The King Solomon Temple', tetapi pencarian mereka selama 45 tahun tidak membuahkan hasil.
Masjid sedia ada juga sudah retak akibat penggunaan bahan kimia.

Kami akan terus mempertahankannya.
Saya telah membuat dokumentari, pameran, filem dan apa juga bentuk pemberitahuanmengenai kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin dan usaha mereka untuk meruntuhkan masjid al-Aqsa. Tentera Zionis dapat menghidu pergerakan mereka sudah diketahui dan menangkap saya bersama 12 orang Islam di situ. Kami di penjara selama enam bulan.

Apa berlaku selepas saudara bebas?

SheikhRaed: Saya tidak pernah berhenti daripada berjuang. Perjuangan ini tiada hentinya. Pada tahun 2007, tentera Zionis membuat percubaan menawan Masjid al- Aqsa dan saya terus berkempen agar suara saya didengar untuk memohon pertolongan negara luar agar dapat membantu kami. saya tahu, mereka tidak akan berhenti mencuba dan terus mencuba menawan bumi Palestin.
Apakah detik-detik cemas yang dialami?
Sheikh Raed: Tentera Israel sangat kasar dan tidak berperikemanusiaan. Bukan hanya pada bumi Palestin tetapi termasuk rakyat di negara itu. Kami tidak boleh menjangkakan apa-apa. Saya sendiri sentiasa berdepan dengan pendakwaan palsu dan hari ini saya sedang berdepan dengan empat mahkamah termasuk penglibatan saya dengan kapal Mavi Marmara. Jika ada keadilan dalam pendakwaan, ia akan menghancurkan Israel.
Boleh saudara berkongsi bagaimana kaum wanita dan kanak-kanak menjalani kehidupan di Palestin?
SheikhRaed: Israel tidak membezakan antara lelaki dan wanita. Jadi, ramai wanita dan kanak-kanak turut ditangkap dan diletakkan di penjara. tidak kurang yang ramai yang mati di penjara. Mereka juga dijatuhkan hukuman yang sama serta seksaan yang sama dengan kaum lelaki.
Ada juga wanita yang sarat hamil terpaksa melahirkan anaknya dalam keadaan kakinya terikat dan membesarkan anaknya di dalam penjara. Begitulah antara penderitaan yang dialami di Palestin. Ada satu peristiwa di mana sekumpulan tentera Zionis mahu meruntuhkan jambatan dan sekumpulan wanita telah bersatu menentang mereka.
Namun kesemua wanita mati syahid kerana dipijak tentera berkuda.
Pada ketika ini, berapa jumlah masjid yang masih tinggal di Palestin?
SheikhRaed: Palestin ada 1,200 buah masjid dan yang tinggal kini hanya 50 buah kerana tentera Zionis akan sentiasa merobohkan masjid yang ada. Ada juga masjid yang dijadikan kedai menjual minuman keras, kandang kuda, muzium dan sebagainya.
Tetapi masyarakat Islam tidak pernah berhenti daripada terus membina masjid walaupun tahu ia tidak akan bertahan lama.

Tentera, seorang wanita ditembak di selatan Thailand


Charas Chinapong
Polis memeriksa kawasan kejadian di Yala, Thailand.
YALA - Tiga anggota separa tentera dan seorang wanita ditembak mati dan mayat mangsa dibakar oleh ahli kumpulan pemisah dalam serang hendap di wilayah bergolak, selatan Thailand, semalam.
Polis daerah Muang, Leftenan Kolonel Charas Chinapong berkata, mangsa diserang ketika dalam perjalanan ke pasar di Yala.
Lokasi berkenaan adalah satu daripada kawasan pemberontakan sejak lapan tahun lalu yang mempunyai penduduk berjumlah 5,300 orang di sempadan wilayah yang majoritinya umat Islam di Thailand.
“Saya fikir mereka sudah terbunuh sebelum sekumpulan lelaki bersenjata membakar trak pikap dan mayat mangsa dijumpai berada di dalam trak," katanya.
Menurutnya, ratusan kelongsong peluru dijumpai di tempat kejadian.- AFP

Alan Roberts arah filem Innocence of Muslims?


Alan Roberts
Demonstrasi protes pembikinan filem Innocence of Muslims di Dhaka baru-baru ini. - Foto ihsan demotix.com
NEW YORK - Alan Roberts, lelaki yang mengarahkan filem anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW sehingga mencetuskan kemarahan di 20 negara termasuk di Malaysia, merupakan individu yang terkenal di Amerika Syarikat (AS) bagi kerja-kerja menghasilkan filem kos rendah dan filem-filem lucah 'ringan' pada tahun 1970-an dan 1980-an.
Laporan New York Daily News, memetik portalgawker.com menyebut bahawa filem Innocence of Muslims, yang awalnya menggunakan nama Desert Warrior, menyenaraikan Roberts sebagai pengarahnya.
Menurut IMDB, Roberts, 65, yang tinggal di Santa Monica, California, pernah mengarahkan filem-filem berjudul The Happy Hooker Goes to Hollywood dan The Sexpert.
Laporan itu juga menyebut bahawa Roberts dibawa oleh seorang penerbit bernama Sam Bacile, yang turut dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakuola.
Nakoula kini ditahan pihak berkuasa untuk siasatan. Nakoula, yang menggunakan sekurang-kurangnya 10 nama, kini menjalani hukuman pemantauan selama lima atas kesalahan menipu bank pada 2009.
Gawker melaporkan pihaknya ada bercakap dengan barisan pelakon dan anggota krew serta kawan-kawannya yang mengesahkan Roberts, yang pernah mengarahkan Young Lady Chatterley, sebenarnya bertindak sebagai pengarah filem yang dinamakan semula sebagai Innocence of Muslims.
"Saya pasti dia Alan Roberts yang sama, saya masih ingat dia ada bercakap mengenai projek ini," kata penerbit filem, David A Prior kepada Gawker.
Menurut laporan itu, Nakoula dipercayai individu utama menghasilkan filem yang menghina Nabi Muhammad. Filem itu ditayangkan di beberapa pawagam kecil di AS sejak tiga bulan lalu.
Treler 13 minit dimuat naik menerusi YouTube. Semalam, Malaysia mengumumkan bahawa akanmeminta YouTube mengeluarkan treler filem itu dari pangkalan datanya.
Pelakon-pelakon filem mendakwa jalan cerita telah diubah selepas filem itu dihasilkan.
Bagaimanapun laporan Gawker tidak pasti bagaimana Roberts menyertai pasukan yang menghasilkan filem ini atau sama ada dia kenal "Bacile" sebelum penggambaran dijalankan di luar Los Angeles pada tahun lalu.
Laporan Gawker berkata, Roberts telah mematikan telefon sebaik sahaja protes tercetus sejak awal minggu lalu.
Los Angeles Times juga melaporkan bahawa Roberts kemungkinan menggunakan nama Robert Alan Brownell, lelaki berusia 65 tahun, dari Canyon Lake, Riverside County.”

Nakoula disoal pihak berkuasa AS




NAKOULA yang menutup mukanya dengan kain diiringi keluar oleh para pegawai pejabat syerif dari rumahnya di Cerritos, California semalam.



LOS ANGELES – Seorang pembikin filem, Nakoula Basseley Nakoula yang menghasilkan skrip filem menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims disoal oleh beberapa pegawai perunding cara di sebuah pejabat syerif di Cerritos sini semalam.
Beberapa pegawai persekutuan berkata, mereka menyiasat aktiviti Nakoula, 55, yang sebelum ini didapati bersalah melakukan jenayah kewangan.
Nakoula yang mengaku dia membocorkan sebahagian filem itu bagaimanapun tidak ditangkap.
Lelaki itu disoal oleh pegawai perunding cara tersebut kerana dia telah dibebaskan secara bersyarat pada Jun 2011 selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan.
Dia didapati bersalah menipu bank dengan menggunakan identiti palsu dengan membuka 600 akaun bank.
Berdasarkan syarat pembebasannya, Nakoula tidak dibenarkan untuk menggunakan komputer serta internet selama lima tahun tanpa kebenaran daripada para pegawai perunding cara.
Hakim mungkin mengarahkan dia kembali dipenjarakan kerana melanggar syarat pembebasannya itu.
Nakoula yang merupakan penganut Kristian Koptik berketurunan Mesir menutup muka dengan kain semasa dia menaiki sebuah kereta bersama beberapa pegawai daripada pejabat syerif dari rumahnya.
Dia dibawa ke pejabat syerif di sini.
Seorang timbalan syerif, Don Walker berkata, Nakoula pergi ke pejabat tersebut secara sukarela.
Nakoula memberitahu agensi berita AP bahawa dia merupakan pengurus logistik untuk filem itu.
Keganasan akibat penyiaran sebahagian filem itu di laman YouTube telah menyebabkan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Chris Stevens terbunuh di Libya pada Selasa lalu.
Di bandar Tripoli, Lebanon kelmarin, seorang penunjuk perasaaan terbunuh selepas pertempuran berlaku antara kumpulan penunjuk perasaan dengan polis.
Keganasan itu menyebabkan Ketua Gereja Roman Katolik, Pope Benedict XVI yang berada di Lebanon meminta penduduk Kristian, Yahudi dan Islam melakukan perdamaian.
Tunjuk perasaan bagi membantah filem tersebut juga menyebabkan Kedutaan Jerman di Khartoum, Sudan diceroboh dan sebahagian bangunan dibakar.
Seramai tiga orang mati semasa Kedutaan Jerman dan Britain di Khartoum diserbu para penunjuk perasaan.
Para penunjuk perasaan turut berhimpun bagi membantah filem berkenaan di beberapa negara lain di depan Kedutaan AS.
Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan filem itu dihasilkan oleh sebuah kumpulan agama Kristian di AS yang dikenali sebagai Media for Christ.
Agensi berita itu melaporkan filem tersebut diarahkan oleh seorang pengarah filem lucah, Alan Roberts yang berusia 65 tahun.
Roberts pernah mengarahkan filem lucah seperti Young Lady Chatterley II.
Filem bajet rendah itu yang mana para pelakonnya bertutur dengan menggunakan loghat AS, menampilkan orang Islam sebagai tidak bermoral dan ganas.
Ia memperlekehkan Nabi Muhammad dan menyentuh tentang tema homoseks serta fidofilia.
Filem tersebut menunjukkan Nabi Muhammad tidur bersama beberapa wanita, bercakap mengenai pembunuhan kanak-kanak dan merujuk keldai sebagai “haiwan Islam yang pertama”. – Agensi