Pages

Sunday, November 3, 2013

Mikrocip pengintip dalam cerek

Mikrocip pengintip dalam cerekCerek yang diimport dari China didakwa mengandungi mikrocip tersembunyi untuk tujuan pengintipan.

SAINT PETERSBURG - RUSIA. Pelbagai cara dan medium digunakan untuk melakukan pengintipan.

Laporan terbaru yang didedahkan penyiasat Rusia mendakwa bahawa perkakas rumah diimport dari China mengandungi mikrocip tersembunyi yang menghantar data dan malware ke dalam rangkaian WiFi.

Menurut media tempatan pada laporan DailyMail, penemuan hampir 30 buah cerek dan seterika dengan mikrocip pengintip didedahkan selepas Kesatuan Eropah melancarkan siasatan ke atas Rusia yang didakwa cuba mendapatkan maklumat daripada telefon dan komputer pada sidang kemuncak G20 bulan lalu.

Ia sekali gus membawa kepada spekulasi bahawa cip yang ditemui pada perkakas rumah berupaya mencuri data dan menghantar semula ke pelayan China.

Bagaimanapun, menurut akhbar The Register, adalah mustahil untuk menghasilkan mikrocip pengintip yang kecil untuk disembunyikan di dalam cerek.

Berdiet dengan coklat

Berdiet dengan coklatCoklat mengandungi kalori yang lebih tinggi berbanding makanan lain dan ia menjadikan sistem metabolisme bekerja lebih keras untuk mengimbangi lemak.

GRANADA - SPAIN. Sekumpulan saintis dari Sepanyol mendapati pengambilan coklat dalam jumlah banyak adalah salah satu cara terbaik menurunkan berat badan selain memberi kesan positif kepada peredaran dan tekanan darah serta kesihatan jantung.

Menurut Janet Aylott dari Universiti Granada, kajian meluas membuktikan diet dengan cara menahan pengambilan makanan lebih cenderung untuk gagal.

"Kunci utama berdiet adalah melalui pendekatan yang lebih santai dan menikmati apa yang anda gemari," jelasnya lagi pada laporan DailyMail.

Tetap sayang anak berbulu


Madhavnagar: Bayi baru dilahirkan ini berbulu dari hujung rambut sehingga hujung kakinya merupakan anggota terbaru keluarganya yang digelar Werewolf (serigala jadian).

Bayi berusia 22 hari itu mewarisi gen luar biasa keluarganya yang mengakibatkan keadaan dikenali sebagai Sindrom Werewolf.

Ibunya Savita Sambhaji Raut, 26, berkata, beliau bimbangkan masa depan anak perempuannya itu akibat mewarisi sifat berkenaan, namun reda menerima suratan takdir.

Malah, beliau tetap menyayangi anaknya itu tidak kira rupanya.

Foto
SAVITA mendakap bayi perempuannya.

Foto
BAYI perempuan kecil ini merupakan anggota terbaru keluarga Werewolf yang menghidap kecacatan genetik luar biasa mengakibatkan badan mereka dipenuhi bulu.

Beliau yang ditemui di rumahnya di Madhavnagar, India Tengah berkata: “Saya amat gembira apabila dia selamat dilahirkan, namun saya sedih. Saya bimbangkan masa depannya, namun ini yang ditakdirkan Tuhan untuk kami. Saya ibunya jadi saya mesti menerima dan meneruskan kehidupan.”


Ayah bayi berkenaan Milind bagaimanapun amat gembira menyambut kelahiran anak perempuannya itu.

Bayinya yang masih belum diberi nama antara beberapa ratus orang saja di seluruh dunia yang menghidap Sindrom Werewolf.

Keadaan itu yang turut dikenali sebagai hypertrikosis tidak boleh dirawat. - AFP

Remaja 18 tahun jual dara RM94,410

Moscow: Seorang remaja dilapor menjual daranya dengan harga sebanyak AS$30,000 (RM94,410).
Gadis berusia 18 tahun itu yang hanya dikenali dengan nama gelarannya Shatunigha, mengiklankan jualan itu secara online, dengan menyifatkan dirinya sebagai ‘baru dan tidak pernah diguna.’ 
Berasal dari Siberia, dia mencadangkan pertemuan di sebuah hotel di Krasnoyarsk, tempat dia berharap menerima bayaran sebelum tidur dengan lelaki yang bersedia membayar lebih daripada harga minimum yang ditawarkannya.

Polis Russia berkata, mereka tidak akan menyiasat kes itu kerana pembeli berkenaan tidak melanggar undang-undang.
Foto
SHATUNIGHA menjual daranya dengan harga RM94,410.

“Saya perlukan wang dan kerana itu saya menjual barang paling berharga saya,” katanya dalam laman lelong. menurut akhbar The Siberian Times.

Dia juga menuntut supaya wang itu diberikan secara tunai.

Lelaki yang didakwa membeli daranya ialah Eggeniy Volnov.

Bagaimanapun tidak ada butir lanjut mengenainya disiarkan.

Dia membayar lebih sedikit daripada harga yang ditetapkan remaja itu dan lelongan itu hanya berakhir satu hari saja.

“Tiada jenayah yang dilakukan. Ia juga tidak tergolong dalam kesalahan melacur,” kata seorang jurucakap polis.

Menurut laporan, remaja itu pernah menawar menjual daranya tahun lalu.