Pages

Wednesday, October 5, 2016

Jalan kaki dari Paris ke Makkah untuk tunai umrah




Ishaq


Agensi
Kuwait: Seorang warga Sepanyol yang berjalan kaki dari Paris ke Makkah untuk menunaikan umrah berlepas dari Kuwait dan memasuki sempadan Arab Saudi kelmarin.

Ishaq dilapor sudah berjalan sejauh 9,000 kilometer sejak meninggalkan Paris kira-kira lima bulan setengah lalu dan dipercayai mengambil masa kira-kitra 50 hari lagi, berdasarkan pengiraan saintifik sebelum untuk tiba di bandar suci itu, lapor akhbar Kuwait, Al Rai.

Ketika diwawancara akhbar berkenaan, Ishaq berkata, cabaran utama yang dihadapinya ialah menyeberang kawasan pergunungan.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut negara yang dilaluinya.

Untuk pengembaraannya itu, Ishaq memperuntukkan perbelanjaan sebanyak 5,000 euro (RM24,000) dan dia dilapor enggan menerima sumbangan daripada orang ramai yang ditemui sepanjang perjalanannya.

Ogos lalu, seorang warga China tiba di Makkah selepas mengayuh sejauh 8,500 kilometer dari kediamannya di Xinjiang, barat laut China, untuk menunaikan haji.

Pada 2014, sekumpulan rakyat Malaysia yang menunggang motosikal dari Kuala Lumpur tiba di Madinah. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 7:51 AM

Bayi comel berambut kembang jadi perhatian


05 Oktober 2016 12:16 AM
Rambut lebat Junior sentiasa menjadi perhatian. AGENSI Rambut

Rambut lebat Junior sentiasa menjadi perhatian. AGENSI Rambut lebat Junior sentiasa menjadi perhatian.-AGENSI
LONDON 4 Okt. – Seorang bayi lelaki comel berusia dua bulan mendapat perhatian ramai sehingga digelar anak beruang kerana memiliki rambut yang luar biasa lebat, tegak dan lurus.
Menurut portal mirror.co.uk, Junior mudah membuat sesiapa sahaja terpegun dan ibunya, Chelsea Noon, 32, turut me­ngakui kerap dihujani pelbagai pertanyaan daripada orang ramai yang kagum dengan rambut anak bongsunya itu.
Noon berkata, rambut Junior sememangnya lebat dan tebal ketika dilahirkan, namun dia sendiri tidak menyangka ia te­rus tumbuh sebegitu.
Menurut ibu itu, dua lagi anak lelakinya, Preston, 6 dan Mit­chell, 4, juga amat suka bermain dengan rambut adik mereka.
“Kebiasannya saya menghabiskan masa selama 40 minit untuk membeli barang dapur tetapi jika membawa Junior bersama, saya terpaksa berada di kedai hampir dua jam memandangkan ramai yang akan mendekati dan menegur kami kerana terkejut melihat rambutnya,” jelas Noon.
Noon yang pernah bekerja sebagai pendandan rambut juga amat suka mendandan rambut anaknya itu dan tidak bercadang untuk memotongnya.
“Kadang kala saya sendiri terfikir dari mana datangnya genetik rambut yang tebal dan kembang seperti gula-gula kapas ini,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-comel-berambut-kembang-jadi-perhatian-1.390749#sthash.PuV7VbSX.dpuf