Pages

Saturday, February 25, 2012

Anonymous ancaman terbaru Amerika?

Anonymous ancaman terbaru Amerika?
WASHINGTON - Penggodam didakwa mempunyai ‘kuasa’ untuk melumpuhkan keseluruhan sistem sesebuah negara menerusi serangan siber.

Perkara itu kini dikhuatiri Amerika Syarikat (AS) dan turut diakui oleh Jeneral Keith Alexander selepas Agensi Keselamatan Kebangsaan memberi amaran penggodam antarabangsa, Anonymous mampu untuk melumpuhkan sistem kuasa di seluruh negara tersebut dalam tempoh dua tahun akan datang.

Dalam satu kenyataan, Anonymous mendakwa AS sengaja mereka-reka cerita untuk menjatuhkan mereka.

AS mengeluarkan kenyataan itu selepas Anonymous mengumumkan rancangan Operation Global Blackout yang bertujuan untuk menutup perkhidmatan Internet di seluruh dunia pada 31 Mac depan.

Tindakan berani Anonymous menceroboh laman rasmi Agensi Perisikan Pusat (CIA) pada awal bulan lalu dipercayai telah meningkatkan lagi kebimbangan AS terhadap kebolehan kumpulan penggodam tersebut.

Semasa insiden itu, mereka didakwa telah menggodam lebih 46,000 maklumat peribadi milik penduduk AS dan beberapa laman utama agensi kerajaan.

Sebuah lagi kumpulan penggodam yang mempunyai hubung kait dengan Anonymous turut melancarkan beberapa siri serangan ke atas laman penguatkuasaan undang-undang di beberapa negeri utama di AS sejak beberapa minggu lalu.

Anonymous ancaman terbaru Amerika? - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Gempa bumi sederhana landa kawasan Marian Islands - Global - Sinar Harian

KUALA LUMPUR -- Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter, melanda kawasan Marian Islands, Filipina pada 9.11 pagi hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut kenyataan jabatan itu, garis pusat gempat bumi itu di 2,386km timur laut Samar Island, Filipina dan 3,367km timur laut Sandakan, Sabah.

Gempa bumi itu tidak mencetuskan ancaman tsunami, menurut kenyataan itu. -- Bernama
Gempa bumi sederhana landa kawasan Marian Islands - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Barack Obama salahkan Iran

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mempertahankan dasar tenaganya dengan mendakwa kenaigan harga gas berpunca daripada pelbagai faktor, khususnya perbalahan Barat terhadap program nuklear Iran.

“Sama seperti tahun lalu, masalah paling besar yang menyebabkan kenaikan harga minyak ketika ini ialah ketidakstabilan di Asia Barat, kali ini di Iran,” katanya ketika melawat Universiti Miami.


Republikan menjadikan isu kenaikan harga gas sebagai senjata menyerang Obama menjelang pilihan raya presiden pada November depan. - AP


myMetro | Barack Obama salahkan Iran:

'via Blog this'

Bantahan pembakaran al-Quran berterusan

KABUL: Beribu-ribu penunjuk perasaan semalam berarak ke istana Presiden Hamid Karzai di Kabul, hari keempat bantahan yang berpunca daripada isu pembakaran kitab suci al-Quran di sebuah pangkalalan Nato di sini.

Sehubungan itu, polis antirusuhan dan tentera diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.


Seorang penunjuk perasaan dilapor cedera akibat tembakan polis.

Polis melepaskan tembakan ke udara dalam usaha untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang melontar batu dan melaungkan slogan ‘Jahanam Amerika,’ dan ‘Hidup Islam,’ selepas mereka menunaikan solat Jumaat.


Tunjuk perasaan juga berlaku di Jalalabad dan wilayah Ghazni.


Presiden Barack Obama sebelum ini menghantar surat memohon maaf kepada Hamid berhubung pembakaran al-Quran yang didakwanya dilakukan secara tidak sengaja di Pangkalan Tentera Udara Bagram. Perbuatan itu terbongkar apabila pekerja warga tempatan menemui cebisan kitab suci itu yang sudah terbakar. - AP


myMetro | Bantahan pembakaran al-Quran berterusan:

'via Blog this'

Bashar belum bersedia lepas jawatan

MOSCOW: Presiden Syria, Bashar al-Assad belum bersedia untuk meletak jawatan, sebaliknya mendakwa mendapat sokongan kuat meskipun selepas 11 tahun berdepan dengan bantahan yang meragut beribu-ribu nyawa, kata seorang anggota Parlimen kanan Russia.

“Saya menemui Bashar baru-baru ini dan tidak nampak bahawa beliau sudah bersedia untuk menyerahkan kuasa esok,” kata Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Dewan Rendah Russia, Alexei Pushkov, memberitahu wartawan.


“Bantahan rakyat memang wujud tetapi ia tidak membuat presiden itu merasakan segala-gala yang berada di sekelilingnya akan musnah sehingga memerlukan beliau meletak jawatan,” kata Pushkov.

Beliau juga memberitahu, Bashar mendapat sokongan kuat di bandar raya Damsyik. - AFP


myMetro | Bashar belum bersedia lepas jawatan:

'via Blog this'

Nekad berjalan kaki ke Mekah





MALANG - Seorang warga Malang, Jawa Timur nekad untuk berjalan kaki ke Mekah selepas insiden langgar lari ke atas anaknya tidak mendapat keadilan di negara ini.

Indra Azwan, 53, berkata, dia telah melakukan pelbagai usaha untuk menegakkan keadilan atas kematian anaknya itu sehingga menemui Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 2010, tetapi semuanya menemui jalan buntu.

"Aksi jalan kaki ke Mekah saya lakukan hanya untuk mendapatkan keadilan. Di Indonesia keadilan sudah tidak ada lagi, yang ada hanya penipuan.

"Tanah suci Mekah menjadi pilihan terakhir saya untuk mendapatkan keadilan. Saya akan memohon petunjuk dan keadilan daripada Allah.

"Saya akan bermunajat dan berdoa kepada Allah dan meluahkan semua ketidakadilan di Indonesia kepada-Nya," kata Indra sambil berjalan kaki dan membawa bendera merah putih kepada Kompas.com.

Anaknya, Rifki Andika, 12, telah dilanggar lari oleh seorang anggota tentera, Lettu Joko Sumantri pada 8 Februari 1998.

Aduan yang dibuatnya kepada polis tentera dan ketua polis Jawa Timur tidak mendapat pembelaan, malah suspek dibebaskan daripada tahanan selepas dua minggu insiden langgar lari itu berlaku.

Pada September 2006 pula, Mahkamah Tentera III-12 Surabaya menyatakan kes itu tidak boleh dibicarakan kerana suspek telah menjadi perwira menengah.

Indra masih tidak berputus asa sehinggalah Majlis Hakim Mahkamah Tentera pada Februari 2008 menyatakan kes itu tidak lagi boleh diterima kerana telah luput. - AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Pasukan keselamatan Syria tembak orang awam


25/02/2012 2:48am

BEIRUT 25 Feb. - Pasukan keselamatan Syria didakwa menembak mati sekurang-kurangnya 18 orang termasuk lima orang kanak-kanak di sebuah perkampungan di Syria semalam, kata aktivis.

Satu rakaman video yang dimuat naik di Internet menunjukkan orang ramai menutup sejumlah mayat kanak-kanak dan empat orang dewasa dengan selimut.

Aktivis berkata, satu keluarga terdiri daripada bapa, ibu dan lima anak mereka termasuk seorang berumur 10 bulan merupakan mangsa kejadian itu. - REUTERS


Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Pasukan keselamatan Syria tembak orang awam


25/02/2012 2:48am

BEIRUT 25 Feb. - Pasukan keselamatan Syria didakwa menembak mati sekurang-kurangnya 18 orang termasuk lima orang kanak-kanak di sebuah perkampungan di Syria semalam, kata aktivis.

Satu rakaman video yang dimuat naik di Internet menunjukkan orang ramai menutup sejumlah mayat kanak-kanak dan empat orang dewasa dengan selimut.

Aktivis berkata, satu keluarga terdiri daripada bapa, ibu dan lima anak mereka termasuk seorang berumur 10 bulan merupakan mangsa kejadian itu. - REUTERS


Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Jalan Bolivia paling bahaya di dunia



SEBUAH bas bergerak di satu laluan sempit di sebatang jalan raya yang menghubungkan La Paz dengan Los Yungas di Bolivia pada 9 Februari lalu.


CHALLA, Bolivia - Sebatang jalan raya sepanjang 400 kilometer yang menghubungkan La Paz dengan Los Yungas dekat sini dianggap antara yang paling berbahaya di dunia.

Jalan raya tersebut amat sempit untuk laluan kenderaan seperti bas kerana ia berliku-liku di lereng bukit.

Paras jalan raya yang paling tinggi di kawasan tersebut ialah 4,000 meter. - AFP


Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Harta karun RM1.5b dihantar ke Sepanyol



BEBERAPA keping duit lama syiling emas dipegang oleh seorang pakar harta karun di sebuah lokasi rahsia di Sarasota, Florida kelmarin.


TAMPA - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyatakan sejumlah duit syiling perak dan emas yang ditemui dari sebuah kapal perang Sepanyol yang karam pada tahun 1804 telah dihantar ke Sepanyol dengan dua buah pesawat semalam.

Kapal itu karam selepas dibedil sebuah kapal perang British.

Duta Sepanyol ke AS, Jorge Dezcallar de Mazarmen menyaksikan dua buah pesawat kargo Sepanyol membawa 594,000 keping duit syiling perak dan artifak lain di Pangkalan Tentera Udara MacDill di sini.

Sebelum ini hakim sebuah mahkamah mengarahkan firma Odyssey Marine Exploration yang berpangkalan di sini menyerahkan duit syiling dan artifak tersebut kepada kerajaan Sepanyol dalam satu perbicaraan berhubung pemilikan harta karun itu.

Firma itu menemui bangkai kapal Sepanyol, Nuestra Senora de las Mercedes di luar pantai Portugal dekat Selat Gibraltar pada tahun 2007.

Ketika itu, harta karun tersebut dianggarkan bernilai AS$500 juta (RM1.5 bilion).

Kapal tersebut dipercayai membawa 200 orang semasa ia karam. - Agensi


Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Geng seludup tanduk badak sumbu tumpas di AS



tanduk badak sumbu dan wang tunai yang dirampas oleh ejen-ejen Perkhidmatan Hidupan Liar AS dalam beberapa serbuan dipamerkan di Torrance, California kelmarin.


LOS ANGELES – Tujuh orang ditangkap atas dakwaan menyeludup masuk tanduk haiwan badak sumbu di Los Angeles dan New York, kata beberapa pegawai persekutuan Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Menurut seorang jurucakap Pejabat Peguam Negara AS, Thom Mrozek, empat daripada mereka ditangkap di sini.

Salah seorang warga China, Jin Zhao Feng juga ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

Pihak berkuasa mengesyaki dia memantau penghantaran berpuluh-puluh tanduk badak sumbu dari AS ke China.

Menurut satu kenyataan Jabatan Kehakiman dan Dalam Negeri AS, ejen-ejen Perkhidmatan Hidupan Liar dan Perikanan termasuk pihak kastam serta imigresen telah membuat tangkapan di lima buah negeri.

Tangkapan itu dibuat selepas siasatan selama 18 bulan dilakukan berhubung sindiket penyeludupan tanduk badak sumbu.

Tanduk badak sumbu itu dipercayai boleh mengubati pelbagai penyakit termasuk kanser.

Pihak berkuasa juga menemui wang tunai sebanyak AS$337,000 (RM1.06 juta) daripada salah seorang yang ditangkap itu di Lapangan Terbang Long Beach di Florida pada 9 Februari lalu. – Agensi


Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Banduan asing enggan pindah


BEBERAPA penduduk tempatan dan asing menyerahkan makanan kepada anggota polis untuk dihantar kepada banduan yang dikenali mereka di luar Penjara Kerobokan, Bali semalam.


DENPASAR, Indonesia - Sejumlah banduan asing yang dipindahkan dari sebuah penjara di Bali ekoran rusuhan yang dicetuskan oleh banduan telah kembali ke penjara Kerobokan atas permintaan mereka, kata pihak berkuasa semalam.

Seramai 14 banduan asing yang merupakan antara 60 banduan luar negara di penjara Kerobokan itu telah dipindahkan untuk keselamatan mereka pada lewat kelmarin.

Namun, banduan-banduan tersebut kembali ke penjara tersebut selepas mereka enggan dipindahkan ke penjara lain.

Penjara yang sesak itu turut menempatkan 12 warga Australia yang menjalani hukuman penjara kerana menyeludup dadah.

Seramai 48 banduan asing ditempatkan bersama dengan 1,000 banduan di penjara berkenaan.

Penjara itu kini dikawal oleh sekumpulan banduan selepas berlaku pergaduhan sehingga mengakibatkan para pengawal melarikan diri pada Selasa lalu.

Dalam pergaduhan itu, terdapat banduan yang cedera ditikam.

Pasukan keselamatan Indonesia menggempur penjara itu kelmarin untuk menamatkan rusuhan selepas sekumpulan banduan membakar pejabat penjara dan membaling batu.

Namun, anggota-anggota keselamatan berundur kerana mereka bimbang akan berlaku lagi keganasan.

Menurut seorang pegawai perisik, banduan yang ingin kembali ke penjara itu berasal dari Britain, Denmark. Perancis, Afrika Selatan, Korea Selatan, Thailand, Filipina dan Iran.

Sementara itu, seorang banduan, Myuran Sukumaran ketika ditemui beberapa wartawan berkata, dia tidak mahu berpindah dari penjara tersebut.

"Saya baik di sini. Saya tidak mahu berpindah ke penjara lain, saya mahu terus kekal di sini," katanya.

Beberapa pegawai berkata, terdapat 11 kanak-kanak yang merupakan rakyat tempatan berada di penjara tersebut. - Agensi


Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'