Pages

Saturday, August 1, 2015

Pengguna pelekat ‘zombi’ diancam tindakan

Shanghai: Pemandu yang menggunakan pelekat ‘zombi’ pada cermin belakang kenderaan untuk mengejutkan mereka yang menyuluhkan lampu tinggi boleh dikenakan tindakan jika pelekat 3D yang menyeramkan itu mengakibatkan kemalangan.
Menurut polis, penggunaan pelekat berkenaan boleh menyebabkan pemilik kenderaan dikenakan tindakan undang-undang jika menyebabkan kemalangan.
Pelekat memaparkan gambar zombi dan hantu lain termasuk puntianak serta tangan berlumuran darah kini popular dan boleh diperoleh di laman web taobao.com.
Malah, pelekat menunjukkan wajah wanita berlumuran darah saja dibeli 33 orang manakala satu lagi, iaitu wanita memegang stereng yang mampu mengelirukan pemandu di belakang dijual sebanyak 244 keping.
Ia tidak boleh dilihat dalam keadaan biasa, tetapi gambar itu menjelma bila terkena cahaya lampu tinggi.
Undang-undang jalan raya China melarang penggunaan lampu tinggi di belakang kereta lain atau apabila ada kenderaan dari arah bertentangan. Ia bagaimanapun sukar dilaksanakan.
“Pelekat 3D itu sepatutnya diharamkan kerana boleh membawa kesan negatif, terterutama kepada kanak-kanak,” kata seorang pemandu Qiu Zheng. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2015 @ 5:08 AM


SEBUAH kereta yang dipasang dengan pelekat menyeramkan itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67496#sthash.RO0i3VF9.dpuf

Datuk Britain catat rekod lari pecut


Usia bukan penghalang buat Charles Eugster untuk mencatat rekod
Usia bukan penghalang buat Charles Eugster untuk mencatat rekod baharu acara 100 meter dan 200 meter kategori M-5 pada British Masters di Birmingham 25 Julai lalu. AGENSI
LONDON 31 Julai – Seorang lelaki Britain berusia 96 tahun, menca­tat rekod baharu dalam acara lari pecut 100 meter dan 200 meter, sekali gus memecahkan rekodnya sendiri yang dicatatkan pada tahun lalu.
Menurut laporan portal Mirror, Dr. Charles Eugster mencatat masa 23.78 saat dalam acara 100 meter bagi kategori M-95 yang dikhaskan untuk peserta lelaki berusia 95 tahun ke atas pada pertandingan British Masters di Stadium Alexander, Birmingham pada 25 Julai lalu.
Tambah laporan itu, Charles kemudiannya sekali lagi melakar kejutan apabila memecah rekod acara 200 meter selepas mencatat masa 57.27 saat sehari kemudian, catatan 0.8 saat lebih pantas berbanding rekod sebelum ini.
Charles yang merupakan bekas doktor gigi mendedahkan, Ratu Elizabeth II, 89, merupakan inspirasi baginya untuk mengekalkan stamina dan fizikal, bukan daripada dalam kalangan atlet.
“Ratu Elizabeth masih tidak bersara walaupun usianya hampir mencecah 90 tahun dan tetap menjalankan tugas dengan baik.
“Saya merasakan beliau merupakan contoh yang baik untuk diikuti,” katanya.
Selain itu, Charles me­ngakui beliau sering bersaing dengan pelari yang lebih muda daripadanya sebagai inisiatif dan menyifatkan pelari wanita merupakan satu gangguan.
“Kini saya mensasarkan untuk mencatat kemenangan pada kejohanan yang lebih besar iaitu Kejohanan Dunia di Lyon pada bulan depan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/datuk-britain-catat-rekod-lari-pecut-1.119212#sthash.JEdbQGYo.dpuf

Kedai buku tanpa pekerja di China


Pelanggan beli buku masukkan wang dalam kotak

Seorang kanak-kanak membayar buku yang dibeli dengan memasukkan
Seorang kanak-kanak membayar buku yang dibeli dengan memasukkan wang ke dalam kotak yang disediakan di sebuah kedai buku di Nanjing, China. Agensi
NANJING 31 Julai - Sebuah kedai buku tanpa juruwang dan pekerja untuk memerhatikan buku-buku yang dijual di kedai itu, telah dibuka di wilayah ini dalam usaha memupuk semangat kejujuran dan integriti.
Sebaliknya, pelanggan di kedai buku yang diberi nama Honesty Bookstore itu hanya perlu melihat buku-buku yang dijual di kedai itu dan membayar mengikut kemampuan mereka dengan memasukkan wang tersebut ke dalam satu kotak berkunci yang ditempatkan di rak-rak buku di kedai berkenaan.
Laman web Oddity Central melaporkan, Honesty Bookshop yang terletak di Xinjiekou Street itu me­mpunyai empat rak buku yang menempatkan kira-kira 1,500 buku termasuk novel, buku kanak-kanak, dan bahan bacaan sains sosial.
Pemilik kedai berkenaan berkata, pembukaan kedai buku tersebut merupakan satu eksperimen untuk meningkatkan kesedaran tentang kejujuran dan integriti.
“Setakat ini, tiada lagi penipuan atau kecurian berlaku di kedai ini.
“Tanpa pekerja, tiada apa yang akan menghalang sesiapa sahaja untuk mengambil buku berkenaan kecuali nilai kejujuran,’’ kata pemilik kedai itu.
Laporan tentang kedai buku berkenaan disambut baik di China terutama selepas eksperimen itu mencapai hasil yang positif.
Dua tahun lalu, sebuah restoran di Fujian membenarkan pelanggan membayar harga makanan seikhlas hati dan tidak berdasarkan harga di dalam menu seperti yang dikenakan kedai makan biasa.
Bagaimanapun, kira-kira 20 pe­ratus pelanggan restoran itu tidak membayar dan pemiliknya dilaporkan mengalami kerugian sebanyak 250,000 yuan (RM153,755).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kedai-buku-tanpa-pekerja-di-china-1.119214#sthash.FqA6l2iu.dpuf