Pages

Wednesday, March 4, 2015

Gaji RM14,000 untuk beza jantina anak ayam


Gaji RM14,000 untuk beza jantina anak ayam
WALAUPUN ditawar gaji RM 14,000 sebulan, namun tiada siapa mahu melakukan kerja ini.

Ini kerana kerja yang ditawarkan ini adalah sangat sukar dilakukan, iaitu menentukan jantina anak ayam yang baru menetas.

Industri ternakan di United Kingdom sedang mengalami masalah mencari pekerja yang sanggup melakukan pekerjaan ini.

Ia mengambil masa tiga tahun untuk mempelajari perbezaan kecil antara ayam jantan dan betina yang kebiasaannya hanya tiga hingga lima saat diperlukan untuk menentukan jantina ayam-ayam tersebut.

Setiap hari antara 800 hingga 1200 anak ayam perlu di tentukan jantinanya dan dengan ketepatan 97 hingga 98 peratus.

Ketua Eksekutif, Majlis Ternakan Ayam British, Andrew Large berkata, ia mengambil masa tiga tahun untuk melatih seseorang itu mempunyai kepekaan dalam menentukan jantina anak ayam dan ramai orang tidak mahu menghabiskan masa untuk mempelajari kemahiran tersebut.

"Saya rasa masalah ini adalah kerja itu sendiri. Anda menghabiskan masa berjam-jam sehari hanya untuk merenung bahagian belakang ayam. Dan ini bukanlah satu benda yang menarik untuk dilakukan.

'Di Asia Tenggara pekerjaan menentukan jantina anak ayam adalah pekerjaan yang status tinggi manakala di United Kingdom ia adalah lebih cenderung menjadi bahan jenaka. ' katanya dipetik Metro.uk

Nelayan Australia tangkap ikan pelik

Nelayan Australia tangkap ikan pelik
Nelayan Australia tangkap ikan pelik.
NELAYAN Australia telah menemui seekor ikan pelik bergigi tajam menyerupai makhluk yang dipaparkan dalam filem Alien.
Ikan tersebut yang ditangkap di luar pantai Australia pada kedalaman 200 meter kini diletakkan di Muzium Australia.

Ikan pelik tersebut dikatakan Goblin Shark iaitu makhluk yang mempunyai empat 'kaki' dan makan sotong kurita.

Pengurus Muzium Australia berkata, perkara paling unik mengenai ikan ini ialah ia mempunyai rahang yang luar biasa.

“Ia berenang di sepanjang bahagian bawah air, kira-kira 300 meter ke 900 meter ke bawah.

“Tidak seperti jerung lain, ia mempunyai gigi tajam yang direka untuk ‘senjata’ dan bukan memotong kerana ikan tersebut akan menelan keseluruhan mangsa,” katanya dipetik Metro.co.uk.

Tumpang terbang

London: Gambar menunjukkan seekor burung belatuk seolah-olah membawa weasel, sejenis haiwan dari keluarga memerang di belakangnya ketika terbang.
Gambar dirakam oleh Martin Le-May di Taman Hornchurch Country, timur London baru-baru ini.
Bagaimanapun, menurut Le-May, mamalia kecil itu sebenarnya menerkam burung berkenaan untuk dijadikan mangsanya apabila burung belatuk itu terbang untuk melarikan diri. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2015 @ 11:25 AM




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34664#sthash.9RnSXSAN.dpuf

Gempar kemunculan ‘anaconda’

Oleh ROSHANIZA ABDUL HALIM




TAIPING – Kehadiran seekor ular sawa sebesar tiang elektrik dan berat lebih 50 kilogram yang melintas di atas jalan telah menggemparkan penduduk di Kampung Jaha, Sungai Matang, Matang dekat sini malam kelmarin.
Penduduk kampung berusaha untuk menangkap ular sawa seakan-akan ‘anaconda’ sepanjang enam meter itu, namun gagal berbuat demikian sebelum bertindak menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk tindakan lanjut.
Ketua Operasi JPAM Larut Matang dan Selama, Koperal Mohd. Radzi Basri berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 10.41 malam sebelum bergegas ke lokasi bersama tiga anggota.
“Kami berdepan sedikit kesukaran dan mengambil masa lebih 20 minit untuk menjinakkan ular sawa itu berikutan saiznya yang begitu besar dan panjang.
“Bagaimanapun, dengan bantuan sekumpulan penduduk kampung, ular sawa tersebut berjaya ditangkap,” katanya di sini semalam.
Mohd. Radzi menambah, ular sawa itu dipercayai keluar dari habitatnya untuk mencari kawasan yang sejuk dan lembap memandangkan cuaca ketika ini panas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0304&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3TLqaY4wD 
Hakcipta terpelihara 

Kucing dominasi Pulau Aoshima di Jepun

SEBAHAGIAN kucing yang memenuhi sekitar pelabuhan Pulau Aoshima di wilayah Ehime, Jepun.


AOSHIMA, Jepun – Lebih 120 ekor kucing kini mendominasi sebuah pulau terpencil di sini apabila populasi haiwan itu telah mengatasi jumlah penduduk tempatan.
Pulau Aoshima yang dikenali sebagai Pulau Kucing kini menjadi tumpuan para pelancong rata-ratanya terdiri daripada kalangan peminat haiwan berkenaan.
Salah seorang pelancong, Makiko Yamasaki, 27, menyifatkan keakraban antara kucing-kucing dan penduduk tempatan di situ sesuatu yang amat mengasyikkan.
“Saya seronok melihat masyarakat di sini memberi makanan kepada sekumpulan besar kucing. Sudah pasti, saya akan datang melawat pulau ini lagi,” katanya.
Tanpa sebarang ancaman pemangsa, kucing-kucing bebas berkeliaran dan menikmati makanan daripada pelancong yang hadir.
Pulau berkenaan yang boleh dikunjungi dengan menaiki feri mempunyai penduduk sekitar 900 orang pada tahun 1945 tetapi kini sekitar 20 orang sahaja akibat penghijrahan. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0304&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3TLo9VXYy 
Hakcipta terpelihara 

Jalan kaki 56 kilometer setiap hari ke tempat kerja



Simoff berjalan kaki sejauh 56km setiap hari di Iowa untuk ke tempat kerja bagi menampung kehidupan keluarga.


IOWA, Amarika Syarikat – Seorang tukang cuci berusia 61 tahun berjalan kaki sejauh 56 kilometer (km) dari rumahnya di Bandar Davis di sini untuk ke tempat kerja di Lakeside Casino di Osceola hampir setiap hari.
Lelaki tersebut, Steve Simoff memberitahu, meskipun jauh, dia perlu melalui semua itu bagi menanggung isterinya, Renee yang menghidap strok dan sakit jantung serta cucu mereka, Steven III.
“Apabila anda mempunyai keluarga, anda memerlukan kerja untuk menyara keluarga,” katanya yang memperoleh pendapatan sebanyak AS$9.07 (RM32,81) bagi setiap jam bekerja.
Dia berjalan sejauh itu dalam semua keadaan cuaca termasuk salji dengan purata perjalanannya kira-kira 4 jam sehari.
Katanya, dia terpaksa tinggal jauh dari tempat kerja kerana tidak mampu menyewa rumah di kawasan berdekatan yang jauh lebih mahal.
Dia keluar rumah seawal pukul 3.30 petang untuk memulakan tugas pada pukul 11 malam dan terpaksa menukar kasut bagi setiap dua bulan.
– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0304&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3TLni7IyD 
Hakcipta terpelihara