Menurut Independent.co.uk, Puteri Mako, 23, me­lanjutkan pe­ngajian dalam Ijazah Sarjana Kajian Muzium dan Galeri Seni.
Puteri Mako merupakan cucu pertama Maharaja Akihito yang jarang sekali muncul di khalayak umum di negaranya.
Menariknya, di Britain, beliau telah menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar biasa di timur Midlands selama setahun.
Puteri Mako menginap di bangunan yang disediakan pihak universiti serta berjalan bebas di sekitar kampus, malah sempat menjalani latihan praktikal selama dua bulan di Muzium Coventry.
Keluarga diraja Je­pun me­ngam­bil keputusan mendedahkan beliau kini berada di England selepas bakal bergraduat pada Januari tahun depan.
“Ini adalah satu pengalaman yang hebat,” kata Puteri Mako, seperti yang dilaporkan akhbar, Leicester Mercury.
Menurut penyelia gadis diraja itu, Profesor Simon Knell, Puteri Mako merupakan seorang pelajar yang hebat.
“Kami suka dengan pelajar yang sopan sepertinya yang se­ring melibatkan diri dengan idea yang bernas.
“Puteri Mako seorang individu yang sederhana dan sangat baik hati,” katanya.
Sepanjang pengajian di universiti tersebut, akhbar Jepun jarang menulis tentang Puteri Mako.