Pages

Friday, March 19, 2010

Wahai Pak Najib jangan ambil Yahudi & Nasrani jadi pemimpin kamu

5. [ المائدة] Al-Maa'idah (HIDANGAN) Ayat 51





يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ







51. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yahudi dan Nasrani menjadi PEMIMPIN-PEMIMPIN(mu); sebagian mereka adalah PEMIMPIN bagi sebagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi PEMIMPIN, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (QS. 5:51)

Pemimpin Silih Berganti


Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Kaum Bani Israel biasanya dipimpin oleh para nabi. Setiap kali meninggalnya seorang nabi akan diganti pula oleh seorang nabi yang berikutnya. Sesungguhnya tiada nabi sesudahku. Ada beberapa orang pemerintah sebagai penggantiku dan banyaklah bilangan mereka itu,” Baginda bersabda,“ Lakukanlah baiah yang pertama, dan hendaklah patuh kepada pemerintahan mereka. Kamu juga hendaklah memerangi mereka yang menentang mereka, dan mohonlah kepada Allah apa-apa yang menjadi hak bagimu, Allah akan bertanya kepada khalifah-khalifah itu mengenai cara mereka mentadbir pemerintahan mereka”.
 
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Pemimpin Jangan Mementingkan Diri Sendiri

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”
 
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


Satu Lagi Kebetulan: One Malaysia dan One Israel

June 24th, 2009 · 64 Comments · Illuminati Malaysia

onemalaysia
Sebelum Perdana Menteri Malaysia mengumumkan konsep One Malaysia, negara Israel telah pun berbuat demikian pada 1980 dengan melancarkan kempen One Israel.
Adalah amat memeranjatkan, semua yang dilakukan oleh Malaysia sentiasa berkebetulan dengan Israel malah dari segi perkataan dan angka juga amat tepat penggunaannya.
Konsep One Israel 1980
Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.
Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharakan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.
Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri.
Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.
Kesimpulan
Namun demikian, tiada teori konspirasi yang boleh dikaitkan antara Malaysia dan Israel dalam memperkenalkan konsep ini. Sama ada ia satu lagi kebetulan selepas Wawasan 2020 adalah terserah kepada penelitian pihak pembaca.
Konsep One Malaysia dan One Israel setakat ini kami mentafsirkan sebagai satu lagi kebetulan. Mungkin selepas ini Malaysia akan melancarkan lagi beberapa dasar yang berciri-cirikan kebetulan.
Sebagai rakyat Malaysia, kami mengharapkan tiada unsur-unsur pengaruh luar (Israel) yang menyelubungi pentabdbiran kerajaan Malaysia sekarang. Mudah-mudahan Malaysia sentiasa aman makmur lagi berdaulat!

Kewajipan pemimpin

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.”
 
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi


Najib Lantik Perunding Yahudi Bantu Urus Malaysia



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keangkuhannya apabila sanggup melantik syarikat milik Yahudi untuk menasihati beliau dan isteri atas urusan-urusan negara, termasuk mereka slogan-slogan seperti Satu Malaysia.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud wujud bukti jelas Syarikat APCO yang pernah menjadi penasihat kepada kerajaan Israel, kini dibayar sehingga 60 juta ringgit, untuk menasihati Najib dan kerajaan pimpinannya.

Anwar berkata tindakan pemimpin-pemimpin Umno menggunakan khidmat syarikat atau perunding Yahudi bukanlah perkara baru kerana pernah dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri.

"Orang kata "Anwar, mereka keji kamu, mereka fitnah kamu, mengapa kamu fitnah balik?". Tidak, saya tidak akan sebut kalau saya tidak ada bukti," kata Anwar.

"Datuk Seri Najib lantik syarikat Yahudi bernama APCO. Saudara-saudari boleh layar internet dan selidik apa dan siapa APCO ini - sebuah syarikat perunding Yahudi. Siapa penasihat utamanya kalau bukan bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan bekas Duta Israel ke Jerman," tambah beliau.

"Untuk menjadi Duta Israel ke Amerika Syarikat dan Jerman, haruslah menjadi Zionis yang keras. Orang-orang seperti inilah yang mengasaskan APCO, yang antara peranannya adalah menasihatkan diktator, pemimpin-pemimpin dan pandangan kelompok Yahudi," tegas beliau.

Datuk Seri Anwar berucap kepada ribuan orang di Dewan Che Yang Khor, Pangkalan Assam, di Kangar, Perlis.

Beliau seterusnya menjelaskan bagaimana APCO menjual idea yang telah di guna pakai di Israel untuk memulakan program 1Malaysia tajaan Najib Razak.

"Antara yang dinasihati APCO ini adalah Perdana Menteri Israel, Ehud Barak. Apa nasihat mereka kepada beliau pada masa itu? Mereka nasihatkan Ehud Barak supaya perkenalkan slogan Satu Israel," jelas Anwar.

"Tahun 2009, Najib lantik APCO sebagai penasihat. Nasihat yang sama juga diberikan kepada Najib. Ehud Barak kata Satu Israel, Najib kata Satu Malaysia. Berapa belanjanya? RM60 juta ringgit," tambah lagi.

Anwar berkata tindakan Najib menggunakan APCO menjatuhkan kredibiliti Malaysia sebagai Negara Islam.

"Saudara, keangkuhan Umno sudah sampai kepada kemuncaknya. Berani sungguh sebuah negara Islam lantik APCO seabgai penasihatnya. Seteruk-teruk negara Islam lain, tidak pernah yang sampai ke tahap ini. Umno sanggup, kerana mereka ingat orang Melayu boleh diperbodohkan," kata Anwar.

"Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan kepada kita," katanya lagi.

Pada ceramah ini Datuk Seri Anwar juga menggesa rakyat supaya waspada terhadap cubaan berterusan Umno untuk meniupkan sentimen perkauman dalam usaha meraih sokongan orang Melayu

"Mereka turun ke bawah tuding jari mereka kata orang itu Yahudi, orang ini Cina, orang ini khianat Melayu walhal penasihat mereka APCO," kata Anwar.

"Dahulu Mahathir bayar taukey judi Yahudi sebab mahu berbaik dengan Presiden George Bush, sekarang APCO buka pejabat di Kuala Lumpur dan bergiat sebagai penasihat kepada Najib dan Rosmah," tegas beliau. TVS

One Israel

One Israel was formed by Labor leader Ehud Barak in the run up to the 1999 elections with the aim of making Labor appear more centrist and to reduce its secularist and elitist reputation amongst Mizrahi voters (Gesher was led by prominent Mizrahi politician and former Likud MK David Levywhilst Meimad is a religious party) modelled on Tony Blair's transformation of the British Labour Party into New Labour.[1] The coalition agreement gave Gesher the number three spot on the list (behind Barak and Shimon Peres), two other safe positions and a promise that Levy would get a ministerial position. Meimad were promised one safe spot on the list and a ministerial position for a member who did not make it into the Knesset.
In the run-up to the election surveys predicted the party would win 33 seats. However, although One Israel did emerge as the largest faction in the Knesset, its 26 seats was the lowest ever by a winning party (Labor's 34 in the 1996 elections whilst running alone had been the previous low). Of the 26 seats, Labor took 22, Gesher 3 and Meimad one. As per the pre-election agreement, Levy was appointed Deputy Prime Minister and Minister of Foreign Affairs and Meimad's Michael Melchior was made Minister of Social and Diaspora Affairs.
Barak, who had beaten Binyamin Netanyahu in the election for Prime Minister, had to form an unstable coalition government with six other parties; ShasMeretzYisrael BaAliyah, the Centre Party, the National Religious Party and United Torah Judaism.
Barak's participation in the Camp David Summit with Yasser Arafat in summer 2000 led to Gesher pulling out of the alliance on 7 March 2001. On 7 May the alliance was joined by ths single member New Way faction, but on 15 May 2001 it ceased to exist, as the parliamentary group was renamed Labor-Meimad.
After the party's collapse, Barak was investigated following allegations that the One Israel had broken the party funding law by allowing money from abroad to be directed into campaign funds through non-profit groups in order to get around spending limits. State Comptroller Eliezer Goldberg had already fined the party 13 million shekels for breaking fundraising laws.[2] It later became known as the "Barak Organisation Affair".