Pages

Tuesday, November 2, 2010

Pelacur elit dedah semua

LOREDANA Jolie menjadi perempuan simpanan Tiger Woods pertama bakal mendedahkan apa yang berlaku sepanjang hubungannya dengan bekas jaguh golf itu melalui buku.
Dikenali sebagai pelacur kelas atasan, Loredana turut me�nyalahkan isteri Woods, Elin Nordegren, kerana menjadi faktor penyumbang kepada kecurangan itu.
   
  • FotoBERPISAH AKHIRNYA...bekas model Sweden, Elin, menerima lebih RM300 juta daripada harta kekayaan Woods, selain hak penjagaan dua anaknya, Sam dan Charlie.
  • FotoTAK BOLEH TAHAN...Woods akhirnya mengaku menjalin hubungan ranjang dengan ramai wanita tanpa disyaki isterinya.
SIMPANAN KE-10...pelacur kelas atasan, Loredana, mendakwa isteri Woods tidak cukup penyayang dan lebih berminat kepada harta jaguh golf itu.

SIMPANAN KE-10...pelacur kelas atasan, Loredana, mendakwa isteri Woods tidak cukup penyayang dan lebih berminat kepada harta jaguh golf itu.
Di sebalik pendedahan terperinci mengenai 20 hubu�ngan seksnya dengan Woods, Loredana mendakwa Elin ti�dak cukup penyayang dan lebih tamakkan harta ahli sukan itu.

Kata pelacur yang me�ngenakan bayaran sehingga AS$15,000 (RM46,462)

untuk khidmat seks selama satu malam itu, Woods kekal menjadi suami Elin kerana mahu menjaga kekayaannya yang mencecah lebih RM1 bi�lion itu.
“Anda boleh nampak de�ngan jelas Woods dan Elin tidak menjalin hubungan akrab kerana fikirlah - jika saya berada di rumah mereka, di mana Elin ketika itu?” katanya.

Menurut Loredana, jika mempunyai suami, dia akan memastikan tiada sesiapa boleh datang ke rumah tanpa pengetahuannya.

Bagaimanapun, katanya, apabila mendapati dia boleh menyelinap masuk ke rumah Woods tanpa diketahui Elin, pelacur itu mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada pasangan berkenaan.

“Lebih kurang, mereka berkahwin kerana faktor kewangan. Elin berkahwin de�ngan Woods demi wang,” katanya.

Komen dan publisiti Loredana menjelang pelancaran buku itu bulan depan dijangka terus menconteng arang ke muka bintang golf berkenaan.

Kemunculan buku Loredana juga bertepatan dengan ulang tahun pertama kemalangan kereta membabitkan Woods di Florida.

Insiden itulah membongkar satu demi satu skandal seks ja�guh golf berkenaan.

Walaupun mengambil sikap berdiam diri terhadap kecura�ngannya, Woods kemudian membuat pengakuan terbuka dan meminta maaf kerana bermain kayu tiga di belakang Elin.

Setakat ini, 14 wanita dikaitkan dengan hubungan ranjang Woods, termasuk dua pelakon filem lucah, pelayan bar serta pelayan restoran.

Kemalangan kereta di rumah Woods di Isleworth, Florida, berlaku pada hari majalah AS, National Enquirer, menyiarkan laporan mengaitkan atlet itu dengan pelayan, Rachel Uchitel.

Selepas perceraian dimuktamadkan oleh mahkamah di Florida dua bulan lalu, model kelahiran Sweden berusia 30 tahun itu dikatakan diberikan kira-kira RM314 juta serta hak penja�gaan dua anak mereka, Sam dan Charlie.

Loredana, 27, berkata, dia bertemu Woods kali pertama pada 2007 ketika atlet terbabit berkunjung ke New York.

Kata bekas model Playboy itu, Woods dikenakan bayaran RM31,000 dalam pertemuan berkenaan.

Dalam buku berjudul ‘Real Diary: Lessons from the Good Time Girl to Champion’, Loredana turut menggambarkan Woods sebagai penagih seks dan hanya sekali mengupahnya di sepanjang hubungan mereka.

Kata Loredana, dia mula jatuh cinta dengan Woods ketika mengenali rapat atlet itu selama dua tahun.

“Woods juga mempunyai cita rasa seks yang luar biasa kerana selalu berkhayal melihat saya beraksi di ranjang dengan lelaki lain,” katanya.

Itu pun, kata Loredana, dia yang selalu merangsang kha�yalan Woods.

Katanya, dia bertanya sama ada Woods mahu melihatnya mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain.

“Nampaknya kata-kata saya itu merangsangnya,” katanya.

Sementara itu, kemampuan seksual Woods mendapat pujian daripada Loredana, tetapi ia diakui melalui kata-kata kiasan saja.

Kata pelacur itu, sepanjang mengenai Woods, dia hidup seperti di awang-awangan, ‘terutama daripada perspektif seksual’.

“Sekurang-kurangnya tidak ada kesangsian mengenai hakikat tenaga Woods ketika di atas ranjang,” katanya.

Bagi Loredana, Woods ketagih pil tidur kerana menghadapi masalah tidur tidak menentu atau sukar melelapkan mata.

“Saya nampak dia mengambil ubat tidur dan pil penahan sakit,” katanya.

Gambar segala kekayaan Sultan Brunei


Setelah 9 tahun berlalu, amerika baru berani mengeluarkan gambar 11 Sep sebenar


بعد 9 سنوات على هجمات 11 سبتمبر بثت شبكة الأخبار الأمريكية “أي بي سي” صورا جديدة لانهيار برجي مركز التجارة العالمي، وتظهر الصور الجديدة انهيار البرجين من زاوية مختلفة، وقالت الشبكة الإخبارية إنها حصلت على نحو 2779 صورة على 9 أقراص، وإن أغلبها التقطت من مروحيات للشرطة ولم تبث سابقا.

Merapi meletus lagi



Penduduk meninggalkan kawasan zon bahaya di Kampung Balerante, Klaten ekoran Gunung Merapi mengeluarkan gas panas dan serpihan semalam.


GUNUNG MERAPI, Pulau Jawa - Gunung Merapi di sini meletus lagi dengan mengeluarkan gas panas dan serpihan dalam letupan paling kuat dalam minggu ini.
Bagaimanapun, tidak ada sebarang kematian dilaporkan ekoran perkembangan terbaru itu.
Gunung Merapi yang merupakan salah sebuah daripada 129 gunung berapi paling aktif di Indonesia telah meragut 38 nyawa sejak ia mula meletus seminggu lalu.
Lebih 69,000 orang telah dipindahkan dari kawasan sekitar cerun gunung itu yang kini diselubungi dengan debu.
Sejumlah orang yang mendapatkan perlindungan di kem-kem milik pemerintah beberapa kilometer dari gunung itu turut melarikan diri ekoran bunyi letusan kuat semalam.
Menurut seorang pegawai yang memantau aktiviti gunung itu, Subrandrio, gunung itu turut mengeluarkan beberapa bunyi letusan.
Gunung itu telah meletus beberapa kali sejak dua abad lalu.
Pada 1994, seramai 60 orang terbunuh manakala pada 1930 puluhan penduduk sebuah kampung melecur menyebabkan 1,300 orang maut.
Seorang ahli vulkanologi pemerintah, Gede Swantika berkata, para pemantau mendapati terdapat lebih banyak gunung berapi didapati menunjukkan tanda-tanda aktiviti seismos bermula 2 September lalu.
"Kami boleh menyatakan ia amat luar biasa, kira-kira 20 (gunung berapi menunjukkan aktiviti seismos) pada masa yang sama," katanya.
Seorang ahli geologi, Brent McInnes berkata, jika terdapat 20 buah gunung berapi menunjukkan peningkatan aktiviti seismos, perhatian perlu diberikan ke atas gunung tersebut.
Dia yang merupakan profesor di Universiti Curtin, Australia berkata, peningkatan aktiviti di gunung-gunung tersebut menunjukkan kemungkinan satu penstrukturan semula plat sedang berlaku.

GAMBAR dari udara menunjukkan rumah-rumah yang diliputi debu Gunung Merapi di Yogyakarta semalam.


Sementara itu, puluhan penduduk di Desa Sangup, Kecamatan Musuk, Boyolali, Jateng, pengsan kerana terhidu bau belerang akibat letusan Gunung Merapi semalam pada waktu pagi.
Menurut akhbar Kompas.com semalam, mangsa-mangsa itu dirawat di Pos Klinik Desa Karanganyar.
Menurut seorang penduduk, Yulianto, letusan itu menyebabkan bau belerang menjadi kuat manakala udara menjadi panas sehingga menyebabkan penduduk panik dan menyelamatkan diri ke tempat yang selamat. - Agensi

Tembusi terowong terpanjang di Asia




PARA pekerja mengibarkan Jalur Gemilang selepas berjaya meletupkan batu ketika majlis penembusan Terowong Berkembar Berapit bagi PLBE di Padang Rengas, Kuala Kangsar semalam.


PADANG RENGAS - Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar mencatat sejarah tersendiri apabila bahagian terakhir Terowong Berkembar Berapit (TBB) sepanjang 3.3 kilometer yang dibina di sini berjaya ditembusi semalam.
Bagaimanapun pembinaan TTB yang merupakan terowong landasan kereta api berkembar terpanjang di Asia Tenggara itu akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun depan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, sehingga semalam pemaju projek terbabit, MMC-Gamuda JV berjaya menyelesaikan 70 peratus kerja-kerja pembangunan terowong berkenaan manakala bakinya akan dilaksanakan secara berperingkat.
"Pembinaan terowong ini bermula pada 4 Oktober 2009 menggunakan konsep berkembar dengan satu landasan setiap satu, serta pembinaan sembilan laluan silang antara terowong kiri dan kanan.
"Baki 30 peratus pembinaan terowong ini merangkumi kerja-kerja pembinaan infrastruktur dan melengkapkan sistem bahkan kita yakin ia dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.

MAS terima B737-800 pertama




MUNIR (kanan), Azmil (lima dari kanan) bersama para pegawai kanan MAS bergambar di sisi pesawat Boeing 737-800 di Subang semalam.


SUBANG - Malaysia Airlines (MAS) semalam menerima pesawat pertama Boeing 737-800 iaitu pesawat Boeing 737 generasi baru yang diterbangkan dari Seattle, Amerika Syarikat dengan identiti yang lebih dinamik dan mempesonakan.
Pengerusi MAS, Tan Sri Munir Majid berkata, pihaknya menempah sebanyak 55 buah pesawat jenis itu dengan tiga daripadanya dijadualkan diperoleh pada tahun ini manakala bakinya akan dihantar secara berperingkat-peringkat mulai tahun depan.
Menurut beliau, pesawat Boeing 737-800 itu akan melakukan penerbangan sulungnya ke Kota Kinabalu diikuti dengan penerbangan komersial dari Kota Kinabalu ke Haneda, Tokyo pada 15 November ini.
"Melalui pesawat ini, kesemua penumpang tak kira dalam kelas ekonomi atau bisnes akan menikmati infrastruktur yang menakjubkan.
"Kita menyediakan reka bentuk dan suasana yang lebih kondusif selain menyediakan sistem audio dan kelengkapan Video on Demand (VOD) dan banyak lagi," katanya.

Wanita tak boleh jadi juruwang





2010/11/02

Ulama Arab Saudi keluarkan fatwa 

RIYADH: Majlis Ulama Arab Saudi dilaporkan meluluskan fatwa yang melarang wanita menjadi juruwang atau terbabit dalam aktiviti perniagaan kerana ia melanggar sekatan terhadap percampuran lelaki dan wanita di negara terbabit.
Anggota jawatankuasa itu berkata, mereka menjelaskan dalam keputusan berkenaan kelmarin bahawa percampuran antara jantina adalah dilarang dan wanita tidak sepatutnya bekerja di tempat mereka akan menemui lelaki.
Keputusan itu dikeluarkan selepas seorang penceramah konservatif dibidas Ogos lalu kerana melanggar sekatan kerajaan terhadap perbuatan mengeluarkan fatwa apabila menggesa orang ramai memboikot pasar raya yang mengambil wanita sebagai juruwang. 

Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah cuba mengurangkan ideologi terlampau konservatif sebagai usaha beliau untuk memodenkan negara terbabit. Tetapi, usahanya dicabar oleh ulama berpengaruh yang memainkan peranan penting di negara itu. 

Beberapa reaksi di laman web menunjukkan umumnya penduduk awam tidak menyokong keputusan ulama berkenaan. 

Seorang warga tempatan memperkenalkan diri sebagai Emad memberi ulasan sinis dengan berkata: “Keputusan itu bagus kerana tiada lagi pengemis wanita di tepi jalan, tiada lagi amah, tiada lagi kedai mengambil wanita sebagai pekerja kerana mereka akan bertemu lelaki.” 
Hantar saja semua wanita ke sebuah pulau tanpa penghuni kerana mereka pasti tidak akan berjumpa lelaki, katanya lagi. 

Seorang lagi pengulas, Amina menyifatkan anggota majlis berkenaan sebagai golongan ‘pelampau lelaki.’ 

“Di seluruh dunia khususnya di Barat, wanita boleh hidup bebas mengikut hak yang diberi tuhan kecuali di dunia Islam dan khususnya di Arab Saudi. – Agensi 
“Wanita ada di mana-mana saja dan lebih baik daripada lelaki dalam pekerjaan. Mungkin itulah sebabnya mereka risau,” katanya. 

Seorang lagi pengulas ialah Hazem Abussaud yang berkata: “Membuat keputusan memang mudah. Jika tokoh itu serius, mereka boleh beri wang gaji sendiri untuk wanita yang menganggur sedangkan golongan itu hanya mahu bekerja bagi mencari nafkah halal?”. 

Anggota Majlis Ulama Saudi yang dilantik Raja untuk penggal empat tahun, sebelum ini pernah dikritik kerana mengeluarkan fatwa yang dianggap tidak sejajar dengan keperluan moden. 

Kerajaan biasanya tidak campur tangan apabila fatwa dikeluarkan tetapi seorang anggotanya pernah digugurkan pada 2009 selepas mengkritik penubuhan universiti untuk pelajar lelaki dan wanita. 

Seorang lagi ulama, Sheik Saleh al-Lihedan dipecat sebagai ketua Majlis Kehakiman Agung kerana mengeluarkan fatwa membenarkan pemilik televisyen satelit dibunuh jika menyiarkan program ‘tidak bermoral.’ - Agensi

China sabotaj Ratu Norway





2010/11/02

MILLS dinobat pemenang Ratu Dunia 2010. Gambar kiri, Mariann Birkedal
MILLS dinobat pemenang Ratu Dunia 2010. Gambar kiri, Mariann Birkedal
Pertelingkahan diplomatik punca jelitawan Oslo tak menang 

SANYA: Pertandingan Ratu Dunia (Miss World) di sini diselubungi kontroversi kelmarin selepas peserta yang dianggap pilihan utama dari Norway untuk menang gagal merangkul takhta disebabkan pertikaian diplomatik Beijing dan Oslo.
Remaja Amerika Syarikat, Alexandria Mills, 18, diisytihar pemenang pertandingan itu yang menyambut ulang tahun ke-60, malam Sabtu lalu.
Tetapi, kemenangan Mills tercemar dengan dakwaan bahawa pilihan utama, Mariann Birkedal gagal mara ke pusingan akhir kerana disekat oleh penganjur tuan rumah, China, lapor akhbar Britain, Daily Mail. 

Pertandingan itu disiarkan secara langsung ke seluruh dunia dan diikuti kira-kira satu bilion penonton. 

Pemerhati terkejut selepas jelitawan Norway, Birkedal, 23, yang juga pilihan utama untuk menang, tidak langsung berada dalam senarai lima ratu ke pusingan akhir. 

Laporan menyatakan, hakim akur kepada tekanan Beijing yang terbabit dalam pertelingkahan diplomatik dengan Oslo.
China berang selepas jawatankuasa Hadiah Keamanan Nobel di Oslo memberi anugerah itu kepada penentang kerajaan, Liu Xiaobo awal bulan ini. 

Sebelum keputusan diumumkan, Ratu Norway itu dilihat sebagai hampir pasti menang bukan Mills. 

Kathrine Sorland, personaliti televisyen Norway yang menduduki tempat ke-4 dalam pertandingan pada 2002, percaya kemarahan China terhadap keputusan jawatankuasa Nobel menjadi sebab Mills menang. 

“Saya yakin dia (Birkedal) akan menang. Mereka tentu buat keputusan kerana politik. Tanpa membuat sebarang kesimpulan, saya mahu tekankan bahawa pertandingan ini selalu dipengaruhi faktor politik. Kebetulan pula hubungan China dan Norway agak tegang pada masa ini,” katanya. – Agensi

Beruntungnya menjadi wanita Islam!


ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA

Mengutamakan ibu ke atas bapa.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?”

Baginda menjawab, “Ibumu!”

Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Sekali lagi lelaki itu bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bapamu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat.
“Barang siapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka.” (Riwayat Bukhari) Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan.

Wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik.   
   
“Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki.” (Riwayat Abu Daud)

Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf.
 “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” (Surah al-Nisa’: 124)

Hak wanita diiktiraf.
Umar al-Khattab r.a. berkata, “Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikitpun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami.”

sumber: Solusi25, mukasurat 70 dalam ruangan Info

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA


 Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
  •  Bayi  itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
  • Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
  • Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”  
  • Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
  • Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di  Bumi  banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
  • Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
  • Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah  Kamu  khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.  Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. 

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
 Sekian, semoga dapat sikit sebanyak manfaat daripada coretan ini.

Balasan...Melewatkan Waktu Solat


 

بسم الله الرحمن الرحيم       

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular  yang berwarna Hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain   yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ (8 km Jauhnya)  . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular  tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular Hitam  itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka). 

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah  itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..


Madu lebah asli ‘diburu’





Pencari madu lebah sedang membuat tinjauan di sebatang pokok yang terdapat sarang lebah di dalam hutan di Kampung Paya Pulai, Temerloh, Pahang, baru-baru ini.


TEMERLOH 1 Nov. – Tempoh antara April hingga ke hujung tahun sememangnya dinanti-nantikan oleh sekumpulan anak muda di sini kerana ia memberi peluang kepada mereka untuk menambah pendapatan dengan memburu madu lebah asli.
Sekumpulan tujuh anak muda dari Kampung Paya Pulai di sini yang diketuai Azman Mansor, 32, dibantu enam rakan lain iaitu Mohd. Redza Abdul Ghani, 44, Mohd. Khairudin Mat Zaini, 40, atau ‘Mat’, Yuszaime Abu Samah, 31, Azahari Omar, 34, dan Ahmad Bakhtiar Ishak, 30, juga tidak ketinggalan dalam aktiviti itu.
Turut sama ialah Ishak Abu Bakar, orang lama yang selesa dengan panggilan Pak Teh Li. Kumpulan itu terdiri daripada mereka yang pakar dalam selok-belok hutan dan berpengalaman lebih 20 tahun dalam aktiviti mencari madu lebah.
Persediaan untuk mengambil madu perlu dilakukan dengan teliti kerana proses mencari sarang lebah bermula dengan mengikut jejak lebah yang keluar mencari makanan.
Azman ketika ditemui mendedahkan, teknik pencarian sarang lebah yang sempurna adalah antara pukul 8 pagi hingga 10 pagi kerana waktu itu adalah paling mudah untuk melihat kawanan lebah keluar mencari makan.
Menurutnya, kawanan lebah akan mula mendapatkan makanan daripada ribuan jenis bunga termasuklah bunga kelapa sawit, bunga durian, rambutan dan bunga pokok-pokok hutan yang biasa terdapat di kampung.
“Lebah ini akan dijejak dari satu bunga ke satu bunga hingga akhirnya membawa saya ke sarang. Proses ini memerlukan kesabaran kerana kami perlu mengikut ke mana sahaja ia pergi.
“Pernah saya berjalan mengikut jejak lebah ini sehingga satu kilometer jauhnya dan berpusing-pusing dalam hutan,” katanya.
Tambah Azman, apabila dapat menjejak sarang, barulah kumpulannya menyediakan peralatan asas seperti baldi, tali, lampu picit, pisau untuk mengambil madu.
Menurutnya, untuk menghalau lebah, dia menggunakan kulit pokok kenanga sebagai alat utama bagi mengasap lebah dan alat yang dipanggil ‘karuk’ atau ‘suluh’ itu tidak dijual sebaliknya memerlukan kemahiran membuatnya sendiri.
Kulit kayu Kenanga dipilih kerana baranya tidak mudah padam dan sentiasa mengeluarkan asap. Apabila sarang lebah ditemui, peralatan cukup disediakan, maka tiba masa mengambil madu lebah.
Penulis turut dipelawa mengikuti proses mengambil madu lebah diketuai Azman dan rakan-rakannya dan lokasi mengambil madu lebah kali ini agak jauh ke dalam hutan.
Kebetulan pada hari yang sama dua sarang lebah dikenalpasti dan akan diambil secara serentak.
Selepas berkumpul kira-kira setengah jam di rumah Azman di Kampung Paya Pulai kira-kira jam 9.30 malam, kumpulan itu bergerak menaiki motosikal ke hujung kampung.
Sebaik sampai, kerja dilakukan dengan pantas dan Azman memberi isyarat untuk mula memanjat pokok dengan berpaut pada lilitan akar di sekeliling pangkal batang pulai bersaiz kira-kira tiga pemeluk itu.
Mereka mendakwa, kawanan lebah itu tidak akan menyerang tetapi dengan syarat, jangan pasang lampu suluh terlalu lama dan jika dihinggapi, jangan ditampar atau dikuis sebaliknya biarkan sahaja.
Tak sampai lima minit, Azman sudah sampai di atas pokok lebih tinggi dari kedudukan sarang lebah itu yang jaraknya kira-kira tiga meter dari tanah. Tidak lama selepas itu karuk dinyalakan, diasapkan ke sarang dan diketuk-ketuk pada sarang.
Bara api yang jatuh dikejar ribuan lebah, saat itu paling mencemaskan apabila mendengar deruan lebah memenuhi sekeliling kumpulan tersebut yang berada dalam lingkungan kira-kira 3 meter dari sarang.
Kurang dari lima minit, Azman mengambil pisau dan menoreh madu lebah itu perlahan-lahan dan dimasukkan ke dalam baldi.
Proses menapis madu dilakukan semalaman sebelum dimasukkan ke dalama dibotolkan.
Azman seterusnya berkata, madu lebah asli menjadi buruan kerana harganya kini mencecah RM70 bagi 600 gram di pasaran Temerloh. Harganya akan meningkat sehingga RM100 apabila tiba di bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Tambahnya, tahun ini sahaja, dia telah mengumpul lebih 4.8 kilogram madu lebah asli daripada 38 sarang lebah yang diambilnya.
Menurutnya, dia tidak pernah menjual di luar, sebaliknya pelanggan yang datang ke rumah kerana sudah mengenalinya sebagai pencari madu lebah asli.
“Sebenarnya kerja mengambil madu lebah asli ini kadang-kala boleh menjadi bahaya jika tidak diikuti beberapa petua dan pantang larang,” jelasnya.
Katanya, musim madu lebah asli akan berakhir penghujung tahun dan ketika itulah madu lebah asli pokok tualang akan muncul dengan banyak.
“Mencari madu lebah asli tualang bagi saya lebih mudah berbanding mengambil madu lebah biasa. Walaupun terpaksa memanjat hingga ke puncak pokok tualang, kerja yang dilakukan sangat berbaloi.
“Biasanya kalau pokok tualang yang mempunyai 20 sarang ke atas barulah kami panjat, kalau tidak, kerja kami tidak berbaloi,” katanya.
Bagi mereka yang inginkan madu lebah asli boleh datang terus ke rumah Azman di Kampung Paya Pulai atau menghubunginya 019-9332471.

Pukau: Hati-hati lelaki berkopiah



RAKAMAN kamera litar tertutup di sebuah bank yang menunjukkan seorang lelaki berkopiah yang didakwa memukau seorang peniaga sehingga kerugian RM2,100 di Shah Alam, baru-baru ini


SHAH ALAM 1 Nov. - Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan taktik seorang lelaki berkopiah berusia lingkungan 50-an yang disyaki memukau mangsa ketika mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik (ATM) di bandar raya ini.
Dalam kejadian terbaru, seorang pengusaha kedai runcit mendakwa menjadi mangsa pukau lelaki itu ketika mendepositkan wang hasil perniagaannya berjumlah RM5,000 di sebuah bank di Seksyen 14 di sini.
Ketika kejadian, mangsa mendakwa dia tiba-tiba ditepuk dari belakang oleh seseorang dan sebaik sahaja dia menoleh, seorang lelaki berpakaian kemas menegurnya konon cara dia memasukkan wang itu salah.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, mangsa kemudian menyerahkan wang sejumlah RM5,000 kepada suspek sebelum ia dikembalikan semula kepada mangsa.
Menurut beliau, mangsa kemudian memasukkan semula wang itu ke dalam mesin deposit tanpa menyedari bahawa wang itu sudah berkurangan.
"Apabila transaksi berjaya, mangsa mendapati jumlah yang tertera pada resit hanya RM2,900 manakala baki RM2,100 sudah lesap.
"Ketika itu, mangsa mendakwa terdapat dua lelaki berusia lingkungan 30-an yang melindung perlakuan suspek daripada dilihat orang ramai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noor Azam memberitahu, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di bank tersebut, polis mendapati seorang lelaki berkopiah putih dan dua lagi rakannya berada di belakang mangsa ketika kejadian.
Beliau menyeru orang ramai agar berhati-hati jika ingin mendepositkan wang, lebih baik pergi ke kaunter jika ingin memasukkan wang dengan jumlah yang banyak kerana kes seumpama itu kerap berlaku.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya memberikan wang kepada orang yang tidak dikenali.
Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi Sarjan Fuzi Daud di talian 03-55102222 bagi membantu siasatan.