Pages

Friday, June 7, 2013

Kisah Saidina Ali dan Pengemis


Harlina Binti Ahya Ulumuddin

Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah.
Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik.

Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Saidatina Fatimah memberitahu , sebanyak 25 dirham. Saidina Ali menyuruh pengemis itu datang ke rumahnya sekali lagi. Sesampainya pengemis tersebut ke rumah Saidina Ali, Saidatina Fatimah memberikan baki 25 dirham kepadanya.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu bahawa dia dalam kesusahan dan ingin menjual untanya. Tanpa berlengah Saidina Ali menyatakan kesanggupannya untuk membeli unta itu, meskipun ketika itu dia tiada wang. Beliau berjanji akan membayar harga unta itu dalam beberapa hari.
Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjual unta tersebut.

Setelah menerima wang bayaran unta tersebut. Setelah mendapat wang , Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta yang kesusahan dahulu.

BEBERAPA HARI KEMUDIAN, Rasulullah SAW berjumpa Saidina Ali, lalu bertanya
“Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?”

Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

MORAL & IKTIBAR
• Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan.
• Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi.
• Berikanlah bantuan kepada orang yang berada dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa berada dalam kesusahan.
• Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan yang lebih banyak.

Dua ekor keldai dikahwinkan dengan harapan musim hujan akan tiba




SEORANg petani membawa dua ekor keldai yang akan dikahwinkan di Mumbai kelmarin.


MUMBAI - Dua ekor keldai dikahwinkan dalam satu majlis yang diatur oleh beberapa petani di sini kelmarin.
Keldai jantan dan betina itu dikahwinkan dengan harapan musim hujan akan turun.
Majlis perkahwinan itu juga diadakan sebagai tanda bantahan terhadap pemerintah negeri Maharashtra yang gagal menangani masalah kemarau di daerah Solapur.- AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2VTcAI3mq 
Hakcipta terpelihara 

Perbuatan nelayan AS tangkap ikan jerung gergasi dikritik



PEMILIK syarikat New Fishall Bait, Kent Williams melihat mulut ikan jerung yang ditangkap baru-baru ini.


LOS ANGELES - Sekumpulan nelayan Amerika Syarikat (AS) yang berjaya menangkap seekor ikan jerung Mako yang dipercayai telah memecahkan rekod tangkapan di luar Pantai Huntington di California dikritik oleh sebuah kumpulan perlindungan haiwan kelmarin.
Pengarah kumpulan Shark Stewards yang berpangkalan di California, David McGuire berkata, ikan jerung itu sepatutnya dilepaskan kembali ke laut selepas ditangkap.
"Orang ramai sepatutnya melihat ikan jerung itu sebagai haiwan yang mengagumkan yang penting untuk lautan dan menghargainya," kata McGuire kepada akhbar Times.
Kumpulan nelayan diketuai Jason Johnston itu berjaya memperoleh ikan jerung Mako seberat 600 kilogram (kg) pada Isnin lalu selepas mereka berusaha selama lebih dua jam untuk menangkap ikan sepanjang 3.6 meter itu.
Ia dipercayai ikan jerung Mako yang terbesar pernah ditangkap.
Rekod terdahulu menunjukkan ikan jerung Mako yang pernah ditangkap pada Julai 2001 di luar pantai Massachusetts, AS hanya seberat sekitar 500kg.
Bangkai ikan jerung Mako itu akan didermakan kepada Persatuan Kebangsaan Kelautan dan Atmosfera untuk tujuan penyelidikan. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2VTXs6GbF 
Hakcipta terpelihara