Pages

Saturday, August 24, 2013

Sebuah Kisah: 65 Tahun Merangkak Ke Masjid



Syeikh Abdullah Al-Asiri yang lumpuh anggota badannya sejak dilahirkan. Bukan sekadar solat subuh berjemaah tetapi setiap lima waktu solat beliau akan berulang alik ke masjid dengan merangkak.

Beliau tinggal di salah satu perkampungan terpencil di Selatan Alazizia, Arab Saudi. Kini, walaupun umurnya telah mencecah 76 tahun ditambah dengan kecacatan tubuhnya namun beliau masih mampu berulang alik ke masjid dengan merangkak. Beliau telah berbuat demikian selama hampir 65 tahun berulang alik untuk solat berjemaah di masjid di tempatnya.

Beliaulah sebenarnya “Ar-Rijal” yang disebutkan oleh Allah dan Rasulnya saw yang syarat terhasil sifat ini dengan sentiasa hati “mualaqul bil masaajid” terpaut pada masjid.

Semoga Allah swt memberi kekuatan bagi kita untuk istiqamah di dalam melaksanakan solat lima waktu dengan berjemaah. Insyaallah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Renung sejenak diri kita, sempurna sifat fizikal dari atas ke bawah tetapi adakah kita menyahut seruan untuk ke rumah Allah setiap kali azan dilaungkan. Kita mempunyai kenderaan untuk kemana saja, tetapi berapa kali kenderaan kita itu menghantar kita ke rumah Allah. Bandingkan nikmat yang Allah beri pada kita dengan Syeikh Abdullah Al-Asiri, tidakkah kita seharusnya lebih bersyukur

"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) dibumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amat SEDIKIT kamu yang bersyukur." Al A’raf : 10

Mudah-mudahan kita adalah di antara golongan yang sedikit itu.

http://www.youtube.com/watch?v=CCn3-9G0yZk

Kegilaan terbaru wanita Korea Selatan

Seoul: Wanita Korea Selatan sanggup berdepan dengan bahaya dan kesakitan asalkan mereka dapat memiliki wajah seperti wanita Barat.
Permintaan untuk menjalani pembedahan membabitkan prosedur memotong tulang dagu serta membetulkan dagu atas dan bawah bagi kelihatan lebih cantik meningkat sejak beberapa bulan lalu.

Dan kini, satu imej dimuat naik ke rangkaian laman sosial menunjukkan seorang wanita yang sudah menjalani pembedahan untuk menaikkan sudut mulutnya supaya dia kelihatan sentiasa tersenyum.
Walaupun gambar itu tidak dapat disahkan kesahihannya, laporan akhbar Huffington Post menyatakan, terdapat klinik di Korea Selatan yang menawarkan pembedahan itu.

Klinik AONE melakukan pembedahan yang dikenali ‘Smile Lip’ itu yang menyaksikan sudut mulut pelanggan dinaikkan dengan memanipulasi otot muka yang menyokong mulut.

Video menerusi YouTube yang diterbitkan klinik itu menjelaskan, sebahagian orang mempunyai mulut yang senget dan menggeleber kerana otot yang tidak kuat untuk mengangkat hujung mulut atau otot dagu yang terlalu kuat hingga menarik mulut mereka ke bawah.
Foto
GAMBAR wanita yang sudah menjalani pembedahan ‘Smile Lip’.
Sebaik pembedahan dilakukan, pesakit itu sentiasa kelihatan tersenyum, walaupun mereka dalam keadaan bermasam muka.

Korea Selatan antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pembedahan plastik di dunia. Tidak hairan jika pembedahan sedemikian bermula di negara itu.
Bagaimanapun, setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada pembedahan yang akan menjadikan wanita yang menjalaninya kelihatan sedikit seperti kucing akan menjadi popular. - Agensi

JANGAN ABAIKAN MANDI JUNUB

Ramli Joned
Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI SABTU 24 OGOS 2013:
JANGAN ABAIKAN MANDI JUNUB

Dalam sebuah riwayat, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak... Dia menceritakan tentang SUATU KEJADIAN NGERI YANG DIHADAPI OLEH SEORANG LELAKI yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut... Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan... Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali... Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat SEEKOR BINATANG YANG SAMA BENTUKNYA SEPERTI KUCING sudah berada di dalam kubur itu... Para jemaah terperanjat dan tercengang.... Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat dikebumikan....

Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut, tapi BINATANG ITU KELIHATAN TERLALU BENGIS DAN MENGGERUNKAN, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya... Matanya yang bulat, MEMANDANG TAJAM KE ARAH SESIAPA YANG MEMANDANGNYA, menampakkan kebengisannya laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.... Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk MENGGALI SATU LIANG LAHAD YANG BARU, bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu.... Setelah siap di gali dan para jemaah pun cuba menurunkan keranda perlahan-lahan... Namun alangkah terkejutnya mereka, apabila di dapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu...

Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, AKHIRNYA MEREKA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENGKEBUMIKAN JUGA JENAZAH DENGAN BINATANG TERSEBUT... Sebaik saja tanah di timbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila SATU BUNYI YANG MENGERI DAN MENGGERUNKAN TERDENGAR DARI DALAM KUBUR TERSEBUT... Bunyi itu SEAKAN-AKAN DAGING DAN TULANG JASAD SI MATI ITU DICAKAR DAN DIPATAHKAN OLEH BINATANG BUAS ITU, bunyinya amatmenakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu....

Seorang ALIM lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya? Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, SUAMINYA ITU TIDAK PERNAH MENYUCIKAN DIRINYA DENGAN 'MANDI HADAS' SETIAP KALI SELEPAS MELAKUKAN PERSETUBUHAN...

MANDI JUNUB SANGAT DITUNTUT DALAM ISLAM....Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh, tetapi ketahuilah, azabnya sangat pedih, dan menunggu orang yang mengabaikannya....

Makhluk misteri terdampar di pantai


Bangkai makhluk misteri yang terdampar di pantai Villaricos, mengundang tanda tanya pakar haiwan tentang spesies sebenar haiwan itu. - AGENSI
VILLARICOS, Sepanyol 23 Ogos - Satu bangkai makhluk laut misteri yang bertanduk dengan saiz empat meter panjang, ditemui terdampar di kawasan pantai Villaricos di sini, sekali gus mengejutkan penduduk sekitar bandar berkenaan.
Menurut laporan Huffington Post, bangkai makhluk tanpa kepala berbadan panjang dan berwarna putih itu dijumpai seorang perenang.
Ketika ditemui, ia sudah berbau busuk serta hampir mereput.
Huffington Post melaporkan bahawa haiwan misteri itu mempunyai badan yang licin, dengan kepalanya terpisah daripada badan ketika dijumpai.
Kajian sedang dijalankan untuk mengetahui apakah sebenarnya makhluk tersebut.
"Kami masih tidak tahu apakah benda itu, tetapi baunya sangat busuk kerana keseluruhan badannya sudah mereput.
"Seorang perenang wanita menjumpai kepala haiwan itu dan kami membantu untuk mencari bahagian badannya,'' kata Penyelaras Perlindungan Awam, Maria Sanchez kepada Digital Spy.
Disebabkan keadaan mahkluk misteri itu yang hampir mereput, Sanchez berkata, bangkai tersebut telah ditanam.
Beberapa pakar haiwan berkata, makhluk itu mungkin datang daripada spesis ikan yu atau ikan hering, bagaimanapun penyelidik masih mengkajinya.
"Agak sukar untuk mengetahui apakah makhluk misteri itu, mungkin sejenis ikan gergasi.
"Untuk mengetahui spesiesnya, kita boleh mengkaji tulang mahkluk tersebut, tetapi kos yang diperlukan untuk menjalankan kajian saintifik agak mahal," kata jurucakap Program en Defensa de la Fauna Marina (PROMAR), Paco Toledano. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130824/lu_05/Makhluk-misteri-terdampar-di-pantai#ixzz2cqDgNsEY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki tinggal di gua selama 20 tahun


FENG MINGSHAN memanjat lereng sebuah bukit untuk memasuki gua pada ketinggian 50 meter dari tanah Xi'an, dalam wilayah Shaanxi di barat laut China.


XI'AN - Seorang lelaki China yang mahu mencari ketenangan bertindak memencil diri dengan tinggal di dalam sebuah gua di sini, dalam wilayah Shaanxi sejak 20 tahun lalu, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Feng Mingshan, 54, menjadikan sebuah gua setinggi 50 meter sebagai tempat tinggalnya sejak 1993.
Dia juga terpaksa memanjat tebing sebuah bukit setiap kali mahu memasuki rumah unik yang dibinanya.
Media tempatan melaporkan bahawa Mingshan menemui gua tersebut ketika dia masih remaja.
Dia sebelum ini membawa diri meninggalkan Bandar Gaoba, di barat laut wilayah Shaanxi, China pada 1993 kerana tidak tahan dengan kerenah orang ramai.
Abangnya, Feng Xueming berkata, Mingshan memiliki perangai pelik.
"Perangai abang saya pelik. Dia tidak suka berkomunikasi dengan orang lain," katanya.
Sejak 20 tahun lalu Mingshan telah berusaha membesarkan ruang di dalam gua yang didudukinya. Dia juga memahat tempat berpegang pada dinding batu di luar gua itu untuk membantunya bergerak di tebing yang curam. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0824&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2cq6NjorV 
Hakcipta terpelihara