Pages

Thursday, November 18, 2010

Tiada Perbezaan Anak Lelaki dan Perempuan

Nabi Muhammad saw ketika digembirakan dengan kelahiran Fatimah r.ha., Baginda melihat tanda-tanda kehampaan pada wajah sahabat-sahabat Baginda lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Kenapa kamu kulihat begini? Aku mencium bau syurga dan rezeki Fatimah berada di atas Allah swt."

Begitu juga Nabi saw menangis ketika kewafatan anaknya Ibrahim lalu ditanya oleh para sahabat, "Adakan engkau menangis wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah saw, "Ini adalah sifat Rahmat (kasih-sayang) yang dijadikan oleh Allah dalam hati manusia."

Sesungguhnya anak-anak kita (tidak kira lelaki atau perempuan) memerlukan kasih sayang yang jujur daripada ibu bapa. Ingat firman Allah swt dalam surah al-Syura ayat 49 yang bermaksud; "Dia yang menganugerahkan anak perempuan dan anak lelaki itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki."

Allahu a'lam.

Tafsir Ayat: Perbanyak zikir pada hari Arafah, hari korban dan hari tasyrik



Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

2010/11/18

ALLAH berfirman bermaksud: "Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertakwa dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya." (Surah al-Baqarah, ayat 203). 

Hari yang berkaitan dengan haji sudah pun ditentukan iaitu hari wukuf di padang Arafah, hari Aidiladha dan juga hari tasyrik dari hari ke-11 hingga 13 Zulhijjah. Selama tempoh ditentukan itu, hendaklah dipenuhi dengan menyebut nama Allah dan berzikir.Semuanya sudah ditentukan oleh Allah, diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya. Hari berzikir dan menyebut nama Allah (dengan bertakbir dan bertahmid) mengikut pendapat yang rajih ialah hari Arafah, hari korban dan hari tasyrik selepasnya.
Ujar Ibn Abbas yang dimaksudkan dengan hari tertentu ialah hari tasyrik. Ujar Ikrimah, maksud berzikir pada Allah pada hari tertentu itu ialah bertakbir pada hari tasyrik selepas menunaikan sembahyang fardu iaitu ucapan Allahu Akbar, Allahu Akbar. 

Sewaktu wukuf di padang Arafah sehingga bermalam di Muzdalifah, jemaah haji dianjurkan mengucapkan talbiah. Selama berma-lam di Mina pula, jemaah mengucapkan takbir, tahmid dan tahlil. Begitu juga selama tempoh melontar di ketiga-tiga Jamrah di Mina, setiap jemaah mengucapkan Bismillahi Allahu Akbar. 

Syeikh al-Maraghi berkata, selepas Allah memerintahkan untuk berzikir di Masy’aril Haram, mereka tidak berzikir kepada-Nya di sana dan memerintahkan dengan zikirnya ketika sempurna menunaikan ibadat haji selepas hari Mina. Ini kerana pada tempoh itu, mereka lebih banyak menyebut kelebihan nenek moyang mereka. Lantas Allah menyuruh mereka berzikir pada hari Mina. 

Berkaitan tempoh bertakbir pula, Ali, Abu Yusuf dan Muhammad berpendapat, waktu takbir bermula daripada solat fajar hari Arafah hingga selepas solat Asar pada akhir hari tasyrik. Ibn Mas’ud dan Abu Hanifah pula berpendapat waktu bertakbir adalah dari solat fajar hari Arafah hingga solat Asar hari raya. 
Manakala Ibn Umar, Zaid bin Thabit, Ibn Abbas dan ‘Ata’ berpendapat, ia bermula dari selepas solat Zuhur hari korban hingga selepas Asar pada akhir hari Tasyrik. 

Firman Allah yang bermaksud: “Dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya,” mengingatkan kita dengan pemandangan di Padang Mahsyar sesuai dengan pemandangan haji. Ia merangsang perasaan takwa dalam hati mereka di hadapan pemandangan mahsyar yang ngeri itu” 

Ayat ini ditutup supaya manusia beriman seterusnya melakukan amalan salih yang dihiasi sifat ketakwaan kerana yakin kepada hari balasan. Hal ini menunjukkan segala tindakan manusia akan dihitung di hadapan Allah. 

Pada hari itu, tidak boleh memberi manfaat kepadanya oleh harta benda dan anak pinak kecuali amalan yang salih. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang beriman dengan segala rukun iman dan beramal dengan amalan yang salih. 

Penulis ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin 

Sains membuktikan pengharam perkahwinan dengan saudara susuan adalah tepat



Rujukan :
Muslim meriwayatkan sanad dari   A isyah, r.a . dengan sabda  Rasulullah SAW :  Diharamkan berkahwin dengan ibu susuan kerana dari apa yang susukan ).
Terbukti kajian ilmiah yang telah  ibu susu adalah sama.
Demi menjaga kandungan antibodi ibu susu dan anak yang disusui, maka agama Islam Larangan ini dibuat selepas bayi yang disusui mencapai lima  menyusu dengan kenyang.
Dos  yang diperlukan untuk pembentukan antibodi dalam tubuh manusia akan terbentuk selepas lima kali penyusuan. Hsil kajian juga membuktikan perkahwanan dengan saudara seibu susu boleh menghilangkan fungsi  antibodi kanak-kanak tersebut. Kita mendapati bahawa cara
Larangan perkahwinan saudara seibu susu melalui penyusuan sebanyak lima adalah menepati kajian santifik.

Jemaah haji berjumlah 2.8 juta


JEMAAH haji melakukan tawaf di hadapan Kaabah di Masjidil Haram, Mekah, kelmarin. - AFP


MINA 17 Nov. - Jabatan Statistik dan Maklumat Awam Arab Saudi melaporkan hampir 2.8 juta jemaah mengerjakan haji musim ini, peningkatan 11.2 peratus berbanding 1.6 juta jemaah tahun lalu.
Menurut satu kenyataan yang dipetik agensi berita Saudi Press (SPA), seramai 1.8 juta jemaah datang dari luar negara, sementara kira-kira sejuta lagi merupakan jemaah tempatan.
Semalam, jemaah melontar jamrah dalam keadaan lancar sebelum ibadah korban dilaksanakan sempena Hari Raya Aidiladha yang disambut pada 10 Zulhijah setiap tahun.
Di bandar-bandar negara ini, ibadah korban dilaksanakan selepas solat Subuh yang menyaksikan kerja-kerja penyembelihan ternakan serta melapah daging boleh dilihat di tepi-tepi jalan.
Jutaan jemaah haji dari seluruh dunia akan terus melontar jamrah selama tiga hari sehingga Ahad ini.
Di Malaysia, India dan sebahagian Indonesia, sambutan Hari Raya Aidiladha dimulakan dengan solat sunat pagi ini, diikuti ibadah korban.
Di Pakistan, sambutan Hari Raya Aidiladha berlangsung sederhana semalam apabila harga ternakan yang naik lebih dua kali ganda akibat musim banjir lalu, menyukarkan penduduknya melaksanakan ibadah tersebut.
Di wilayah bergolak Kashmir, sambutan hari raya korban berlangsung dalam suasana kelam kabut apabila polis terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara untuk menyuraikan beratus-ratus penunjuk perasaan semasa solat sunat raya pagi ini.
Kebanyakan keluarga di wilayah itu hanya menyambut perayaan tersebut secara sederhana selepas perintah berkurung dikuatkuasakan selama berbulan-bulan yang menyaksikan pertempuran antara penunjuk perasaan dengan anggota tentera.
Umat Islam di Genting Gaza yang menderita akibat sekatan rejim Yahudi, turut menyambut Hari Raya Aidiladha semalam tanpa sebarang sambutan besar-besaran. - AGENSI

Tragedi kereta dirempuh treler


kereta Proton Iswara yang dinaiki enam beranak remuk selepas dirempuh treler dekat Slim River, Perak, semalam. - utusan/Sin Chew jit poh

TANJONG MALIM 17 Nov. - Sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini sudah pasti menyedihkan buat dua beradik apabila mereka kehilangan empat ahli keluarga sekali gus termasuk ibu dan bapa dalam tragedi kemalangan di Kilometer 377.6 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Slim River, awal hari ini.
Kemalangan berlaku apabila kereta dinaiki enam sekeluarga itu tiba- tiba dirempuh sebuah treler dari belakang yang gagal berhenti ketika kereta mereka dan kenderaan lain bergerak perlahan ke susur keluar Slim River.
Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta, Shaiful Fadzilah Shahar, 36, isterinya Siti Suzana Mohd. Nor, 33, dan dua anak kembar pasangan itu, Fitri dan Fikri, berusia enam tahun.
Shaiful Fadzilah, Siti Suzana dan Fitri meninggal dunia dalam kejadian pukul 2 pagi itu akibat cedera parah di kepala manakala Fikri meninggal di Hospital Slim River (HSR).
Dua lagi anak pasangan itu yang mengalami kecederaan ialah Fatihah, 4, yang sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Firdaus, 8, di HSR.
Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Anuar Osman berkata, ketika kejadian, kesemua mangsa yang menaiki kereta Proton Iswara dalam perjalanan pulang dari Seremban untuk berhari raya di Lenggong.
Katanya, bagaimanapun semasa melalui jalan itu, kereta tersebut dirempuh treler dari belakang ketika hujan.
"Rempuhan itu menyebabkan kereta Shaiful Fadzilah merempuh sebuah lori di hadapannya. Treler itu turut merempuh sebuah teksi tetapi pemandunya hanya cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Anuar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River dipanggil untuk mengeluarkan mangsa-mangsa dalam kereta yang remuk itu.
Menurut beliau, siasatan polis percaya treler itu dipandu laju dan gagal berhenti ketika kenderaan lain bergerak perlahan ke susur keluar Slim River.
Pemandu treler terlibat yang cedera ringan dirawat di Hospital Slim River.
"Polis sedang mengambil sampel darah pemandu itu untuk pemeriksaan lanjut," katanya.UTUSAN

Awang’ lembu gergasi tumbang selepas solat Aidiladha



Orang ramai mengerumuni lembu jenis Charolais Mega yang beratnya mencapai 1,500 kilogram sebelum dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Surau Taman Safiah Murni, Bukit Payung Marang, Terenggganu, semalam.



MARANG 17 Nov. – Taman Safiah Murni, Bukit Payung dekat sini tiba-tiba gempar diserbu kira-kira 1,500 orang gara-gara ‘Awang’ dikorbankan pada sambutan Hari Raya Aidiladha di kampung itu.
Seawal pukul 9 pagi lagi, perkarangan Surau Taman Safiah Murni dipenuhi orang ramai semata-mata mahu melihat dari dekat lembu dari jenis Charolais Mega itu disembelih.
Ekoran saiznya yang besar berbanding lembu biasa dan dipercayai di antara lembu terbesar dan terberat di negeri ini dengan memiliki berat mencecah 1,500 kilogram, Awang menjadi tarikan orang ramai sejak ia tiba di kampung berkenaan beberapa hari yang lalu.
Awang yang seolah-olah memahami ia bakal disembelih, tidak banyak kerenah walaupun lensa kamera orang ramai tidak putus-putus mengambil gambarnya untuk dibuat kenangan.
Menurut Pengerusi Surau Taman Safiah Murni, Mohd. Zainasir Taid,45, dia tidak menyangka taman perumahan tersebut sesak gara-gara orang ramai ingin melihat lembu gergasi itu.
Katanya, acara penyembelihan tersebut merupakan acara tahunan penduduk di kampung itu bagaimanapun pada tahun ini berbeza dan lebih meriah ekoran kehadiran Awang.
“Sebelum ini saya hanya berbincang dengan pemilik lembu ini yang merupakan rakan saya sejak kecil lagi. Ketika itu dia bertanya sekiranya mahu mengambil bahagian untuk korban lembu tersebut. Jadi tanpa fikir lama saya terus bersetuju.
“Tak sangka begitu ramai orang datang ke sini semata-mata untuk lihat Awang disembelih,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika di temui di sini hari ini.
Pada majlis itu, Ahli Parlimen Marang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyempurnakan acara penyembelihan tersebut.
Sebelum ini, Utusan Malaysia pernah melaporkan tentang keunikkan lembu berusia tiga tahun 10 bulan itu yang dibela oleh seorang penternak warga emas, Omar Abu Bakar, 68, dari Kampung Paya Datu, Manir pada bulan Februari lalu.
Lembu sepanjang 2.8 meter (m) dengan tingginya pula kira-kira 1.5m itu dibeli oleh Omar pada Januari dua tahun lalu dengan harga RM4,200 dan ketika itu beratnya sekitar 500kg sahaja.
Ketika acara tersebut, Omar yang turut berada dan melihat lembu kesayangannya itu disembelih mengakui terasa hiba memandangkan telah menjaganya sejak dua tahun lalu.

Putera William beri cincin Puteri Diana kepada tunang



GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan Putera William bermesra dengan Kate Middleton di Istana St. James's. London.


LONDON - Pewaris kedua takhta Britain, Putera William, 28, memberikan sebentuk cincin berlian pertunangan milik ibunya, mendiang Puteri Diana kepada tunangnya, Kate Middleton sebelum pengumuman mereka akan berkahwin pada tahun depan didedahkan secara rasmi kelmarin.
Cincin berwarna biru itu diberikan kepada Diana oleh bapa William, Putera Charles yang merupakan pewaris pertama takhta Britain selepas Ratu Elizabeth II semasa mereka bertunang pada 1981.
Putera Charles dan Puteri Diana bercerai pada 1996.
Puteri Diana diceraikan semasa timbulnya dakwaan beliau curang dan dipinggirkan oleh keluarga diraja Britain.
Putera William yang baru menamatkan latihan dengan pasukan penyelamat tentera Udara Diraja Britain sebagai juruterbang merupakan anak sulung Putera Charles dan Puteri Diana.
Seorang lagi anak pasangan itu ialah Putera Henry.
Puteri Diana kemudiannya meninggal dunia pada 1997 dalam satu kemalangan kereta yang dinaiki bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed anak hartawan kelahiran Mesir, Mohamed Al-Fayed.
Cincin itu pada mulanya berharga £28,500 (RM141,822) tetapi kini ia dianggarkan bernilai £250,000 (RM1.24juta).
Pada sidang akhbar kelmarin bagi mengumumkan berita perkahwinan itu selepas mereka bertunang di Kenya pada bulan lalu, Putera William mengaku beliau berasa amat bimbang jika cincin pertunangan ibunya itu hilang.
Menurutnya, cincin itu disembunyikan ke dalam beg galas selama tiga minggu sebelum beliau melamar Middleton.
"Saya membawa cincin itu bersama saya yang berada di dalam beg galas saya selama tiga minggu.
"Ke mana sahaja saya pergi, saya terus menyimpannya kerana saya ketahui, jika benda ini hilang, saya akan berdepan dengan satu masalah yang besar," katanya.
Putera itu memberikan cincin tersebut kepada Middleton, 28, semasa dia melamar kekasihnya itu yang dikenalinya semasa mereka menuntut di Universiti St. Andrews, Scotland, lapan tahun lalu.
Namun, dalam sidang akhbar itu di Istana St. James's, London, Putera William tidak menyatakan sama ada beliau melutut di depan Middleton semasa membuat lamaran untuk berkahwin.
Middleton, 28, berkata: "Saya cuma melihatnya (cincin itu)."
Pasangan itu dijangka berkahwin pada musim panas tahun depan.
Middleton yang merupakan anak seorang jutawan berkata, menjadi anggota kerabat diraja Britain merupakan harapan yang menakutkan tetapi beliau akan menghadapinya dengan langkah berani.
"Namun, William merupakan seorang guru yang hebat, justeru saya berharap beliau akan membantu saya," katanya Middleton yang bekerja menguruskan perniagaan keluarganya.
Dalam sidang akhbar itu, Putera William berkata: "Kami berasa gembira dan saya berasa gembira kerana telah melakukannya (melamar Middleton)."
Middleton kemudian berkata: "Ia seperti satu langkah semula jadi buat kami berdua."
Putera William menyatakan bahawa Middleton amat istimewa buatnya menyebabkan adalah sesuatu yang baik untuk mereka bersama.
Middleton turut menceritakan bahawa suasana di sebuah hutam simpanan di Kenya yang menjadi tempat mereka bercutipada bulan lalu amat romantik dan ia dianggap suasana yang amat peribadi buat diri mereka.
"Jelasnya, kami berdua mempunyai masa yang menyeronokkan bersama, kedua-dua kami mempunyai ciri-ciri humor mengenai pelbagai perkara.
"Dia (Middleton) mempunyai tabiat yang menyebabkan kami ketawa dan saya selalu bergurau mengenainya," kata Putera William. - Agensi

Berlian merah jambu RM143 juta





2010/11/18

CINCIN berlian merah jambu menjadi yang termahal dalam lelongan Sotheby.
CINCIN berlian merah jambu menjadi yang termahal dalam lelongan Sotheby.
Sebentuk cincin catat rekod jualan tertinggi lelongan 

GENEVA: Sebentuk cincin berlian merah jambu yang jarang ditemui dilelong pada harga 45.44 juta Swiss francs (RM143 juta), dua kali ganda nilai rekod sebelumnya sekali gus menjadi permata paling mahal pernah dijual selain menunjukkan kekuatan pasaran permata antarabangsa.Berlian merah jambu empat segi seberat 24.78 karat dan bersaiz kira-kira satu pinball menjadi tarikan hampir 500 orang ketika jualan separuh tahun permata di Geneva.
Penjual berlian terkemuka, Laurence Graff, yang membuat bidaan melalui telefon adalah pembeli berlian terbabit yang dipasang pada sebentuk cincin platinum, menurut kenyataan firma pelelong, Sotheby. 

“Ia berlian paling menakjubkan pernah saya lihat dalam sejarah dan saya amat tertarik untuk membelinya,” kata Graff, seorang rakyat Britain yang memulakan karier ketika masih remaja di East End, London dan kini menetap di Gstaad, Switzerland. 

“Ia harga rekod dunia bagi permata di jualan lelong,” kata David Bennett, pengerusi jabatan permata Sotheby di Eropah dan Asia Barat ketika menenangkan orang ramai yang memenuhi bilik jualan itu. 

“Ia seperti champagne merah jambu,” katanya sebelum lelongan. Permata itu dibeli daripada penjual permata Amerika Syarikat, Harry Winston, 60 tahun lalu oleh seorang tidak dikenali yang memutuskan untuk menjualnya dalam lelongan di Switzerland. 
Harga beliannya melepasi jangkaan awal iaitu AS$27 hingga AS$38 juta (RM86 hingga RM121 juta). 

Sebelum ini jualan permata paling mahal di dunia yang dibuat dalam lelongan adalah berlian biru diberi nama ‘Wittlesbach’ 35.56 karat dari kurun ke 17 yang mencecah harga AS$24.3 juta (RM77.76 juta) oleh Sotheby pada Disember 2008 oleh pesaing mereka, Christie. 

Ia juga dibeli oleh Graff daripada Graff Diamonds yang kemudian menjadikan ia lebih kecil kepada 31.06 karat dan dinamakan semula sebagai ‘Wittelsbach-Graff Diamond’. 

“Laurence Graff benar-benar peminat batu permata. Beliau kini pemilik dua permata teragung,” kata Bennett kepada wartawan. 

“Ada empat orang yang aktif membida dan itu sesuatu yang luar biasa dalam soal ini. Ia menjadi bukti mengenai kekuatan pasaran batu permata,” katanya lagi. 
Eric Valdieu, bekas pakar permata firma Christie’s di Geneva yang kini bertugas untuk Valdieu Fine Arts, mengulas: 

“Harga batu permata pada masa ini lebih tinggi dibandingkan pada 2007-2008, itulah sebabnya semua orang gembira. Batu permata yang mahal kini lebih mahal daripada apa yang sepatutnya,” kata Valdieu lagi. – Reuters 

Tempahan untuk membeli robot meningkat



SCOTT MACLEAN berada dekat dengan robot wanita ciptaannya, Suzie Software.


CHARLESTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pencipta robot di AS, Scott Maclean berkata, dia dihubungi dengan beberapa pelanggan di Britain untuk membeli robot ciptaannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Maclean, 47, menjelaskan terdapat beberapa pembeli dari Britain yang mahu membeli robot buatannya termasuk seorang lelaki bangsawan.
"Kami turut menmperoleh pelanggan dari Eropah, Rusia, Korea dan beberapa tempat lagi di dunia," katanya.
Menurutnya, beberapa minggu lalu, dia berbincang dengan seorang wanita yang mahu memperoleh robot seperti selebriti komedi Britain, Graham Norton.
"Saya turut diminta oleh beberapa orang untuk menghasilkan robot yang kelihatan seperti aktres Angelina Jolie, Pamela Anderson dan Michael Jackson.
"Namun, saya tidak boleh menghasilkan robot itu tanpa mendapat kebenaran mereka (selebriti tersebut)," katanya.
Antara robot ciptaan Maclean ialah Suzie Software yang tidak boleh bercakap.
Robot itu dijual pada harga AS$2,945 (RM9,214). - Agensi

Budak 3 tahun temui loket RM12.41 juta


LOKET yang ditemui James Hyatt.


HOCKLEY, Britain - Seorang budak lelaki berumur tiga tahun, James Hyatt menemui loket emas yang dianggarkan bernilai £2.5 juta (RM12.41 juta) dengan menggunakan alat pengesan logam di Hockley, Essex, lapor sebuah akhbar semalam.
Loket itu tertanam di dalam tanah sedalam 20.3 sentimeter.
Pakar-pakar menyatakan loket itu mungkin digunakan pada awal abad ke-16 semasa pemerintahan Raja England, Henry VIII.
Loket itu mungkin kepunyaan salah seorang anggota kerabat diraja.
Bapa budak itu, Jason, 34, berkata: "Anak lelaki saya merupakan salah seorang individu yang paling bertuah di dunia."
Budak itu menemui loket itu pada Mei tahun lalu semasa dia bermain dengan alat pengesan logam kepunyaan datuknya.
Menurut bapanya, alat itu berbunyi lima minit selepas anaknya menggunakan alat tersebut menyebabkan dia dan beberapa orang lagi menggali dan menemui loket tersebut.
Loket itu akan dinilai sebelum dijual kepada beberapa buah institusi. - Agensi

Dihukum kerana tolak kereta dengan kereta



KERETA yang ditolak dengan kereta yang dipandu Ronald Pemberton bergerak ke tengah jalan raya.


BRISTOL - Seorang pesara, Ronald Pemberton berusia 83 tahun mengaku mengundurkan kereta Peugeot ke arah sebuah kereta yang menghalang laluannya di depan sebuah sekolah rendah di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemberton dijatuhi hukuman dilarang memandu selama 12 bulan dan denda termasuk kos mahkamah dan ganti rugi hampir £2,000 (RM9,962) kerana kesalahan itu.
"Adalah amat menyedihkan untuk melihat seseorang yang berumur seperti anda di mahkamah tetapi anda tidak boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut kemahuan sendiri," kata Hakim Nicholas Rowland.
Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Pemberton yang memandu kereta itu mengundurkan kenderaannya supaya ia menolak sebuah kereta yang diletakkan di depan garaj yang disewa dekat dengan rumahnya.
Kereta yang ditolak itu kemudiannya bergerak dan terhenti di tengah jalan raya. - Agensi