Thursday, July 7, 2011
KISAH ASAL USUL BEKAS TAPAK KAKI NABI IBRAHIM A.S (MAQAM)
Ada dua riwayat yang mengatakan bahwa Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.
Satu riwayat lagi mengatakan bahwa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang difirman oleh Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah al-Baqarah ayat 127).
Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah S.W.T sebaik saja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T.
Apabila agama Islam datang, Allah S.W.T mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana firman Allah yang bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125).
Yang dikatakan maqam Nabi Ibrahim itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi Ibrahim.
Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27).
Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah, "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana."
Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah S.W>T menyampaika seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah.
Bacaan talbiah antara lainnya, "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah.
Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya. Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat menyedihkan ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari masa sebelum menunaikan haji. Oleh itu, hendaklah kita mulakan dengan sembahyang, puasa, zakat dan seterusnya menunaikan haji.
Kalau kita menunaikan haji tanpa mengerjakan sembahyang lima waktu maka sia-sia saja haji yang kita lakukan sebab ia tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Dan ini adalah salah satu punca mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan bermacam-macam maksiat.
Bagi mereka yang mendapat kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja-kerja yang dimurkai oleh Allah S.W.T sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi muslim yang sempurna. Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima oleh Allah S.W.T.KISAH TELADAN
KISAH PERLAWANAN ANTARA SEORANG LELAKI DAN IBLIS
Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Is mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.
"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah." Maka pulanglah dia terburu. Isterinya heran, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih heran lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai sebagi manusia.
"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis.
Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang roboh pohon syirik itu."
"Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang saja."
"Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas.
"Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis marah.
"Akan saya teruskan!"
Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"
Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan saja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.
Demikianlah, semnejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.
Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus."
Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong.
"Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."
"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu.
Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar.
"Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani.
"Berhenti, jangan lanjutkan."
"Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang."
Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh heran, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?"
Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu saja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."
Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahwa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan . Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?
"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman."
Hadith Riwayat MuslimKISAH TELADAN 16 (2)
Drama Tebusan: 30 Kanak-kanak, Empat Guru Berjaya Diselamatkan
MUAR: Drama tebusan yang mendebarkan penduduk sekitar Sungai Abong di sini berakhir apabila polis berjaya menyelamatkan 30 kanak-kanak tadika yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan tukul besi, awal pagi Khamis setelah melepaskan gas pemedih mata ke kawasan itu sebelum menyerbu masuk ke banglo itu.
Polis mengesahkan lelaki yang dipercayai kurang siuman itu ditembak.
Kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Turut diselamatkan ialah empat guru tadika terbabit.
Terdahulu, seorang lelaki bersenjatakan tukul besi dilaporkan menahan 30 kanak-kanak tadika sebagai tebusan di Sungai Abong di sini.
Lelaki itu mendesak polis menyerahkan pistol atau kanak-kanak terbabit dibunuh.
Bagaimanapun selepas seorang pakar psikiatri, Dr Lau Keen Lee bercakap dengan suspek dari luar banglo dua tingkat tersebut, lelaki itu kembali tenang.
“Dia sekarang lapar dan mahukan makanan," katanya pada Khamis sambil menambah bahawa mereka berada di aras atas banglo berkenaan.
Semasa makanan diambil, dua trak Unit Tindakan Khas (UTK) memasuki kawasan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Trafik Daerah Muar, Asisten Supritendan Suhaimi Ahmad memberitahu kaum keluarga dan media supaya menunggu di luar kawasan banglo.
Katanya, suspek mungkin akan takut jika terlalu ramai yang berhimpun dekat kawasan berkenaan.
Pasukan UTK menutup laluan menghala ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak Serikids itu pada pukul 2 petang.
Orang ramai kelihatan berkumpul di sekeliling jalan itu dan suspek dilaporkan mengunci semua pintu di banglo tersebut.
Dua buah ambulans turut berada dalam keadaan siap sedia di luar perkarangan tadika itu.
Pegawai polis masih lagi berbincang dengan suspek tetapi sehingga kini, masih belum ada laporan mengenai kanak-kanak yang cedera.
Polis masih lagi mengepung kawasan itu.
Pada pukul 3.45 petang, polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam kawasan itu dan memasuki banglo tersebut.
: Drama Tebusan: 30 Kanak-kanak, Empat Guru Berjaya Diselamatkan
Bayi Perempuan Dijumpai Di Taman Permainan
TAWAU: Seorang bayi perempuan dipercayai baru berumur sehari dan masih bertali pusat, dijumpai di taman permainan Taman Gaya, Jalan Kuhara, dekat sini Selasa lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Keong Ho Eng berkata bayi itu yang dibungkus menggunakan plastik merah, dijumpai seorang budak lelaki yang mendengar tangisan bayi itu ketika dia sedang bermain di taman berkenaan kira-kira jam 5.10 petang.
Keong berkata sepasukan anggota polis terus dihantar ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan tentang penemuan bayi berkenaan dan segera menghantarnya ke Hospital Tawau untuk diberi rawatan.
"Bayi itu masih di Hospital Tawau dan dilaporkan stabil dan sihat. Kita juga sudah memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sekiranya tiada tuntutan, bayi akan diserahkan kepada JKM Kota Kinabalu," katanya.
Keong berkata polis mengesyaki bayi berkenaan dibawa dari luar taman itu sebelum ditinggalkan di situ dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana meninggalkan kanak-kanak di bawah 12 tahun dengan niat hendak membuangnya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan diminta supaya segera menghubungi polis untuk tindakan lanjut. -BERNAMA
: Bayi Perempuan Dijumpai Di Taman Permainan
Britain sahkan pengunduran 500 askar
Pengunduran tentera asing kedua terbesar di Afghanistan itu menjadikan 9,000 askar Britain kekal di negara berkenaan.
Cameron memaklumkan kepada Dewan Rendah bahawa pengunduran tersebut akan dilaksanakan. - Agensi
Tukang masak derita diganggu ah long
KUALA LUMPUR 6 Julai - Seorang tukang masak kini terpaksa hidup dalam ketakutan apabila sering diganggu oleh ah long ekoran tindakan bekas isterinya yang berhutang lebih RM10,000 dengan kumpulan ceti haram tersebut.
Mangsa yang merupakan duda anak tiga itu mendakwa sering menerima nota ugutan daripada ah long berkenaan sejak penghujung bulan lalu mendesaknya segera melangsaikan segala hutang bekas isterinya.
Dia yang dikenali sebagai Tin Keong, 49, memberitahu, kumpulan ah long itu juga sering menghubungi keluarganya dan mengugut mereka supaya menjelaskan hutang bekas isterinya.
"Setiap masa mereka akan menghubungi saya sekeluarga dan menakut-nakutkan kami supaya segera membayar hutang tersebut.
"Ugutan itu menyebabkan kami sekeluarga sangat takut sehingga terpaksa menumpang di rumah ahli saudara lain dan tidak berani pulang ke rumah sendiri," katanya pada sidang akhbar di Biro Pengaduan Awam MCA di sini hari ini.
Tambahnya, dia tidak menyangka bekas isterinya yang telah diceraikan 12 tahun lalu sanggup menyusahkan ahli keluarganya semata-mata ingin melepaskan diri daripada ancaman ah long.
"Lebih teruk lagi, walaupun mempunyai hutang yang banyak, dia masih tidak serik malah sering berjudi dan meminjam wang daripada ah long.
"Bekas isteri saya juga sanggup mengambil kad pengenalan saya secara senyap-senyap dan memberi alamat rumah serta nombor telefon kami anak-beranak," katanya.
Katanya, ekoran kejadian itu, dia terpaksa membuat laporan pada 30 Jun lalu kerana bimbang keselamatan diri dan anak perempuannya.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya telah menerima banyak aduan berhubung kes ah long sejak tahun lalu.
"Sehingga semalam kami menerima sebanyak 213 kes yang membabitkan nilai berjumlah RM11.6 juta," katanya.
Pakistan tidak hantar pulang keluarga Osama
ISLAMABAD 6 Julai – Satu suruhanjaya Pakistan yang ditubuhkan untuk menyiasat bagaimana Osama bin Laden boleh tinggal di negara ini tanpa dikesan, mengarahkan kerajaan supaya tidak menghantar pulang ahli keluarga pemimpin al-Qaeda itu.
Pakistan menahan tiga balu Osama yang berasal dari Yemen dan Arab Saudi, selain anak-anaknya selepas komando Amerika Syarikat membunuh pemimpin kumpulan pengganas itu dalam satu operasi di bandar Abbottabad pada 2 Mei lalu.
Sebelum ini, kerajaan Pakistan sering menyatakan akan menghantar pulang ahli keluarga Osama yang ditahan.
Seorang pegawai keselamatan negara ini, baru-baru ini turut mengesahkan kepada AFP bahawa balu termuda pemimpin al-Qaeda itu, Amal Abdulfattah akan dihantar pulang dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun, suruhanjaya yang dianggotai empat anggota berpangkat tinggi itu menyatakan, tidak akan ada anggota keluarga Osama yang akan meninggalkan negara ini tanpa persetujuan mereka.
“Kementerian Dalam Negeri dan Perisikan Antara Perkhidmatan (ISI) telah diarah untuk memastikan mereka tidak dihantar pulang tanpa kebenaran kami,” kata suruhanjaya itu, semalam. – AFP
Pesawat kargo Rusia terhempas, 8 terbunuh
KABUL 6 Julai - Lapan orang dikhuatiri maut apabila sebuah pesawat kargo Rusia terhempas di kawasan pergunungan berbahaya di timur Afghanistan lewat malam tadi.
Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan berkata, pesawat kargo tersebut disewa khas oleh Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) yang diketuai NATO untuk menjalankan misi membantu pasukan keselamatan Afghanistan menentang militan Taliban.
Bagaimanapun seorang jurucakap tentera berkata, tidak dapat dipastikan siapa yang mengendalikan pesawat terbabit.
"Sebuah kargo Rusia IL-76 yang disewa oleh ISAF terhempas di Siagird yang terletak di kawasan Ghorband, wilayah Parwan, malam tadi," kata seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri.
Jelasnya, laporan awal menunjukkan pesawat terbabit membawa lapan krew yang tidak dikenal pasti identiti mereka.
Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Nangyalai Qalatwal mengesahkan kejadian yang berlaku di kawasan pergunungan Shakar Dara, kira-kira 70 kilometer di utara Kabul, dan ia disewa oleh pihak tentera.
Pegawai lapangan terbang yang tidak mahu dikenali turut mengesahkan ia adalah pesawat kargo IL-76, namun punca kemalangan tidak dapat dipastikan, sama ada berpunca daripada cuaca buruk atau pertempuran di kawasan tersebut lewat malam tadi.
Jurucakap ISAF, Mejar Tim James berkata, pesawat itu terhempas di kawasan altitud 3,800 meter, sekali gus menyukarkan misi mencari dan menyelamat. Tiada maklumat lanjut mengenai jumlah mangsa yang terkorban.
"Pesawat tersebut terhempas di kawasan yang berdaulat dan tiada kaitan dengan ISAF. Pihak kami sedang menyiasat sama ada pesawat itu disewa oleh ISAF," katanya.
Menurut James, tiada laporan mengenai pertempuran di kawasan tersebut pada masa kejadian. - AFP
Tentera Syria gempur Hama
AMMAN 6 Julai - Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan 80 lagi cedera apabila tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad menggempur pusat bandar Hama, semalam.
Insiden berlaku ketika Perancis menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil pendirian kukuh dalam berhadapan dengan 'penindasan kejam bersenjata'.
Kereta kebal masih kelihatan di Hama selepas beberapa hari berlaku tunjuk perasaan terbesar menentang pemerintahan Assad sejak 14 minggu tercetusnya kebangkitan rakyat pada Mac lalu.
Ammar Qurabi daripada Pertubuhan Kebangsaaan bagi Hak Asasi Kemanusiaan berkata, tentera menyerbu pekan di utara Hama, berhampiran sempadan Turki di wilayah Idlib, manakala pihak berkuasa memperkuatkan lagi kempen penahanan.
Sekurang-kurangnya 500 orang telah ditahan di seluruh Syria dalam tempoh beberapa hari lalu, menurut kumpulan hak kemanusiaan.
Di timur wilayah Deir al-Zor, tentera menahan Ahmad Tuma, seorang bekas tahanan politik yang juga setiausaha agung kumpulan pembangkang, Damsyik Declaration.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Perancis, Romain Nadal berkata, dunia tidak boleh hanya mengambil pendirian 'berkecuali' dalam menghadapi keganasan.
"Kami berharap Majlis Keselamatan PBB mengambil pendirian tegas dan menggesa semua anggota pertubuhan dunia itu mengambil peranan dalam meredakan situasi di Syria," katanya.
Ahli Parlimen Perancis yang juga Ketua Jawatankuasa Persahabatan Perancis-Syria, Garard Bapt pula menyatakan bahawa selagi Liga Arab tidak bertindak dan negara seperti Arab Saudi mendiamkan diri, adalah sukar untuk melihat tekanan antarabangsa dapat ditingkatkan lebih daripada sekatan ekonomi. - REUTERS
Pekerja hotel wanita saman New York Post
NEW YORK 6 Julai - Pekerja hotel wanita yang menuduh bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn cuba merogolnya, menyaman akhbar New York Post kerana melabelnya sebagai pelacur.
"Kami telah memfailkan saman kerana kenyataan akhbar tabloid itu yang menyebut mangsa sebagai pelacur," kata peguam wanita itu, Kenneth Thompson kepada AFP menerusi e-mel.
New York Post yang memetik satu sumber rapat dengan penyiasat pasukan pembelaan mendakwa, mangsa yang berasal dari Guinea sering menawarkan khidmat seks di Hotel Sofitel, Manhattan bagi mendapatkan wang.
Akhbar tabloid harian itu hujung minggu lalu melaporkan, Kahn dan mangsa telah mengadakan hubungan seks di sebuah suit mewah pada 14 Mei lalu, namun bekas Pengarah Urusan IMF itu tidak memberikan sejumlah wang seperti yang dijanjikan.
Menurut akhbar tersebut, wanita itu turut mengadakan hubungan seks dengan beberapa lelaki lain selepas ahli politik Perancis itu ditahan.
Ketika dakwaan terhadap Kahn, 62, masih kekal, kes tersebut hampir digugurkan selepas pendakwa raya mengakui siasatan menunjukkan pengadu didapati menipu jemaah juri.
Dalam sepucuk surat kepada peguam bela, peguam daerah Manhattan Cyrus Vance berkata, wanita itu memberi maklumat yang salah tentang kehidupannya termasuk pernah dirogol beramai-ramai, satu dakwaan yang kemudian dinafikan supaya dia dipertimbangkan dalam permohonan suaka politik di Amerika Syarikat (AS).
Pasukan pembelaan Kahn menafikan dakwaan New York Post yang menyatakan ahli politik itu membayar pekerja hotel wanita tersebut bagi mendapatkan khidmat seks.
"Tiada sebarang pertelingkahan antara dua pihak itu kerana perbincangan mengenai wang tidak pernah wujud," kata pasukan itu yang diketuai peguam Benjamin Brafman dan William Taylor dalam satu kenyataan. - AFP
18 maut, tanah runtuh di China
BEIJING 6 Julai - Kira-kira 18 orang terbunuh, manakala dua lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh ekoran hujan lebat di utara China, semalam.
Menurut kenyataan kerajaan negeri, kejadian tanah runtuh tersebut berlaku di pekan Lueyang di wilayah Shaanxi, menyebabkan sebanyak 12 buah rumah tertimbus.
Jelasnya, pasukan penyelamat mengeluarkan 20 mayat di tempat kejadian manakala seorang mangsa mati di hospital.
Pegawai pusat meteorologi China hari ini memberi amaran hujan lebat dijangka turun berterusan di kawasan tersebut dan meminta pihak berkuasa tempatan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan lebih banyak kematian.
Tambahnya, wilayah barat daya, Sichuan, yang mengalami hujan lebat, turut diberi amaran yang sama.
Akhbar rasmi, China Daily menunjukkan foto sebuah jambatan di negeri Wenchuan, Sichuan yang terputus dua disebabkan tanah runtuh, dan orang ramai berdiri di bahagian selamat, tatkala banjir lumpur mengalir deras di bahagian sebelah lagi.
Setiap tahun, China dilanda hujan lebat pada pertengahan tahun.
Tahun lepas, hujan lebat menyebabkan banjir terburuk di negara ini dalam tempoh sedekad, mengakibatkan lebih 4,300 orang maut atau hilang.
Jumaat lalu, Kementerian Hal Ehwal Awam berkata, seramai 279 orang terbunuh di China dalam kejadian bencana alam sepanjang bulan Jun, membabitkan kejadian banjir dan tanah runtuh. - AFP
Kediaman Menteri Besar Kedah disimbah cat merah
ALOR SETAR: Kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di Sungai Limau, Yan, di sini, disimbah cat merah tengah malam semalam dipercayai dilakukan pihak tertentu menjelang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
Difahamkan, selain Azizan, rumah beberapa pemimpin Pas negeri sekitar bandar raya ini dan Pendang turut menerima nasib sama.
Azizan berkata, ketika kejadian, beliau tiada di rumah dan hanya dimaklumkan ahli keluarganya menerusi panggilan telefon.
“Ini mungkin kerja budak nakal, jadi biarlah polis yang siasat. Saya difahamkan, mereka tidak sempat bertindak agresif kerana perbuatan itu disedari ahli keluarga.
“Saya pun tak faham sebenarnya, saya mana ada hutang along. Tapi kalau ia berkaitan dengan Bersih 2.0, mestilah warna kuning,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, semalam.
Dalam pada itu Setiausaha Pas Alor Setar, Adnan Saad berkata, kereta Toyota Avanza miliknya yang diletakkan di garaj rumahnya di Kampung Mempelam, Mergong, di sini, disimbah cat merah selain dibaling batu sehingga cermin belakang kenderaan berkenaan pecah.
Cheryl kemuka pelbagai syarat
Bekas juri X Factor itu yang kini sudah kembali kepada bintang bola sepak berkenaan mendesak dia mengeluarkan wang untuk:
Akhbar The Sun semalam melaporkan, Cheryl juga meminta Cole membelikannya cincin yang harganya mesti lebih mahal daripada dua cincin yang tidak lagi dipakainya berikutan kecurangan bintang bola sepak itu.
Kedua-dua cincin berkenaan berharga RM750,000 dan RM800,000.
Cole, 30, pemain pertahanan Chelsea dan England, juga mesti membenarkan ibu mentuanya tinggal bersama mereka.
Menurut The Sun, seorang rakan Cole berkata, Cheryl tidak mahu bertolak-ansur atau berunding mengenai tuntutan itu.
Rakan bintang bola sepak itu berkata: “Jika Cheryl sudah bersedia untuk berdepan dengan orang ramai kerana menerima Cole kembali, dia ingin tahu sama ada bekas suaminya itu sudah bersedia untuk bertindak daripada hanya bercakap.
“Cole tidak mempunyai pilihan. Dia mungkin akan dapat Cheryl kembali tetapi dengan harga yang mahal.”
Cole dilapor sudah mula mencari rumah di Los Angeles.
Dia juga dikatakan mencari rumah di Dubai untuk mereka kongsi bersama sebaik dia dan Cheryl, 28, berkahwin semula.
Gambar pertama pasangan itu sejak mereka bercerai dirakam pada majlis hari jadi Cheryl hujung minggu lalu.
Satu sumber berkata: “Keputusan muktamad mengenai mereka berkahwin semula belum dicapai. Mereka tidak tidur bersama. Cole perlu melakukan lebih banyak untuk menambat semula hati Cheryl.” - The Sun
myMetro | Cheryl kemuka pelbagai syarat
Sah ada alkohol
IPOH: Beberapa sampel minuman ‘bir halal’ dari Timur Tengah yang dihantar untuk ujian makmal kimia beberapa minggu lalu disahkan mempunyai kandungan alkohol di dalamnya.
Sumber berkata, ujian terperinci oleh Jabatan Kimia Malaysia terhadap sampel dihantar pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menemui kandungan alkohol pada sebahagian sampel botol minuman diuji.
Menurutnya, kedua-dua pihak sebelum ini menghantar sampel empat jenama berlainan minuman bikarbonat diimport dari beberapa negara Timur Tengah susulan kekeliruan pengguna Islam terhadap kandungannya.
Difahamkan, laporan ujian kimia itu sudah diserahkan KPDNKK kepada Jakim baru-baru ini bagi membolehkan tindakan lanjut diambil oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dihubungi wartawan Harian Metro semalam berkata, keputusan status sebenar minuman itu sama ada halal atau tidak akan diketahui tidak lama lagi.
“Tunggu, insya-Allah kita akan tahu keputusannya tidak lama lagi termasuk dari Majlis Fatwa,” katanya.
Sehubungan itu, Jamil Khir menasihatkan pengguna supaya sabar menunggu keputusan Jakim dan pada masa sama tidak terburu-buru minum bir didakwa halal.
Sementara itu, jurucakap KPDNKK yang dihubungi berkata, pihaknya sudah menghantar laporan penuh kepada pihak Jakim berhubung isu minuman ‘bir halal’ berkenaan.
“Kini terserah kepada pihak Jakim untuk menentukan tindakan selanjutnya selain memberi penjelasan kepada pengguna,” katanya.
Anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Unipeq sebelum ini menafikan pernah mengesahkan status halal produk bir halal seperti didakwa pengeluar produk itu pada 16 Jun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Unipeq, Dr Siti Noorbaiyah Abdul Malek, dalam kenyataan balas 23 Jun lalu berkata, syarikat itu hanya mengeluarkan sijil analisis yang menunjukkan kandungan kompaun yang diuji dan bukannya status halal.
Difahamkan Jakim akan memutuskan status minuman jenama Barbican yang didakwa sebagai ‘bir halal’ selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan perbincangan mengenainya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, perkara itu perlu dilihat secara holistik sebelum keputusan akhir diumumkan.
“Berdasarkan perbincangan yang kita buat dengan pihak pengedar minuman itu, kita hanya mendengar penerangan mengenai mereka berhubung kaedah pembuatan serta bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan bir itu.
“Setakat ini, kami tidak dapat memutuskan status halal produk berkenaan. Kita perlu tunggu Majlis Fatwa Kebangsaan bermesyuarat mengenainya,” katanya.
Isu ‘bir halal’ itu timbul selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) mendedahkan ada produk minuman yang terkenal dari negara Arab mempunyai kandungan alkohol 0.5 peratus, iaitu melebihi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Lompat tingkap ketika azan
TASEK GELUGOR: “Sebaik terdengar azan Subuh, saya terus melompat keluar melalui tingkap pondok tempat saya disembunyikan untuk pulang ke rumah,” kata Noramani Rosli, 10, yang mendakwa ‘diculik’ empat lelaki bertopeng sebelum dibawa menaiki sebuah van putih.
Menurutnya, selepas dibawa lelaki bertopeng berkenaan, dia dikurung dalam sebuah pondok kecil tanpa diberi makan.
Kanak-kanak perempuan berkenaan didakwa hilang secara misteri di Kampung Padang Tonson, dekat sini, sejak petang kelmarin, sebelum dia ditemui dalam kebingungan sambil memegang senaskah al-Quran, pagi semalam.
Noramani hilang ketika pulang dari Madrasah Al-Nushu Wal Irtiqa, Lahar Yooi, di sini, kira-kira jam 6.15 petang sebelum ditemui seorang penduduk jam 7 pagi semalam, selepas keluar dari kawasan semak yang didakwa tempat dia disembunyikan.
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Menora, di sini, ditemui hampir satu kilometer dari rumahnya oleh penduduk yang terserempak dengannya berjalan kaki seorang diri sambil memegang al-Quran, sedangkan usaha mencarinya sejak jam 6.30 petang kelmarin, gagal.
Tembak mati penyerang
SIASAT...anggota polis menyiasat di tempat kejadian. Gambar kecil, Kamal Affendi Hashim. |
CEDERA...Rosita cedera terkena peluru sesat. |
SHAH ALAM: Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, 43, cedera di lutut dan tangan kanan akibat ditetak seorang lelaki yang mengamuk sehingga memaksanya melepaskan tembakan menyebabkan penyerangnya terbunuh.
Kejadian berlaku pada jam 9.53 malam kelmarin di Flat Valencia, Taman Seri Muda, di sini dan lelaki yang mengamuk itu berusia 42 tahun berasal dari Sabah, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian itu seorang wanita yang baru seminggu bersalin dan sedang berehat di ruang tamu rumahnya turut cedera akibat terkena peluru sesat.
Menurutnya, polis terlebih dulu menerima laporan mengenai pergaduhan menggunakan parang membabitkan dua lelaki serumah berasal dari Sabah, seorang berusia 21 tahun dan bekerja sebagai buruh kontrak serta operator pengeluaran berusia 42 tahun iaitu si mati yang menyerang Kamal Affendi.
“Kejadian dipercayai berpunca apabila buruh kontrak itu yang baru pulang ke rumahnya di tingkat tiga flat berkenaan untuk mengambil pakaian sebelum berpindah ke rumah lain mendapati pintu bilik tidurnya dirosakkan rakan serumahnya iaitu si mati.
“Berikutan itu, berlaku pertengkaran sebelum si mati menyerang rakannya dengan parang menyebabkan buruh kontrak itu melarikan diri sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Katanya, selepas menerima laporan, tiga anggota polis menemani pengadu pulang ke rumah berkenaan untuk mengambil pakaiannya.
Bagaimanapun, katanya, si mati terus mengamuk dan menyerang orang ramai yang berada di depan rumahnya menggunakan parang.
Menurutnya, pada mulanya, anggota polis dan pengadu cuba memujuk si mati menyerah diri, tetapi lelaki itu terus bertindak agresif dan menyerang mereka dalam keadaan marah.
Katanya, si mati terus mengejar anggota polis dan pengadu hingga ke tingkat dua flat berkenaan sebelum bertembung dengan Kamal Afendi yang kebetulan berada di tempat kejadian.
“Mangsa (Kamal Afendi) mulanya dirempuh seorang daripada kumpulan tadi hingga terjatuh atas kaki lima. Dalam keadaan terbaring itu, dia terus diserang dengan senjata tajam oleh si mati menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan pistol jenis SKP 30 dan melepaskan beberapa tembakan amaran.
“Namun, si mati terus menyerang mangsa dan menetak lutut kanan serta jari hantu tangan kanannya. Dalam keadaan kesakitan, mangsa terpaksa melepaskan beberapa das tembakan lagi ke arah si mati menyebabkan dia terbunuh di tempat kejadian,” katanya.
Zahedi berkata, dalam kejadian sama, seorang suri rumah warga Indonesia berusia 24 tahun yang kebetulan berada di ruang tamu rumahnya turut cedera di lengan dan paha kanan akibat terkena tembakan peluru sesat.
Menurutnya, polis membawa Kamal Afendi menerima rawatan di Hospital KPJ, Seksyen 20 di sini, manakala suri rumah itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan dirawat sebagai pesakit luar.
Katanya, mayat lelaki yang mengamuk itu dihantar ke HTAR untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.
Mengenai dakwaan Kamal Affendi datang bersama-sama anggota polis ke lokasi kejadian, Zahedi berkata, siasatan masih dilakukan.
“Kita akan menyiasat dari pelbagai sudut termasuk mengambil keterangan daripadanya bagi membantu siasatan,” katanya.
myMetro | Tembak mati penyerang
Kak Wati menangis, suami tergesa-gesa
TERTUDUH...Pathmanabhan (dua dari kiri) bersama tiga lagi suspek dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. Gambar kecil, Ahmad Kamil Abdul Karim. |
SAKSI...isteri Ahmad Kamil, Sabrina beri keterangan, semalam. |
SHAH ALAM: Isteri peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, suaminya pernah memaklumkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya menangis kerana pemandunya bernama Kamal mengugut mahu menyebarkan ‘gambar tidak senonoh.’
Sabrina Adnan, 32, yang bertugas di Jabatan Pengajian Kolej Komuniti di Kementerian Pengajian Tinggi berkata, maklumat itu diberitahu Ahmad Kamil dalam perbualan terakhir mereka menerusi panggilan telefon pada kira-kira jam 7.50 malam, 30 Ogos tahun lalu.
“Dia cakap secara tergesa-gesa dan berkata dia tak balik selama tiga hari. Saya tanya kenapa, dia kata ada masalah... Kak Wati (Sosilawati) menangis. Saya tanya kenapa, dia kata Kamal ugut (Sosilawati) untuk sebarkan gambar tidak senonoh.
“Jadi, dia nak tolong Sosilawati. Dia mahu selesaikan dalam tempoh tiga hari. Saya tanya dia nak ke mana, tetapi dia tidak jawab,” kata Sabrina.
Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47, Ahmad Kamil, 32, pemandu, Kamaruddin Shamsudin, 44 atau nama panggilannya Kamal serta pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38.
Sabrina yang juga saksi pendakwaan ke-14 itu berkata, suaminya bercakap dengan nada tersekat-sekat, cepat dan tergesa-gesa serta tidak menjawab soalannya dalam perbualan telefon selama antara dua dan tiga minit itu.
Menurutnya, dia juga ada mendengar suara latar lelaki yang kedengaran garau ketika bercakap dengan Ahmad Kamil, tetapi tidak dapat memastikan bahasa yang dituturkan individu itu sebelum suaminya memutuskan panggilan itu.
Sabrina berkata, selepas panggilan terakhir itu, dia cuba menghubungi suaminya antara lima hingga enam kali, tetapi tidak berjaya dan panggilannya masuk ke dalam peti pesanan suara.
Katanya, dia juga menghubungi suaminya setiap hari sehingga membuat laporan di Balai Polis Brickfields di Kuala Lumpur, berhubung kehilangan Ahmad Kamil pada 3 September tahun lalu.
Sementara itu, ketika menjawab soalan peguam Manjeet Singh, Sabrina berkata dia tidak mendedahkan identiti Sosilawati dan hanya menyatakan ‘anak guam’ suaminya dalam laporan polis kerana tidak mahu dikatakan sebagai ‘pembawa mulut’.
Selain itu, katanya, dalam perbualan terakhir suaminya juga menyatakan akan menyelesaikan isu gambar itu dan oleh itu, dia beranggapan memaklumkan identiti Sosilawati sebagai anak guam suaminya sudah memadai.
Ketika disoal balas peguam, Amer Hamzah Arshad, saksi sama berkata, Ahmad Kamil ada menyebut ‘mereka’ akan memberi duit bagi mengelakkan gambar yang dikatakan tidak senonoh itu daripada tersebar.
Dia berkata, berdasarkan pemahaman daripada percakapan suaminya, dia beranggapan perkara itu membabitkan peras ugut.
Menurutnya, dia juga tidak mencuba untuk mencari Ahmad Kamil selepas perbualan telefon itu kerana berpegang kepada kata suaminya akan pulang tiga hari lagi selepas menyelesaikan masalah dihadapi Sosilawati itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung hari ini.
myMetro | Kak Wati menangis, suami tergesa-gesa
Tolonglah cari kepala arwah
BUKTI ...anggota forensik membawa tulang mangsa ke Hospital Sultan Ismail, semalam. Gambar kecil (kiri) Nurrahayu Qomarodin dan Umidah Setu. |
JOHOR BAHRU: “Tolonglah, kami merayu kepada pihak berkuasa supaya mencari kepala arwah secepat mungkin, kami reda dengan apa yang berlaku tapi tidak tenang selagi belum dapat mengebumikan jasadnya,” kata ibu mangsa pembunuhan kejam Nurrahayu Qomarodin, 16, atau Ayu.
Umidah Setu, 49, berkata, mereka sekeluarga yakin kecekapan polis menjalankan siasatan, namun berharap pihak berkuasa dapat menemui kepala arwah anaknya secepat mungkin.
Katanya, sikap dan kelakuan Ayu sebagai anak tiada cacat celanya dan disifatkan sangat baik serta mendengar kata.
“Ayu sangat manja, mukanya tidak pernah masam sebaliknya hanya tersenyum manis. Jika kena marah, arwah tidak akan melawan sebaliknya lebih suka berdiam diri dan menurut perintah kami.
“Arwah juga ringan tulang kerana suka membantu orang dan kadang-kadang tolong kami menjual air minuman dengan menaiki van di kawasan berdekatan,” katanya.myMetro | Tolonglah cari kepala arwah
Kuda belang lahirkan anak keldai di zoo
BEIJING: Hubungan di antara seekor kuda belang dengan keldai membolehkan lahirnya haiwan digelar zonkey di sebuah zoo di Xiamen, Haicang, lapor media semalam.
Anak kacukan kuda belang dan keldai itu dilahirkan Ahad lalu.
Keunikannya dapat dilihat pada kaki zonkey yang berbelang serta garis kabur pada badan perangnya.
Kakitangan zoo itu, Lin Qiaoyong, berkata zonkey berkenaan mengalami kesukaran ketika dilahirkan kerana tercekik cairan dari rahim ibunya.
Kata Lin, dia dan petugas zoo berkenaan terpaksa memegang zonkey itu secara terbalik untuk seketika bagi mengeluarkan cairan berkenaan melalui mulutnya.
Zonkey itu seberat 30 kilogram dan setinggi hampir satu meter. - TS
Pendapatan Angelina, Sarah paling tinggi
NEW YORK: Angelina Jolie dan dan Sarah Jessica Parker, masing-masing dengan pendapatan AS$30 juta (RM90 juta) setahun, ialah aktres berpendapatan paling tinggi di Hollywood.
Angelina menduduki tangga teratas senarai Forbes.com hasil daripada kejayaan filem aksinya ‘Salt’ yang mencatat jualan tiket sebanyak RM900 juta dan ‘The Tourist’ yang turut dilakonkan oleh Johnny Depp dengan hasil jualan tiket di seluruh dunia mencecah RM840 juta.
Sebahagian besar pendapatan Sarah pula ialah menerusi tayangan semula rancangan televisyen yang dibintangi dan diarah olehnya, ‘Sex and the City’ selain filem kedua daripada siri itu yang mencatat jualan tiket sebanyak RM870 juta.
“Kehadiran Sarah di tangga teratas mungkin mengejutkan ramai pihak tetapi mereka tidak menyedari, selain berlakon, dia juga meraih pendapatan menerusi minyak wanginya dan kontrak perniagaan lain,” kata jurucakap Forbes.com, Dorothy Pomerantz. Jennifer Aniston dan Reese Witherspoon berada tidak jauh dengan kedua-dua aktres memperoleh pendapatan sebanyak RM84 juta setahun. - Reuters
Mahmoud kecam asing pelajar
TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam mengarahkan pembatalan serta-merta rancangan untuk mengasingkan pelajar mengikut jantina di beberapa universiti.
Beliau menyelar rancangan berkenaan dengan menyifatkannya sebagai tidak bijak.
“Di beberapa universiti, kursus untuk satu jantina dilaksanakan tanpa memikirkan akibatnya,” kata Mahmoud dalam surat kepada Menteri Pendidikan Tinggi dan Kesihatan. - AP
Kapal Perancis belayar sendirian ke Gaza
BAITULMAQDIS: Sebuah kapal Perancis belayar bersendirian menuju ke Gaza selepas menyelinap keluar dari perairan Greece, melanggar pengharaman pelayaran kapal bantuan ke wilayah Palestin itu.
Kapal MV Dignite/Al Karama yang membawa 12 penumpang meninggalkan perairan Greece awal semalam, kata jurucakap Kapal Perancis ke Gaza.
Menurutnya, mereka masih menaruh harapan agar kapal lain dari Flotilla Pembebasan yang sepatutnya belayar minggu lalu, menyertai mereka.
Kebanyakan 10 kapal yang sepatutnya menyertai flotila untuk mematahkan kepungan tentera laut Israel terhadap Gaza terkandas di pelabuhan di Greece selepas Athens menguatkuasakan pengharaman menyeluruh pelayaran semua kapal yang ingin menuju ke Gaza. - AP
22 terbunuh di Hama
Pertubuhan Hak Asasi Kebangsaan berkata, lebih 80 orang turut cedera apabila tentera menyerbu sekatan jalan raya yang didirikan penduduk berikutan tunjuk perasaan antikerajaan besar-besaran di bandar berkenaan Jumaat lalu.
“Mangsa yang cedera dirawat di dua hospital di Hama,” kata Pengerusi kumpulan itu, Ammar Qurabi kepada wartawan di Nicosia.
Menurutnya, tentera juga memasuki Hospital Al-Hurani.
“Sejumlah besar penduduk Hama melarikan diri sama ada ke bandar Al-Salamiya yang terletak berhampiran atau ke arah Damsyik,” kata Ammar.
Pertubuhan hak asasi yang berpangkalan di London, Amnesty International pula menuduh pihak berkuasa Syria melakukan jenayah terhadap kemanusiaan ketika menangani tunjuk perasaan antikerajaan yang melanda negara itu sejak pertengahan Mac lalu.
Dalam pada itu, pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, satu mayat mangsa yang terbunuh dalam kejadian semalam dicampakkan ke dalam Sungai Orontes di Hama, yang terkenal kerana kincir air purba.
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun adalah antara yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan, kata seorang aktivis yang dihubungi menerusi telefon dari Nicosia. “Penduduk Hama bersedia untuk mati bagi mempertahankan bandar mereka jika perlu daripada membenarkan tentera memasukinya,” kata Rami Abdel Rahman, ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpusat di London.
Kira-kira 500,000 orang menunjuk perasaan menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad di bandar berkenaan Jumaat lalu, tempat kira-kira 20,000 orang terbunuh apabila tentera kerajaan mematahkan revolusi Islam ketika pemerintahan bapa presiden itu, Hafez al-Assad pada 1982. - AFP
myMetro | 22 terbunuh di HamaIsteri, anak Osama dilarang keluar Pakistan
Arahan lewat kelmarin itu dikeluarkan berikutan kebimbangan agensi perisikan Pakistan (ISI) mungkin mengambil tindakan di luar kawalan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada agensi keselamatan itu mematuhi arahan suruhanjaya itu.Tiga isteri Osama dan beberapa orang anaknya ditahan sejak serbuan Amerika pada 2 Mei lalu di kediaman pemimpin militan itu di bandar tentera barat laut Pakistan di Abbottabad.Sejak beberapa hari kebelakangan ini, pihak berkuasa Pakistan membayangkan mereka mahu menghantar isteri mudanya ke negara asal, Yaman.
Operasi Amerika menimbulkan kemarahan rakyat Pakistan yang melihatnya sebagai pencabulan kepada kedaulatan negara mereka. – AP
Budak hilang dakwa diculik
TASEK GELUGOR: Seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang hilang secara misteri di Kampung Padang Tonson, dekat sini, petang kelmarin, ditemui dalam keadaan bingung sambil memegang senaskhah al-Quran, pagi semalam.Noramani Rosli yang hilang secara tiba-tiba ketika pulang dari Madrasah Al-Nushu Wal Irtiqa, Lahar Yooi di sini, jam 6.15 petang, ditemui penduduk jam 7 pagi semalam, selepas keluar dari kawasan semak yang didakwa tempatnya tidur.Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Menora itu ditemui hampir satu kilometer (km) dari rumah keluarganya oleh penduduk yang terserempak dengannya yang sedang berjalan kaki sambil memegang al-Quran, sedangkan usaha mencarinya sejak jam 6.30 petang kelmarin, menemui kegagalan.
Noramani yang masih lemah mendakwa dia diculik empat lelaki menaiki van putih sebelum dikurung dalam sebuah pondok kecil tanpa diberi makan.
"Ketika pulang dari sekolah agama petang kelmarin, saya menunggang basikal bersama beberapa rakan. Namun, saya tidak sedar tiba-tiba saja hilang hingga menyebabkan ibu dan ayah susah hati," katanya ketika ditemui, semalam.
Noramani berkata, dia tersedar sebaik mendengar azan Subuh lalu melompat keluar melalui 'tingkap' pondok untuk pulang ke rumah sebelum ditemui penduduk.
Bapanya, Rosli Mat Desa, 40, berkata anak keduanya itu selalu pulang jam 6.15 petang setiap hari selepas belajar di sekolah agama, namun dia bimbang sesuatu berlaku apabila anak perempuannya tidak pulang kelmarin.
Berikutan itu katanya, penduduk dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis melancarkan gerakan mencari Noramani sehingga jam 3 pagi, namun gagal.
"Saya terkejut apabila jiran menghantarnya pulang pagi tadi (semalam). Dia mendakwa diculik empat lelaki bertopeng dan dikurung dalam rumah kecil sebelum berjaya melarikan diri," katanya.
Bagaimanapun, Rosli percaya anaknya itu bukan diculik, tetapi 'disembunyikan' makhluk halus kerana polis yang menjalankan siasatan menemui basikal dan begnya di bawah pokok manggis, hampir satu kilometer dari rumah.
"Apa yang menghairankan, kami melalui tempat sama petang kelmarin, tetapi tidak menemuinya. Kemungkinan juga Noramani menggunakan kain telekung dibawanya sebagai alas tidur kerana ada beberapa helai daun kering. Kawasan di bawah pokok manggis juga seperti dibersihkan," katanya.
Apa pun, Rosli dan isterinya, Jamila Ariffin, 37, bersyukur kerana anak perempuan mereka ditemui semula tanpa kecederaan, kecuali kesan gigitan nyamuk. Berita Harian Online | Budak hilang dakwa diculik
Iran tidak asing siswa
“Di beberapa universiti, kursus dan kelas yang hanya dihadiri pelajar sama jantina sudah dilaksanakan tanpa menimbangkan akibatnya. Tindakan yang tidak bijak daripada pemikiran sempit ini perlu dicegah dengan segera,” kata Ahmadinejad dalam surat rasmi kepada kementerian pengajian tinggi dan kesihatan yang disiarkan laman web beliau.Ahmadinejad mengeluarkan arahan itu selepas golongan agama dan ultra konsovertif dilapor mengadakan kempen menghapuskan kelas dan kursus yang mencampurkan pelajar lelaki dan wanita bagi sesi pengajian akademik tahun depan.Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi Kamran Daneshjoo menafikan pihaknya mempunyai rancangan memisahkan siswa berdasarkan gender.
“Pelajar lelaki dan wanita perlu duduk di barisan berasingan di universiti,” katanya sambil menegaskan kementeriannya meneruskan rancangan penerapan nilai Islam dalam sistem pendidikan di Iran. – AFP
'Tiada jawatan untuk Thaksin'
Yingluck |
BANGKOK: Pemimpin baru Thailand, Yingluck Shinawatra semalam menolak spekulasi yang semakin meluas kononnya abang beliau, Thaksin yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006, akan diberikan satu tugas rasmi di bawah penggal pemerintahan beliau.Yingluck yang mengetuai kempen pembangkang Parti Puea Thai dengan mengambil alih tempat abangnya, memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya Ahad lalu dan membentuk lima parti pakatan.Bagaimanapun beliau menolak laporan media bahawa Thaksin yang kini tinggal dalam buangan di Dubai untuk mengelak hukuman penjara kerana rasuah, mungkin menjadi wakil perdagangan kerajaan bagi menggalakkan eksport Thailand itu di luar negara.
“Spekulasi itu tidak benar, tidak ada jawatan yang akan ditawarkan kepada beliau,” kata Yingluck kepada pemberita sebaik tiba di ibu pejabat partinya di Bangkok bagi menghadiri satu mesyuarat bersama penasihat ekonomi.
“Tidak akan ada jawatan untuk Thaksin. Beliau hanya memberikan sokongan moral dan nasihat. Beliau sihat di luar negara dan tidak berniat untuk mendapatkan sebarang kedudukan dalam politik. Beliau hanya mahu melihat pemulihan semula di seluruh negara,” katanya.
Kepulangan Thaksin dikatakan akan memberi risiko kemarahan kepada golongan elit dalam tentera, istana dan birokrasi dan boleh mencetuskan krisis lebih teruk selepas bantahan dan keganasan selama beberapa tahun.
Selepas kemenangan adiknya, Thaksin berkata, beliau tidak bercadang kembali sebagai Perdana Menteri manakala keinginan balik ke Thailand bukan keutamaan.
Beliau bagaimanapun meluahkan harapan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya yang diadakan Disember ini. – AFP Berita Harian Online | 'Tiada jawatan untuk Thaksin'
24 korban konflik etnik, politik di Karachi
AHLI keluarga meratapi jenazah mangsa bunuh di Karachi Pakistan, semalam. |
KARACHI: Sekurang-kurangnya 24 terbunuh akibat ketegangan politik dan etnik di bandar paling besar di Pakistan, Karachi, kata pegawai rasmi semalam.
Hubungan tegang berlaku antara Pergerakan Muttahida Qaumi (MQM) dan Parti Nasional Awami (ANP), yang mewakili pelbagai etnik dan mempunyai fahaman politik berbeza. Pembunuhan didakwa dilakukan penyokong setia mereka.
“Kita menerima laporan sekurang-kurang 24 jadi mangsa pembunuhan sejak petang kelmarin,” kata pegawai kementerian dalam negeri wilayah selatan Sindh, Sharfuddin Memon.
Beliau berkata, polis sudah menahan 12 lelaki dengan senjata dan peluru yang didakwa terbabit dalam pembunuhan itu.
Pakar bedah, Hamid Parhiar, berkata hospital bandar itu menerima 15 mayat.
Seorang pegawai keselamatan pula berkata, ketegangan berlaku di bandar barat yang berjiran iaitu Orangi dan Qasba, tempat lelaki bersenjata melepaskan tembakan bertalu-talu, menyebabkan jalan lengang dan kedai ditutup.
“Polis dan tentera berkawal di bandar yang huru-hara itu untuk mengelak keganasan lebih teruk,” kata Memon.
Polis berkata, lima mayat ditemui di dalam bas di timur kejiranan Gulshan-e-Iqbal.
“Kami nampak bas diletakkan dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan dan mendapati ada lima mayat ditembak mati. Identiti mereka belum dikenal pasti,” kata pegawai polis, Mohammad Hashim.
Kedua-dua musuh parti politik mendakwa mereka yang terbunuh termasuk aktivis dan penyokong. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan berkata, 490 maut dalam kejadian pembunuhan terancang dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Tahun lalu, 748 terbunuh. Jumlah pada 2009 adalah 272 orang.
Karachi antara bandar raya di Pakistan yang kerap berdepan kejadian pembunuhan akibat perbezaan mazhab, jenayah dan penculikan. MQM baru-baru ini keluar perikatan diketuai Parti Rakyat Pakistan dengan dua jawatan utama disandang pemimpin etnik Sindh. – AFP Berita Harian Online | 24 korban konflik etnik, politik di Karachi
Isteri, anak Osama dilarang keluar Pakistan
Arahan lewat kelmarin itu dikeluarkan berikutan kebimbangan agensi perisikan Pakistan (ISI) mungkin mengambil tindakan di luar kawalan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada agensi keselamatan itu mematuhi arahan suruhanjaya itu.Tiga isteri Osama dan beberapa orang anaknya ditahan sejak serbuan Amerika pada 2 Mei lalu di kediaman pemimpin militan itu di bandar tentera barat laut Pakistan di Abbottabad.Sejak beberapa hari kebelakangan ini, pihak berkuasa Pakistan membayangkan mereka mahu menghantar isteri mudanya ke negara asal, Yaman.
Operasi Amerika menimbulkan kemarahan rakyat Pakistan yang melihatnya sebagai pencabulan kepada kedaulatan negara mereka. – AP Berita Harian Online | Isteri, anak Osama dilarang keluar Pakistan
Dua perakam video digital diganggu - Saksi
Asisten Supritendan Fauziah Che Mat yang bertugas sebagai juruanalisis di bahagian audio dan video makmal forensik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berkata, terdapat tiga perakam video digital (DVR) yang dianalisis beliau tetapi hanya satu yang mempunyai rakaman.
Menurut Fauziah, tiga DVR tersebut merupakan alat perakam di tiga tempat berbeza iaitu DVR 1 dan 2 meliputi kamera CCTV di tangga, lif dan bahagian dalam bangunan manakala DVR 3 meliputi CCTV kawasan luar bangunan SPRM.
“Saya ada menerima tiga unit DVR daripada pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Kamarul Rizal dan saya diarahkan untuk menganalisis, mencetak gambar si mati dan membuat salinan video dalam bentuk cakera padat.
“Hasil analisis yang diperoleh daripada ketiga-tiga DVR ini mendapati DVR 1 dan DVR 2 pada tarikh 6 April 2011 tidak merakamkan apa-apa dari pukul 8 hingga 11 pagi,” katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Nor Amalina Ismail.
Fauziah berkata, dia memperoleh rakaman imej Ahmad Sarbani yang dirakamkan pada pukul 8.30 pagi melalui DVR 3.
“DVR 1 dan 2 tidak berfungsi secara normal pada tarikh itu (6 April). Terdapat dua gangguan terhadap kedua-dua DVR tersebut sehingga menyebabkan rakaman terhenti,” katanya lagi.
Kosmo! Online - NegaraBeli beras 50kg sebelum maut
Menurut ibu mangsa, Che Mariam Che Pa, 49, anaknya, Hazlan Abd. Ghani, 33, yang juga seorang duda, bersikap luar biasa apabila membeli beras dalam jumlah yang banyak untuk mereka berdua.
“Ketika itu, arwah beritahu dia beli beras itu untuk kenduri. Saya tak tahu kenduri apa yang dimaksudkan, tetapi rupa-rupanya ia adalah kenduri tahlil untuk dirinya sendiri.
“Malah, malam sebelum kejadian dia beriya-iya hendak makan bersama saya kerana selalunya dia akan makan bersendirian,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Dalam kemalangan itu, motosikal yang ditunggang Hazlan bertembung dengan sebuah motosikal lain kira-kira pukul 1.15 pagi.
Kosmo! Online - NegaraKanak-kanak mati lemas dalam kereta ibu
Kejadian itu disedari ibunya, Haliza Talib, 44, kira-kira pukul 2 petang selepas mendapati mangsa, Izzah Athirah Mohd. Khir dalam keadaan lemah dan tidak bermaya di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza.
Bapa mangsa, Mohd. Khir Abd. Majid, 45, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh salah seorang rakan kira-kira pukul 3.30 petang.
Menurutnya, Izzah Athirah bersama tiga adik-beradiknya yang belajar di sekolah itu tiba di sekolah berkenaan kira-kira pukul 7.30 pagi.
Kosmo! Online - NegaraBayi lelaki maut tersedak susu
Muhammad Daniel Haziq Mohd. Farid disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sebuah klinik swasta kira-kira 50 meter dari taska tersebut.
Seorang pengasuh yang enggan dikenali berkata, kejadian pada pukul 9.30 pagi itu disedari oleh seorang pembantu ketika mahu memandikan Muhammad Daniel yang sedang tidur selepas meminum susu.
Sementara itu, ibu mangsa, Azura Hani Hamdan, 33, mendakwa, dia mengetahui kejadian itu pada pukul 10 pagi selepas rakan-rakannya memaklumkan seorang bayi dari taska berkenaan dihantar ke klinik.
Pensyarah di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang itu kemudian mengambil keputusan pergi ke taska tersebut bagi mengetahui perkara sebenar.
Kosmo! Online - NegaraSuami Kak Yah kena tahan
KUALA TERENGGANU – Seorang suami kepada bomoh bergelar Kak Yah atau Kak Moh ditangkap di sebuah rumah di Rantau Panjang, Kelantan malam kelmarin bagi membantu siasatan kes kematian seorang pemuda ketika menjalani proses rawatan tradisional di rumah pasangan itu di Marang, dekat sini bulan lalu.
Norhisham Mustapha, 33, ditahan oleh sepasukan anggota polis Kontinjen Terengganu pada pukul 10 malam kelmarin di rumah itu, namun kelibat isterinya yang juga seorang warga Thailand tidak kelihatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan bagaimanapun yakin Kak Yah masih bersembunyi di sempadan Malaysia-Thailand.
“Kami jangka dia (Norhisham) dapat memberi banyak maklumat untuk membantu siasatan polis sambil mengharapkan wanita itu menyerahkan diri secepat mungkin,” ujarnya.
Ketika serbuan itu dilakukan, Norhisham didapati tidak keseorangan dalam rumah tersebut.
Polis bagaimanapun tidak menahan penghuni lain selepas yakin mereka tidak ada kaitan dengan Norhisham.
Akhbar pada 17 Jun lalu melaporkan, Faizal Harun, 26, yang didakwa mengalami penyakit ganjil menemui ajal apabila dipaksa menjalani beberapa ritual oleh Kak Yah selama empat jam dalam keadaan berbaring dengan mulut disuruh menggigit sebilah pisau.