Pages

Tuesday, December 16, 2014

10 alat muzik paling mahal


SUMBER: WWW.LISTDOSE.COM
16 Disember 2014
Set drum
Set drum

 Piano
Piano 



1.    Biola

Nama Stradivari adalah antara biola terbaik dan Antonius Stradivari telah mengeluarkan lebih 1,000 biola yang hebat. Bagaimanapun, biola paling mahal terjual adalah daripada jenis Giuseppe Guarneri iaitu bernilai AS$4 juta (RM14 juta).


2.    Piano

Piano paling mahal terjual adalah milik John Lennon dan isterinya Yoko ono. Piano model Z jenama Steinway itu sangat dikagumi kerana pernah dipaparkan dalam salah sebuah lagunya ‘Imagine’. Ia dijual kepada George Michael pada harga AS$2.08 juta (RM7.3 juta).


3.    Set drum

Antara set drum termahal yang pernah terjual bernilai AS$50,000 (RM174,000) kerana ia terdiri daripada emas. Selain itu, terdapat banyak lagi jenama set drum yang mahal seperti Tamu Ash.


4.    Gitar akustik

Gitar bersejarah dihasilkan Eric Clapton pada tahun 1970 yang menggabungkan tiga model gitar Fender Stratocasters membentuk sebuah gitar, berjaya dilelong pada harga AS$959,500 (RM3.3 juta). Selain itu, gitar Fender Stratocasters juga pernah dijual pada AS$3.7 juta (RM13 juta).


5.    Gitar elektrik

Gitar paling mahal adalah 1949 Bigsby yang dijual pada nilai AS$266,500 (RM928,000).


6.    Trompet

Trompet paling mahal dijual adalah trompet kegemaran milik pemain muzik, Dizzy Gillespie. Ia bernilai AS31,000 (RM108,000), dan sebuah lagi dijual pada harga AS$55,000 (RM191,000).


7.    Klarinet

Klarinet milik Benny Goodman baru-baru ini dijual pada harga AS$25,000 (RM87,000), dan satu lagi bernilai AS$16,250 (RM57,000).


8.    Papan kekunci muzik

Harga sebuah papan kekunci muzik sebenar dengan semua ciri mampu mencecah lebih AS15,000 (RM52,000). Ia mahal kerana memainkan peranan penting dalam komposisi lagu dan biasanya digunakan golongan profesional.


9.    Seksafon

Seksafon paling mahal di dunia yang pernah terjual adalah milik pemain seksafon lagenda yang dilelong pada nilai AS$30,000 (RM105,000) dan AS$35,000 (RM122,000).


10.    Sitar

Hari ini, sitar banyak digunakan untuk muzik klasik di Pakistan dan India. Alat ini membawa sentuhan tema Parsi dalam muzik dan merupakan alat penting untuk mencipta sebuah muzik klasik. Sitar terbaik adalah daripada Hemand Calcutta berharga antara AS$3,600 (RM13,000) hingga AS$14,000 (RM49,000).

Perkahwinan dua ekor monyet

Perkahwinan dua ekor monyet

SEORANG lelaki di daerah Bettiah dalam negeri Bihar di India mengahwinkan dua ekor monyet peliharaannya dalam sebuah majlis perkahwinan besar-besaran selepas mendapati ia saling menyukai antara satu sama lain.

Udesh Mohto, turut membawa ‘pasangan’ itu berarak menaiki sebuah kenderaan SUV yang dihiasi bunga dan kumpulan muzik di sekitar kampung sebagai memberitahu bahawa dua ekor monyet itu telah berkahwin.

Ramdulari, monyet betina dipakaikan gaun manakala Ramu, monyet jantan dipakaikan T-shirt dan dikahwinkan sami Hindu tempatan.

“Ramu  sudah saya anggap seperti anak sendiri. Apabila saya sedar ia sukakan satu sama lain, saya adakan majlis perkahwinan ini khas untuknya,”katanya.

Mahto, membeli Ramu, 13, dari Nepal sebelum membeli Ramdulari di sebuah pesta di kampungnya. – Mirror

Pekerja dibenarkan tidur 30 minit

Pekerja dibenarkan tidur 30 minit

SEBUAH kilang di Guangdong, China membenarkan pekerja mereka tidur di tempat kerja selama 30 minit setiap hari kerana mendakwa ia boleh meningkatkan produktiviti sebanyak 30 peratus.

Peraturan ini merupakan sebahagian daripada pembaharuan baharu yang dilaksanakan pihak kilang sejak beberapa tahun lalu supaya pekerja lebih produktif.

Difahamkan, peraturan tidur di tempat kerja telah memberi banyak manfaat kepada pekerja dan kerajaan China kini gembira dengan peningkatan produktiviti pekerja yang diperoleh selepas mereka dibenarkan tidur seketika.

Bagaimanapun, sejak 2005, terdapat penambah baikan seperti kenaikan gaji, penyediaan asrama bagi pekerja yang ingin tidur berbaring dan dewan makan diubahsuai menjadi gelanggang pingpong serta tenis untuk mereka bersantai. – Daily Mail

Kereta terkecil di dunia


Kereta terkecil di dunia

IA mungkin kelihatan seperti sebuah kereta mainan untuk anak kecil, namun kereta ini sebenarnya lengkap dengan enjin, pemecut dan brek, pedal minyak, sistem gear dan lampu depan serta belakang.

Penciptanya, Xu Zhiyun, 60, mengambil masa dua tahun untuk mencipta kereta itu dengan kos hanya 155 pound (RM852).

Dengan hanya berukuran 58 sentimeter (sm) panjang, 33 sm lebar dan 38 sm tinggi, ia menjadi kereta terkecil di dunia dan Xu sering memandu kereta itu bagi mengelakkan jalan raya sibuk di Shanghai.

Selain itu, Xu turut menggunakan kemahirannya untuk mencipta pelbagai barangan yang memudahkan kehidupan sehariannya seperti rak televisyen bergerak dan mereka pakaian sendiri. – Mail Online

Burung boleh terbang selepas jalani rawatan akupunktur


Beberapa batang jarum dicucuk di bahagian kaki dan kepala seekor
Beberapa batang jarum dicucuk di bahagian kaki dan kepala seekor burung hantu melalui rawatan akupunktur bagi memulihkan kecederaan yang dialaminya. – AGENSI
MADRID 15 Dis. – Seekor burung hantu yang mengalami kecederaan belakang badan sehingga menyebabkannya tidak mampu berdiri, berjaya pulih sepenuh daripada masalah tersebut selepas menjalani rawatan akupunktur selama 10 minggu.
Mail Online melaporkan, burung hantu dari jenis Athene noctua itu mengalami kecederaan tersebut dua bulan lalu selepas secara tidak se­ngaja terbang memasuki saluran paip dapur sebuah kilang di timur Madrid.
Burung berkenaan kemudian dihantar ke sebuah pusat rawatan burung hantu yang dikenali sebagai Brinzal.
Pakar akupunktur, Edurne Cornejo berkata, empat batang jarum dicucuk di titik utama sistem saraf burung berkenaan untuk memulih­kan kecederaan belakang badan yang dialaminya.
“Pada mulanya, burung hantu ini langsung tidak boleh berdiri. Namun lama-kelamaan burung ber­kenaan boleh terbang seperti sedia kala.
“Rawatan akupunktur menggunakan mekanisme pemulihan secara semulajadi. Rawatan ini tidak mendatangkan kesan sam­pingan kepada pesakit seperti mana ra­watan yang menggunakan ubat-ubatan,” jelas Cornejo.
Menurut Persatuan Akupunktur Veterinar Antarabangsa, penggunaan kaedah rawatan yang berasal dari zaman China purba itu ke atas haiwan sudah semakin mendapat tempat di kebanyakan pusat perubatan di seluruh dunia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/burung-boleh-terbang-selepas-jalani-rawatan-akupunktur-1.36882#sthash.jd9zV2TJ.dpuf

Remaja Islam bergelar jutawan


Miliki aset RM252 juta menerusi pelaburan saham

Mohammed Islam (kanan) mula bergiat dalam bidang pelaburan saham
Mohammed Islam (kanan) mula bergiat dalam bidang pelaburan saham melalui Internet sejak usia sembilan tahun. – AGENSI
NEW YORK 15 Dis. - Usianya belum mencecah 18 tahun, namun seorang remaja di Amerika Syarikat (AS) berjaya mengumpul kekayaan kira-kira AS$72 juta (RM252 juta) dengan hanya meluangkan masa menceburi dunia pasaran saham melalui Internet setiap kali waktu rehat di sekolahnya.
Mohammed Islam, 17, ber­asal dari Queens, New York, mula berkecimpung dalam pelaburan saham pada usia sembilan tahun dan menghabiskan waktu rehat di Sekolah Tinggi Stuyvesant untuk berurusan dalam bidang perdagangan minyak dan emas selain ekuiti kecil dan sederhana.
Menurut laporan Mail Online, kejayaan pemuda itu turut membuatkan dia mampu membeli sebuah kereta mewah BMW walaupun tidak mempunyai lesen memandu dan menyewa sebuah pangsapuri di Manhattan selain membelanja kawan-kawan sekolahnya di tempat mewah selepas tamat sesi pembelajaran.
Mohammed Islam berkata, setiap kali waktu rehat, dia akan mengikuti perkembangan pasaran saham, mencari peluang dan menggunakan segala pengetahuan termasuk analisis asas serta analisis teknikal untuk mengetahui spekulasi dalam pasaran.
Jelasnya, selepas memperoleh pulangan yang tinggi dalam pa­saran sen, dia akan beralih kepada pelaburan modal ekuiti kecil serta pertengahan dan kemudiannya mengikuti spekulasi pasaran masa depan emas dan minyak.
“Kini saya telah memahami pasaran saham dan semakin ghairah untuk menjana pendapatan melalui dagangan saham,” katanya.
Mohammed Islam me­ngakui, kehidupannya pernah ‘lumpuh’ apabila mengalami kerugian ketika kali pertama mula menceburi bidang tersebut, namun dia dapat bangkit semula apabila mempelajari cara idolanya, Paul Tudor Jones, seorang jutawan pelaburan AS.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/remaja-islam-bergelar-jutawan-1.36880#sthash.m8leIKJH.dpuf