2013/11/09
Wajah isteri Jian Feng sebelum dan selepas menjalani pembedahan plastik serta anak pasangan itu yang dikatakan terlalu hodoh. |
Suami tertipu pasangan cantik hasil pembedahan |
Beijing: Hakim mahkamah di China semalam memerintahkan seorang wanita membayar ganti rugi kepada bekas suaminya sebanyak AS$120,000 (RM381,333) kerana tidak memaklumkan dia menjalani pembedahan plastik sebelum mengahwininya dan melahirkan anak yang ‘terlalu hodoh’.
Lelaki yang dikenali sebagai Jian Feng itu pada awalnya menuduh si isteri curang, malah terlalu yakin dia bukan bapa kepada bayi yang tidak comel itu.
Namun, ujian DNA mengesahkan bayi berkenaan adalah anak kandungnya menyebabkan isteri beliau terpaksa mendedahkan rahsia pembedahan plastik yang dijalaninya.
Dapat anak terlalu hodoh
“Berikutan itu, Jian Feng menceraikan dan menyaman bekas isterinya kerana memalsukan imej, menyebabkan dia tertipu dan melahirkan anak perempuan yang dianggapnya terlalu hodoh,” lapor Irish Times.
Bekas isteri Jian Feng yang namanya tidak didedahkan mengaku menjalani pembedahan plastik AS$100,000 (RM317,600) di Korea Selatan sebelum berkenalan dan berkahwin dengannya.
“Saya mengahwini dia kerana cinta tetapi sebaik saja mempunyai anak pertama kami mula menghadapi masalah rumah tangga,” kata Jian Feng. - Agensi