Pages

Friday, October 9, 2015

Orang kaya Dubai bina bilik salji di rumah


Antara reka bentuk bilik salji di rumah yang semakin popular dalam
Antara reka bentuk bilik salji di rumah yang semakin popular dalam kalangan individu kaya di Dubai. Agensi
DUBAI 8 Okt. – Seorang ahli perniagaan Britain bijak mengambil peluang perniagaan apabila berjaya menarik perhatian penduduk kaya di destinasi pelancongan terkenal, Dubai yang mahukan suasana sejuk ekoran musim panas di negara ini.
Ahli perniagaan itu, Ben Elliot-Scott, memperkenalkan bilik salji kepada mereka ekoran kebanyakan daripada 2.4 juta penduduk Dubai tidak pernah melihat salji berikutan cuaca di Teluk tidak pernah turun daripada 24 darjah Celcius.
Peningkatan populariti bilik ber­kenaan juga berlaku selepas pe­nayangan filem animasi Frozen dan Desert Snow.
Elliot-Scott, 37 dari Bath, So­merset berkata, dia mengenakan caj sehingga 180,000 pound (RM1.164 juta) untuk membina bilik salji di kediaman pelanggannya yang kebiasaannya digunakan sebagai lokasi parti lengkap dengan hiasan orang salji.
Dia mampu menghasilkan 1,000 kubik meter ais dalam tempoh 24 jam menggunakan air, udara, dan nitrogen.
“Perkara paling menggembirakan dalam apa yang kami lakukan adalah kegembiraan kepada mereka yang buat pertama melihat salji,’’ katanya seperti lapor Mail Online.
Jelas Elliot-Scott, pelanggannya terdiri daripada pegawai eksekutif yang tinggal di kawasan mewah seperti di Emirates Hills.
“Kebanyakan parti ini diadakan di kediaman seperti vila yang mempunyai laman,’’ katanya.
Elliot-Scott berkata, syarikatnya juga baru menyiapkan dua bilik salji untuk pelanggan dengan kos bermula pada 71,000 pound (RM459,731).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/orang-kaya-dubai-bina-bilik-salji-di-rumah-1.144430#sthash.l6A6BiOq.dpuf

Pemuda obes 
dihalau dari hospital


Gara-gara pesan piza kerana gagal kawal nafsu makan

Steven Assanti, yang hampir seberat 362 kilogram, terpaksa tinggal di dalam kereta bapanya selepas dihalau daripada hospital kerana memesan piza. Agensi
RHODE ISLAND 8 Okt. - Seorang pemuda yang berat badannya hampir 362 kilogram yang dirawat di sebuah hospital di sini, dihalau selepas dia memesan piza, dan kini terpaksa tinggal dalam kereta SUV milik bapanya.
Portal Mail Online melaporkan, pemuda itu, Steven Assanti, 33, dari Cranston menerima bantuan untuk mengawal ‘ketagihan kepada makanan’ di Hospital Rhode Island di Providence.
Sejak dirawat di hospital ber­kenaan selama beberapa bulan, Assanti berjaya mengurangkan berat badannya kira-kira sembilan kilogram.
Bagaimanapun, apabila dia me­langgar peraturan yang ditetapkan dengan memesan makanan ringan, Assanti yang kini seberat 352 kilogram tidak dibenarkan untuk berada di hospital berkenaan lagi.
Asssanti sepatutnya berada di hospital itu sehingga berat badannya turun kepada 249 kilo­gram bagi membolehkannya menjalani pembedahan pintasan gastrik.
Bapa Assanti, Steven Veilette berkata, dia tidak boleh membawa anaknya pulang dan tidak tahu apa yang patut dilakukan.
“Jika saya membawanya pulang ke rumah dan dia mampu memanjat tangga, anak saya akan kembali kepada ketagihannya itu.
“Saya sudah tidak tahu untuk me­minta pertolongan siapa lagi. Saya sudah menghubungi semua pihak di Rhode Island dan tiada sesiapa boleh membantu saya,’’ katanya kepada stesen televisyen, NBC10.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pemuda-obes-8232-dihalau-dari-hospital-1.144432#sthash.e0TUpK1P.dpuf

Pelajar mampu hasilkan ‘tulisan komputer’


09 Oktober 2015 12:50 AM

Tulisan seorang pelajar Sekolah Menengah Hengshui yang dijadikan contoh kepada pelajar lain. AGENSI

Penulisan seorang pelajar yang mendapat gred B, ditegur oleh gurunya supaya menulis huruf "f" dan "g" dengan lebih baik. AGENSI 
BEIJING 8 Okt. – Sebuah sekolah menengah di China meraih populariti dalam kalangan pengguna Internet apabila pelajarnya menampilkan kemampuan menulis yang tidak ubah seperti tulisan komputer.
Menurut laporan portal Mail Online, pelajar di Sekolah Menengah Hengshui yang terletak di wilayah Hebei, tengah China, diarahkan untuk menulis tangan ketika kelas bahasa Inggeris dan perlu memastikan setiap huruf ditulis dengan bentuk yang sama.
Malah, pihak sekolah turut menitikberatkan soal tulisan berbanding kesalahan tatabahasa subjek berkenaan.
Beberapa keping gambar karangan bahasa Inggeris pelajar sekolah tersebut tersebar luas dalam laman sosial, menunjukkan kesalahan yang dibulatkan oleh guru kerana bentuk huruf yang ditulis tidak sama.
Selain itu, guru turut memberikan komen terhadap hasil kerja pelajarnya walaupun penulisan yang dihasilkan sangat mengagumkan.
Antara komen yang diberikan oleh guru terhadap penulisan pelajarnya di atas karangan yang ditulis adalah ‘memerlukan lebih banyak latihan’ dan ‘lebih baik’.
Seorang pelajar turut mendapat komen berbunyi ‘Tiada garisan terlebih atau terkurang’ bagi kesalahan menulis huruf terlalu pendek.
Sekolah Menengah Hengshui merupakan antara sekolah terbaik di China ke­rana mengamalkan sistem pembelajaran ala tentera dan mempunyai lebih 5,000 pelajar.
Sekolah itu juga terkenal kerana membantu pelajarnya untuk mencapai markah tertinggi pada setiap tahun dalam Peperiksaan Kemasukan Universiti.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pelajar-mampu-hasilkan-8216-tulisan-komputer-8217-1.144428#sthash.OIuKKKcW.dpuf