Pages

Tuesday, September 1, 2015

11 kali disambar petir

Seneca (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang mendakwa disambar petir 11 kali bertegas menyatakan dia berkata benar walaupun pakar dan Rekod Dunia Guinness menyuarakan rasa sangsi.
Melvin Roberts, 62, dari Seneca di Carolina Selatan mendakwa pernah disambar ketika memandu jentolak dan dua kali ketika memesin rumput.
“Petir itu seolah-olah menanti saya. Daging dalam badan saya terasa seperti dimasak,” kata Roberts.
Dia mempunyai rekod perubatan untuk menunjukkan kecederaan yang dialaminya yang menurut doktor, selari dengan kecederaan akibat disambar petir, termasuk hilang ingatan seketika serta sukar bercakap.
“Anda hilang deria rasa selama beberapa hari. Semua yang dimakan terasa belerang,” katanya.
Sebelas kejadian disambar petir itu berlaku sepanjang 12 tahun lalu. Doktor juga terkejut dengan pengalaman Roberts. Ramai pakar sangsi dengan dakwaan lelaki itu.
Seorang pakar berkata, disambar petir secara langsung 11 kali sesuatu yang mustahil.
Guinness World Records enggan memasukkan pengalaman Roberts dalam bukunya kerana mereka tidak mempunyai bukti secukupnya.
Bagaimanapun, isteri Roberts, Martha berkata, dia melihat sendiri sembilan daripada 11 kejadian yang menimpa suaminya.
“Setiap kali mendengar petir saya akan segera masuk ke bilik. Ada orang yang perlu menelefon agensi bantuan kecemasan,” katanya sambil ketawa.
Roberts juga mendakwa mempunyai kotak berisi jam menunjukkan masa yang tepat dia disambar petir.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 9:17 AM

Roberts dan isteri, Martha.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74407#sthash.XVGcDQxG.dpuf

Suami romantik sanggup tidur bawah jambatan

Chongqing (China): Seorang lelaki yang bekerja sebagai pemungut barang terpakai menjadi viral selepas kisahnya untuk berjimat daripada membayar sewa asrama tersebar di Internet.
Lelaki yang dikenali sebagai Xiong memilih tinggal di bawah jambatan kerana mahu berjimat supaya dia boleh membeli rantai emas dan cincin berlian yang dikehendaki isterinya.
Xiong sebelum ini tinggal di asrama yang disediakan kerajaan tempatan.
Bagaimanapun, untuk berjimat, dia mengambil keputusan untuk tinggal di bawah jambatan.
“Di bawah jambatan ini saya boleh berjimat lima yuan sehari. Saya mahu mengumpul wang untuk membeli rantai emas dan cincin berlian untuk isteri saya. Saya mahu membelinya di pusat beli-belah, seperti yang dilakukan orang lain di bandar ini,” kata Xiong.
Menurut laporan, Xiong memungut barang terpakai dan menyimpannya sebelum menjualnya.
“Isteri saya sudah berusia lebih 60 tahun. Saya memungut barang terpakai dan yang dibuang orang ramai untuk mendapatkan sedikit wang, Isteri saya pula bertani di kampung kami.
“Saya mahu membeli rantai emas dan cincin berlian sebagai hadiah untuk membuktikan dia tidak salah memilih saya sebagai suami,”katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 9:16 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74403#sthash.JfaOfvfV.dpuf

Monyet ‘ketua’ skuad haiwan halau burung

Beijing: Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) menggunakan khidmat haiwan untuk memastikan ruang udaranya bebas burung demi keselamatan pesawat yang terbabit dalam Perarakan Hari Kemenangan.
Monyet, burung falcon dan anjing nampaknya lebih berkesan daripada ayam, arnab dan burung merpati yang diletakkan di zon letupan pelabuhan Tianjin minggu lalu untuk melihat sejauh mana boleh hidup di situ.
Sebaliknya tiga haiwan itu memainkan peranan lebih ‘ganas’ iaitu menghalau burung di lokasi latihan.
Langkah itu diambil kerana burung dilihat punca kebanyakan kejadian nahas pesawat berikutan impak pelanggaran oleh burung seberat 1.8 kilogram terhadap kapal terbang yang bergerak 700 kilometer sejam sebenarnya lebih kuat daripada bedilan peluru tentera.
Monyet yang dilatih khas ditugaskan memanjat pokok dan menghapuskan sarang, selain meninggalkan bau yang tidak menyenangkan bagi burung.
Jurucakap PLA Han Bing berkata: “Kaedah ini tidak memakan belanja tinggi selain kadar risiko rendah dan amat berkesan.”
Katanya, anjing pula digunakan untuk menghalang burung dari padang manakala burung falcon menghalau dari ruang udara. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 9:13 AM


MONYET ditugaskan memusnahkan sarang burung di atas pokok.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74399#sthash.atFZA9Hd.dpuf

Trend tanam pokok atas kepala

Trend tanam pokok atas kepala
ntara masyarakat China yang menanam pokok kecil atas kepada mereka.
Trend tanam pokok atas kepalaTrend tanam pokok atas kepalaTrend tanam pokok atas kepala

BEIJING - CHINA. Macam-macam ragam, itulah yang berlaku di China sekarang, mana tidaknya fesyen 'menanam' tumbuhan kecil di atas kepala kini menjadi  ikutan ramai di negara itu.

Berdasarkan laporan Taobao, fesyen itu menjadi ikutan bukan sahaja kepada kaum wanita muda, malah lelaki dewasa serta kanak-kanak kini secara beramai-ramai menanam tumbuhan di atas kepala mereka.

Trend  ini terjadi rupa-rupanya dek kerana masyarakat China terpengaruh dengan karektor kartun maskot Yan Jun, yang memiliki tumbuhan di atas kepalanya.

Oleh kerana merasakan comel dan uniknya karektor Yan Jun, masyarakat di China cuba mencontohi karektor tersebut.

Rugi besar

Jiangsu (China): Tindakan seorang wanita menyembunyikan wang berjumlah 100,000 yuan (RM65,000) di dalam tanah menyebabkan dia kerugian besar.
Menurut anak wanita itu, Zhang, ibunya menyimpan wang berkenaan di bawah lantai dapur rumah mereka empat tahun lalu.
Dia membungkus wang kertas itu dengan beg plastik, menyimpannya di dalam peti besi sebelum menanamnya.
Wanita itu teringat mengenai wang berkenaan ketika Zhang hendak berkahwin April lalu.
Dia bergegas menggali peti itu dengan harapan dapat mengadakan majlis perkahwinan yang meriah untuk anaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 5:21 AM


SEORANG pekerja bank menunjukkan wang kertas peroi yang digali semula wanita di Jiangsu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74117#sthash.hZGpzMPb.dpuf