Pages

Monday, December 8, 2014

Al-Quran herba dipamerkan bergambar


Penggunaan ekstrak herba digunakan daripada awal hingga akhir penyediaan al-Quran ini.
Penggunaan ekstrak herba digunakan daripada awal hingga akhir penyediaan al-Quran ini.
DUBAI - UAE. Sebuah al-Quran buatan tangan diperbuat daripada ekstrak herba pertama di dunia dipamerkan di Dubai oleh syarikat seni dan kaligrafi Islam, Heddem Arts.

Sebanyak 200 bahan herba digunakan dalam kitab 606 muka surat direka Doktor Unani Turki, Hamdi Taher, pada 1957 hingga 1979.

Helaian herba itu mempunyai banyak ciri terapeutik yang baik untuk kesihatan pembaca menurut laporan Press TV.

Kapal kontena terbesar di dunia mula berlayar


Kapal kontena terbesar di dunia mula berlayar

SHANGHAI - CHINA. CSCL Globe, kapal kontena terbesar di dunia mula memulakan pelayaran sulung ke Eropah, hari ini.

Kapal gergasi berukuran 400 meter panjang dan lebar 60 meter tersebut bertolak dari pelabuhan Yangshan, lapor Straits Times.

Ia merupakan satu daripada lima kapal kontena yang dipesan CSCL pada 2013 daripada syarikat Hyundai Heavy Industries, yang berpengkalan di Korea Selatan.

Globe dikatakan kapal 'terbesar dan paling moden', mengalahkan kapal kepunyaan Maersk Line.

Kulat gergasi dilelong RM200,000


Kulat jenis White Alba dari Itali ini dijual kepada pencinta makanan dari Taiwan. - Foto AFP
Kulat jenis White Alba dari Itali ini dijual kepada pencinta makanan dari Taiwan. - Foto AFP
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Kulat terbesar di dunia daripada jenis White Alba seberat 1.89 kilogram berjaya dilelong pada nilai AS$61,250 (RM213,000).

Kulat yang digali di wilayah Umbria di Itali itu dibeli seorang pencinta makanan dari Taiwan yang memenangi bidaan menerusi panggilan telefon.

Difahamkan, kulat tersebut dimiliki keluarga Balestra dan hasil lelongan akan didermakan kepada beberapa pertubuhan amal termasuk Citymeals-on-Wheels, sebuah kumpulan tempatan yang memberi makanan kepada orang miskin serta kanak-kanak di Yayasan Glaukoma, laporan dipetik dari Straits Times.

Bayi 10 bulan sebesar
kanak-kanak lima tahun

Indigo (tengah) bersama abangnya, Devon (kiri) dan Shade di rumah
Indigo (tengah) bersama abangnya, Devon (kiri) dan Shade di rumah mereka di Manawatu, North Island, New Zealand. – AGENSI
WELLINGTON 7 Dis. – Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, mengalami sejenis penyakit aneh yang menyebabkan badannya membesar sehingga mencapai saiz seperti kanak-kanak berusia lima tahun.
Bayi berkenaan, Indigo Nowakowsky-Kaiuha dari Manawatu, North Island, New Zealand mengalami Sindrom Beckwith-Wiedemann yang hanya dialami seorang daripada 15,000 bayi dan beratnya kini mencapai 25 kilogram yang menyebabkan dia memerlukan kerusi khas ketika menaiki kereta.
Sindrom itu juga menyebabkan bayi tersebut mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk pergerakan terhad dan masalah pernafasan selain kemungkinan mengalami masalah untuk berjalan pada masa akan datang.
Laman web, Mail Online melaporkan, Indigo dikesan menghidap sindrom terbabit ketika berusia empat bulan selepas berat badannya didapati meningkat secara mendadak.
Selain itu, ketika Indigo dilahirkan, dia mengalami masalah kesihatan serius seperti hernia, masalah bendalir dalam badan, organ dalaman membesar serta risiko barah.
Menurut ibunya, Tiffany, doktor menjalankan beberapa ujian darah dan kini mereka sedang menunggu hasil ujian sama ada sindrom itu adalah genetik atau tidak.
Selain itu, keluarga tersebut turut mengalami masalah kewangan ekoran penyakit yang dialami Indigo yang memaksa mereka membayar kos perubatan dan membeli pakaian untuk bayi itu dan kos penjagaan dua anak lelakinya, Shade, 6, dan Devon, 4.
“Kami berasa tertekan memikirkan sama ada Indigo mampu berjalan atau merangkak suatu hari nanti. Kami juga terpaksa menanggung masalah kewangan dengan kos perubatan yang berterusan serta terpaksa membeli pakaian baharu dengan kerap,” katanya.
Tiffany baru-baru ini melancarkan kempen kutipan dana secara online, Our Beautiful Indigo’ dalam usahanya untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk keluarga dan berharap usahanya itu dapat meringankan beban yang ditanggung.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-10-bulan-sebesar-8232-kanak-kanak-lima-tahun-1.33690#sthash.DZHKlMQ2.dpuf

Kucing 2 muka mati usia 15 tahun

Worcester: Seekor kucing yang dinamakan Frank dan Louie selepas dia dilahirkan dengan dua muka, dua mulut dan tiga mata biru mati pada usia 15 tahun, kelmarin.
Akhbar Telegram of Worcester melaporkan ‘Frankenlouie’ mati di Sekolah Perubatan Veterinar Cummings di Universiti Tufts di Grafton Utara.
Pemiliknya, Marty Stevens berkata, pakar veterinar percaya kucing itu mati disebabkan barah.
Frank dan Louie dimasukkan dalam Rekod Dunia Guinness edisi 2012 sebagai kucing Janus - yang dinamakan sempena Tuhan Roman dengan dua muka - yang paling lama hidup.
Kucing Janus biasanya mati beberapa hari selepas dilahirkan.
Frank dan Louie hidup seperti kucing biasa sepanjang hayatnya.
Meskipun buta mata tengah, kedua-dua matanya yang lain berfungsi dengan baik dan walaupun memiliki dua hidung dan dua mulut, tetapi haiwan itu hanya memiliki satu otak.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Disember 2014 @ 6:51 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14561#sthash.pLq01Eof.dpuf