Pages

Friday, September 6, 2013

Nafsu binatang, rogol anak sejak 6 tahun

Bapa nafus binatang rogol anak sejak 6 tahun Bapa berusia 42 tahun ini dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam, untuk mendapat perintah tahanan reman.

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa bernafsu binatang apabila tergamak melepaskan nafsu serakah ke atas anak kandungnya sejak mangsa berusia 6 tahun dan berterusan sehingga mangsa kini berusia 18 tahun, dalam kejadian di Kampung Padang Tapong, Jerteh, Besut.

Menurut sumber, perbuatan jijik bapa berusia 42 tahun ke atas anak sulung daripada lapan beradik itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian menimpa dirinya kepada guru kaunseling di sekolah, selepas dirogol lagi pada 21 Ogos lalu.

“Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berada di rumah telah diajak bapanya ke ladang kelapa sawit berhampiran dan tanpa menyimpan syak, mangsa hanya mengikut arahan.

“Setibanya di situ, mangsa dipaksa memuaskan nafsu bapanya, bagaimanapun, pada mulanya mangsa cuba melawan tetapi tidak berdaya sebelum dirogol oleh bapa sendiri buat ke sekian kalinya,” katanya, semalam.

Sumber berkata, mangsa yang juga calon STPM mengambil keputusan membongkar segala perbuatan keji bapanya selama ini kerana dipercayai sudah tidak tahan lagi menjadi ‘hamba seks’ kepada lelaki itu.

“Mangsa mendakwa menjadi hamba seks bapanya sejak tadika lagi dan disebabkan takut diapa-apakan oleh bapanya kerana sering diugut, mangsa mengambil keputusan berdiam diri dan tidak menceritakan kepada ibunya selama ini,” katanya.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, Majistret Noradila Ab Latiff membenarkan lelaki yang bekerja sendiri itu direman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Lelaki 380kg meninggal

Foto
MAJED hidap radang paru-paru sejak Jumaat lalu.
Dammam: Seorang lelaki obes, Majed Al-Dossary yang mempunyai berat 380 kilogram meninggal dunia di Hospital Dammam semalam selepas menghidap radang paru-paru sejak Jumaat lalu.
Sumber hospital berkata, doktor gagal menyelamatkan nyawanya walaupun sebelum ini ada rancangan untuk menerbangkannya ke Amerika Syarikat untuk menjalani rawatan lebih canggih.

Majed meninggal dunia selepas mengalami kekurangan bekalan oksigen dalam darah. Dia tidak bertindak balas kepada ubat-ubatan dan keadaannya menjadi lebih buruk. - Agensi

Berlian 118 karat RM115j

Foto
BERLIAN putih 118 karat yang akan dilelong Sotheby’s di Hong Kong pada 7 Oktober depan.
New York: Sebutir berlian 118 karat berwarna yang menakjubkan dipamerkan di Sotheby’s di New York.
Firma lelongan terkemuka terbabit akan menjual berlian putih itu di Hong Kong pada 7 Oktober depan dengan harga tertinggi pernah dicatatkan sebelum ini. 
Permata itu yang dikerat kepada bentuk bujur dikatakan mempunyai saiz sebesar telur ayam.

Sotheby’s menggelarnya ‘berlian putih paling hebat pernah dipamer untuk dilelong.’


Dalam sidang media semalam, wakil Sotheby’s berkata, berlian itu dijangka dijual antara AS$28 juta hingga AS$35 juta (RM92 juta hingga RM115 juta).

Angka itu mengatasi rekod penjualan berlian putih sedia ada iaitu pada AS$27 juta (RM89 juta) yang dipamerkan di Christie dekat Geneva pada Mei lalu.

Permata itu yang dipotong mengikut bentuk buah pear mempunyai berat kira-kira 101 karat dan dibeli oleh Harry Winston.

Berlian Sotheby’s diperoleh dari lombong di Afrika Selatan pada 2011 daripada batu permata kasar dengan berat kira-kira 299 karat.

Berlian itu akan dilelong bersama berlian biru menawan seberat 7.59 karat sebagai sebahagian sambutan ulang tahun ke-40 Sotheby’s di Asia.

Berlian yang dinamakan ‘Premier Blue’ itu dijangka dapat menarik harga melebihi $19 juta (RM62 juta). - Agensi

100 kenderaan berlanggar, 200 cedera

Foto
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan kemalangan di jambatan Sheppey di Kent, semalam.
London: Kira-kira 200 orang cedera, termasuk lapan parah apabila 100 kenderaan terbabit dalam kemalangan di sebuah jambatan awal semalam.
Kejadian di Jambatan Sheppey di Kent itu bermula jam 7.15 pagi (waktu tempatan) dan berterusan selama 10 minit apabila kereta dan lori berlanggar satu sama lain. 
Kemalangan itu dikatakan berpunca daripada kabus yang menjejaskan jarak penglihatan pemandu ditambah pula dengan sikap beberapa pengguna yang dikatakan memandu seperti samseng, kata polis. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/06

Tunggang basikal sambil susu anak

Foto
AKSI ibu muda yang menyusukan anaknya sambil menunggang basikal berenjin.
Beijing: Seorang wanita dari Yuzhou, China ditahan polis kerana menyusukan anaknya yang berusia 18 bulan sambil menunggang basikal berenjin.
Ibu muda itu didakwa menunggang basikal berkenaan di jalan raya sambil memangku anak lelakinya di atas riba apabila bayi itu mula menangis, lapor media.
Saksi berkata, wanita itumenyusukan anaknya sambil sebelah tangan memeluk kanak-kanak berkenaan dan sebelah lagi memegang hendal basikal.

Anggota polis trafik bertindak menahan wanita berkenaan kerana bimbang dia akan menyebabkan kemalangan.


“Dia membahayakan nyawanya, nyawa anaknya dan pengguna jalan raya lain.

“Kami memberi amaran akan merampas basikalnya jika dia mengulangi perbuatannya itu,” kata jurucakap polis trafik.

Wanita berkenaan bukan ibu pertama ditahan memandu sambil menyusukan anak.

Pada Jun 2008, Catherine Donkers, 29, dituduh membahayakan nyawa anaknya kerana menyusukan bayi perempuannya sambil memandu dari Detroit ke Pittsburgh di lebuh raya Ohio, Amerika Syarikat.

Dia juga disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Pada Februari 2009, polis menahan Genine Compton kerana didapati menyusukan anaknya sambil bercakap di telefon bimbit ketika memandu.

Dia dilapor mendukung anaknya dengan kepala bayi itu disandarkan pada stereng.

Walaupun disaman kerana membahayakan keselamatan anaknya dan melanggar undang-undang, Genine berkata, jika anaknya lapar, ‘dia perlu menyusukannya.’ - Agensi

Tunggang basikal sambil susu anak

Foto
AKSI ibu muda yang menyusukan anaknya sambil menunggang basikal berenjin.
Beijing: Seorang wanita dari Yuzhou, China ditahan polis kerana menyusukan anaknya yang berusia 18 bulan sambil menunggang basikal berenjin.
Ibu muda itu didakwa menunggang basikal berkenaan di jalan raya sambil memangku anak lelakinya di atas riba apabila bayi itu mula menangis, lapor media.
Saksi berkata, wanita itumenyusukan anaknya sambil sebelah tangan memeluk kanak-kanak berkenaan dan sebelah lagi memegang hendal basikal.

Anggota polis trafik bertindak menahan wanita berkenaan kerana bimbang dia akan menyebabkan kemalangan.


“Dia membahayakan nyawanya, nyawa anaknya dan pengguna jalan raya lain.

“Kami memberi amaran akan merampas basikalnya jika dia mengulangi perbuatannya itu,” kata jurucakap polis trafik.

Wanita berkenaan bukan ibu pertama ditahan memandu sambil menyusukan anak.

Pada Jun 2008, Catherine Donkers, 29, dituduh membahayakan nyawa anaknya kerana menyusukan bayi perempuannya sambil memandu dari Detroit ke Pittsburgh di lebuh raya Ohio, Amerika Syarikat.

Dia juga disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Pada Februari 2009, polis menahan Genine Compton kerana didapati menyusukan anaknya sambil bercakap di telefon bimbit ketika memandu.

Dia dilapor mendukung anaknya dengan kepala bayi itu disandarkan pada stereng.

Walaupun disaman kerana membahayakan keselamatan anaknya dan melanggar undang-undang, Genine berkata, jika anaknya lapar, ‘dia perlu menyusukannya.’ - Agensi

Negara Arab sanggup taja serang Syria

Negara Arab sanggup taja serang Syria
Aktivis anti perang membawa sepanduk menyindir Presiden Amerika, Barack Obama di depan kedutaan Amerika di Kiev ketika membantah rancangan menyerang Syria. - Foto REUTERS 

Washington: Negara Arab menawarkan untuk membiayai sepenuhnya kempen ketenteraan menyerang Syria bagi menggulingkan Presiden Bashar al-Assad dengan syarat usaha itu diketuai tentera Amerika Syarikat.

“Mengenai tawaran negara Arab untuk membiayai (kempen ketenteraan), jawapannya adalah ya. Mereka bersedia. Tawaran sudah dibuat,” kata Setiausaha Negara Amerika, John Kerry.
Ditanya oleh ahli Dewan Perwakilan parti Republikan, Ileana Ros-Lehtinen, mengenai sejauh mana pembiayaan itu, Kerry berkata, bantuan kewangan itu ditawarkan sepenuhnya untuk serangan besar-besaran.


“Malah, ada yang berkata, jika Amerika sedia bertindak sepenuhnya seperti di tempat lain sebelum ini, mereka akan menanggung semua kos,” kata Kerry.

Kempen 90 hari

Ada penganalisis memberitahu media, kempen 90 hari membabitkan penggunaan senjata ringan kepada pemberontak, pelancaran peluru berpandu dan pesawat kawalan jauh dari kapal perang di Laut Mediterranean selain penerbangan jet tempur dari Turki memerlukan belanja AS$5 hingga AS$21 bilion (RM17.5 hingga RM73.5 bilion).

Cadangan buat masa ini oleh pentadbiran Presiden Barack Obama melancarkan serangan terhad mendapat sokongan Jawatankuasa Hubungan Luar Senat.
Sepuluh anggotanya memberi sokongan dan tujuh menentang meluluskan resolusi serangan.

Obama juga dijangka tidak menghadapi masalah mendapat sokongan Senat minggu depan kerana kelebihan anggota Demokrat di dewan itu.

Sabtu lalu, Obama mengumumkan akan meminta kebenaran 433 anggota Kongres bagi melancarkan kekerasan terhadap Syria atas penggunaan senjata kimia.

Sebelum ini, Presiden Amerika itu dilihat akan mengumpulkan sokongan antarabangsa bagi tujuan itu apabila menghadiri sidang G20 di Saint Petersburg, Russia, mulai semalam.

Pegawai Rumah Putih berkata, Obama akan mengadakan mesyuarat di luar sidang itu dengan Presiden Perancis, Francois Hollande, penyokong utama serangan terhadap Syria, selain pemimpin China dan Jepun.

Russia beri amaran

Sementara itu, Russia memberi amaran bahawa serangan Amerika ke atas lokasi loji atom Syria akan membawa bencana nuklear di rantau itu.

Moscow juga menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat analisis risiko senario berkenaan.

Amaran itu disuarakan jurucakap Kementerian Luar Russia, Alexander Lukashevich, di Vienna.

Jurucakap Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Gill Tudor, berkata agensi itu sedia menimbang langkah itu jika menerima permohonan rasmi Moscow.
AGENSI

Sayur ditanam warga emas membesar setinggi 182sm

RUANG di rumah hijau milik Puopolo yang dijadikan tempat menanam sayur labu air yang kini terus membesar. 

ROM - Seorang pekebun di Itali terkejut apabila sayur labu air yang ditanamnya membesar sehingga mencecah 182 sentimeter (sm) panjang di sini kelmarin.
Ekoran itu, Luca Anotonio Puopolo terpaksa mengalih sebahagian komponen rumah hijau yang dibinanya untuk memberi ruang kepada sayur labunya terus membesar.
Warga emas berusia 72 tahun itu percaya keadaan tersebut berlaku akibat gelombang haba musim panas yang menyebabkan buah labu air berkenaan membesar sedemikian rupa.
Menurut Puopolo, dia hanya menyiram air biasa ke atas sayur-sayur labu itu sehingga satu malam ia membesar sepanjang 182sm dan menyebabkan ruang di dalam rumah hijau yang dibina menjadi semakin sempit.
"Sangat menakjubkan buah labu itu lebih tinggi daripada saya sekarang dan ia masih membesar. Saya tidak percaya betapa besarnya sayur tersebut," katanya.
Puopolo mula menyedari sayurnya itu membesar lebih cepat dan pada sebahagian malam sayur tersebut membesar sehingga lima atau enam inci sejak Jun lalu.
"Saya tidak pernah menjangka sayur itu akan sebesar ini. Namun, saya dia masih berhasrat untuk memakannya," kata Puopolo menceritakan perancangan isterinya, Rita, 67, yang berhajat untuk memasak sayur labu berkenaan apabila cukup besar nanti. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2e4sWHxoU 
Hakcipta terpelihara